Anda di halaman 1dari 9

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/300remajaMelayusalahlakuseksual_seksbebas/A rticle 300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.

my 2010/06/20

Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan. Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi. Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu. Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad

Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada dunia seksual seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka. Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah buat selagi tidak mengandung. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup. Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata enjoy dulu, nanti taubatlah. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya, katanya kepada Berita Harian. Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ringan-ringan seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin. Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama mencurah minyak ke dalam api yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak. Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini. Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa. Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan pemeriksaan fizikal yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang tanda berkaitan.

Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan, katanya.

Breaking Views Tangani segera gejala seks bebas sebelum keadaan makin teruk Berita Harian June 21, 2010 21 Jun Pembabitan remaja Melayu dalam kes salah laku seksual dan kegiatan seks bebas seperti disiarkan Berita Minggu kelmarin sungguh mengejutkan. Walaupun laporan itu bagai membuka pekung di dada dan menconteng arang di muka orang Melayu beragama Islam di negara ini, tetapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan kita betapa rosaknya moral dan akhlak remaja sekarang. Jika begitu, tidak hairanlah mengapa kebelakangan ini begitu banyak kes pembuangan bayi berlaku di kalangan wanita Islam di negara ini, serta pengguguran janin yang disiarkan media cetak dan elektronik. Semuanya berpunca daripada keruntuhan akhlak ketika mereka remaja. Oleh kerana semua kejadian disiarkan media itu diperoleh berdasarkan kes dilaporkan orang ramai dan bersumberkan polis, ramai beranggapan ia kes terpencil yang barangkali sebahagian besarnya bukan dilakukan rakyat tempatan. Kita mendakwa ia angkara rakyat asing atau pendatang tanpa izin yang tidak bermoral dan rosak akhlak, sehingga tergamak membuang bayi hidup-hidup dan menggugurkan janin dalam kandungan. Tetapi apabila sudah terbukti menerusi kajian ilmiah, lebih-lebih lagi dilakukan pensyarah berwibawa institusi pengajian tinggi, ternyata kes salah laku seks dan seks bebas banyak membabitkan orang Melayu sendiri. Lebih memeranjatkan, ia membabitkan remaja seawal usia 13 tahun. Kajian terbaru selama enam bulan bertajuk Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual itu dilakukan sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) membabitkan 400 responden dalam dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan luar bandar. Kajian diketuai Pengarah Pusat Kokurikulum UPM, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran itu, mendapati 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 dan 25 tahun mengakui terbabit salah laku seksual dan seks bebas. Mungkin kajian ini tidak menggambarkan keadaan sebenar masalah salah laku seksual dan gejala seks bebas di negara ini secara total, namun ia patut menyedarkan semua pihak khususnya ibu bapa, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta pertubuhan agama mencari jalan terbaik bagi merungkai permasalahan moral yang semakin tenat ini. Sebenarnya, sudah banyak diperkatakan mengenai keruntuhan akhlak remaja kita selama ini. Baik isu merokok yang sudah menjadi perkara biasa yang tiada penyelesaiannya, sehinggalah kepada isu penagihan dadah yang sering dikaitkan dengan remaja Melayu. Sudah tiba masanya semua pihak bertindak segera, jangan tunggu sehingga masalah ini menjadi teruk dan tidak boleh dibendung lagi. Ibu bapa harus memantau kegiatan anak masing-masing. Bukan saja di rumah, malah mengambil tahu ke mana anak mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan. Ibu bapa juga harus memberi didikan agama yang sempurna kepada anak sejak kecil lagi, termasuk soal hukum, had bersosial dan batas sempadan dalam pergaulan seperti ditetapkan agama.

Guru khususnya kaunselor di sekolah patut memainkan peranan lebih berkesan membimbing pelajar bermasalah supaya kembali ke pangkalan jalan. Walaupun isu keruntuhan akhlak remaja harus ditangani secara bersepadu membabitkan pelbagai pihak, namun institusi keluarga adalah penggerak utama mencari penawar mujarab kepada penyelesaian ini.

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan bersama. Dan ia kini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia Khususnya. Terdapat punca-punca yang menyebabkan seks bebas kerap berlaku di negara kita, iaitu masalah pendidikan daripada ibubapa. Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga sanggup memenuhu segala kehendak mereka dan sering pula bertolak ansur dengan anak-anak. Anak-anak yang terlalu dimanjakan akan sukar menyesuaikan dan memahami hasrat ibubapa. Perbuatan ibubapa sendiri yang secara tidak langsuang sanggup mendedahkan anak-anak mereka dengan menonton video lucah bersama-sama. Lambakan video lucah, pengaruh media massa seperti majalah dan maklumat di internet yang berunsur lucah. Akibat permintaan dan godaan yang lebih banyak dan kompleks berbanding remaja masa lalu. Selain itu, pengaruh

daripada rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja lelaki. Manakala kurangnya didikan agama menyebabkan mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat. Perubahan daripada gaya hidup tradisi berkeluarga dan bermasyarakat kepada gaya hidup moden yang individualistik dan materialistik. Perlibatan seks bebas membawa banyak kesan yang negatif. Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antarnya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti inidividu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikednal pasti antarnya ialah, syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di

Amerika saha ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10 Billian. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancybarah kemandulansakit jantunginfeksi dan sakit puan. Manakala bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami penyakit radang paru-paru, terencat akal dan ganguan sistem saraf dan sakit mata. Menurut Penyakit Berjangkit Kebangsaan(NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini, ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam masyarakat. Dan sekarang kita tinjau pula apa kebaikan perkahwinan.Antara faedah seks yang melalui perkahwinan ialah kedamaian hati. Menurut kajian perubatan moden ketika syahwat memuncak, badan seseorang akan mengeluarkan bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami dan isteri akan meransang pengeluaran bahan Oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Dan satu lagi kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonim yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekaligus mencegah seseorang daripada dijangkiti penyakit. Seterusnya, seks yang melalui perkahwinan akan menyebabkan pihak berkaitan tersenyum, iaitu awet muda. Ini dijelaskan oleh Dr david Weeks seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal edinburgh yang membuat kajian selama 10 tahun berhubungan kesan seks (yang halal) ke atas kesihatan mendapati mereka yang mengadakan hububungan seks lebih kurang 3 kali seminggu kelihatan 10 tahun lebih muda daripada mereka yang lain. Dan yang paling menarik ialah Dr Weeks mengatakan bahawa mereka yang betukar-tukar pasangan mereka tidak akan

mengalami perubahan positif tapi ia akan mengalami perubahan negatif akibat daripada perbuatan betukar-tukar pasangan. Saya berharap penjelasan saya tentang keburukan tentang seks bebas terhadap remaja ini akan membuka lembaran baru dimana para remaja sedar dan berusaha untuk menghindari daripada mendekati perkra ini..Dan saya berharap tulisan ini mendapat manfaat dan akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan positif

Anda mungkin juga menyukai