Anda di halaman 1dari 9

2.

0 LGBT mengikut prepektif dan pandangan tamadun

Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara
dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota
masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. Hakikatnya, telah wujud
sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri
mereka sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual
dan transgender atau LGBT. Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan
masyarakat yang membantah, mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada manamana puak. Namun bagi masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi
kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat resam kehidupan, sudah pasti
menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama,
dan menyalahi aturan fitrah dan tabii

Agama Islam sudah jelas dan nyata dalam ajaran dan pendiriannya terhadap isu ini. Apa yang
amat malang, terdapat semakin ramai umat Islam yang terlibat dalam gejala ini, malah tanpa
segan serta bangga menjadi sebahagian dari kumpulan ini. Manakala bagi masyarakat yang
majoriti datang dari dunia Barat dan negara yang telah lama maju, aktiviti LGBT dilihat
bukanlah sebagai satu gejala atau penyakit, malah menjadi kesalahan pula jika menganggapnya
sebagai satu gejala atau penyakit. Dalam masyarakat ini, aktiviti dan kehidupan LGBT
merupakan satu pilihan peribadi. Pilihan ini perlu diiktiraf dan disokong oleh semua ahli
masyarakat walau di mana mereka berada sebagai satu hak peribadi individu terbabit. Sebarang
penolakan atau bantahan merupakan penafian terhadap hak asasi mereka yang mana akhirnya
dilihat melanggar piagam Hak Asasi Manusia Sejagat. Sesuatu yang janggal juga di mana
kumpulan yang membantah ini pula yang sebaliknya akan terus dicerca dan dipulaukan secara
besar-besaran dan menerima tekanan demi tekanan dari kumpulan tertentu sehingga ke peringkat
global.

Dari segi sejarahnya, kedudukan LGBT telah mula mendapat perhatian dunia perubatan dan
kesihatan atas inisiatif Persatuan Psikiatri Amerika atau APA melalui satu manual kesihatan dan
penyakit mental yang mereka terbitkan. Manual itu dikenali sebagai Diagnostic and Statistical
Manual of Mental Disorders atau DSM. Pada peringkat awal penubuhan manual ini iaitu pada
tahun 1952, isu LGBT pada ketika itu lebih menjurus kepada perbincangan
berkaitan homoseksualiti yang telah dikategorikan sebagai sejenis gangguan atau penyakit
mental, di dalam klasifikasi penyimpangan psikoseksual, yang mengandungi beberapa gangguan
identiti seksual lain termasuklah parafilias seperti fedofilia, fetisisme, seksual sadism dan lainlain berdasarkan kepada naluri dan orientasi seksual yang abnormal individu terbabit.

Akibat dari keabnormalan yang dihidapi, ia mengakibatkan wujudnya rasa kebimbangan dan
ketakutan individu terbabit yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan penderitaan dalam
kehidupan mereka. Ditambah pula dengan perasaan malu dan stigma yang tidak boleh diterima
oleh mereka dari masyarakat pada ketika itu. Namun kedaan telah berubah apabila pada tahun
1974, pada revisi ketujuh manual tersebut bagi edisi kedua (DSM-II) ia telah mengeluarkan
homoseksualiti daripada senarai kategori penyakit mental, walaupun tanpa sebarang justifikasi
yang munasabah, baik dari sudut perubatan atau pun saintifik. Apa yang ada pada ketika itu
hanyalah beberapa tekanan dan tuntutan-tuntutan dari puak pelobi hak asasi tertentu yang
mewakili kumpulan gay dan homoseks. Usaha dan desakan mereka ini akhirnya membawa
kepada kejayaan di mana ia akhirnya dikeluarkan dari senarai manual terbabit dan tindakan yang
sama seperti ini disusuli pula oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.

Seterusnya, memandangkan Islam telah mempunyai alasan yang amat kukuh dengan melihat
amalan ini sebagai satu gejala yang jauh menyimpang dari fitrah kejadian manusia yang
beradab dan berakhlak mulia, tindakan mantap perlu dilaksanakan tanpa lengah lagi. Atas dasar
tersebut juga, institusi berkaitan agama Islam, khususnya yang berkaitan penguatkuasaan dan
pendakwaan memperluaskan lagi skop dan bidang tugasan dengan turut memfokuskan gejala ini
agar ia dapat dibendung dari terus merebak. Manakala institusi agama Islam yang berkaitan
dengan penyelidikan dan latihan pula wajar mengukuhkan lagi maklumat dan fakta berkaitan isu

ini dan seterusnya merangka pelbagai kaedah intervensi dan latihan yang sesuai agar gejala ini
dapat dibanteras di peringkat akar umbi lagi.

Di samping itu, institusi-institusi seperti ini juga wajar mengambil peluang yang ada dengan
mengadakan pelbagai kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO lain agar
usaha membanteras dan mengawal gejala ini dapat dilaksanakan secara lebih mantap. Usaha ini,
serta kerjasama pelbagai agensi, bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan telah ada
beberapa contoh yang baik telah dilakukan. Umpamanya, JAKIM dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan telah berjaya mewujudkan satu manual rawatan dan latihan yang
dikenali sebagai Manual Islam dan HIV/AIDS bagi mengendalikan pelbagi isu berkaitan
HIV/AIDS. Usaha murni ini boleh diperpanjangkan dan diperluaskan pula bagi menangani gejala
berkaitan LGBT.

2.1 Punca-Punca Berlakunya Masalah LGBT

a) Biologi
Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan
seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut
terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar
kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara
menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.
Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih
bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan
kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adikadik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila
eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat
merupai homoseksual tidak menjadi apabila mereka semakin besar.
b) Dorongan individu

Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat
teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi
lelaki. Bayi lelaki ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan,
diberi permainan kanak-kanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai
seorang kanakkanak perempuan. Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam
dirinya bahawa dia yang seorang lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila
dia dewasa, beliau akan mengalami kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya
adalah terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki.
c) Trauma Masa Lampau/Kanak-Kanak
Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan mendorong
mereka tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka. Sebagai contohnya ialah
mangsa pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi
bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah
umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi
tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah
umur direkodkan oleh PDRM.
Dalam hal ini kami berpendapat bahawa jika mangsa rogol iaitu daripada aspek
hubungan sumbang mahram (inses) di antara bapa (termasuklah saudara mara lelaki)
dengan kanakkanak perempuan akan menimbulkan berkurangnya rasa kepercayaan
terhadap bapa (atau saudara mara lelaki). Ini kerana orang yang sepatutnya menjaga dan
memelihara mereka dengan penuh kasih sayang telah merogol dan merosakkan
kehormatan mereka. Rasa ketidakpercayaan ini akan boleh menyebabkan kanak-kanak
perempuan cederung untuk menjadi seorang lesbian. Pendapat kami ini adalah konsisten
dengan Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan
HUKM bahawa hubungan di antara bapa dan anak-anak juga boleh menjadi faktor
penyebab kepada gejala LGBT ini.
Sebaliknya bagi kanak-kanak lelaki yang tidak mendapat kasih sayang bapa kerana
terlalu sibuk bekerja, anak-anak lelaki ini akan bersama ibu dalam tempoh masa yang

panjang berbanding dengan bapa. Ini akan mewujudkan kanak-kanak lelaki tersebut rasa
kurang
percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu
terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi
hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum
bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.
d) Peluang dan ruang
Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke
dalam gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di
kawasan Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA,
kelabkelab malam (termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan
perniagaan hingga ke awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang
kepada golongan remaja dan belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta
termasuklah gejala LGBT ini.
e) Pendidikan Seks Yang Salah
Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana
dibimbangi sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri.
Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud
betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada
perempuan dan demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang
sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang
dilarang oleh agama. Islam menuntut hubungan seksual antara lelaki dan wanita
(heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-syaratnya. Kesongsangan berlaku apabila
anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram.
Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan
kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka. Penyelesaian kepada
punca ini tidak sahaja disandarkan kepada proses pendidikan ibubapa, tetapi meluas
kepada para penjaga, guru, pensyarah, penceramah, peranan masjid dan masyarakat.
f)

Salah Faham Terhadap Takdir


Ramai dikalangan pengamal LGBT apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan
seksual yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah

takdir Allah ke atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya. Ini adalah kefahaman
yang salah terhadap takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak
disukai oleh Allah SWT pada ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu:
I.

Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan
kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama
berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari
penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.

II.

Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama,
seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia.
Maka tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya
semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke
arah takdir yang selari dengan tuntutan agama.

g) Media Electronic dan ICT


Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio,
komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar
terhadap masyarakat. Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana
semakin ramai orang menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan
kemudahan capaian produkproduk teknologikal seperti komputer, modem, video kamera
dan telefon bimbit kebanyakannya kini dilengkapi dengan capaian Internet.
Di Malaysia, sepanjang tahun 2009, jumlah pengguna Internet adalah seramai
16,902,600 pengguna berbanding tahun 2000, hanya sekitar 3,700,000 pengguna
daripada populasi masyarakat Malaysia yang mencecah 26,160,256 orang. Ringkasnya,
peratusan peningkatan pengguna Internet sejak tahun 2000 hingga 2009, jumlahnya
adalah 356.8%[11]. Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia, pengguna Internet di rumah sahaja telahpun mencapai lebih 2.5 juta
pengguna. Daripada statistik yang dikemukakan oleh sumber yang sama, pengguna
Internet di rumah pada tahun 2008 adalah seramai 51.9% lelaki dan 48.1% wanita.
Kategori umur dewasa iaitu yang berumur 20 hingga melebihi 50 tahun adalah sebanyak

75.3% manakala umur 19 dan kebawah adalah 24.7%. Seramai 55% pengguna adalah
belum berkahwin manakala 44.3% telah berkahwin. Kebanyakan pengguna telah bekerja
(51.5%).
Data ini menunjukkan penggunaan Internet yang sangat meluas di negara Malaysia.
Perkataan seks adalah merupakan salah satu daripada topik yang paling digemari
untuk dilayari di Internet. Dijangkakan sebanyak 4.2 juta (12%) daripada kesemua laman
web dalam Internet adalah yang berunsurkan seks/lucah atau pornografi, di mana 25%
daripada jumlah tersebut adalah hangat terutamanya di kalangan golongan muda di
Malaysia.Ternyata walaupun dari segi peratusannya nampak kecil, tetapi, jika dilihat dari
segi hakikatnya, ia adalah jumlah yang agak membimbangkan. Berdasarkan kajian lepas,
daripada 31% golongan yang melayari laman web berunsurkan lucah, 5.5%
menunjukkan ciri-ciri ketagihan manakala 17% adalah berisiko untuk menjadi ketagih.

2.2 Isu LGBT Dari Perspektif Islam


Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran yang menerangkan pengharaman seks bebas
(zina), gay dan lesbian:

Firman Allah di dalam Surah Al-Isra, ayat 32:


Yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Allah SWT mengulangi lagi laranganNya di dalam Surah An-Nur, ayat 2:


Yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiaptiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan
belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu

beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Manakala berkenaan dengan hubungan sesama sejenis pula Allah SWT berfirman di dalam Surah
As-Syuaraa, ayat 165 dan 166

Yang bermaksud: Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan
manusia

Yang bermaksud: Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu
(melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang
bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!

Anda mungkin juga menyukai