Anda di halaman 1dari 9

PEMBANGUNAN MODAL INSAN: PERANAN IBU BAPA DALAM MEREALISASIKAN IMPIAN NEGARA

Remaja dan Masalah Sosial Saya terjebak dengan aktiviti lumba haram sejak dua tahun lalu letika masih bersekolah rendah.Pada mulanya saya sekadar menonton rakan lain)berlumba) kerana tidak mampu membeli motsikal. Bagaimanapun, akibat perasaan yang terlalu bergelora menjadi pelumba haram,saya nekad mencuri motosikal.Ketika itu saya tahun enam.Ia menjadi titik mula kerjaya saya sebagai pelumba jalanan. Sebagai anak bongsu daripada enam beradik, mungkin saya tidak mendapat perhatian sewajarnya.malah, perlakuan saya tidak pernah mendapat perhatian keluarga
Itulah sebahagian petikan pengakuan remaja bermasalah daripada 55 pelajar tingkatan dua yang mengikuti Kem Smart remaja Siri Kelapan Remaja ini digelar oleh penulis artikel Ramai Tersesat sebagai setan cilik kerana dalam usia semuda 14 tahun, mereka bukan sahaja bergerak cergas di dalam aktiviti seksual tetapi juga jenayah, dengan sebahagian besar mengaku aktif menjalankan kerja pecah rumah, mencuri, peras-ugut, buli dan gangsterisme (Metro ,Ahad,15 April 2007). Pastinya. permasalahan sosial pada hari ini cukup membimbangkan kita. Gejala sosial dan keruntuhan moral yang melibatkan remaja dan pelajar sekolah sangat mencemaskan hati kita. Pasti kita tergamam apabila membaca pengakuan remaja tersebut. Terbaru ,kita dikejutkan lagi dengan gejala keruntuhan akhlak remaja.Di muka depan akhbar Harian Metro .(Sabtu, 21 April 2007) terpampang berita tentang segelintir remaja anak orang kaya yang dikesan menganjurkan parti liar atau lebih dikenali One Nite Stand Party setiap bulan bagi menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy.

Inikah ciri-ciri modal insan yang ingin kita hasilkan? Insan yang mempunyai akhlak yang buruk, yang tidak mengenal Tuhannya, yang hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.? Adakah insan yang tidak tahu hala tuju dan hanya mengejar keseronokan serta menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk berhibur dan melepaskan nafsu syahwat semata-mata? Apakah yang akan jadi kepada masa depan negara seandainya dipimpin oleh modal insan yang sedemikian rupa?
Mahukah kita menjadi maju dalam ekonomi seperti Amerika Syarikat tetapi mempunyai masalah sosal dan jenayahnya yang juga tinggi dan sukar dibendung?. Tentunya hanya satu perkataan sahaja yang menjadi jawapan bagi semua soalan tadi iaitu TIDAK!

Sesungguhnya kita sedar tidak mungkin kita akan membenarkan negara dimusnahkan oleh mereka yang umpama sampah masyarakat yang sepatutnya dikitar semula supaya bermanfaat kepada negara.Kerajaan tidak mampu untuk memejam mata sahaja. Kerajaan terpaksa melihat sampah yang hanya akan mendatangkan bau yang kurang menyenangkan dan mengundang lalat dan nyamuk serta segala macam haiwan pembawa penyakit sosial". Kerajaan terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah timbunan sampah masyarakat ini .Kerajaan terpaksa juga membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengitar semula sampah masyarakat ini. Pelbagai usaha yang diambil oleh kerajaan seperti pembinaan pusat-pusat serenti bagi memulihkan penagih-penangih dadah, kempen-kempen kesedaran dan sebaginya supaya masa depan negara dapat diselamatkan daripada diterajui

oleh generasi yang rapuh, yang runtuh akhlaknya dan tidak berguna dan mungkin sanggup menjual negara . Pembangunan modal insan
Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Kita ingin membina modal insan yang bukan sekadar terlatih , berdaya saing , mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah, tetapi juga mempunyai nilai-nilai murni dan budaya yang tinggi .

Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menekankan pembangunan insan yang seimbang yang merangkumi aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat KPM adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri dalam kalangan pelajar.
KPM juga ingin membangunkan modal insan yang memiliki penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan yang utuh towering personality. Seseorang dengan penampilan unggul mempunyai ciri-ciri berhemah mulia, berpendidikan serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Di samping itu, seseorang yang memiliki penampilan unggul akan memiliki sifat-sifat seperti amanah, berbudi pekerti, rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam semua usahanya. (PIPP 2006-2010) Penjanaan pembangunan modal insan yang seimbang dan menyeluruh ini merangkumi pembangunan kebendaan dan pembangunan kemanusiaan. Inilah yang dimasudkan oleh Perdana Menteri kita, pembinaan modal insan mengikut acuan kita sendiri Bukan sekadar modal insan yang berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, tetapi juga berupaya mengekalkan identiti bangsa Malaysia yang bukan sahaja maju tamadunnya tetapi masih mengekalkan adat dan budaya ketimurannya. Strategi Pembangunan Modal Insan ini dianggap seiring dengan konsep Islam Hadhari yang kelapan iaitu Keutuhan Budaya dan Moral.

Kerajaan telah memainkan peranan yang amat baik dan menyediakan landasan yang cukup utuh dalam usaha melahirkan modal insan yang diinginkan. Namun, tentunya segala wang ringgit dan usaha yang dicurahkan oleh kerajaan menjadi sia-sia sekiranya masalah sosial masih membelenggu kita dan ibu bapa sendiri gagal memainkan peranannya Peranan ibu dalam membangunkan modal insan
Peranan ibu bapa sangat penting dalam membantu melahirkan modal insan sebagaimana yang diinginkan oleh negara. Sebelum seseorang insan itu dapat dibentuk menjadi modal insan yang berkualiti melalaui pendidikan formal, dia terlebih perlu dahulu dididik dan diasuh oleh ibu bapanya secara informal .Guru dan pihak sekolah tidak harus dibebani dengan masalah disiplin pelajar yang rata-ratanya berpunca daripada kepincangan dalam keluarga dan ketidakbahagiaan dalam rumah tangga, serta kekurangan didikan agama oleh ibu bapa.

Abdullah Sani Yahaya dalam bukunya Mengurus Displin Pelajar.(2005:125) menyatakan salah satu faktor penyebab remaja terlibat dalam gejala sosial ialah kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, peranan ibu bapa yang penting ialh sebgai pemberi kasih sayang yang tiada batasan kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menjalinkan hubungan kasih sayang yang tulus ikhlas dengan anak-anak. Kasih sayang ini juga perlu dipamerkan kepada anak-anak supaya mereka merasai bahawa diri mereka disayangi dan dihargai oleh ibu bapa. Pemberian kasih sayang bukan bermakna ibu bapa perlu memanjakan dan memenuhi segala permintaan anak-anak mereka tetapi sebaliknya perlu berpandukan Al-Quran dan hadis dan disertai dengan pemberian didikan agama.Dengan cara ini, akan terbentuklah jiwa yang tenang dan selamat dalam diri anak-anak.Seterusnya ia akan mewujudkan sikap menyayangi dan menghargai ibu bapa. Dalam bukunya Membentuk Identiti Remaja (et.al, 2005: 191), Azizi Yahya juga menyarankan agar ibu bapa menunjukkan kasih sayang, saling hormat menghormati serta memainkan peranan yang terbaik.Tindakan sedemikian dapat menanam konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak. Hal ini kerana semasa peringkat kanakkanak , mereka mahu supaya diri mereka diterima sepenuhnya dan disayangi tanpa sebarang syarat. Faridah Maludin dalam artikelnya yang bertajuk Akhlak Ibu Bapa Banteras Kes Generasi XYZ juga menekankan kepentingan pemberian kasih sayang oleh ibu bapa kepada anak-anak. Menurut beliau, kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik dan membina keyakinan diri anak remaja. Berbekalkan keyajinan diri yang tinggi,beliau yakin anak-anak remaja akan berupaya menangkis pengaruh budaya negatif dalam kehidupan mereka. Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid dalam buku tulisannya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu iaitu Didik Anak Cara Rasullullah s.a.w (2006: 343), menjelaskan bahawa kasih sayang terhadap anak merupakan bahagian dari sifat-sifat Nabi Muhammad. Rasullullah s.a.w menitikberatkan pemberian kasih saying kepada anak-anak.Malah kitta digalakkan memeluk dan mencium anak-anak demi mewujudkan ikatan kasih sayang yang utuh dan pembinaan kejiwaan yang baik dalam diri anak-anak.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawa dia berkata: Rasulullah s.a.w mencium cucunya Hasan bin Ali Radhiyallahu, perbuatan itu dilihat oleh Aqra bin Habis at-Tamimi lalu beliau mengatakan: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh anak, namun aku tidak pernah mengucup seorangpun daripada mereka Rasulullah SAW kemudiannya bersabda: Siapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi. Jesteru, bagi membentuk peribadi anak-anak yang positif, pemberian kasih sayang amat penting.Apabila anak-anak berasa disayangi, maka mereka dapat menerima didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Ibu bapa juga merupakan role model bagi anak-anak.Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid ( 2006: 589) telah meletakkan keteladanan yang baik sebagai asas kaedah yang utama yang harus dipegang oleh kedua ibu bapa.Ujarnya, ibu bapa perlu memberi teladan yang baik kepada anak-anak.Hal ini kerana ia memberikan pengaruh yang besar kepada anak-anak. Rasullullah s.a.w sendiri mendorong kedua ibu bapa agar menjadi teladan yang baik bagi anak-anak. Ibu bapa perlu mempamerkan akhlak yang baik seperti bersikap jujur apabila berhadapan dengan anak-anak.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu Anhu bahawa Rasullullah s.a.w bersabda;
Siapa yang mengatakan kepada anak kecil, Ke sinilah kasih. Namun dia tidak memberikanya sesuatu, maka dia itu termasuk ucapan dusta. Anak-anak akan selalu memperhatikan dan mengawasi perilaku orang-orang dewasa.Mereka akan mencontohi dan mengawasi perilaku orang-orang dewasa itu. Jika anak-anak itu mendapati kedua ibu bapanya berlaku jujur, maka mereka akan membesar dengan kejujuran.Begitu juga sebaliknya.Apabila ibu bapa tidak berlaku jujur maka anaka-anak tidak akan memepercayai ibu bapa lagi.Demikian juga halnya dalam perkara-perkara lainnya. Ibu bapa juga berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator kepada anak-anak.Anakanak dibimbing supaya membuat sesuatu perkara yang betul dan dengan cara yang betul. Ibu bapa perlu menyedari bahawa dalm proses pembelajaran, anak-anak pasti melakukan kesilapan.Kesilapan yang dilakukan perlulah diperbetulkan dengan cara yang baik. Ibu bapa perlu memberikan teguran yang membina bukan mengkritik dan memusnahkan keyakinan diri anak-anak, apatah lagi menghukum anak-anak dengan menggunakan kekerasan. Ibu bapa aperlu memebimbing anak-anak supaya memebuat pertimbangan yang betul dan rasional.

Hashim Ahmad dalam artikelnya Hukum Anak Untuk Mendidik (Harian Metro ,Rabu, 11 April 2007),menganjurkan agar ibu bapa menyertakan kelembutan dalam mengarahkan anak. Apabila ibu bapa ingin memperbaiki keadaan anaknya, mereka hendaklah menggunakan kata-kata lembut dan pelbagai bentuk anjuran.Melalui cara ini, pastinya anak-anak akan lebih bersedia menerima teguran dan cuba memperbaiki kesilapan dan kelemahan. Allah berfirman dalam surah ali Imran,ayat 159 yang bermaksud,
Maka kerana rahmat Al-Allahlah engkau berlembut terhadap mereka.Seandainya engkau bersikap kaku dan keras hati tentu mereka akan menjauhkan diri daripada sekelilingmu

Ibu bapa perlulah menjalankan peranan mereka dalam melentur rebung sejak dari rumah lagi. Mereka perlu menyulami kain putih pemberian Allah SWT dengan keseimbangan ilmu dunia dan akhirat.. Didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni, kasih sayang dan jati diri serta nilai asas pemebntukan modal insan harus diberikan secukupnya kepada anak-anak . Hakikatnya menjadi ibu bapa merupakan cabaran yang amat besar pada zaman ini.Ibu bapa perlu mempunyai kecekapan dan kemahiran dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa juga harus mempelajari ilmu keibubapaan untuk melengkapkan diri sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab.
Ibu bapa harus sedar bahawa mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam membangunkan modal insan sebagaimana yang diimpikan oleh kerajaan kerana mereka yang mencorakkan anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.Ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dan mengharapkan kerajaan atau pihak sekolah semata-mata.

Malangnya, terdapat juga ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak bulat-bulat kepada guru lantaran sibuk mengejar kemewahan duniawi.Apabila anak mereka terlibat

dengan gejala sosial atau jenayah, mereka mudah menyalahkan pihak sekolah dan para guru.Sedangkan yang patut meluangkan banyak masa dan perhatian serta kasih sayang kepada anak-anak ialah ibu bapa sendiri. Pengabaian anak-anak akan membuatkan mereka menjadi lebih liar dan cuba mendapat perhatian luar dengan melakukan pelbagai masalah sosial seperti vandalisme, gangstareisme, seks bebas dan sebagainya.
Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mengikut kata anak-anak sehinggakan mengekang pihak sekolah atau guru apabila mereka cuba mendisiplinkan pelajar.Ibu bapa harus sedar bahawa hukuman perlu dikenakan terhadap pelajar yang yang melakukan kesalahan dengan tujuan mendidik bukan mendera.

Terdapat ibu bapa yang enggan mengakui kesilapan anak mereka tetapi sebaliknya menyalahkan pihak sekolah. Malah,ada ibu bapa yang cepat melatah dan menyaman guru apabila anaknya didenda kerana tidak menurut arahan guru.Pernah berlaku satu kes di mana seorang guru telah disaman kerana memberi hukuman khidmat komuniti kepada pelajar yang tidak menyiapkan tugasan.Walaupun, akhirnya mahkamah memutuskan guru tersebut tidak bersalah namun kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh guru berkenaan yang terpaksa turun naik mahkamah dan digantung gaji hampir dua setengah tahun, pastinya membuatkan guru-guru lain berfikir beribu kali.
Apabila guru takut untuk mendidik para pelajar dengan sebaik-baiknya, seperti membiarkan pelajar-pelajar membuat apa sahaja ,sudah pasti kesannya terpaksa ditanggung oleh ibu bapa itu sendiri.Akhirnya akan lahirlah anak yang terlampau dimanjakan, tidak lagi menghormati guru dan tidak lagi mengamalkan nilai-nilai murni.Malah, mungkin akan menderhaka kepada ibu bapa .Namun, yang paling mendukacitakan apabila sekolah gagal melahirkan modal insan sebagaimana ayang diinginkan oleh kerajaan.

Kejayaan misi membangunkan modal insan bukan hanya terletak di bahu guru-guru, pihak sekolah mahupun kerajaan, tetapi harus juga didukung oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menyediakan asas peribadi yang kukuh dalam diri anak-anak mereka supaya tugasan guru mendidik dan mencurahkan ilmu dan pengetahuan kepada para pelajar dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. .Hanya dengan kerjasama ibu bapa dan guru-guru, menyediakan laluan mudah untuk kita membangun modal insan sebagaimana yang diimpikan oleh negara.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi sendiri menekankan bahawa biarpun pihak Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memastikan generasi muda negara akan menjadi modal insan yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan namun tanggungjawab untuk membentuk generasi muda adalah tanggungjawab kita semua dan seharusnya semua pihak berusaha menjana modal insan kelas pertama dan memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan agenda pendidikan negara akan terlaksana demi membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang Posted by Cikgu Moinah at 12:11 AM

GURU UNGGUL

Kecemerlangan

membawa

implikasi

maju

ke

hadapan,

bersifat

dinamik,gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat. Kecemerlangan guru melaksanakan tugasnya di dalammahupun di luar bilik darjah akan menjadi titik tolak ke arah peningkatan kualitipendidikan bagi pembentukan modal insan yang memiliki personaliti unggul. Guru mesti mengangkat dirinya sebagai murabbi. Guru mesti terlebih dahulu menjadi insan yang unggul. Guru mesti terlebih dahulu beriltizam mengekalkan ciriciri kecemerlangan dirinya demi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah menjana modal insan yang memiliki personaliti unggul. Guru unggul ialah seorang guru istimewa dan mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya khususnya di bilik darjah. Guru unggul mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru yang unggul terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu dari segi kaedah pengajarannya, cara beliau bersosial, penampilan dan perwatakan dirinya, ilmu pengetahuannya, kemahiran pertuturan antara murid dan dirinya dan sifat keprihatinannya. Guru yang yang unggul mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka guru perlu manarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. Cara yang mudah adalah dengan pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur jenaka. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan merasa seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Oleh itu, guru yang seperti ini diidamkan oleh para guru kerana dapat menarik perhatian pelajar.Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat penting. Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarkat itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciriciri guru yang baik dan boleh menjadi contoh kepada pelajar. Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul. Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditunjulkan dapat mambakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan kata lain manjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik..Ilmu yang cukup didada dan tidak ketinggalan ditelan arus zaman sangat perlu dalam menempuh kehidupan yang persekitarannya sentiasa berubah dan tidak pernah statik. Untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan, guru berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak boleh dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam garam kehidupan

sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.Pertuturan antara guru dan pelajar perlu terjalin erat, hubungan yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Guru-guru akan memberi tunjuk ajar jika pelajar tersebut menunjukkan minat terhadap ilmu yang disampaikannya. Guru akan memberi nasihat dan tip-tip untuk berjaya terutamanya kepada yang selalu mendampingi guru tersebut. Oleh itu, komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk.Kadang-kadang pelajar yang guru dia minat, dia suka, sampai manamanapun dia kejar cikgu tu kat bilik guru, keluar waktu sekolah dia akan tanya, dia akan tanya Macam mana cikgu buat ni?Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan. Ini kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran adalah rendah. Oleh itu, pengunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami digunakan. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka. Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan

semata-mata,

orang

yang

optimistik

melihat semuanya

dari

sudut

yang

serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Rumusannya, pendidikan berkualiti tinggi menjamin kejayaanpembentukan modal ins an yang memiliki personaliti unggul,. Bagi menjaminkejayaan ini, guru mestilah memp unyai ciri kecemerlangan profesionalisma, kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi. Oleh itu amatlah penting bagi guru mengenal pasti ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya dan seterusnya berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkannya. Guru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangandalam dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagimenjana lebih ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Pada pendapat saya guru mesti berusaha mengekalkan ciri-cirikecemerlangan dirinya bagi meningkatkan kualiti ciri misi pendidikan ke arah melahirkanmodal insan seperti diri saya bagi hasrat Teras Kedua PIPP. Di antara usaha-usaha yangperlu saya lakukan untuk mengekalkan cirikecemerlangan KPM, meningkatkan membudayakan kualiti pendidikan ialah dengan melaksanakan 8M iaitu menghayati visi negara dan memantapkan penguasaan ilmu, kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan berkesan, menyumbang tenaga dan kepakaran, meningkatkan keterampilan diri, menjaga tingkah laku, dan muhasabah diri.

Anda mungkin juga menyukai