Anda di halaman 1dari 5

Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain.

Kemahiran
motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat,
memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan menyambut (bola). Ini memberi
kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah
tujuan.

Aktiviti seperti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat
mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiran
manipulatif dapat dibina melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik, jigsaw
puzzles, mengikat reben, kraft tangan dan membentuk menggunakan doh.



Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara
positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan
rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar
untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat
jangka panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanak-kanak membina konsep
kendiri yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi.
Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas
olok-olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari
persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan
imaginatif seperti ini memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka
belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa
Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal
pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat
rumusan, dan membuat perbandingan.
Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki,
nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan
sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan
kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.

Menggalakkan Penglibatan Aktif

Kanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan
penemuan, menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan
penglibatan aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa,
mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh.

2.4.2 Bersifat Kendiri

Keperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri. Perbezaan di kalangan kanak-
kanak adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras
perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga dan minat kanak-kanak adalah
di antara faktor-faktor yang membantu dalam memformulasikan alam belajar.

2.4.3 Berpusatkan Pelajar

Pendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan perkembangan kanak-kanak secara
total, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanak-kanak. Amalan yang
sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah kaedah berpusatkan pelajar.

3.0 PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK YANG OPTIMUM

Setiap kanak-kanak akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan oleh dirinya. Alam
belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman kanak-kanak. Terdapat tiga
pembahagian melalui pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum iaitu:

i. Pengalaman langsung ( first hand experience )

Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat
dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu
sendiri. Kanak-kanak biasanya akan melakukan sesuatu perkara dan selepas itu, kanak-
kanak itu sendiri akan merasai kesan disebalik perbuatan yang dilakukannya.

Contohnya: apabila kanak-kanak menyentuh pemanas air di dapur, secara automatik kanak-
kanak akan menarik tangannya kerana merasa panas. Di sini, kanak-kanak telah
menggunakan deria sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman yang sebegini
akan mengingatkan kanak-kanak supaya tidak akan menyentuh sesuatu yang panas lagi.
Secara tidak langsung kanak-kanak ini telah belajar dari pengalaman mereka sendiri.

ii. Penglibatan aktif ( active involvement )

Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-kanak yang
melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanak-
kanak yang tidak aktif atau pasif. Untuk itu, ianya terpulang kepada usaha kanak-kanak itu
sendiri disamping sokongan dari ibu bapa dan guru. Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri
secara aktif dapat menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain,
menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu
had serta batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan.

Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada setiap
petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan dirinya sendiri
dari sudut fizikal dan kognitif. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan
diri di dalam bilik, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan
mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut.

iii. Kebebasan belajar mengikut gaya belajar, gaya berfikir, minat, masa dan lain-lain.

Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir dan gaya belajar yang
berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimana kanak-kanak
belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara.

Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta akan
mula menunjukkan bakat dalam menamakan jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan
membuat sendiri model keretanya sendiri. Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih
bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk
menonton perlumbaan kereta.



Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman
belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan
emosi dan daya penghargaan.

Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif
yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan
BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan
penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. Atan Long ( 1982: 174 ) bahan bantu
mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan
pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan
dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Pendidikan memerlukan kaedah didik hibur bagi menarik minat murid belajar dan
tidak berasa bosan dalam bilik darjah. Dengan ini bermaksud bahan bantu dan permainan
amatlah penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan murid.

Setelah saya melaksanakan kerja kursus ini, barulah saya berpeluang untuk
meneroka pelbagai maklumat dan informasi mengenai sukatan pelajaran kerana sebelum ini
hanya memahami apa yang diajar secara umum yang merangkumi bidang seluas ini secara
terperinci. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai kemahiran bahasa serta
kandungan yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat dipraktikkan semasa menjadi guru
kelak. Tanpa pengetahuan mengenai semua ini, sememangnya rancangan pengajaran
harian sukar untuk dihasilkan. Saya juga mengecapi rasa apresiasi semasa mengkaji
kurikulum Bahasa Melayu dalam usaha menyempurnakan kerja kursus ini. Pembentukan
keperibadian ini sangat berfaedah kerana saya dapat belajar untuk menghargai segala
usaha yang dijanakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara kita.

Saya juga mendapati bahawa seorang guru harus berusaha seboleh mungkin
menimbulkan rasa ghairah dan keinginan murid supaya mereka akan terikat dengan kaedah
pengajaran guru yang sesuai dengan ciri-ciri pembelajaran mereka dalam usaha
memastikan penyebaran ilmu dilaksanakan secara berkesan. Hal ini secara tidak langsung
dapat memangkin penerapan pengetahuan dalam minda murid. Fahaman guru terhadap
kesediaan belajar murid juga membolehkan guru merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut perbezaan potensi murid dan mengaplikasikan kaedah yang sesuai
dengan tahap pemahaman murid dalam pengajaran mereka. Perancangan ini memudahkan
saya sebagai guru yang bakal melaksanakan pengajaran pada kelak nanti.

Oleh demikian, sebagai bakal guru saya harus belajar menghidupkan suasana
belajar dalam kelas supaya mendapat tindak balas dan penyertaan yang menyeluruh
daripada murid. Murid akan tertarik dengan pengajaran guru dan seterusnya minat mereka
terhadap pengetahuan yang disampaikan akan bercambah. Kanak-kanak boleh digalakkan
untuk belajar mengikut kebolehan dan minat sendiri untuk mencapai tahap pembelajaran
yang baik dan berkesan. Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan murid secara optimum. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran harus sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif
pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar
mengikut tahap kecerdasan.

Selain itu, melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya turut memahami bahawa guru
haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian
pengajaran guru haruslah kreatif, efektif, menarik dan menyeronokkan. Lantaran itu, murid
akan

Anda mungkin juga menyukai