Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan juga di

Malaysia didapati ratio yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah yang
menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian
lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya.
Pemerhatian-pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator
dalam bilik darjah. Maka, mengapakah kita di Malaysia masih mangamalkan
kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada murid-murid kita? Terdapat
kajian yang menunjukkan murid-murid takut terhadap matematik akibat daripada
penggunaan algoritma kertas pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak
langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan
pembahagian. Telah banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator
akan menukar sikap murid terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan
diri mereka serta minat terhadap matematik. Menurut Bernard R. Yvon Compelling
case for Calculators Arithmatic Teacher Volume 381990/91 menyatakan
penggunaan kalkulator dalam matematik mempunyai fungsi, kelebihan dan bonus
yang boleh disimpulkan seperti berikut:

- Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan
berterusan;
- Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat
penyelesaian masalah;
- Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan
diberikan kepada murid pada peringkat yanglebih awal;
- Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang
topiK-topik yang berkaitan;
- Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola-pola
yang diperhatikan;
- Menggalakan murid menguasai saiz dan nilai nombor (bijak nombor)
- Murid tidak merasa bosan menyelesaikan problem solving malah mahu
menyiapkan walaupun menggunakan masa yang lama.
- Murid merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan
untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.
- Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok dengan
matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics.
- Membina keyakinan diri. Sebagai alat motivasi untuk murid sebagaimana seorang
tukang kayu yang dapat mengukir kayaunya dengan baik dan cepat jika mempunyai
peralatan yang cukup.
- Pelajar yang menggunakan kalkulator dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahki matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih komolek
- Boleh berdikari. Murid dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan
penggunaan kalkulator.
- Pengukuhan dalam skill jangkaan
- Penyiasatan yang mudah. Murid boleh menyiasat sendiri jawapan dengan kaedah
tanpa perlu bantuan guru.
- Kerjasama dan tanggung jawab. Murid lebih bertanggung jawab apabila diarah
untuk menjaga keselamatan alatan.

Anda mungkin juga menyukai