Anda di halaman 1dari 6

TRAGEDI 13HB MEI, 1969 Pada hari ini dalam tahun 1969, telah berlaku satu peristiwa yang

hampir-hampir menghancurkan keutuhan Negara yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei. Tragedi yang menggugat keutuhan Negara ini adalah ekoran dari pilihanraya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10hb Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan egitu lantang. Keadaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan politik mereka. Haasil dari pilihanraya ini Parti Perikatan telah Berjaya menubuhkan kerajaan sekali lagi tetapi dengan kelebihan undi yang kurang dari kemenangan-kemenangan yang lampau dan tanpa perwakilan dari MCA. Akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda musnah. Bagaimanapun, peristiwa malang ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ia adalah merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi Negara, juga menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk mengawal keadaan, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkasnya MAGERAN ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah. Pada 16hb Mei, serentak dengan pengisytiharan Darurat, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan pembubaran Parlimen oleh DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat pelbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggotaanggotanya bagi mencari jalan untuk menguatkan perpaduan Negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat Malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai manifestasi ideology kebangsaan. Meletusnya keganasan pada 13 Mei adalah akibat dari jalinan tekanan-tekanan sejarah yang menyelubungi Negara. Ini termasuklah jurang generasi dan interpretasi yang berbeza-beza oleh kaum-kaum yang lain tentang struktur perlembagaan, dan seterusnya pencabulan politik yang kian galak di kalangan kaum-kaum imigran terhada pembekalan-pembekalan penting dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan kedudukan orang-orang Melayu, terutamanya Artikelartikel 152 dan 153; kenyataan-kenyataan yang mengapi-apikan; melampau dan kelakuan-kelakuan yang provokatif oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti

perkauman tertentu dalam Pilihanraya Umum yang baru berlalu; peranan yang dimainkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan kongsi-kongsi gelap dalam mengapikan-apikan perasaandan kecurigaan kaum; dan perasaan curiga dan kemudiannya kecewa orang-orang Melayu yang berdasarkan rasa prasangka CinaMelayu, dan baru-baru ini, selepas Pilihanraya Umum, penghinaan-penghinaan dan ancamanancaman terhadap masa deoan dan kebajikan mereka di tanah air mereka sendiri. Pada hari itu juga (13 Mei) Tun Tan Siew Sin mengumumkan bahawa MCA tidak akan diwakili dalam Kabinet Persekutuan atau mana-mana Majlis Eksekutif di Dewan Undangan Negeri. Ini disebabkan dalam pilihanraya ini MCA telah kehilangan 13 daripada 27 kerusi Parlimen; kehilangan semua kerusi bagi Dewan Perundangan Negeri Pulai Pinang, hanya mendapat 1 kerusi daripada 12 kerusi di Perak, dan kehilangan 7 kerusi daripada 8 kerusi di Selangor. Bagaimanapun, MCA terus menyokong kerajaan Perikatan di Parlimen.

Pengisytiharan Darurat ini dilakukan pada 16hb Mei, dan serentak dengan itu Baginda Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan semua Dewan Perundangan Negeri. MAGERAN ditubuhkan untuk menghadapi keadaan Darurat dan mengembalikan semula Negara kepada keadaan sediakala. Pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah: Mengawal ketenteraman Memastikan kelicinan pentadbiran Negara Mengawal keadaan harmoni dan saling mempercayai di kalangan pelbagai kaum. MAGERAN dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri; Tun Abdul Razak selaku Pengarah; Tun Dr Ismail Abd. Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Presiden MCA; Presiden MIC; Menteri Penerangan dan Penyiaran; Ketua Turus Angkatan Bersenjata; Ketua Polis Negara, dan dua orang pegawai kanan awam, salah seorang daripadanya ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Sungguhpun tujuan asal penubuhan badan ini adalah untuk menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri, tetapi kuasa-kuasa yang begitu luas diberikan kepada Pengarahnya melalui Perisytiharan Diraja menjadikannya mengatasi kuasa Kabinet.

Secara rasmi Tun Abdul Razak memegang jawatan PEngarah Gerakan pada 18hb Mei. Sebagai Pengarah MAGERAN beliau mempunyai kuasa-kuasa eksekutif yang tidak terhad, malahan apabila Kabinet dibentuk dua hari kemudiannya dengan Tunku Abdul Rahman sekali lagi menjadi Perdana Menteri, pada hakikatnya Tun Razak ialah satu-satunya ketua pemutus-kata untuk Negara. Beliau menerima nasihat daripada MAGERAN tetapi tidak bertanggungjawab (tertakluk) kepada badan ini.

Implikasi peristiwa 13 mei 1969 Titik tolak dalam pertukaran dasar kerajaan PENGUNDURAN TUNKU ABDUL RAHMAN o surat Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman pada 17 Jun 1969 yang meminta Perdana Menteri Malaysia itu meletakkan jawatan kerana dianggap hilang kepercayaan daripada masyarakat Melayu. o Peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak menandakan perubahan dasar dan bermulanya dasar yang baru kepada usaha yang lebih teratur dan menyeluruh dalam pemantapan kedudukan istimewa Melayu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diperkenalkan dan diketuai oleh , Tun Razak MAGERAN bertujuan untuk memulihkan keamanan serta turut menjalankan pentadbiran hari ke hari serta mengambil keputusan-keputusan yang penting. Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan Majlis Muhibbah Kebangsaan pada 29 Mei 1969 dengan tujuan "untuk menghapuskan rasa permusuhan". Tun Razak pula berperanan penting dalam proses pembinaan semula bangsa Malaysia selepas rusuhan kaum Tun Razak pula mendakwa bahawa tiga asas untuk rakyat membina negara Malaysia yang bersatu padu ialah;

Kemelayuan Ketuhanan Keadilan

Asas-asas Melayu merangkumi Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong. Asas-asas ketuhanan merangkumi Islam sebagai agama rasmi tanpa menghalang agama-agama lain dan pengikutnya. Asas keadilan pula bermakna undang-undang dijalankan dengan adil untuk semua pihak. Daripada sudut ekonomi pula Tun Razak menjelaskan bahawa monopoli kekayaan oleh satu-satu golongan di negara ini hendaklah dihapuskan kerana akan mewujudkan sengketa perkauman dan sengketa golongan miskin dan

kaya. Menurutnya perpaduan tidak akan wujud selagi masih ada segolongan besar rakyat yang miskin Ibid, 14 September 1969. Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan oleh MAGERAN bertujuan untuk mengkaji perancangan dan pelaksanaan dan usaha-usaha kerajaan sehubungan dengan usaha membentuk perpaduan kaum Majlis Perundingan Negara pula diharapkan oleh Tun Razak untuk mencari penyelesaian yang kekal terhadap masalah perkauman. Jabatan Perpaduan Negara telah memperkenalkan ideologi negara yang didasarkan kepada perlembagaan Malaysia dimana ia akan mencerminkan cara hidup Malaysia Pada pertengahan bulan Ogos 1970, Majlis Perundingan Negara yang bersidang selama dua hari di Kuala Lumpur telah meluluskan prinsip Rukun Negara

Prinsip-prinsip Rukun Negara akhirnya terjelma dalam bentuk;

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan Prinsip-prinsip itu bertujuan ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang berteraskan kepada unsur bumiputera. Empat prinsip yang pertama mempunyai motif yang sedemikian. Dua prinsip yang pertama berkait rapat dengan institusi dalam masyarakat Melayu. Keluhuran perlembagaan turut bermaksud penerimaan fasal-fasal yang bertujuan mengukuhkan kepentingan masyarakat Melayu. Kedaulatan undang-undang pula membawa mesej penolakan kepada peristiwa-peristiwa yang akhirnya mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

PEMANTAPAN BAHASA KEBANGSAAN DBP, PENA dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Akta Bahasa Kebangsaan 1967

sehubungan dengan penerusan penggunaan bahasa Inggeris dalam bidangbidang yang penting. pada 10 Julai 1969 Abdul Rahman Yaakub telah mengumumkan semua mata pelajaran akan diajar dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah Inggeris. Bermula daripada tahun 1983 kelulusan dalam bahasa Melayu adalah syarat untuk kemasukan ke Universiti Malaya dan pada 1984 bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Bidang-bidang yang lain juga memperlihatkan ketegasan dan kesungguhan baru untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu. Cth: perbicaraan dijalankan dalam bahasa Melayu

PEMANTAPAN EKONOMI MELAYU Dengan berlatar belakangkan keadaan yang sebegini MAGERAN mengumumkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan antara kenyataan awal sehubungan dengan tujuannya ialah "dalam usaha mengadakan lagi peluangpeluang kerja kepada warga negara semua bangsa di bandar dan kawasan luar bandar." Berita Harian, 27 Jun 1969. walaupun DEB muncul dengan imej ekonomi, ia sebenarnya adalah strategi politik yang digunakan oleh UMNO untuk membaiki kemunduran orang Melayu dan jalan penyelesaian masalah kepincangan antara kaum pada 7 Ogos 1969 telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Ekonomi yang dianggotai oleh Tun Dr Ismail, Tan Siew Sin, Tun Razak V.T. Sambanthan, Encik Khir Johari, V. Manikavasagam, Ghazali Jawi, Ghafar Baba dan Tan Sri Kadir Shamsuddin yang bertujuan mengawasi dan menyelaraskan dasar-dasar yang memberi kesan penting dalam bentuk ekonomi, sosial, kewangan dan politik. Ibid, 8 Ogos 1969. Dua langkah pembangunan yang terkandung dalam DEB ialah;

Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

Mempercepatkan semula proses penyusunan semula masyarakat bagi membaiki keadaan yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan.

Semenjak peristiwa hitam pergaduhan etnik 13Mei 1969, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dan pendekatan untuk memperkukuhkan perpaduan antara kaum agar ia tidak mengganggu usaha pembangunan SUMBER: Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II Arkib Negara Malaysia 1981 ISSN 0127-0486 Government of Malaysia, The May 13 Tragedy; A Report of the National Operations Council (Intro); Kuala Lumpur, Government Press, 1969 William Shaw, Tun Razak: His Life anf Times, Kuala Lumpur, Longman Malaysia Sdn.Berhad, 1976, h.205. WIliiam Shaw, Opcit, h.212

Anda mungkin juga menyukai