Anda di halaman 1dari 15

ISL 9

PERBEZAAN ANTARA MODEL PROSES DAN MODEL OBJEKTIF

Jenis model Pengasas Objektif

Model Objektif Model Tyler Model Taba Ralph Tyler Hilda Taba Merujuk kepada Kenalpasti objektif hasil keperluan murid. pembelajaran Berdasarkan keperluan murid. Kandungan Spesifik Bersifat eskplisit Boleh diukur Berdasarkan falsafah pendidikan Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid Kandungan Berpadanan dengan objektif Relevan Signifikan Pengurusan kandungan Urutan Tahap kematangan murid Kebolehan murid Tahap pencapaian murid bersesuaian Pemilihan pengalaman pendidikan Bersesuaian dengan kandungan yang disampaikan. Melibatkan murid secara menyeluruh Dirancang dengan teliti Relevan dengan kandungan yang diajar Bersesuaian dengan jenis murid

Kandungan

Model Proses Model Stenhouse Lawrence Stenhouse Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid dan guru dengan bahan. Ciri-ciri kandungan Aktif Dinamik Bukan setakat yang berbentuk fizikal Melibatkan interaksi antara guru dengan murid

Pengurusan

Melibatkan pemilihan isi kandungan dan pengalaman. Pembelajaran yang sejajar dengan tujuan pendidikan

Guru masuk ke kelas untuk mengajar, mereka membawa satu perancangan pengajaran yang akan disampaikan Ciri-ciri personaliti serta sistem

Penilaian

Bentuk formatif dan sumatif Model penilaian yang digunakan Jenis instrument untuk mengutip data.

Perhatian diberi kepada kepada Tujuan Bentuk Jenis

kepercayaan,nilai dan jangkaan masing-masing terhadap pencapaian murid. Penilaian kandungan(apa yang diajar) Pemilihan strategi mengajar, bagaimana diajar, bagaimana mempelajari sesuatu Buat keputusan mengenai urutan kandungan yang akan diajar Pelaksanaan kurikulum dalam konteks sekolah, murid dan persekitaran yang berbezabeza.

ISL 10 PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)


1982 KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Tahun berikut pelaksanaan penuh dikuatkuasa disemua sekolah rendah. Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yangserius kepada pembangunan kemanusiaan. Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya. KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah Secara ringkas, boleh dikatakan bahawaperubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif seperti yang berikut: Secara am, - Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran; - Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam aktiviti harian; - Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yang paling asas kepada yang paling kompleks) mengikut tajuk; - penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Pembentukan Bentuk Kurikulum KSSR

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Bentuk Kurikulum Tunjang Komunikasi Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Tunjang Kemanusiaan Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Keterampilan Diri Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat. Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

ISL 11 Kekuatan Dan Kelemahan Pelaksanaan KBSR Dan KSSR Di Malaysia


KEKUATAN KBSR Murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dan matematik untuk berfikir dan berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Murid dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu kemasyarakatan dan negara Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkan potensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisan dan penulisan. Murid-murid dapat menguasai bahasa melayu selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya. Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian Pelaksanaan KBSR yang sempurna dapat memenuhi hasrat FPK ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi JERI. Proses pelaksanaan yang bermula dengan tahun1 hingga tahun 6 amat komprehensif dan mengambil kira segala aspek proses P&P dalam dan luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum. KELEMAHAN KBSR Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai

sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan,

bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan

KEKUATAN KSSR Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSR turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. Menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. KELEMAHAN KSSR Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

ISL 12
Takrif Sekolah Khas

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:


Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

KURIKULUM PPKI

Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program PKBP terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu reka bentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.

Kurikulum bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.

Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang berikut:

i. Bidang Pengurusan Kehidupan ii. Bidang Akademik Berfungsi

iii. Bidang Kerohanian dan Nilai nilai Murni iv. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti BIDANG PENGURUSAN DIRI a. Komponen Pengurusan Diri b. Komponen Kemahiran Manipulatif c. Komponen Pengurusan Tingkah laku d. Komponen Kemahiran Hidup BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI a. Komponen Bahasa Melayu b. Komponen Matematik c. Komponen Bahasa Inggeris d. Komponen Multimedia BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI NILAI MURNI a. Komponen Pendidikan Agama Islam b. Komponen Pendidikan Moral BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI a. Komponen Pendidikan Jasmani b. Komponen Pendidikan Seni c. Komponen Pendidikan Muzik d. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut:

i. mampu berdikari ii. berdisiplin dan bersikap positif iii. bermoral dan beretika iv. berkemahiran dan berketerampilan v. produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.

ISL 13
Inklusif Pendidikan inklusif ialah peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas untuk belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, men-dapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran biasa dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). Terdapat dua kategori pendidikan inklusif ini, iaitu pendidikan inklusif penuh dan pendidikan inklusif separa.

Inklusif Penuh Pendidikan inklusif penuh ialah pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti pem-belajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Namun begitu, pelaksanaan program inklusif di sekolah aliran perdana bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit, namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Usaha untuk memberi peluang pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana telah mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down sindrom dan lain-lain. Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi :Prohram yang disediakan di sekolah-sekolahbiasa. Program ini dilaksanakan kepadapelajar yang telah mempunyai kebolehanbelajar mata pelajaran tertentu yang samadengan kanak-kanak normal, dilaksanakankepada pelajar yang berkeupayaan. Matlamat Integrasi - Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada pelajar-

pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. - Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. - Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanakkanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. Strategi Pelaksanaan - Guru resos beroperasi sepenuh masa.Memberi bimbingan untuk Matematik, Bahasa Malaysia secara Individu dan mengurukan integrasi dalam pendidikan Seni, Pravokasional, PJ,MT, BM. Membantu guru kelas KKBP dan guru kelas biasa. - Mengendalikan pengajaran di KelasKKBP.Bekerjasama dengan guru resos dalam mengintegrasikan murid dalam kelas biasa dan salain membantu dalam penyediaan RPI. - Pelajar KKBP mengikut jadual kelas biasa dan akan pulang ke Kelas KKBP apabila pelajaran diikuti tamat. Mata pelajaranyang dijangkakan boleh diintegrasikan adalah Pravolasional, PJ, Seni. BM dan Matematik kepada pelajar yang boleh sahaja.

ISL 14
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pengenalan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa. Objektif Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU). Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model Home Based. Centre Based. Centre-Home Based. Aktiviti PDK Kemahiran motor kasar. Kemahiran motor halus. Perkembangan sosial. Perkembangan bahasa. Pengurusan diri sendiri. untuk diperluaskan

Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis. Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain. Latihan Vokasional. Terapi muzik. Sukan dan rekreasi. Konsep PDK 'One Stop Centre' PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Peranan PDK "One Stop Centre": Pusat Intervensi Awal OKU. Pusat Sumber maklumat OKU. usat Rujukan OKU. Pusat Pendaftaran OKU. Pusat Advokasi. PDKNet PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.

TAMAN SINAR HARAPAN

Pengenalan Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Objektif Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.

Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.

Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari. Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.

Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat. Program / Aktiviti yang disediakan Terdiri dari 2 kategori:1. Program Pendidikan Tidak Formal
o o o o o

Kelas Pengurusan Diri Kelas Perkembangan Sosial Kelas Agama / Moral Urusan Rumahtangga (Memasak / Mengemas) Kelas Kemahiran 3M

2.

Program Latihan
o o o o o o o

Pemulihan Cara Kerja Latihan Fisioterapi Pertukangan Kayu Kerja Tangan Latihan Pertanian Terapi Muzik Sukan dan Rekreasi

o o

Bengkel Kek dan roti Kelas Jahitan

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas (NGO) Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usahaKementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagaipihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa danmasyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yangmenyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental diantara umur 2-16 tahun. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanakberkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awalbagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak diantara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuanialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan inimengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom downdi merata tempat dalam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai