Anda di halaman 1dari 4

Tamadun Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan

nyawa. Keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Hal ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan perselisihan faham.

Hasilnya kita lihat beribu-ribu kitab hasil kerja mereka, bukan untuk tujuan ilmiah tetapi telah diterapkan dalam kehidupan. Proses pengajaran atau penghasilan para ilmuan dan mujtahid baru untuk menyambung tugas tersebut juga berlaku dengan menggalakkan kerana penggalian ilmu dan penarikan hukum baru bagi masalah yang baru timbul berlaku di hadapan mereka. Hasilnya bukan kitab-kitab bergerak tetapi pemimpin yang memainkan peranan menyelesaikan masalah dengan cekap menghubungkan realiti dengan syara' dan menarik hukum.

mengembangkan kaedah-kaedah penyelesaian bagi masalah-masalah baru yang digali dari sumber hukum iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Para ulama telah

Dalam kerumitan serta keanekaragaman penyelesaian yang dicadangkan untuknya, ia boleh menjadi sumber merbahaya bagi ummat manusia, kerana dalam menyelesaikan masalah kehidupan manusia, sudah tentu akan melibatkan suatu sistem yang

mempengaruhi ciri entiti masyarakatnya.

Pelbagai langkah dilaksanakan dengan begitu drastik sehingga Kabinet telah meluluskan hukumawn maksimum 20 tahun penjara ke 30 tahun penjara bagi penjenayah rogol sumbang mahram ini di samping hukuman sebatan sekalipun berumur atas 50 tahun (Berita Harian, 28 Jun 2003). Dalam masyarakat Islam, pasti tidak akan dijumpai wanita yang keluar rumah dengan sengaja mempamerkan betisnya, apa lagi yang lebih teruk dari itu. Jika ada kemungkinan besar wanita itu gila kerana orang gila tidak dikenakan beban hukum (taklif) ke atasnya. Jika terjadi juga maka hukuman (ta'zir) akan dikenakan ke atasnya, mungkin dia akan disuruh lari (masuk ke dalam rumah), didenda, atau hukuman lain yang sewajarnya bergantung kepada keputusan qadi am (hakim mahkamah am).

Mafahim Islam berkenaan wanita, pakaian wanita, aturan-aturan pergaulan antara lelaki dan wanita, mafahim tentang perkahwinan. Salah faham tentang mafahim Islam menimbulkan persepsi bahawa Islam membelenggu wanita di celah dapur. Di Algeria misalnya, ribuan wanita menunjuk perasaan di jalanraya, membantah kemenangan parti Islam, FIS disebabkan mereka takut, kalau FIS menang mereka akan disuruh berhenti kerja atau dipaksa memakai 'hijab'. Yang paling mengejutkan baru-baru ini bekas Miss Malaysia Tourism 1994 mempertahankan anjuran pertandingan ratu cantik atau penyertaan wanita Islam di dalamnya seolah-olah wanita Islam hanya dilarang 'berbogel' tetapi sebaliknya dibenarkan memakai minimum pakaian renang dengan dibelitkan 'pareo'. Ada bekas ratu yang mengatakan terdapat banyak perkara-perkara positif yang boleh diperolehi dari pertandingan ratu cantik. Kenyataan-kenyataan seperti ini yang datangnya dari wanita beragama Islam adalah satu penyelewengan yang sangat memalukan dan membahayakan masyarakat kerana kata-kata orang seperti ini sangat laris di pasaran media masyarakat ketika ini untuk ditelan generasi kita terutama muda-mudi.

Kenapakah perzinaan dan sebarang bentuk perlakuan seks yang bilazim dilarang di dalam Islam? Perbuatan ini dapat menghancurkan nasab keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan rumah tangga, meretakkan perhubungan, masalah sosial, menyebarkan penyakit-penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. Begitu juga penjelasan oleh Mustafa Haji Daud (1991), akibat daripada kegilaan seks telah menyebabkan keruntuhan moral dan kemusnahan sistem keturunan, kelahiran anak-anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran anak yang masih berada di dalam kandungan telah menjadi satu adat resam yang dapat diperoleh di mana-mana sahaja pada hari mi. Sejarah telah membuktikan bahawa kemusnahan dan kehancuran sesuatu tamadun manusia di dunia ini dan dahulu hingga masa kini adalah berpunca daripada tidak terkawalnya kebuasan seks.

Disebalik iman yang mendorong seseorang untuk berusaha mendapatkan harta dengan cara yang halal dan mengeluarkan zakat atau sedekah sebagai salah satu cabang ibadah bagi dirinya, keyakinan masyarakat terhadap nilai rohani yang wujud dalam amalan tersebut sedikit sebanyak menyebabkan semua ahli masyarakat terdorong untuk berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan membelanjakannya dengan cara yang dibenarkan oleh syara'.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral membimbangkan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan

remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada kes-kes sumbang muhrim(Rajah 1), penagihan dadah(Rajah 2), pembuangan bayi(Rajah 3), perhubungan seks bebas(Rajah 4), bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan kes jangkitan HIV/AIDS(Rajah 5). Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan. Misalnya

Manusia bergerak atas dorongan naluri (gharizah) dan keperluan organik (hajatul uduwiyyah). Naluri mengekalkan keturunan (gharizatun nau') menurut Muhammad Muhammad Ismail, Pensyarah Universiti Al-Azhar Kairo, dalam bukunya "Al-Fikrul Islami" mengatakan bahawa nafsu seksual yang lahir dari naluri ini tidak muncul begitu sahaja tanpa adanya rangsangan.

Kebebasan Berpersatuan Kewajipan melaksanakan konsep syura dalam Islam ialah bukti yang nyata bahawa umat Islam diberi kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan. Hala ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Dan bagi orang yang menerima (mematuhi) suruhan-Nya dan mendirikan sembahyang dan urusan mereka (diputuskan) dengan syura antara mereka. ( Surah asy-Syura 42:38 ) Kebebasan Beragama Tamadun Islam memperjuangkan kebebasan beragama seperti yang dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:

Tiada paksaan (memasuki) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas yang benar dari jalan yang salah. ( Surah al-Baqarah 2:256 )

Dakwah berhikmah diwajibkan oleh Islam iaitu dengan pujukan dan dakwah yang lemah lembut sahajalah merupakan jalan yang paling baik untuk menyeru mereka untuk menganut Islam. Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah memberikan dalil-dalil yang jelas yang dapat menghilangkan segala keraguan tentang kebenaran Islam.

Menurut Syaikh Al Zuhaili lagi; Islam sebagai agama yang bersumberkan kepada bimbingan ilahi adalah agama yang mula-mula mengisytiharkan prinsip-prinsip kebebasan dan hak-hak asasi manusia ; baik secara teori mahupun secara amali. Dunia baru menyedari hak-hak ini dan sebok membicarakan persoalannya dipenghujung kurun kelapan belas masihi.. Islam telah mengisytiharkan sejak awal era kemunculannya tentang prinsip melindungi maruah dan Karamah Insaniah yang membibitkan hak-hak seperti kebebasan atau kemerdekaan dan kesamarataan. Allah berfirman (Isra :70) Sesungguhnya Kami telah muliakan (status) anak-anak Adam. FirmanNya lagi ( al Tin:4) (Pada hakikatnya) Kami telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Rasulullah bangun berdiri menghurmati jenazah orang kafir yang melintasi baginda. Sahabat mengatakan kepada beliau . Jenazah itu hanyalah jenazah seorang Yahudi. Baginda lantas menjawab; bukankah dia juga seorang manusia ?.

Dasar utama tamadun Islam ini didorong dan didukung melalui beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan keselamatan agama, memelihara atau nyawa atau jiwa, memelihara harta

akal,

memelihara

maruah

keturunan,

memelihara

benda dan memelihara hak dan kebebasan.

Anda mungkin juga menyukai