Anda di halaman 1dari 21

Jenayah cyber Vandalisme

Perbuatan merosakkan harta benda awam dengan niat jahat ini atau lebih dikenali dikenali sebagai vandalisme kini dilihat semakin meruncing dan bagaikan tidak boleh dibendung lagi terutamanya di sekitar bandar-bandar besar di negara kita.

Aktiviti vandalisme ini begitu menyakitkan hati dan memalukan semua pihak terutamanya kepada masyarakat luar seperti pelancong yang datang bertandang ke negara kita. Antara contoh-contoh vandalisme yang terdapat di sekitar bandar-bandar besar di negara kita adalah seperti perbuatan merosakkan telefon awam, tandas awam, peralatan permainan di taman rekreasi, menconteng dinding, membuang sampah merata-rata, mencuri kabel, mencuri besi termasuklah kepala paip, meter air, penutup longkang, pagar besi penghadang jalan dan sebagainya.

Kamus Dewan Edisi Empat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinisikan vandalisme sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orangorang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orangorang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya". (Al Baqarah: ayat 11-12)

Seks bebas Jenayah perdagangan Sumbang mahram

erkara-perkara Yang Wajib dijaga Dalam Islam Islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Antara perkara yang wajib dijaga ialah : i. Memelihara agama : Ini bermaksud menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Seorang muslim haruslah mempertahankan Islam dan syiar-syiarnya. ii. Menjaga nyawa : Ini perlu dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang boleh menyebabkan kematian seperti memakan sesuatu yang boleh membunuh atau membahayakan diri sendiri atau yang boleh mendatangkan penyakit. 5. Samb iii. Memelihara keselamatan badan : Tubuh badan manusia perlu dipelihara dari melakukan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan akal sama ada diri sendiri atau diri orang lain. iv. Memelihara keturunan/maruah : Individu muslim perlulah memastikan keturunannya atau maruah dirinya dipelihara dari perkara yang boleh membinasakan atau menjatuhkan maruahnya. Perkara-perkara seperti zina, khalwat, berkesedudukan antara contohnya seorang Muslim yang tidak memelihara maruah. 6. Samb v.Memelihara harta : Dalam pemeliharaan harta, Islam menggariskan pemeliharaan harta ke atas harta muslim atau bukan Islam. Justeru, mencuri, merompak perlu dijauhkan. 7. Perilaku Keruntuhan Akhlak Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak yang hebat diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya : i) Kerenggangan Dalam Keluarga Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku perpecahan dalam keluarga. Sebagai contohnya ibu dan bapa selalu bergaduh, isteri tidak lagi mentaati dan menghormati suami, anak-anak tidak mendengar nasihat dan melawan cakap ibu bapa dan sebagainya. Semua ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak dan jauh dari rahmat dan hidayat Allah SWT. Perkara-perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku terutama kepada umat Islam yang sepatutnya mencontohi tauladan Rasulullah SAW yang sangat mulia. 8. Samb ii) Penyalahgunaan Dadah Dewasa ini masalah penyalahgunaan dadah dikalangan pelbagai masyarakat amat membimbangkan khususnya umat Islam. Perkara ini telah menjadi satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang masih menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menanggani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Berhubungan dengan itu kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk pengambilan dadah iaitu HIV. Kita tahu bahawa musuh-musuh Islam tidak suka melihat perkembangan Islam yang telah maju kehadapan dalam banyak segi. Mereka sentiasa mencari pelbagai cara bagi menjatuhkan Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang di bawa oleh musuh-musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kemewahan, kadangkala kita terlupa tentang jerat yang menanti kita. 9. Samb iii) Seks Bebas Seks bebas yang dilakukan oleh remaja hari ini disebabkan mereka terlalu bebas melihat perlakuan itu di majalah, menonton video lucah dan internet. Masalah seks bebas yang bukan saja berlaku terhadap individu daripada keluarga berpendapatan rendah, malah sebahagiannya berlaku di kalangan orang berada dan keluarga yang mempunyai latar belakang baik. Selain itu perlakuan ini bukan sahaja berlaku kepada keluarga miskin tetapi zaman `dunia tanpa sempadan' tidak mengira miskin atau kaya, remaja perempuan berumur 9 tahun pun sudah ada perasaan terhadap seks. Dalam pada itu, mengikut kajian Pensyarah Psikologi, universiti tempatan, R Ismail, pengaruh sosial seperti masyarakat sekeliling dan media merupakan punca yang menyebabkan remaja mudah terjerumus dalam seks bebas. Kajian beliau menjelaskan, apabila golongan remaja berkawan dengan orang yang tidak mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik, sudah pasti mereka akan terikut perbuatan orang itu. 10. Kawan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat dan boleh merubah corak kehidupan seorang remaja yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Masyarakat yang celik terhadap teknologi maklumat memang bagus tetapi konsep itu telah disalahgunakan oleh para remaja. Oleh itu peranan Islam adalah satu cara untuk menghalang dari perbuatan terkutuk itu.

11. iv) Sumbang Mahram Sejak sedekad ini, isu sumbang mahram merupakan isu yang telah banyak diperbincangkan dalam pelbagai peringkat seperti seminar, forum, simposium bahkan sehingga ke kabinet. Perbagai langkah juga mula dilaksanakan dengan begitu drastik sehingga Kabinet telah meluluskan hukuman maksimum 20 tahun penjara ke 30 tahun penjara bagi penjenayah rogol sumbang Mahram ini di samping hukuman sebatan sekalipun berumur atas 50 tahun (Berita Harian, 28 Jun 2003). Sumbang mahram adalah merupakan hubungan seks yang melibatkan ahli keluarga yang haram dikahwini sama ada yang berbentuk paksaan seperti rogol atau berbentuk kerelaan seperti perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala sosial sumbang mahram ini merupakan salah satu daripada berjenis-jenis gejala sosial yang selari dengan yang lainnya.Bezanya gejala ini dianggap besar kerana melampaui batas-batas kemanusiaan dan keinsanan sama ada daripada kacamata manusia mahupun agama. 12. Antara faktor-faktor Sumbang Mahram ialah : a) Tahap Iman Yang Lemah Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa perlakuan tersebut. Disebabkan oleh kelemahan iman menyebabkannya dalam keadaan-keaadaan tertentu nafsunya mengatasi kewarasan. Godaan nafsu seperti ini sentiasa berlaku dan dorongan faktor-faktor luaran yang mengarahkan kepada dosa tersebut menggalakkan lagi dorongan tersebut. Hal godaan nafsu ini pernah diperingatkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud: "sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhan. 13. b) Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan Suami Sewaktu awal perkahwinan, isteri mesti menunaikan kewajipan melayan suaminya ini dengan sempurna. Apabila telah sampai peringkat 40-an apatah lagi jika isteri berkahwin semula dengan lelaki yang lebih muda, tahap layanan ini berkurangan atas sebabsebab biologi mereka. Ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan antara keperluan suami dan kegagalan isteri. Sebagai contoh, seorang suami mempunyai keinginan terhadap isterinya tetapi isteri tidak mampu melayan kerana penat dan sakit-sakit. Kelemahan iman dan kurangnya pengetahuan agama menyebabkan suami bertindak memuaskan nafsu terhadap anaknya. 14. c) Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga Islam telah mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak boleh masuk ke bilik ibu bapa mereka sesuka hati apabila telah mumayyiz apatahlagi setelah baligh. Larangan ini berkait rapat dengan penjagaan aurat dan penjagaan rahsia sulit perkahwinan di antara ibu bapa dan anakanak. Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. yang ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hambahamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). 15. v) Individualistik Masyarakat yang mementingkan sikap individualistik turut dilihat sebagai punca golongan belia luntur pegangan nilai-nilai murni mereka. Ini kerana dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai yang murni dalam kehidupan secara berkelompok seperti tolongmenolong, hormat-menghormati, nasihat-menasihati dan sebagainya tidak ditonjol atau didedahkan kepada golongan belia. Mereka lebih gemar melakukan kerja-kerja secara bersendirian atau menghabiskan sedikit wang ringgit untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang sepatutnya boleh dilakukan bersama-sama dalam masyarakat. contohnya aktiviti gotong royong membersihkan masjid, surau, balairaya dan sebagainya. Akibatnya belia jarang duduk bersama dan berbincang mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah. Sikap ramah mesra, muhibah dan kasih sayang tidak wujud dalam diri individu tersebut, sedangkan dalam Islam menggalakkan hubungan silaturrahim. 16. vi) Materialistik Apabila sebut perkataan materialisme, maka apa yang difahamkan oleh masyarakat ialah sifat kebendaan dari segi mengutamakan soal-soal kekayaan harta benda. Justeru, sifat materialistik merujuk pada soal-soal kewangan. Maknanya pertimbangan yang diutamakan dalam kehidupan ialah wang dan harta benda. Tetapi hakikatnya ialah ada satu lagi makna materialisme iaitu yang berkaitan dengan falsafah pemikiran moden. Materialisme yang

dimaksudkan ialah fahaman bahawa kewujudan hanyalah dalam bentuk benda. Menurut fahaman ini, tidak ada kewujudan lain daripada benda. Justeru, tidak ada roh atau perkaraperkara ghaib seperti dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, syaitan, iblis, jin dan seumpamanya.

17. Pemikiran moden Barat berasaskan pada materialisme baik yang lahir dalam bentuk sains fizikal atau sains sosial. Muncul konsep materialisme dialektik yang menjadi asas pemikiran sosial sains kiri. Kedua-dua konsep materialisme ini dapat dilihat bertentangan dengan pemikiran Islam. Dalam Islam, seseorang tidak boleh bersifat materialistik. Konsep-konsep seperti zakat, sedekah, korban, akikah, haji, rezeki, halal dan haram menunjukkan bahawa keutamaan dalam kehidupan Islam bukannya harta benda tetapi adalah jiwa. Maknanya dengan memperoleh harta, seseorang mesti melepaskannya dalam bentuk zakat, sedekah, korban, akikah dan haji. Rezeki pula hendaklah bersih dan halal. Maknanya, sifat materialistik harus ditundukkan kepada tuntutan Islam dalam bentuk fiqh dan tasawuf. 18. v) Rasuah Rasuah memang satu penyakit dalam masyarakat seumpama bahayanya barah dalam tubuh manusia. Penyakit barah sebenar yang memenuhi ciri-cirinya adalah suatu keadaan perubatan yang menggerunkan serta penanda noktah kepada hayat pengidapnya kecuali beberapa jenis sekiranya dikesan awal. Begitu juga dengan pengamalan rasuah. Ia pasti akan memusnahkan ekonomi sesebuah Negara. Amalan keji itu melibatkan dua golongan satunya adalah penerima manakala yang satu lagi adalah penyuapnya. Biasanya ia melibatkan perlanggaran atau demi mengelak dari diambil hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan. Dalam kebanyakan kes, negara secara amnya mengalami kerugian besar perolehan hasil ekoran daripada perlakuan yang sering dimulakan oleh pihak penguasa sendiri. Pesalah hanya akan menawar ia sebagai jalan keluar sekiranya tiada peluang budi bicara digunakan. 19. Semakin banyak undang-undang yang dicipta serta Akta yang dipinda, semakin luas dan mewah pula perlakuan rasuah. Sedarkah kita bagaimana jenayah yang dilakukan kaum bukan Islam kerap kali berakhir di balai polis sahaja tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menegakkan keadilan. Tentu sahaja wang sehingga ribuan ringgit berpindah tangan mengikut kadar jenayah yang dilakukan. Allah swt telah berfirman: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188) 20. Pelbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Antaranya disebabkan oleh: i. Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu. 21. ii.sikap hidup yang suka bermegah-megah dan bermewah-mewah menjadi amalan. Perbelanjaan hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan. 22. iii.Kurang penghayatan ilmu agama. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilainilai suci dalam agama mendorong seseorang

itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

23. iv. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsurunsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 24. v. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting. 25. Faktor Keruntuhan Akhlak Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor ini bolehlah dihuraikan seperti berikut : 1. Iman yang lemah. Punca yang paling asas dalam permasalahan ini adalah kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar Islam menyumbang kepada masalah moral. 2. Nilai dan budaya kuning dan Barat. Budaya dan pengaruh yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti sekularisme, liberalisme dan lain-lain pengaruh telah berjaya mempengaruhi umat Islam. 26. Budaya hedonisma dan materialisme. Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok mengikut hawa nafsu dan inginkan kemewahan dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah ini. Remaja khususnya hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan ajaran agama yang sebenar. Sikap ibu bapa yang kurang prihatin. Kesibukan ibubapa dengan tugasan harian terutamanya yang bekerja telah mengakibatkan ramai anak-anak yang terkontang-kanting tanpa kawalan. Bahkan ada ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak dengan melimpahkan kemewahan kepada mereka. 27. 5. Pergaulan bebas. Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan juga membawa kepada masalah sosial yang teruk. Tiada batasan dalam hubungan boleh mengakibatkan terjadinya masalah akhlak yang teruk. 28. Langkah Ke Arah Mengatasi Tiada masalah yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud Bagi setiap penyakit ada ubatnya . justeru bagi mengatasi masalah gejala keruntuhan akhlak dikalangan remaja Islam kita perlulah memberi perhatian kepada perkara berikut : 1.Memberi didikan Islam yang sebenar. Pendidikan agama merupakan asas yang paling penting bagi membentuk jatidiri muslim yang sebenar. Kefahaman agama yang sebenar dan keyakinan terhadap Allah akan menanamkan dalam diri insan sifat taqwa kepada Allah. Dan taqwalah yang akan membezakan antara setiap muslim. 29. 2.Tanggungjawab ibubapa. Ibubapa perlulah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak mereka. Walau sibuk dengan tugasan harian tanggungjawab mendidik anak tidak boleh diabaikan sesuai dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. 3.Sikap Prihatin masyarakat. Masyarakat Islam yang baik adalah masyarakat yang akan memastikan setiap anggota masyarakatnya tidak terlibat dengan gejala keruntuhan moral. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu cegahlah dengan

lisannya dan sekiranya masih tidak mampu maka cegahlah di dalam hatinya ..dan itu adalah selemah-lemah iman .

30. 4. Mengawal media massa. Pelbagai alat sebaran yang muncul hari ini seperti televisyen, suratkhabar, majalah boleh menjadi agen yang paling berpengaruh ke arah keruntuhan akhlak. Namun ia juga boleh menjadi agen dakwah yang paling berkesan. Oleh itu, pengawalan yang sewajarnya perlulah ke arah memastikan akhlak remaja dapat dikawal. Masalah keruntuhan akhlak remaja tidak akan dapat diatasi tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Ianya dapat diatasi dengan penuh hikmah . 31. Implikasi Keruntuhan Akhlak Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemui dengan jayanya. Demikian juga dengan penagihan dadah, ia merupakan satu malapetaka besar yang menimpa masyarakat Islam yang mana ia telah melumpuhkan sama sekali remaja yang sangat diperlukan oleh negara. Begitu juga dengan vandalisme yang melibatkan harta benda awam yang besar nilainya. 32. Sumbang mahram pula, selain dari mengancam keselamatan keturunan ia juga menyebabkan kehancuran rumahtangga. Rumahtangga menjadi tidak selamat untuk didiami. Dengan berlakunya sumbang mahram, kerukunan, kebahagiaan dan kedamaian rumahtangga terjejas dengan teruknya dan institusi keluarga berada di dalam keruntuhan. Demikian juga dengan bersekududukan, ini juga mengancam keselamatan keturunan. Contohnya orang yang bersekedudukan hingga melahirkan anak dan anakanak ini tidak sah hubungan dengan bapanya. Sekiranya orang yang bersekedudukan itu tidak mahukan anak sedangkan dia telah mengandung maka akan timbul pula masalah lain, antaranya pengguguran.

Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh. Ia dapat direalisasikan dengan berdirinya masyarakat seperti yang diasaskan oleh beliau di Madinah iaitu sebuah masyarakat yang adil dan makmur di bawah naungan Ridha Allah. Seseorang yang berada dalam masyarakat Islam akan terhalang dari melakukan kemungkaran bermula dengan keyakinan terhadap fikrah-fikrah Islam yang dibawanya, pandangan-pandangan dan perasaan-perasaan umum masyarakat terhadap hidup dan berpegang dengan Islam, dan terakhir adalah uqubat yang merupakan tindakan-tindakan negara terhadap perlanggaran hukum atau pemastian pendirian hukum. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kelompok muslim dan bukan muslim diberikan pendedahan mengenai urusan kehidupan yang berkaitan dengan aqidah Islam. Tujuan ini adalah untuk membekalkan akal dengan pemikiran dan idea-idea yang jernih, semada mengenai aqaid (cabang-cabang aqidah), mahupun hukum. Sebagai contohnya,

masyarakat hidup secara harmoni di bawah payung yang sama menjunjung rukun negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan seperti hubungan lelaki dan wanita, ekonomi, politik, dan lain-lain.

Segala pelajaran tersebut yang juga diterapkan dalam masyarakat akan menerbitkan pandangan-pandangan dan perasaan umum dalam masyarakat. Contohnya zina atau perbuatan-perbuatan yang membawa kepadanya adalah haram, sesiapa yang melakukan perkara-perkara tersebut akan dipandang hina oleh masyarakat dan menaikkan kemarahan masyarakat. Suasana yang seperti ini akan menghalang atau mencegah seseorang dari melakukan perlanggaran terhadap sebarang larangan. Disebalik iman yang mendorong seseorang untuk berusaha mendapatkan harta dengan cara yang halal dan mengeluarkan zakat atau sedekah sebagai salah satu cabang ibadah bagi dirinya, keyakinan masyarakat terhadap nilai rohani yang wujud dalam amalan tersebut sedikit sebanyak menyebabkan semua ahli masyarakat terdorong untuk berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan membelanjakannya dengan cara yang dibenarkan oleh syara'. Bagi individu yang tidak terhalang oleh pemikiran dan perasaan umum tersebut, Islam telah sedia dengan mekanisme praktik atau tariqah yang merupakan tindakan-tindakan fizikal iaitu uqubat bagi pelanggaran hukum. Pesalah-pesalah zina yang belum berkahwin akan dikenakan hukuman sebat 100 kali dan hukuman rejam bagi yang telah berkahwin jika sabit kesalahan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yang hanya mengandungi nasihat dan bimbingan tetapi mencakup penyelesaian-penyelesaian dalam masalah hidup dan mekanisme praktik penerapan hukum. Penerapan tersebut adalah penerapan yang tidak pilih bulu. Ini dapat dilihat semasa zaman Rasulullah sendiri, apabila terdapat usaha-usaha golongan bangsawan untuk meminta pengecualian bagi seorang wanita bangsawan daripada hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Mendengarkan berita ini nabi s.a.w. dengan marah naik ke mimbar dan bersabda "....demi Allah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti ku potong tangannya". Ketegasan ini diteruskan oleh khalifah-khalifah yang seterusnya. Penerapan syariah bukan disebabkan samada manusia suka atau tidak suka. Penerapan Islam berasaskan taqwa kepada Allah ini sangat berbekas dalam jiwa sehingga pesalah zina pada ketika itu datang menyerah kepada Rasulullah untuk disucikan dengan uqubat kerana takutkan siksa akhirat. Hukuman yang dikenakan bukan sekadar ditujukan

kepada pesalah, tetapi memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat, yang menunjukkan pandangan Islam terhadap masyarakat yang tidak mementingkan hanya individu atau kelompok semata. Hukuman bagi pesalah zina dijalankan dengan disaksikan oleh khalayak ramai atau disiarkan secara langsung di televisyan ke seluruh negara, berdasarkan firman Allah : "dan hendaklah disaksikan azabnya oleh segolongan orang-orang beriman." (TTQ : AnNuur : 2) Manusia bergerak atas dorongan naluri (gharizah) dan keperluan organik (hajatul uduwiyyah). Naluri mengekalkan keturunan (gharizatun nau') menurut Muhammad Muhammad Ismail, Pensyarah Universiti Al-Azhar Kairo, dalam bukunya "Al-Fikrul Islami" mengatakan bahawa nafsu seksual yang lahir dari naluri ini tidak muncul begitu sahaja tanpa adanya rangsangan. Memang selayaknya Islam amat ketat menjaga perkara "rangsangan". Daulah Islam akan sentiasa memastikan bahawa segala sumber-sumbar maklumat seperti media cetak, elektronik atau multimedia dan suasana yang negatif menurut pandangan syariat Islam di benteras sama sekali. Seseorang yang tidak pernah memegang, melihat, berbincang atau menggunakan landing valve1 dalam sejarah hidupnya tidak akan terlintas di fikirannya untuk menghargai atau ingin menggunakannya. Maklumat atau perlakuan negatif jika di canangkan atau dibenarkan berlaku di hadapan masyarakat terutama generasi muda yang sedang ghairah untuk mencuba apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Maka kita tidak akan dapat saksikan dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang tiada hubungan pernikahan bergaul bebas seperti suami isteri dan difilemkan untuk dipertontonkan dan diambil pengajaran daripadanya oleh masyarakat dalam daulah Islam. Perkahwinan sebagai penyelesaian daripada Islam untuk menjawab panggilan naluri mengekalkan keturunan dengan anjuran supaya dimudahkan perlaksanaannya dan direndahkan kosnya sehingga jika perlu ada subsidi dari negara. Mafahim Islam berkenaan wanita, pakaian wanita, aturan-aturan pergaulan antara lelaki dan wanita, mafahim tentang perkahwinan. Salah faham tentang mafahim Islam menimbulkan persepsi bahawa Islam membelenggu wanita di celah dapur. Di Algeria misalnya, ribuan wanita menunjuk perasaan di jalanraya, membantah kemenangan parti Islam, FIS disebabkan mereka takut, kalau FIS menang mereka akan disuruh berhenti kerja atau dipaksa memakai 'hijab'. Yang paling mengejutkan baru-baru ini bekas Miss Malaysia Tourism 1994 mempertahankan anjuran pertandingan ratu cantik atau penyertaan wanita

Islam di dalamnya seolah-olah wanita Islam hanya dilarang 'berbogel' tetapi sebaliknya dibenarkan memakai minimum pakaian renang dengan dibelitkan 'pareo'. Ada bekas ratu yang mengatakan terdapat banyak perkara-perkara positif yang boleh diperolehi dari pertandingan ratu cantik. Kenyataan-kenyataan seperti ini yang datangnya dari wanita beragama Islam adalah satu penyelewengan yang sangat memalukan dan membahayakan masyarakat kerana kata-kata orang seperti ini sangat laris di pasaran media masyarakat ketika ini untuk ditelan generasi kita terutama muda-mudi. Menurut Dr. Samih Athif dan Dr. Mustafa As Sibaie dalam tulisan mengenai kaedah-kaedah Sistem Sosial dalam Islam iaitu "Syariat Islam dan wanita diantara Hukum Islam dan Perundang-undangan", menegaskan, fungsi dasar wanita adalah sebagai ibu dan pengatur urusan rumahtangga. Namun Islam memberi kebenaran wanita melakukan pekerjaan di luar rumah, seperti berniaga, mengajar, belajar, berbincang dengan jiran-jiran, dan berbagai aktiviti-aktiviti yang halal. Wanita dibenarkan berkomunikasi dengan lelaki jika perlu, dengan syarat tidak terjadi khalwat. Beliau juga menegaskan bahawa "Wanita adalah terhormat, harus dijaga".

Perlu ditegaskan bahawa aturan-aturan Islam bukan dibatasi hanya nilai-nilai moral sahaja. Tariqah atau kaedah-kaedah praktik pendirian hukum termasuk hukuman-hukuman bagi perlanggaran mesti dijalankan untuk memastikan aturan-aturan dipatuhi. Walaupun Islam biasanya bersikap preventif, hukuman-hukuman dalam Islam bersifat deterensif

(pembersihan). Yang terpenting , menurut Abdul Aziz Al-Badri, sistem Islam memiliki keunggulan yang tidak dimiliki oleh mana-mana sistem lain. Sistem ini mempunyai dorongan taqwa di dalamnya. Maknanya, setiap individu menjalankan aturan-aturan Islam, sematamata atas dorongan taqwanya kepada Allah, bukan kerana takut hukuman dunia. Kejelasan terhadap aqidah Islam menyebabkan lahir kesedaran akan hubungan dengan Allah (idra' sillah billah) dalam melakukan perbuatan. Kesedaran bahawa Allah Maha Mengetahui, segala perbuatan manusia, di mana sahaja ia berada. Maka dengan dorongan taqwa dan ancaman hukuman yang berat di dunia, masyarakat akan terbebas dari segala tindakan yang keji dan kotor. Juga tidak sukar membayangkan, jika konsep semacam itu diterapkan di dalam masyarakat, maka dengan sendirinya pelacuran, pornografi, judi, arak, disko, dadah dan lain-lain agenagen gejala tidak diperlukan lagi. Oleh yang demikian, simtom-simtom gejala akan dapat di elakkan atau malah dihapuskan sama sekali.

Namun kini, kita tidak perlu bertanya, pelacuran, haruan makan anak, buang bayi, lepak, dadah, arak sudah dianggap biasa. Bahkan dianggap seolah-olah sudah suatu identiti. Pelacur, anak haram, kaki dadah, kaki arak, kaki judi, kaki lepak telah banyak berkeliaran di tengah-tengah masyarakat. Kita perlu beringat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah memperingatkan bahawa jika riba dan zina telah bertebaran di tengah masyarakat, maka saat itulah, Allah akan menurunkan azab-Nya. "Bila riba dan zina telah berkembang nyata di suatu negeri, maka(bererti, mereka-penduduk negeri itu) telah menghalalkan untuk diri mereka azab Allah." (HR Hakim) Celakanya, sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran surah al-Anfal ayat 25, azab Allah tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja. Tetapi semua warga masyarakat akan terkena, tanpa pandang bulu. "Dan takutlah (kamu sekelian)akan fitnah (bencana, kerusakan, azab) yang tidak hanya menimpa pada orang yang zalim (orang yang suka membuat kerosakan) saja di antara kamu" (TTQ. Al-Anfal:25)

Bayangkan jika majoriti warga masyarakat, terutama para pemimpin dan pegawai kerajaan, memiliki sifat taqwa dan menegakkan hukum seperti yang demikian. Tidak sukar untuk membayangkan, betapa indahnya bentuk masyarakat seperti ini. Mudah diterima aqal, peristiwa datangnya seseorang dari hujung Madinah (Maidz Al-Aslami) kepada Rasulullah, mengaku bahawa ia telah berzina, dan minta dihukum.

. Para pembela dan pejuang demokrasi kapitalis selalu membela sikapnya terhadap individu dan kepentingan peribadinya dengan mengatakan: "Kepentingan peribadi dengan sendirinya membawa kepentingan masyarakat. Apabila seseorang melakukan kegiatan kemasyarakatan dia juga mencapai keuntungan peribadi kerana dia adalah sebahagian daripada masyarakat dimana ia bekerja untuk nya dan akan kembali kepadanya sendiri. Oleh itu motif peribadi dan utilitarian sudah cukup untuk menjamin kepentingan-kepentingan sosial, kerana apabila dianalisa akan menuju kepada kepentingan peribadi dan kepentingan individu".

Secara jujurnya, fitrah semula jadi manusia sememangnya suka akan kemewahan dan ada yang berminda kapitalis yang cenderung mencari harta kekayaan sehingga arah dan tujuan hidupnya adalah semata-mata mengaut keuntungan kebendaan sahaja. Hasil daripada pemikiran kapitalis ini, moral dan nilai etika telah ditolak dalam semua pertimbangan ataupun boleh dikatakan bahawa konsep kapitalis yang keji ini telah dijadikan keutamaan dan kebebasan telah dicanangkan sebagai alat untuk mencapai prioriti ini. Akibatnya timbul segala kerosakan sosial yang dikeluhkan oleh masyarakat Malaysia sebagai bencana, malapetaka, kerumitan dan kesengsaraan. Bayangkan, sekiranya kriteria perbuatan dalam kehidupan setiap individu dalam sesuatu masyarakat adalah mencapai keuntungan dan kepentingan semaksimumnya untuk dirinya sendiri dan negara pula telah memberikan kebebasan maka masih adakah lagi erti dan nilai kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan dalam diri individu ini?

Mungkinkah perkaitan antara kepentingan masyarakat dengan kepentingan individu cukup untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan pekerjaaan yang dituntut oleh etika dan moral sedangkan mengikut pengetahuannya ia tidak membawa sesuatu keuntungan pun untuknya? Meskipun secara kebetulan kegiatan itu mempunyai keuntungan baginya kerana ia termasuk dalam masyarakat tetapi seringkali berlaku keuntungan yang sedikit ini akan bertentangan dangan keuntungan-keuntungan yang lebih jelas atau kepentingankepentingan peribadi yang lebih dijamin untuk dicapai. Oleh itu individu yang berada dalam hadharah(peradaban) yang tidak islami ini memijak-mijak seluruh sistem etika dan kesedaran spiritual. Ummat Islam mestilah sedar bahawa ideologi kapitalis yang dibuat oleh manusia ini adalah hasil dari akal manusia yang terbatas dan sudah pasti mengandungi kesilapan dan kelemahan-kelemahannya. Untuk itu harus ada suatu sumber lain selain daripada ideologi kapitalis ini. Sumber yang dapat menjawab persoalan tentang manusia, alam dan kehidupan dengan mendalam dan menyeluruh(jernih/mustanir), dan daripadanya didirikan sistem masyarakat yang sempurna untuk membina kehidupan baru yang dinamik untuk memenuhi dan menjaga kepentingan masyarakat. Sumber itu adalah Islam. Islamlah satu-satunya penyelesaian kepada masalah tersebut. Kita mesti memberikan kepercayaan kepada Islam untuk memimpin kepimpinan dunia ini dengan payung Sistem Khilafah.

MASALAH SOSIAL DAN PENYELESAIANNYA MENURUT ISLAM

Sejak zaman dahulu sehinggalah abad moden kini, di merata dunia tidak pernah sunyi dari masalah sosial. Masalah yang sentiasa mengganggu fikiran dan perasaan manusia sekarang. Manusia berusaha untuk menangani masalah sosial. Masalah ini telah lama berakar umbi dalam sejarah kehidupan manusia. Manusia menghadapi masalah ini sejak mereka mula membentuk kehidupan bermasyarakat. Entiti masyarakat wujud daripada ikatan antara individu-individu yang dijalin antara satu sama lain. Ikatan-ikatan ini datang dari pemikiran dan perasaan yang dibawa oleh mereka. Pengikatan ini sudah tentu memerlukan pengurusan dan pengarahan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada kehidupan seharian. Sudah semestinya, masalah sosial adalah satu masalah yang paling ketara dalam kehidupan. Dalam kerumitan serta keanekaragaman penyelesaian yang dicadangkan untuknya, ia boleh menjadi sumber merbahaya bagi ummat manusia, kerana dalam menyelesaikan masalah kehidupan manusia, sudah tentu akan melibatkan suatu sistem yang mempengaruhi ciri entiti masyarakatnya. Malaysia adalah satu entiti masyarakat yang telah dimerdekakan oleh British pada 31 Ogos 1957. Taraf sosial masyarakat Malaysia telah berubah sejak ia mencapai kemerdekaan. Dalam suasana ini bangsa Malaysia telah melahap pelbagai bentuk "pembangunan dan kemajuan" sejak sedekad yang lalu, krisis moral telah mencapai ke tahap yang kritikal. Sistem Demokrasi Kapitalis yang didirikan telah membentuk bangsa Malaysia yang ketandusan moral. Masyarakat yang mengikuti sistem ini telah mengantikan tujuan hidup untuk mendapat keredhaan Allah SWT kepada untuk mencapai kesenangan materialistik, menukar sikap tolong-menolong dan mengambil berat masalah ummat kepada sikap individualistik dan mementingkan diri sendiri(self-interest). Masyarakat Malaysia tidak lagi peka kepada isu-isu yang melibatkan ummat. Sebahagian besar daripada daripada masyarakat tidak lagi mencegah kemungkaran yang berlaku dihadapan matanya. Mereka memandang kemungkaran sebagai perkara yang terpaksa diterima sebagai satu pakej sekali dengan pembangunan dan kemajuan. Adakah ini semua hasil yang mesti diterima dari kemajuan yang ingin dinikmati oleh bangsa Malaysia?

Golongan remaja adalah barisan hadapan yang sangat sensitif untuk disentuh oleh derasnya arus peradaban(hadharah), merekalah yang mula-mula sekali akan disentuh oleh berbagai perkembangan peradaban, malang sekali kebanyakan daripada mereka menerima tanpa berfikir dan lebih buruk lagi ada yang mempropagandakannya kepada orang lain dengan alasan untuk melancarkan lagi arus kemajuan zaman. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral membimbangkan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada kes-kes sumbang muhrim(Rajah 1), penagihan dadah(Rajah 2), pembuangan bayi(Rajah 3), perhubungan seks bebas(Rajah 4), bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan kes jangkitan HIV/AIDS(Rajah 5). Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan. Misalnya 'Haruan makan anak' adalah satu bukti kerosakan sosial yang kian meningkat bagi kita di Malaysia. Menurut laporan polis, pada tahun 1995 terdapat 173 kes, 1996 sebanyak 200 kes dan sehingga April pada tahun ini sudah 56 kes dilaporkan. Kes pencabulan atau rogol yang melibatkan anggota keluarga semakin membimbangkan. Dari 173 kes yang berlaku pada tahun 1995, 62 kes adalah melibatkan bapa kandung (35.8%); 1996 dari 200 kes, 65 membabitkan bapa kandung (32.5%); dan 1997 (sehingga April) dari jumlah 56 kes, 20 kes melibatkan bapa kandung (35.7%). Ini membuktikan pencabulan bapa kandung merupakan pelaku utama iaitu antara 32.5 peratus ke 35.8 peratus, diikuti bapa tiri dan saudara mara yang terdekat. Sesungguhnya perbuatan ini bukan sahaja merupakan jenayah tetapi juga menggelapkan masa depan anak gadis yang menjadi mangsa oleh keluarga sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung. Keluarga terdekat sebaliknya sanggup melempiaskan nafsu ghairahnya terhadap keluarga atau anak sendiri. Pihak kerajaaan memang merasa bimbang terhadap gejala keruntuhan moral ini. Timbalan Perdana Menteri mengatakan pembangunan negara haruslah seiring dengan pembangunan sosial dan menambah lagi bahawa tiada gunanya membicarakan persoalan masyarakat madani sekiranya masalah moral dan sosial masih lagi berleluasa. Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik, Presiden MCA mengatakan bahawa Malaysia perlu belajar daripada kesilapan negara maju yang gagal mengimbangi antara pembangunan kemanusiaan dengan kebendaan. Kita perlu menanam nilai-nilai murni dalam masyarakat dan rakyat mesti memberi kerjasama kepada kerajaan. Antara tindakan yang terbaru adalah mewujudkan Pelan Tindakan Gejala Sosial Selangor (Petugas). Ia menyediakan 90 jenis latihan dan kemahiran dan 60 jenis perkhidmatan dan usaha pemulihan. Berbagai aktiviti diadakan dan bermacam-macam slogan dilaungkan untuk menangani masalah sosial ini. Tetapi realitinya masalah sosial

masih belum dapat diselesaikan bahkan semakin hari semakin bertambah kritikal. Sloganslogan pula nyaris menjadi slogan kosong kerana tidak dapat dibuktikan dalam kenyataan. Banyak pemimpin di Malaysia mencari punca dan memberikan cara penyelasaian untuk masalah sosial yang semakin ketara sekarang. Datuk seri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah menegur supaya ibubapa perlu prihatin terhadap aduan jiran tetangga mengenai perilaku anak-anak mereka di luar rumah. Institusi keluarga banyak memberi sumbangan dalam menangani masalah sosial sekiranya hubungan baik dan tolong menolong antara satu sama lain. Ibubapa bertanggungjawab dalam mendidik anak. Datuk Abdul Ghani Othman , Menteri Besar Johor menyatakan pihak kerajaan negeri akan mengarahkan khatib menyampaikan khutbah mengenai bagaimana peranan ibubapa menangani masalah sosial supaya ibubapa yang beramal di mesjid dapat menginsafi peranan sebenar ibubapa. Datuk Seri Rafidah Aziz, menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula mencadangkan supaya keluarga yang anaknya terlibat dalam jenayah dipenjarakan kerana telah mengabaikan tanggungjawabnya. Ibubapa sepatutnya memperhatikan dan mendisiplinkan anak mereka dan tidak meninggalkan tanggungjawab mereka kepada kerajaan dan pihak sekolah. Daripada penelitian terhadap pendapat-pendapat yang diberikan untuk menangani masalah sosial ini adalah dengan pembaikan individu dan orang yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah ibubapa sehingga mereka boleh dipenjarakan walaupun bukan mereka yang melakukannya. Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat. Selain daripada itu, ada yang mencadangkan supaya kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat supaya masyarakat tidak berani dan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu gejala kerosakan sosial. Persoalan yang timbul disini ialah Apakah dengan hanya membaiki individu maka dengan sendirinya akan menjadikan masyarakat itu menjadi baik? Dan Bolehkah sekelompok kecil yang menguasai golongan majoriti membuat undang-undang dan pada yang sama mempunyai Peradaban(Hadharah) merupakan hasil yang dicurahkan oleh sesebuah ideologi(mabda) yang ditegakkan. Jika sesuatu peradaban yang muncul dan dibentuk oleh ideologi tertentu telah dilahap, maka sukar untuk membuang kerosakannya walaupun bencana dan sengsara telah dirasakan daripada pelbagai aspek. Hadharahlah yang akan mewarnai berbagai bentuk sikap yang akan dilakukan oleh sesuatu masyarakat. Apabila hadharah itu rosak,

maka dengan mudah boleh dijangkakan ia akan menimbulkan berbagai salah laku yang akan mencerminkan kerosakan itu kerana seseorang itu akan bertindak berdasarkan apa yang difahaminya dan piawaiannya biasanya dirujukkan kepada asas ideologi yang diikutinya. Ideologi yang rosak adalah umpama payung yang telah koyak-rabak, yang tidak layak untuk manusia bernaung dibawahnya. Sesiapa yang bernaung dibawahnya, pasti akan ditimpa hujan. Orang yang tinggi pemikirannya pasti akan menukarkannya dengan payung yang baru dan lebih selamat. Demokrasi Kapitalis diasaskan kepada satu kepercayaan bahawa dengan menjaga kepentingan individu dengan sendirinya menjamin kepentingan masyarakat dan

pemerintahan yang dibentuk hanyalah untuk melindungi individu dan kepentingankepentingan peribadinya. Ia boleh diringkaskan dalam perjuangan kebebasan iaitu kebebasan berpendapat, kebebasan pemilikan(ekonomi), kebebasan beragama dan kebebasan individu. Sistem pemerintahannya berkaitan secara langsung dengan kehidupan setiap individu. Oleh itu setiap individu mempunyai hak untuk terlibat dalam sistem, sama ada pemimpin ataupun rakyat untuk membangunkannya. Masalah sosial mempengaruhi kebahagiaan dan kesengsaraan mereka maka wajar untuk mereka menangani sendiri urusan sosial dan membaiki kelemahan-kelemahan yang muncul. Atas dasar inilah, hak bersuara dan pemilihan umum rakyat diberikan untuk menjamin pemimpin yang memerintah mewakili majoriti penduduk walau apa pun pemikiran dan tujuannya dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam berekonomi pula, ia didasarkan kepada kebebasan pemilikan tanpa batasan (termasuk barang-barang yang haram seperti barang curi, arak, dan sebagainya), memonopoli pasaran dan pengeluaran dan menimbun modal sebanyak-banyaknya tanpa batasan. Setiap individu mempunyai kebebasan memiliki dengan apa cara sekalipun termasuk rasuah, menindas, mengugut dan sebagainya untuk mengumpul, menambah dan memperbanyakkan harta kekayaan demi kepentingan dan keuntungan peribadi. Kepentingan peribadi merupakan motif utama dan tujuan yang paling nyata seseorang individu itu dalam setiap kerja dan kegiatannya. Kebebasan berpendapat bererti manusia bebas mempunyai doktrin-doktrin yang sesuai dengan pemikiran mereka sendiri atau apa yang diinspirasikan oleh kecenderungan dan manfaat mereka dan kebebasan individu pula membenarkan manusia dalam menentukan tindakan perilakunya. Ia berhak melaksanakan kehendaknya serta bebas untuk melakukannya lagi sesuai dengan dorongan peribadinya tanpa memperdulikan hasil dan akibat daripada apa yang dilaksanakan olehnya, kecuali apabila tindakannya itu bertembung dengan kebebasan orang lain.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kepentingan masyarakat dikaitkan dengan kepentingankepentingan individu, kerana individu adalah dasar dimana sistem masyarakat didirikan. Pemerintah yang baik adalah pemimpin yang dapat memberikan pemuasan dan keuntungan bagi individu dan alat yang digunakan untuk menjaga dan melindungi kepentingankepentingannya. Jelaslah bahawa sistem masyarakat ini adalah sistem materialis tulen yang diikuti oleh kebanyakan orang sekarang, ia hanya terbatas kepada aspek manfaat(utilitarian) daripada kehidupan materialisnya. Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh. Ia dapat direalisasikan dengan berdirinya masyarakat seperti yang diasaskan oleh beliau di Madinah iaitu sebuah masyarakat yang adil dan makmur di bawah naungan Ridha Allah. Seseorang yang berada dalam masyarakat Islam akan terhalang dari melakukan kemungkaran bermula dengan keyakinan terhadap fikrah-fikrah Islam yang dibawanya, pandangan-pandangan dan perasaan-perasaan umum masyarakat terhadap hidup dan berpegang dengan Islam, dan terakhir adalah uqubat yang merupakan tindakan-tindakan negara terhadap perlanggaran hukum atau pemastian pendirian hukum. Setiap individu dalam masyarakat Islam (kelompok muslim dan non-muslim yang Islam mengatur urusan kehidupan mereka) diberikan pendidikan yang berasaskan kepada aqidah Islam. Tujuan pendidikan ini adalah untuk membekalkan aqal dengan pemikiran dan ideaidea yang jernih, semada mengenai aqaid (cabang-cabang aqidah), maupun hukum. Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan seperti hubungan lelaki dan wanita, ekonomi, politik, dan lain-lain. Segala pelajaran tersebut yang juga diterapkan dalam masyarakat akan menerbitkan pandangan-pandangan dan perasaan umum dalam masyarakat. Contohnya zina atau perbuatan-perbuatan yang membawa kepadanya adalah haram, sesiapa yang melakukan perkara-perkara tersebut akan dipandang hina oleh masyarakat dan menaikkan kemarahan masyarakat. Suasana yang seperti ini akan menghalang atau mencegah seseorang dari melakukan perlanggaran terhadap sebarang larangan. Disebalik iman yang mendorong seseorang untuk berusaha mendapatkan harta dengan cara yang halal dan mengeluarkan zakat atau sedekah sebagai salah satu cabang ibadah bagi dirinya, keyakinan masyarakat terhadap nilai rohani yang wujud dalam amalan tersebut sedikit sebanyak menyebabkan

semua ahli masyarakat terdorong untuk berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan membelanjakannya dengan cara yang dibenarkan oleh syara'. Bagi individu yang tidak terhalang oleh pemikiran dan perasaan umum tersebut, Islam telah sedia dengan mekanisme praktik atau tariqah yang merupakan tindakan-tindakan fizikal iaitu uqubat bagi pelanggaran hukum. Pesalah-pesalah zina yang belum berkahwin akan dikenakan hukuman sebat 100 kali dan hukuman rejam bagi yang telah berkahwin jika sabit kesalahan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yang hanya mengandungi nasihat dan bimbingan tetapi mencakup penyelesaian-penyelesaian dalam masalah hidup dan mekanisme praktik penerapan hukum. Penerapan tersebut adalah penerapan yang tidak pilih bulu. Ini dapat dilihat semasa zaman Rasulullah sendiri, apabila terdapat usaha-usaha golongan bangsawan untuk meminta pengecualian bagi seorang wanita bangsawan daripada hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Mendengarkan berita ini nabi s.a.w. dengan marah naik ke mimbar dan bersabda "....demi Allah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti ku potong tangannya". Ketegasan ini diteruskan oleh khalifah-khalifah yang seterusnya. Penerapan syariah bukan disebabkan samada manusia suka atau tidak suka. Penerapan Islam berasaskan taqwa kepada Allah ini sangat berbekas dalam jiwa sehingga pesalah zina pada ketika itu datang menyerah kepada Rasulullah untuk disucikan dengan uqubat kerana takutkan siksa akhirat. Hukuman yang dikenakan bukan sekadar ditujukan kepada pesalah, tetapi memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat, yang menunjukkan pandangan Islam terhadap masyarakat yang tidak mementingkan hanya individu atau kelompok semata. Hukuman bagi pesalah zina dijalankan dengan disaksikan oleh khalayak ramai atau disiarkan secara langsung di televisyan ke seluruh negara, berdasarkan firman Allah : "dan hendaklah disaksikan azabnya oleh segolongan orang-orang beriman." (TTQ : AnNuur : 2) Manusia bergerak atas dorongan naluri (gharizah) dan keperluan organik (hajatul uduwiyyah). Naluri mengekalkan keturunan (gharizatun nau') menurut Muhammad Muhammad Ismail, Pensyarah Universiti Al-Azhar Kairo, dalam bukunya "Al-Fikrul Islami" mengatakan bahawa nafsu seksual yang lahir dari naluri ini tidak muncul begitu sahaja tanpa adanya rangsangan.

Memang selayaknya Islam amat ketat menjaga perkara "rangsangan". Daulah Islam akan sentiasa memastikan bahawa segala sumber-sumbar maklumat seperti media cetak, elektronik atau multimedia dan suasana yang negatif menurut pandangan syariat Islam di benteras sama sekali. Seseorang yang tidak pernah memegang, melihat, berbincang atau menggunakan landing valve1 dalam sejarah hidupnya tidak akan terlintas di fikirannya untuk menghargai atau ingin menggunakannya. Maklumat atau perlakuan negatif jika di canangkan atau dibenarkan berlaku di hadapan masyarakat terutama generasi muda yang sedang ghairah untuk mencuba apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Maka kita tidak akan dapat saksikan dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang tiada hubungan pernikahan bergaul bebas seperti suami isteri dan difilemkan untuk dipertontonkan dan diambil pengajaran daripadanya oleh masyarakat dalam daulah Islam. Perkahwinan sebagai penyelesaian daripada Islam untuk menjawab panggilan naluri mengekalkan keturunan dengan anjuran supaya dimudahkan perlaksanaannya dan direndahkan kosnya sehingga jika perlu ada subsidi dari negara. Mafahim Islam berkenaan wanita, pakaian wanita, aturan-aturan pergaulan antara lelaki dan wanita, mafahim tentang perkahwinan. Salah faham tentang mafahim Islam menimbulkan persepsi bahawa Islam membelenggu wanita di celah dapur. Di Algeria misalnya, ribuan wanita menunjuk perasaan di jalanraya, membantah kemenangan parti Islam, FIS disebabkan mereka takut, kalau FIS menang mereka akan disuruh berhenti kerja atau dipaksa memakai 'hijab'. Yang paling mengejutkan baru-baru ini bekas Miss Malaysia Tourism 1994 mempertahankan anjuran pertandingan ratu cantik atau penyertaan wanita Islam di dalamnya seolah-olah wanita Islam hanya dilarang 'berbogel' tetapi sebaliknya dibenarkan memakai minimum pakaian renang dengan dibelitkan 'pareo'. Ada bekas ratu yang mengatakan terdapat banyak perkara-perkara positif yang boleh diperolehi dari pertandingan ratu cantik. Kenyataan-kenyataan seperti ini yang datangnya dari wanita beragama Islam adalah satu penyelewengan yang sangat memalukan dan membahayakan masyarakat kerana kata-kata orang seperti ini sangat laris di pasaran media masyarakat ketika ini untuk ditelan generasi kita terutama muda-mudi. Menurut Dr. Samih Athif dan Dr. Mustafa As Sibaie dalam tulisan mengenai kaedah-kaedah Sistem Sosial dalam Islam iaitu "Syariat Islam dan wanita diantara Hukum Islam dan Perundang-undangan", menegaskan, fungsi dasar wanita adalah sebagai ibu dan pengatur urusan rumahtangga. Namun Islam memberi kebenaran wanita melakukan pekerjaan di luar rumah, seperti berniaga, mengajar, belajar, berbincang dengan jiran-jiran, dan berbagai aktiviti-aktiviti yang halal. Wanita dibenarkan berkomunikasi dengan lelaki jika perlu, dengan

syarat tidak terjadi khalwat. Beliau juga menegaskan bahawa "Wanita adalah terhormat, harus dijaga". Dalam masyarakat Islam, pasti tidak akan dijumpai wanita yang keluar rumah dengan sengaja mempamerkan betisnya, apa lagi yang lebih teruk dari itu. Jika ada kemungkinan besar wanita itu gila kerana orang gila tidak dikenakan beban hukum (taklif) ke atasnya. Jika terjadi juga maka hukuman (ta'zir) akan dikenakan ke atasnya, mungkin dia akan disuruh lari (masuk ke dalam rumah), didenda, atau hukuman lain yang sewajarnya bergantung kepada keputusan qadi am (hakim mahkamah am). Perlu ditegaskan bahawa aturan-aturan Islam bukan dibatasi hanya nilai-nilai moral sahaja. Tariqah atau kaedah-kaedah praktik pendirian hukum termasuk hukuman-hukuman bagi perlanggaran mesti dijalankan untuk memastikan aturan-aturan dipatuhi. Walaupun Islam biasanya bersikap preventif, hukuman-hukuman dalam Islam bersifat deterensif

(pembersihan). Yang terpenting , menurut Abdul Aziz Al-Badri, sistem Islam memiliki keunggulan yang tidak dimiliki oleh mana-mana sistem lain. Sistem ini mempunyai dorongan taqwa di dalamnya. Maknanya, setiap individu menjalankan aturan-aturan Islam, sematamata atas dorongan taqwanya kepada Allah, bukan kerana takut hukuman dunia. Kejelasan terhadap aqidah Islam menyebabkan lahir kesedaran akan hubungan dengan Allah (idra' sillah billah) dalam melakukan perbuatan. Kesedaran bahawa Allah Maha Mengetahui, segala perbuatan manusia, di mana sahaja ia berada. Maka dengan dorongan taqwa dan ancaman hukuman yang berat di dunia, masyarakat akan terbebas dari segala tindakan yang keji dan kotor. Bayangkan jika majoriti warga masyarakat, terutama para pemimpin dan pegawai kerajaan, memiliki sifat taqwa dan menegakkan hukum seperti yang demikian. Tidak sukar untuk membayangkan, betapa indahnya bentuk masyarakat seperti ini. Mudah diterima aqal, peristiwa datangnya seseorang dari hujung Madinah (Maidz Al-Aslami) kepada Rasulullah, mengaku bahawa ia telah berzina, dan minta dihukum. Juga tidak sukar membayangkan, jika konsep semacam itu diterapkan di dalam masyarakat, maka dengan sendirinya pelacuran, pornografi, judi, arak, disko, dadah dan lain-lain agenagen gejala tidak diperlukan lagi. Oleh yang demikian, simtom-simtom gejala akan dapat di elakkan atau malah dihapuskan sama sekali. Namun kini, kita tidak perlu bertanya, pelacuran, haruan makan anak, buang bayi, lepak, dadah, arak sudah dianggap biasa. Bahkan dianggap seolah-olah sudah suatu identiti. Pelacur, anak haram, kaki dadah, kaki arak, kaki judi, kaki lepak telah banyak berkeliaran di

tengah-tengah masyarakat. Kita perlu beringat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah memperingatkan bahawa jika riba dan zina telah bertebaran di tengah masyarakat, maka saat itulah, Allah akan menurunkan azab-Nya. "Bila riba dan zina telah berkembang nyata di suatu negeri, maka(bererti, mereka-penduduk negeri itu) telah menghalalkan untuk diri mereka azab Allah." (HR Hakim) Celakanya, sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran surah al-Anfal ayat 25, azab Allah tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja. Tetapi semua warga masyarakat akan terkena, tanpa pandang bulu. "Dan takutlah (kamu sekelian)akan fitnah (bencana, kerusakan, azab) yang tidak hanya menimpa pada orang yang zalim (orang yang suka membuat kerosakan) saja di antara kamu" (TTQ. Al-Anfal:25) Maka jangan salahkan, jika ribuan bayi yang tidak berdosa pun kini tidak lepas dari bahaya jangkitan penyakit maut AIDS. Dan isteri-isteri yang setia juga kena penyakit laknat itu. Adakah kita masih sayangkan payung baru tetapi bocor yang tidak meninggalkan sedikitpun kawasan kering di tubuh kita walaupun hujan renyai-renyai menimpa. Payung hadiah barat yang tak sampai seabad digunakan telah mengorbankan ribuan nyawa, kehormatan, pemikiran, perasaan dan kemulian ummat ini. Rindukanlah payung rahmat Allah kesan penerapan syariatnya secara total dalam kehidupan.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-

negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.

Anda mungkin juga menyukai