Anda di halaman 1dari 3

Kalkulator merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat sama ada diperingkat
menengah atau rendah. Di negara-negara Barat, kalkulator telah diperkenalkan
kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai
sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa
kita boleh biarkan murid-murid menggunakan kalkulator dalam pembelajaran
matematik? Antara sebab-sebabnya seperti berikut:

- Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi
- Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat
- Dapat belajar sendiri
- Merdeka minda
- Menyingkatkan masa pengiraan
- Kalkulator sebagai agen visualisasi
- Mudah menggraf

Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam
tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan
pentafsiran matematik.

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan juga di
Malaysia didapati ratio yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah yang
menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian
lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya.
Pemerhatian-pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator
dalam bilik darjah. Maka, mengapakah kita di Malaysia masih mangamalkan
kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada murid-murid kita? Terdapat
kajian yang menunjukkan murid-murid takut terhadap matematik akibat daripada
penggunaan algoritma kertas pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak
langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan
pembahagian. Telah banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator
akan menukar sikap murid terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan
diri mereka serta minat terhadap matematik. Menurut Bernard R. Yvon Compelling
case for Calculators Arithmatic Teacher Volume 381990/91 menyatakan
penggunaan kalkulator dalam matematik mempunyai fungsi, kelebihan dan bonus
yang boleh disimpulkan seperti berikut:

- Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan
berterusan;
- Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat
penyelesaian masalah;
- Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan
diberikan kepada murid pada peringkat yanglebih awal;
- Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang
topiK-topik yang berkaitan;
- Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola-pola
yang diperhatikan;
- Menggalakan murid menguasai saiz dan nilai nombor (bijak nombor)
- Murid tidak merasa bosan menyelesaikan problem solving malah mahu
menyiapkan walaupun menggunakan masa yang lama.
- Murid merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan
untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.
- Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok dengan
matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics.
- Membina keyakinan diri. Sebagai alat motivasi untuk murid sebagaimana seorang
tukang kayu yang dapat mengukir kayaunya dengan baik dan cepat jika mempunyai
peralatan yang cukup.
- Pelajar yang menggunakan kalkulator dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahki matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih komolek
- Boleh berdikari. Murid dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan
penggunaan kalkulator.
- Pengukuhan dalam skill jangkaan
- Penyiasatan yang mudah. Murid boleh menyiasat sendiri jawapan dengan kaedah
tanpa perlu bantuan guru.
- Kerjasama dan tanggung jawab. Murid lebih bertanggung jawab apabila diarah
untuk menjaga keselamatan alatan.

Biasanya murid sekolah rendah terutama yang lambat mengalami kesukaran
semasa menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan
kerana mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana
mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan
menggunakan kalkulator, murid-murid di sekolah rendah boleh menumpukan
perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan
diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih
mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan
mejadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan menyeronokan.
Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran jawapan dan bukan
jawapan tepat. Oleh itu murid-murid harus diajar cara membezakan dan menentukan
kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
diberikan, sama ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan congak, penggunaan
algoritma kertas pensel ataupun kalkulator. Contohnya kemahiran mengganggar
adalah satu kemahiran yang paling berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita.
Setelah membeli barang-barang di pasar raya, kita boleh mengganggar sama ada
kiraan bil oleh juru wang betul atau tidak. Seseorang murid yang mahir membuat
anggaran akan cepat mengecam kesilapan kiraan seperti 223 + 489 = 1099 kerana
200 + 400 tidak mungkin menjadi 1000. Oleh itu, murid digalakan membuat
anggaran sebelum mengira. Setelah mendapat jawapan yang betul dengan
kalkulator, galakan murid menaakul sama ada jawapan yang didapati itu munasabah
atau tidak ini akan menyebabkan motivasi belajar matematik di kalangan murid
sekolah rendah akan meningkat.


KEBAIKAN KEBURUKAN
Pelajar lebih jelas akan keperluan asas
matematik melalui penerokaan
mendapat jawapan sahih yang diberi
oleh kalkulator.
Motivasi pelajar untuk melakukan latih
tubi dan mengulangi pengiraan yang
dijalankan secara manual berkurangan
kerana kalkulator boleh
menjalankannya dengan lebih cepat
dan tepat.
Hanya sebeberapa ketika menjalankan
intro terhadap kaedah matematik,
prinsip yang sama boleh dijalankan ke
masalah yang lebih kompleks.
Pelajar akan bergantung sepenuhnya
kepada kalkulator grafik walaupun
untuk pengiraan congak.
Prinsip rumus matematik boleh dikaji
melalui penggunaan variasai yang
mudah apabila data-data dimasukkan
ke dalam kalkulator grafik.
Input data yang tidak mencukupi akan
menyebabkan kesan dramatik
terhadap jawapan.
Kalkulator dapat menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks
Jawapan yang diberi mungkin pelbagai
dan jauh dari sangkaan pelajar.
(unfamiliar)
Kesiapan kaedah boleh diperbetulkan
kerana di atas skrinnya di paparkan
sebarang operasi.
Setengah pelajar tidak
memaksimunkan penggunaan
kalkulator.
Pelajar mendapat kepuasan
bersama rakan-rakan, serta
berpeluang menunjukkan
kebolehan masing-masing
menerokai penyelesaian kepada
masalah matematik
menggunakaan kalkulator grafik.

Anda mungkin juga menyukai