Anda di halaman 1dari 6

Wawasan 2020 dikemukakan secara radikal yang dijelaskan oleh bekas

Perdana Menteri yang dikasihi, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pembentangan
kertas kerja bertajuk ‘Malaysia; Langkah Ke Hadapan’ di persidangan pertama Majlis
Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991. Beliau mengajukan
beberapa perspektif mengenai arah masa depan negara dan peranan yang perlu
dimainkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad,
kemajuan yang hendak dicapai itu bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga
meliputi bidang politik, sosial, sukan dan taraf hidup. Segala kemajuan, kemodenan
dan glamor hidup yang dikecapi oleh warganegara diperolehi hasil daripada berkat
usaha, kegigihan dan dedikasi rakyat dan pemimpin negara. Jika ditelusuri dari
zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang, terlalu banyak rintangan dan
cabaran yang telah diharungi oleh pemimpin-pemimpin yang silih berganti dari
semasa ke semasa. Mujurlah, kesemua cabaran yang direntasi oleh negara ini
akhirnya ditangani dengan kejayaan dan masih dikecapi hingga masa kini.

Teras memperkasakan modal insan penting dan menjadi faktor penentuan


kejayaan pembangunan sesebuah negara. Menurut Rancangan Malaysia
Kesembilan, pembangunan modal insan dijadikan antara agenda utama program
pembangunan negara pada masa akan datang. Hal ini selaras dengan usaha
kerajaan untuk membentuk individu yang berketerampilan dan berkualiti dalam
melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Antara aspek yang
ditekankan dalam pembangunan modal insan adalah untuk melahirkan insan yang
berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, memiliki nilai jati diri, beretika, mempunyai
pendidikan, terlatih dan mempunyai pekerjaan yang sewajarnya. Rancangan ini lebih
kurang sama dengan Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai bagi membina negara
bangsa. dalam konteks ini, nilai murni sejagat seperti integrity, belas kasihan, adil
dan penyayang harus dipupuk dalam kalangan generasi muda dan untuk
membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang
sama, pembangunan identity nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan
pembangunan warganegara yang global. Menurut Naib Canselor Kolej Universiti
Antarabangsa Teknologi Twinech, Prof Datuk Dr. Ismail Mohd. Salleh, beliau telah
mengatakan bahawa “pembangunan modal insan bukan sahaja penting kepada
pertumbuhan masyarakat, malah memberi kesan besar kepada pertumbuhan
ekonomi”. Oleh itu, modal insan mempunyai dimensi yang luas dari aspek individu,
masyarakat dan ekonomi. Namun, kebimbingan mengenai lunturnya budi bahasa,
sopan santun dan nilai murni dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak
muda kian menebal ekoran pelbagai kes menggemparkan yang berlaku di negara
kita. Oleh itu, beberapa langkah harus kita laksanakan untuk memupuk nilai murni
pada anak-anak generasi muda ini bagi membentuk sebuah negara yang cemerlang
dan terbilang.

Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng


oleh setiap ibu bapa dan haruslah dijulang sampai ke langit.  Ibu bapa harus
mendidik amalan ini sejak anak-anak merah tapak kaki lagi,  bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa memainkan peranan utama bagi
mendidik anak-anak sejak mereka masih kecil iaitu memberi penekanan dan
mengamalkan serta menanam nilai-niali murni dikalangan anak-anak . Ibu bapa
perlulah memastikan didikan mereka tidak bagai mencurah air ke daun keladi. Ibu
bapa bolehlah membeli buku-buku cerita yang mengandungi unsur nilai murni
dalam cerita kepada anak. Melalui membaca buku cerita, anak-anak bukan sahaja
boleh belajar nilai murni daripada buku ini, malah ilmu pengetahuan mereka juga
akan diperluaskan, bak kata pepatah anak-anak bagai kain putih, ibu bapalah yang
bertanggungjawab untuk mewarnakannya

. Di samping itu, ibu bapa dan warga tua turut memainkan peranan lebih aktif
memantau anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat. Anak-
anak mesti ditanam dengan nilai murni supaya dapat mereka praktikkan apabila
mereka berdepan dengan orang ramai. Di samping pendidikan agama dan moral,
pendidikan akademik sangat penting untuk anak-anak. Ibu bapa harus prihatin
terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka. Mereka boleh menyediakan
bahan bacaan yang sesuai untuk tatapan anak-anak malah menyediakan
perpustakaan mini di dalam rumah khas untuk mereka. Ibu bapa harus menyedari
kepentingan membaca seperti yang dimaksudkan dalam slogan yang berbunyi
membaca jambatan ilmu. Jika anak-anak tercicir dalam pendidikan, mudah bagi
mereka menjadi liar dan terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

Pihak sekolah juga berperanan penting untuk memupuk nilai-nilai murni pada
diri anak-anak murid. Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain
mesti mempertingkan kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai
subjek diajar. Pengajaran Sivik, Pendikan Moral dan Pendidikan Agama merupakan
cara yang bagus untuk menanam nilai-nilai murni di kalangan anak-anak murid.
Melalui pelajaran ini, pelajar akan diterokai dengan ilmu-ilmu dan nilai-nilai murni.
Guru juga perlulah mengamalkan nilai murni dalam kehidupan mereka kerana
mereka merupakan role modal kepada anak-anak murid mereka. Anak-anak murid
akan mengikuti jejak yang diamalkan oleh guru-guru mereka. Selain itu, mereka
haruslah mengajar pelajar mereka untuk menghormati orang tua dan menyayangi
haiwan. Mereka mestilah memberi amaran kepada pelajar-pelajar ini supaya tidak
bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja.

Semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu mengajar


anak-anak murid mereka agama-agama sendiri dan pendedahan isu agama yang
lain. Dengan adanya didikan agama dan moral yang kukuh, ini dapat
memperkukuhkan lagi iman remaja yang hanya setipis daun bawang daripada
dipengaruhi oleh pengaruh luar. Anak-anak murid itu juga akan lebih berakhlak mulia
dan bersopan santun. Selain itu, mereka juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan
mereka mengenai agama masing-masing dan mengikuti jejak Tuhan mereka. Jika
guru tidak begitu memahami tentang agama-agama tertentu, guru mestilah dapatkan
ajaran daripada guru-guru yang lain. Janganlah memberi anak-anak murid info-info
yang salah.

Pada setiap hari Sabtu, pihak sekolah juga akan mengadakan aktiviti
kokurikulum dalam sekolah. Aktiviti persatuan, sukan dan unit uniform akan
dijalankan. Melalui aktiviti kokurikulum, guru dapat mendidik pelajar tentang ilmu-ilmu
luar dari pelajaran mereka dan mengembangkan ilmu pengetahuan pelajar. Selain
itu, guru juga boleh melatih anak-anak pelajar untuk menjadi seorang pemimpin
melalui aktiviti kokurikulum. Pelajar akan dididik untuk menjadi seorang yang tabah
hati, suka menolong orang, mematuhi perintah orang lain, boleh dipercayai dan nilai-
nilai murni yang sebagainya.

Tambahan pula, pihak sekolah perlulah mengadakan ‘1 Murid 1 Sukan’ di


sekolah. Guru perlu memastikan semua pelajar mereka akan melibatkan diri dalam
aktiviti ini. Melalui ‘1 Murid 1 Sukan’, guru boleh mendidik pelajar-pelajar ilmu
pengetahuan dan peraturan yang perlu patuhi tentang sukan-sukan yang dijalankan,
contohnya badminton. Pelajar juga dapat meyihatkan tubuh badan mereka dan
menjadi lebih berdisplin dan berdikari. Dengan ini, pelajar akan mengembang dari
semua aspek, iaitu jasmani, rohani, intelek dan emosi. Guru juga dapat mencungkil
bakat-bakat sukan pelajar dan melatih mereka supaya mereka dapat menyertai
pertandingan dan berjaya berdiri atas pentas kebangsaan dan antaranbangsa pada
masa depan.

Selain itu, pihak NGO dan kerajaan harus bekerjasama dengan pihak sekolah
untuk memperbanyakkan merancang pelbagai aktiviti luar yang berciri-ciri untuk
pendedahan mengenai kebejatan sosial . Anak-anak muda perlu diberi penjelasan
tentang punca berlakunya gejala-gejala sosial, kesannya dan bagaimana cara
mengatasinya.generasi muda ini. Anak-anak muda dibimbing supaya melakukan
kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi
rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, aktiviti-aktiviti mengutip derma
untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti
sukarela. Mereka yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam
kebejatan sosial. Tambahan pula, kanak-kanak harus dididik tentang cara bercakap
dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di rumah orang. Apabila selalu
terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara
intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Mereka juga mesti mempunyai
rasa hormat kepada alam sekitar, negara, masyarakat di sekeliling, apa tah lagi ibu
bapa.

Semua pihak harus turun padang untuk memupuk nilai-nilai murni di


kalangan pelajar-pelajar. Salah satu pihak yang mampu menyumbang ialah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru(PIBG). Ibu bapa dan guru adalah insan yang
paling rapat dengan pelajar dan berkepentingan dalam kehidupan pelajar. Golongan
inilah yang harus memikul tanggungjawab bagi menanam nilai-nilai murni pada anak-
anak murid. Kita semua mengetahui bahawa demi membentuk masyarakat sakinah
dan mewujudkan masyarakat madani generasi muda ini perlu dibimbing dengan
sebaiknya petanda kehancuran generasi ini dapat ditangani sebaiknya.
Di sekolah terdapat sebilangan pelajar yang bermasalah, oleh itu pihak
sekolah haruslah memberi tumpunan dan melibatkan mereka untuk menghadiri
ceramah “ Modal Insan ”supaya meningkatkan pelajar lebih berdisiplin dan berakhlak
mulia. Di sinilah peranan guru kaunseling amat diperlukan. Guru-guru berkaitan juga
harus bertampil ke hadapan untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar
bermasalah ini. Bimbingan dan program khas boleh diadakan untuk mereka di
bawah kelolaan dan perhatian PIBG.

Anak-anak muda mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan sebuah


negara yang bebas daripada sebarang masalah sosial dengan cara tidak
membabitkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat. Saling hormat -menghormati orang
yang lebih tua adalah satu nilai murni dan dengan adanya rasa hormat tentunya
memudahkan mereka mematuhi termasuk undang-undang yang telah ditetapkan.
Dengan kata lain, generasi muda yang berkualiti harus bersasiah mulia, berinsaniah,
berbudi bahasa dan berkasih saying agar melahirkan masyarakat sakinah dan
madani pada masa depan.

Pihak sekolah juga boleh menganjurkan kempen menekankan pentingnya


nilai murni dalam kehidupan seharian. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan
Masyarakat Penyayang sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan kita berprihatin
mengenai kepentingan amalan baik dalam hidup bermasyarakat. Namun malangnya
kempen ini tidak dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat. Oleh itu,
pihak sekolah harus menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyertai kempen-kempen
ini. Ibu bapa juga boleh bekerjasama dengan pihak sekolah. Mereka boleh
membawa anak-anak mereka untuk menghadiri ke kempen-kempen ini supaya anak-
anak muda ini diberi pendedahan kepentingan amalan baik dalam kehidupan
seharian. Guru-guru juga perlu memastikan anak-anak murid mereka mempraktikkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan harian mereka.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga boleh menggunakan media massa


seperti televisyen perlulah lebih menyiarkan rancangan bercorak keagamaan, moral
dan mengurangkan rancangan hiburan melampau, filem ganas yang tidak sesuai
untuk anak-anak muda. Iklan mengenai isu pentingnya budi bahasa, nilai murni dan
hubungan baik antara masyarakat mesti dpertingkatkan supaya harapan generasi
muda dapat menjadikannya sebagai panduan. Semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran, guru juga boleh menyiarkan filem-filem atau iklan-iklan yang
mengandungi nilai-nilai murni kepada pelajar. Contohnya, guru boleh menyiarkan
filem tentang pentingnya mematuhi peraturan jalan raya kepada pelajarnya.

Kesimpulannya, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Hanya


remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Amalan budi
bahasa, hormat-menghormati tidak kira di peringkat usia, pangkat dan kedudukan
bagi mewujudkan dan melahirkan masyarakat menepati aspirasi negara. Semoga
apa yang dicitakan menjadi kenyataan. Rakyat di negara matahari terbit patut
menjadi ikutan generasi kita di negara ini, walau menghadapi bencana dan pelbagai
dugaan tetapi semangat mendaulatkan budi bahasa tidak pernah hilang dalam diri
mereka, malah mereka lebih bertabah dan bersemangat untuk sentiasa bangkit demi
masa depan yang cemerlang. Jati diri ini yang diimpikan oleh semua pemimpin
negara. Semua pihak haruslah berganting bahu untuk memupuk nilai-nilai murni
pada generasi muda ini supaya dapat melahirkan warganegara yang mampu
bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan seterusnya berketerampilan
menjadi seorang pemimpin pada masa depan. Bulat air kerana pembentang, bulat
air kerana muafakat. Semoga kita berjaya dengan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai