Anda di halaman 1dari 11

TAJUK

PERBANDINGAN PENDIDIKAN (EID3143)

PENSYARAH
MOHD AZUAN BIN SULAIMAN

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD SAKHAWI BIN 3212010481


MUHAMMAD
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL 3212011641
RAZAK

MUHAMMAD HAFIZZUDDIN AKID 3212005171


BIN ABDUL HALIM

ISI KANDUNGAN.
1. PENGENALAN
2. ISI
3. KESIMPULAN
KEPERIBADIAN MELAMBANGKAN TAHAP
PENDIDIKAN.

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan


pembelajaran kepakaran khusus dan juga sesuatu yang tidak
dapat dilihat tetapi lebih mendalam, salah satu matlamat
Pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui
generasi. Pendidikan sering berlaku di bawah bimbingan
pendidik, tetapi pelajar dapat mendidik diri mereka sendiri.
Pendidikan boleh berlaku dalam situasi formal atau tidak
formal dan setiap pengalaman yang mempunyai kesan
formatif terhadap cara seseorang berfikir, merasakan atau
bertindak dapat dianggap sebagai Pendidikan. Metodologi
pengajaran dipanggil pedagogi.

Keperibadian murid-murid adalah perkara yang paling


penting dalam Pendidikan, pelajar yang mempunyai sahsiah
adalah pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang
tinggi dan akhlak yang baik, pelajar ini mempunyai potensi
untuk berjaya dalam pelajaran dan mampu berjaya dalam
kehidupan mereka kerana mereka mendahulukan sahsiah
dannilai murni terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu
perkara tersebut berbanding dengan pelajar yang kurang
sahsiahnya dan peribadinya dalam kehidupan, maka disini
bagaimana pelajar-pelajar ini ingin berjaya di dalam
Pendidikannya jika nilai murninya ketika belajar kurang
terhadap guru-guru mereka yang telah mencurahkan ilmu
kepada nya,

Di dalam pembelajaran dan Pendidikan murid-murid di


sekolah adalah individu yang harus ditekankan bagi
melahirkan pelajar yang berakhlak mulia adalah dengan
pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya nilai-nilai murni dalam diri
pelajar, mereka dapat mempraktikkan dalam kehidupan
sehariannya. Selain itu, nilai-nilai murni penting dalam
kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia
Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada
pada setiap orang supaya segala tingkah laku yang dilakukan
oleh pelajar tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat
melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan
misi nasional negara.

Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan


Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk
membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa
juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan
wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk


melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya
berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban
dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk
insan dan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita
sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai
murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi
generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal
ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana
kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam
kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang
berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada
agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh
kepada Tuhan dan setia kepada negara.
Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni
yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam
jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang
berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang
bersatu padu.
Di peringkat sekolah ini, didikan moral yang positif dan
nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat
mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai
pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah
dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir
Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah
bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku
sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi
yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan,
berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta
positif.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh
membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam
diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan
pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik,
tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya,
guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role
model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah
yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran
dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat
memupuk sikap positif dalam diri mereka. Begitulah caranya
sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang
yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
Pada masa ini, pelajar-pelajar semakin kurang sahsiah
dan nilai murni dalam diri mereka, pelajar-pelajar zaman
sekarang ini semakin berani melawan guru-guru yang
memberi ilmu kepada mereka, pelajar-pelajar ini merasakan
lebih pandai berbanding guru yang mengajarnya dan tidak
mahu mendengar apa yang telah diajarkan oleh gurunya.
Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini
terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu,
tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai
kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda
merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial
yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan
kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk
dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni
kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik
kepada anak-anak.
Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap
anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
Oleh itu, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu
dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi
nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu,
terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai
murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang
produktif dan berkualiti.

Hal ini juga kerana, ada pelajar-pelajar yang mempunyai


kebolehan dalam matapelajaran dan ianya juga daripada
golongan yang agak berada dan materialistik, pelajar-pelajar
ini menganggap mereka tidak perlu berusaha belajar
bersungguh-sungguh kerana mereka yakin dengan kebolehan
mereka, tetapi disini ada beberapa keadaan pelajar-pelajar ini
tidak menghormati guru kerana mereka merasa berada
didalam keadaan yang sangat tinggi berbanding
pelajar-pelajar lain, perkara ini sangat tidak baik ketika berada
dalam institusi pendidikan ini
Berbanding dengan pelajar yang kurang bijak, setengah
mereka ini ada yang rajin belajar dan ada juga yang malas
belajar pelajar-pelajar yang rajin belajar ini kebanyakannya
hadir dari golongan yang agak kurang berkemampuan dan
bukan dari golongan yang materialistik jika ingin
dibandingkan pelajar-pelajar yang agak ketinggalan dalam
pelajaran dan kurang berkemampuan, akhlak pelajar ini jauh
lebih baik berbanding pelajar-pelajar yang rajin dan berada,
mungkin disebabkan oleh faktor dalaman mereka atau ini
adalah hakikat pemikiran mereka, pelajar yang kurang
berkemampuan ini perlu berusaha lebih dan gigih kerana jika
mereka tidak berjaya dalam matapelajaran mereka kerana
tidak mempunyai apa-apa pada masa hadpaan merek kerana
mereka kurang berkemampuan dari segi ekonomi berbanding
dengan pelajar yang bijak dan hadir dari golongan yang
berada mereka agar tidak ambil hirau terhadap pembelajaran,
mungkin bagi mereka, tidak perlu untuk belajar
bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur malam kerana
mereka tahu bahawa jika mereka gagal sekalipun dalam
pendidikan ini mereka masih mempunyai peluang dan masih
mempunyai biaya untuk bekerja atau belajar pada masa
hadapan
Dari aspek-aspek yang dilihat pelajar-pelajar ini
mempunyai nilai murni yang tinggi dan sahsiah yang baik
adalah asalnya daripada cerminan kedua ibu bapa mereka
kerana 70% peratus didikan pada anak-anak ini bermula
dirumah, ibu bapa yang mendidik sertam encorak mereka
dengan menunjukkan peribadi oleh kedua ibu bapa tersebut
jika bapa mereka kuat melenting dan tidak sabar maka
kemungkinan anaknya juga akan mengikuti perangai bapanya
yang kuat marah itu dan jika ibu bapanya mempunyai
nilai-nilai murni yang baik serta sahsiah yang tinggi seperti
contoh bapanya sering menolong orang-orang yang
memerlukan bantuan maka anak yang masih dalam proses
pembesaran itu akan melihat perkara tersebut adalah perkara
yagn harus diikuti olehnya dan perkara ini mampu untuk
melahirkan anak-anak yang mempunyai nilai murni yang
tinggi
Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap
anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
Oleh itu, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu
dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi
nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu,
terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai
murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang
produktif dan berkualiti.
Akhir sekali pelbagai ciri-ciri dan aspek yang
membentuk seorang pelajar itu menjadi pelajar yang
bersahsiah tinggi dan cemerlang setiap pihak berperanan
dalam membimbing serta menunjukkan tauladan yang baik
bagi membentuk pelajar-pelajar ini supaya menjadi pelajar
yag cemerlang dan bersahsiah dalam kehidupan mereka,
pelajar-pelajar inilah yang akan membentuk generasi pada
masa akan datang dan jika terleka untuk membimbing mereka
maka pada masa akan datang kita sendiri yang akan berasa
rugi dan kesal, oleh itu marilah kita sama memupuk nilai-nilai
murni pada generasi muda ini agar menjadi sebuah genrasi
yang cemerlang dan berakhlak mulia, semogapelajar-pelajar
ini terus kekal beristiqamah dalam menjadi insan yang
bertauladan kepada masyarakat.
Kesimpulannya, pelbagai ciri-ciri yang membentuk
seseorang pelajar untuk menjadi cemerlang. Setiap pihak
berperanan dalam membimbing dan memberikan tauladan
terbaik kepada para pelajar dalam menjadi seorang individu
yang berguna kelak untuk keluarga, masyarakat dan negara.
Semoga genarasi muda hari ini menepati ciri-ciri modal insan
minda kelas pertama iaitu mempunyai kualiti diri yang tinggi
dari segi akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan
pegangan agama yang disebut-sebut sebagai hala tuju
pendidikan negara. Diharapkan golongan pelajar cemerlang
ini berjaya dihasilkan dan menjadi harapan nusa bangsa untuk
meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Persis
kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.

Anda mungkin juga menyukai