Anda di halaman 1dari 3

Menilai Keberkesanan Program Lonjakan Saujana Tingkatan 1 - 5 di

Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur

Program Lonjakan Saujana ini adalah satu program yang dianjurkan bagi memperbaiki dan
memantapkan lagi tahap akademik di kalangan pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala
Lumpur. Pelajar yang terlibat untuk program ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 seramai
46 orang, pelajar Tingkatan 2 seramai 50 orang, bagi pelajar Tingkatan 3 seramai 57 orang,
manakala pelajar Tingkatan 4 seramai 48 orang dan pelajar Tingkatan 5 adalah seramai 39
orang yang telah dikenal pasti dan menjadi peserta di dalam program ini bagi sesi
pembelajaran tahun 2022.
Program ini bertujuan adalah untuk menilai Program Lonjakan Saujana (PLS) secara
keseluruhan dari perspektif dikalangan pelajar yang terlibat. Program ini merupakan
program sepanjang tahun yang telah diaturkan oleh pihak sekolah untuk mencapai
kecemerlangan akademik bagi meningkatkan kualiti dan kuantitinya. Program ini dijalankan
sebagai satu prakarsa persediaan yang holistik oleh pihak sekolah. Selain itu, program yang
sedang diperkasakan ini dapat meningkatkan obligasi kendiri pelajar dan seterusnya
memperoleh keputusan yang terbaik dan cemerlang.
Keberkesanan program ini bukan sahaja untuk kecemerlangan didalam peperiksaan
tetapi sebagai satu pemangkin jiwa kepada pelajar untuk lebih berdedikasi dalam
mengekalkan kecemerlangan yang berterusan didalam kelas dan juga di masa hadapan.
Modus operandi yang dijalankan ini adalah dengan cara memberi semangat yang jitu dari
seorang guru kepada pelajarnya dengan cara mewujudkan satu ransangan motivasi di
dalam proses P&P untuk menjadi lebih berkesan dan menarik. Guru memainkan peranan
yang penting untuk mewujudkan persekitaran yang positif kepada pelajar seperti
memberikan hadiah, penghargaan dan keprihatinan terhadap murid dan sebagai guru
haruslah bijak untuk memotivasikan pelajar dengan pelbagai teknik yang dapat
meningkatkan semangat pelajar. Selain itu, dengan adanya program seperti ini dapat
membuka minda pelajar tentang kepentingan motivasi dalam diri tamsilnya, dapat
menaikkan lagi obligasi pelajar supaya tidak mudah berputus asa dan sentiasa berada
dilandasan yang tepat untuk menuntut ilmu dan dapat membentuk disiplin diri supaya pelajar
dapat mengikuti jadual pembelajaran yang telah ditetapkan kerana pelajar perlu menyiapkan
diri agar benar-benar menguasai segala pelajaran yang telah dilaksanakan didalam kelas
terutama bagi matapelajaran yang memerlukan masa untuk membuat ulangkaji.
Seterusnya, dapat memperbaiki kemahiran komunikasi antara pelajar dengan guru
atau lebih dikenali sebagai komunikasi dua hala. Kemahiran komunikasi penting supaya
mereka dapat mengutarakan soalan yang berkaitan dengan topik dalam suatu mata
pelajaran, dapat memberikan pandangan dan pendapat mereka sendiri dan juga berani
untuk bercakap dikhalayak ramai ketika melaksanakan pembentangan didalam kelas
mahupun menyertai pertandingan di luar sekolah. Selanjutnya, dapat melahirkan pelajar
yang berketrampilan unggul di sekolah bermaksud pelajar tersebut mempunyai ciri ciri
seperti bermoral tinggi dan mempunyai akhlak yang baik. Hal ini demikian kerana, pelajar
yang mempunyai ciri-ciri tersebut akan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka dan menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam membuat suatu keputusan. Selain itu,
pelajar yang menerapkan nilai moral ini, mereka akan menumpukan perhatian sepenuhnya
ketika proses pembelajaran berlangsung didalam kelas. Ini kerana, sekiranya mereka
memberikan sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu perkara ianya akan memberikan
sesuatu yang baik untuk mereka. Dengan akhlak yang baik pula, pelajar tidak mudah
terjebak dengan perkara yang tidak benar dan tidak mudah bergaul dengan golongan
bermasalah. Dalam Peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’
sebagaimana seorang guru akan menambah nilai murni dalam memantapkan sahsiah
pelajar di sekolah dengan kestabilan spiritual dan fizikal serta meluaskan lagi horizon
pemikiran dengan sesuatu yang bermanfaat untuk pelajar.
Program Lonjakan Saujana ini juga ada menerapkan satu elemen pencapaian dalam
mencapai satu kesamaratan peluang pendidikan dari segi jantina, pedalaman, kumpulan
minoriti dan kelas sosial. Dari segi jantina adalah lelaki atau perempuan. Selanjutnya, bagi
kawasan pedalaman misalnya, terdapat jurang pendidikan untuk sekolah bandar dan luar
bandar. Di antara kaum-kaum ini mempunyai perbezaan dari segi tradisi, adat resam dan
juga perbezaan tempat tinggal dimana kawasan penempatan mereka adalah berbeza
seperti bandar, luar bandar, estet, kampung, petani dan kampung nelayan. Dalam pada itu,
perkara yang sedang diusahakan untuk memberikan satu rasa yang sama adalah dengan
menerbitkan Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM), melaksanakan program
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) serta Bantuan Makanan Asrama (BMA) bagi pelajar yang tinggal di asrama. Selain itu
juga, melalui program lanjutan saujana ini dapat dilaksanakan program pendidikan untuk
semua iaitu Program Pendidikan Orang Asli, Pribumi Dan Pedalaman. Malah bukan itu
sahaja, program pendidikan lain juga akan turut dilaksanakan iaitu Program Pendidikan
Juvana, Program Pendidikan Pemulihan dan juga Program Pendidikan Khas. Program ini
adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar yang ada di negara ini dapat merasai
nikmat pembelajaran di sekolah dan memperoleh ilmu yang bermanfaat demi masa depan
mereka.
Peranan seorang guru pada zaman moden ini melalui Program Lonjakan Saujana ini,
adalah dimana guru perlu mengorak langkah dengan melaksanakan pendidikan yang dapat
menghasilkan satu perubahan ke atas kendiri pelajarnya. Sekolah merupakan asas yang
utama sebagai satu aspek sekeliling yang mendatangkan kesan didalam pembentukkan
sahsiah pelajar, sesuai dengan perkembangan dan juga keperluan masyarakat. Guru juga
sebagai penggerak masyarakat perlu membangunkan generasi yang berketrampilan,
bersahsiah mulia dan berilmu. Seterusnya, guru dilatih untuk menguasai kemahiran
mengajar dan diberi tugas untuk menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu, guru
sebagai pengamal ilmu merupakan peranan utama dalam bidang profesionnya dan juga
keberkesanannya seperti menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan
psikologi manusia, menunjukkan sikap yang jujur dan ikhlas dalam menyampaikan
pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dua hala antara guru dan juga pelajar.
Selain itu, guru juga memperoleh ilmu pengetahuan yang serba lengkap dalam mata
pelajaran yang diajar supaya pelajar dapat memahami setiap ilmu yang disampaikan dan
dapat diingat sebaiknya oleh pelajar dan guru perlu menggunakan kaedah dan teknik
mengajar yang memudahkan pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka
dengan melakukan aktiviti pembelajaran abad ke 21 misalnya, Gallery Walk, Peta-i-Think,
inside–Outside Circle dan sebagainya. Dengan melaksanakan aktiviti seperti ini dapat
menarik pelajar untuk terus kekal didalam kelas dan mereka lebih fokus terhadap mata
pelajaran yang diajar oleh guru supaya mereka bebas daripada dibelenggu kejahilan dan
kegelapan di masa hadapan kelak dan jauh membenamkan budaya hedonistik yang tidak
berfaedah yang mempengaruhi minda generasi muda pada zaman moden ini.
Usaha-usaha pemupukan intergrasi nasional di sekolah melalui Program Lonjakan
Saujana ini merupakan satu peranan yang besar dalam memupuk sebuah perpaduan
kerana ia bermula di sekolah sebagai pengasas kepada pembentukan seseorang insan
yang boleh mengadaptasikan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan di sekolah untuk menjayakan program ini. Tamsilnya, prakarsa yang
dijalankan di sekolah dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti seperti ini dapat
membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana melibatkan kerjasama guru
dan pelajar. Mereka akan saling membantu membersihkan dan mencantikkan kawasan
sekolah. Selain itu, mereka akan saling berintaksi antara satu sama lain serta dapat
mengenali rakan yang tidak dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan
perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan guru dan juga pelajar di sekolah.
Seterusnya, perkara yang kita dapat laksanakan di sekolah untuk meningkatkan
perpaduan dan intergrasi nasional ini dengan menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara
kepada pelajar dengan meletakkan Rukun Negara ini disetiap sekolah supaya pelajar
mudah untuk membaca dan memudahkan pelajar untuk menghafal Rukun Negara tersebut.
Tamsilnya, dengan mewajibkan pelajar untuk melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara
semasa perhimpunan supaya mereka mengetahui setiap prinsip yang dilafazkan dan
menjadikan pelajar saling hormat menghormati serta memahami setiap kebudayaan kaum
lain dan hidup secara muhibah. Seterusnya, dalam penggunaan kemudahan sekolah tanpa
mengira kedudukan dan kaum pelajar yang berbeza. contoh yang boleh diambil adalah
dalam penggunaan pusat sumber sekolah perlulah diberi kesamarataan tanpa mengira latar
belakang kaum. Keadaan ini menggambarkan bahawa eksistensi perpaduan dan intergrasi
nasional telah lama dipupuk dengan tidak membezakan pelajar mengikut kaum untuk
penggunaan pusat sumber. Pihak sekolah juga boleh memberikan galakkan yang padu
kepada pelajar dengan melancarkan kampen, ceramah, seminar dan juga kem-kem motivasi
yang berfokuskan kepada perpaduan dan intergrasi national dengan menggunakan wadah
yang betul supaya mereka dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan kepada
negara dan sekali gus akan mengamalkannya. Bak kata Mutiara, ‘Dan berbuatlah kamu
akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.’ (Surah al-Hajj:77)
Intihannya, Program Lonjakan Saujana ini adalah merupakan program yang sangat
membantu pelajar dalam mendalami maksud perpaduan dan juga integrasi nasional di
negara ini. Dengan pelbagai aktiviti yang sangat efisien kepada pelajar dapat membimbing
mereka untuk lebih peka terhadap sekeliling terutama kepada kaum lain untuk lebih bersikap
hormat menghormati, menghargai dan bersifat prihatin kepada mereka. Malah bukan itu
sahaja, ia dapat memberikan satu impak yang positif kepada pelajar untuk terus kekal dalam
melaksanakan kebaikan kepada kaum lain yang memerlukan. Oleh itu, Program Lonjakan
Saujana ini harus dikekalkan saban tahun supaya impak kebaikan itu tidak hilang begitu
sahaja. Semoga ia terus kekal selamanya dan nawaitu yang baik itu harus dipuji supaya
tetap berdarah dalam diri seorang pelajar. Bak kata orang tua-tua ‘ Tunjuk menjadi telaga
budi, ajar menjadi suluh hati.’

Anda mungkin juga menyukai