Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL MINGGU 11

AHLI KUMPULAN:

1- NUR SHUHAIRA BINTI RAMLI


2- NURUL FATHINI BINTI MAT AKHIR
3- SITI KHADIJAH BINTI MOHTAR

TOPIK: BAB 5 (DASAR DAN HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA)

SOALAN 1

Huraikan peranan guru dalam merealisasikan PPPM 2013-2025 dengan mengambil kira
keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.0 PENGENALAN

Apa itu PPPM?

Memperkenalkan satu pakej kerjaya guru baharu dalam usaha memartabatkan


keguruan sebagai profession pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang
tempuh kerjaya sebagai guru. Bagi gelombang pertama, lebih memberi fokus kepada
meningkatkan standard professionalism guru. Guru bukan sahaja penyampai ilmu
pengetahuan malah bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan
bakat dan kebolehan pelajar. Guru merupakan sumber membina daya pemikiran
yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar sejajar dengan FPK.

2.0 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM

1. Guru memanfaatkan TMK meneroka pelbagai cabang ilmu era digital. Guru
menggunakan elemen digital dalam pembelajaran sebagai contoh, mengaplikasikan
e-pembelajaran.

2. Guru sebagai agen sosiolisasi. Guru juga alat pengentara untuk menyebarkan ilmu
kemasyarakatan kepada pelajar. Guru juga berperanan membentuk sahsiah murid
bersesuaian dengan norma dan nilai kemasyarakatan. Guru perlu mempunyai
kemahiran komunikasi dan toleransi yang bagus.

3. Guru perlu melengkapkan diri dengan standard ilmu pengetahuan ke tahap global,
iaitu guru perlu sentiasa mengemaskini ilmu-ilmu mengikut perkembangan semasa.
Guru seharusnya, mempunyai kemahiran menjakau pelajar. Hal ini secara tidak
langsung, dapat memperkembangkan kefahaman serta pemikiran pelajar seiring
dengan peringkat global.

4. Guru sebagai pemudahcara dan pencetus inspirasi kepada pembelajaran pelajar.


Guru menggunakan pengetahuan tentang isi kandungan subjek, PdP dan Teknologi
dalam menerapkan nilai-nilai kerohanian seterusnya membentuk pelajar yang
berakhlak mulia dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

5. Guru berperanan membentuk jaringan komuniti antara murid sekolah, ibu bapa dan
masyarakat tamsilnya, memberi sumbangan kepada komuniti yang memerlukan
dengan masyarakat setempat seperti, aktiviti bergotong royong dengan masyarakat
setempat

3.0 Perana guru dalam usaha memantapkan kaedah baharu pengajaran dan
pembelajaran secara digital dalam arus perkembangan Revolusi Industri 4.0 bagi
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai
bidang termasuk bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyedia tenaga kerja di
masa hadapan. Oleh itu, penekanan terhadap sektor pendidikan merupakan satu keperluan
agar tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat memenuhi
keperluan pasaran pekerjaan berteraskan Revolusi Industri 4.0.

1. Penggunaan atau penerapan elemen multimedia seperti video, audio, grafik dan teks
mendedahkan pelajar kepada persekitaran yang menarik

2. Aplikasi laman web sebagai platform pembelajaran juga menggalakkan


pembelajaran kendiri

3. Pembelajaran berasaskan projek. Pelajar dapat mengadaptasikan pembelajaran


berasaskan projek melalui kaedah membina kemahiran dalam pelbagai situasi.
Pembelajaran ini termasuklah kemahiran pengurusan, kolaborasi dan pengurusan
masa.

4. Pembelajaran secara kendiri. Pelajar menggunakan bahan bantu pembelajaran atau


peralatan yang bergantung kepada kepada kemahiran pelajar dalam sesi
pembelajaran contohnya, google classroom dan e-pembelajaran
5. Peluang pengalaman. Kemajuan teknologi menjaminkan pembelajaran tertentu
secara efektif, memberikan lebih banyak peluang kearah membina kemahiran yang
melibatkan pengetahuan pelajar dan interaksi secara bersemuka, peluang
pengalaman akan dipraktis oleh pelajar melalui kursus, latihan membina kemahiran
sebelum memasuki alam pekerjaan kelak.

Anda mungkin juga menyukai