Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN :

1) NUR SHUHAIRAH BINTI RAMLI


2) FAIZAH BINTI BAHARUDIN
3) NURUL FATHINI BINTI MAT AKHIR
4) WAN SYUHAIDA MOHD HAIDIR

Bincangkan peranan guru dalam mempraktikan. Pembelajaran Bermakna (6C)  dalam


bilik darjah untuk memastikan kemanjadian murid menghadapi keperluan global.

1) SAHSIAH
Guru sebagai suri teladan (role model) untuk menunjukkan nilai dan sikap yang baik
sepanjang berada di sekolah. Sahsiah murid dapat diasuh supaya menjadi lebih
baik. Nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam diri murid seperti mengamalkan
kebersihan sepanjang PdP berlangsung dan sikap tolong menolong.

2) KEWARGANEGARAAN
Guru menerapkan semangat patriotik di kalangan murid. Dalam mendidik murid
menjadi warganegara yang cintakan negara,guru perlu menyelitkan unsur-unsur
kepelbagaian budaya. Ini dapat menerbitkan rasa ingin tahu murid terhadap budaya-
budaya lain.

3) KREATIVITI
Dalam mendepani arus kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi,guru perlu
melengkapkan diri dengan berbagai-bagai aplikasi di alam maya untuk mendekati
murid. Penggunaan internet dapat memudahkan murid menjadi lebih kreatif dalam
memudahkan pembelajaran.

4) KOLABORASI
Guru merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah yang dapat menggalakkan amalan kerjasama antara murid. Aktiviti
berkumpulan akan dapat dijalankan dengan baik apabila murid dapat bertukar idea,
pandangan dan mempunyai sikap saling bekerjasama. Melalui tugasan yang
diberikan oleh guru, murid dapat belajar nilai kerjasama, tolak ansur, toleransi,
hormat menghormati antara satu sama lain dlm menyiapkan tugasan/projek agar
dapat diselesaikan dengan baik mengikut waktu yang telah ditetapkan.
5) KOMUNIKASI
Guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya
dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Hasilnya aktiviti tersebut akan
memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian akademik murid dan konsep
kendiri murid dan guru. Murid-murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan
dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan
gurunya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri
mereka. Guru yang berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid dapat
mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan.

6) PEMIKIRAN KRITIS
Guru yang mampu melaksanakan kemahiran berfikir kritis dalam bilik darjah perlu
mempunyai kefahaman yang baik mengenai KBAT sebagai suri teladan kepada
murid. Guru yang mempunyai KBAT yang baik pastinya dapat menyediakan
persekitaran pembelajaran yang dapat meingkatkan proses berfikir kritis murid. guru
perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang dapat meningkatkan potensi kritis dalam kalangan murid melalui proses
menakul. konsep KBAT yang perlu dikuasai guru dan murid bagi meningkatkan
pemikiran kritis ialah berfikir secara kreatif, reflektif, membuat interpretasi,
menyelesai masalah dan menaakul. Menguasai elemen KBAT secara lebih
berstruktur membolehkan guru dan murid berfikir secara lebih sistematik dan
berfokus

Anda mungkin juga menyukai