Anda di halaman 1dari 4

1.

Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menyedia dan mewujubkan


suasana yang sihat bagi menggalak pelajar untuk terus belajar dengan pengajaran
yang berkualiti serta menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu
mengajar dan aktiviti yang boleh meningkatkan pembelajaran pelajar ke tahap
kognitif yang tinggi. Perkembangan kluster pedagogi telah memberi impak kepada
perkembangan pembelajaran pelajaran.

Banding bezakan ciri-ciri guru dan murid kluster pedagogi klasik dan kluster
pedagogi kontemporari.

Contoh jawapan

Guru
Kluster pedagogi klasik
 Sebagai panduan
 Mahir memberi arahan
 Mahir membuat keputusan instruksional
 Mempunyai peranan yang lebih spesifik
 Mahir dalam komunikasi

Kluster pedagogi kontemporari


 Penghubung masyarakat secara global
 Penghubung sosial
 Pakar inovasi
 Penyokong kepada proses PdP
 Berkemahiran professional

Murid
Kluster pedagogi klasik
 Sebagai pemikir yang kreatif dan kritis
 Sebagai penyelidik
 Sebagai ahli kolaboratif
 Sebagai perancang projek
 Sebagai pengurus pengetahuan

Kluster pedagogi kontemporari


 Mampu mendapatkan maklumat sendiri
 Mahir menggunakan peralatan
 Mampu membuat rekaan dan inovasi
2. Aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang
demokratik, pelajar memainkan peranan dalam menstrukturkan kumpulan dan
prosedur.

Bincangkan implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran.

Contoh jawapan

 Guru perlu menunjukkan tingkah laku yang positif supaya menjadi contoh kepada
pelajar.
 Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memerhatikan pelajar agar mereka
berada di landasan yang betul.
 Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modelling boleh berlaku.
 Mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima
hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran.
 Dapat membantu pelajar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan
seterusnya membina keyakinan diri mereka.
 Dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila
mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.

3. Hakikat sebenar guru bukan hanya terhad kepada tugas-tugas akademik sahaja,
akan tetapi mencakupi tugas professional yang lain seperti mewujudkan suasana
fizikal bilik darjah yang menarik dan praktikal bagi pembelajaran.
Cirikan prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah yang memerlukan pembentukkan
kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran.

Contoh jawapan

Terdapat empat prinsip pengurusan bilik darjah, iaitu:


 Perancangan dan persediaan
 Kualiti hubungan dalam bilik darjah
 Keadaan persekitaran
 Pemerhatian dan pemantauan yang berterusan

Kualiti hubungan dalam bilik darjah


 Mewujudkan hubungan mesra dan responsif dengan pelajar-pelajar dengan
sempadan yang sesuai.
 Melibatkan pelajar dalam semua aspek
 Mewujudkan pelan pengurusan bilik darjah
 Mewujudkan peraturan atau norma kelas
 Merujuk kepada peraturan atau norma bilik darjah secara positif dan secara
terbuka
 Berinteraksi dengan pelajar: tersenyum, ketuk meja mereka, menyambut mereka
di pintu, bertanya soalan yang menunjukkan guru mengingati sesuatu tentang
pelajar tersebut.
Keadaan persekitaran
 Menggunakan (buku log, kad disiplin atau sebagainya) untuk membolehkan guru
mencatat tingkah laku pelajar
 Guru perlu mencari sistem yang sesuai untuk memberi peluang kepada pelajar
mencatat tingkahlaku mereka sendiri.
 Memasukkan ibubapa dan penjaga ke dalam pengurusan bilik darjah.
 Guru memerhatikan corak umum dengan memerhatikan bagaimana pelajar
berkelakuan dalam tempoh tertentu, contohnya (1) bilakah masa pelajar paling
aktif (selepas makan tengah hari? atau 10 minit pertama kelas?) (2) Tempoh
masa untuk pelajar menyesuaikan diri ke dalam kerja kumpulan)

4. Kemahiran dan kaedah tertentu yang digunakan dalam pengajaran belum


pasti lagi sesuai bagi kesemua pelajar di dalam kelas. Hal ini disebabkan pelajar
yang diajar oleh guru adalah berbeza kebolehan, intelek, kesediaan emosi dan
kebolehan fizikalnya. Model Robert Galzer dibina berdasarkan konsep
pengajaran sebagai salah satu proses menitikberatkan langkah-langkah
pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Nilaikan kekuatan Model Glazer dalam konteks pengajaran di bilik darjah.

Contoh jawapan
 Model Glazer membahagikan proses pengajaran kepada 4 komponen iaitu
objektif pembelajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan
penilaian.
 Ia menyediakan konsep yang mudah dan mencukupi bagi proses pengajaran.
 Model yang agak sistematik dan berstruktur.
 Model ini boleh digunakan untuk hampir semua pembelajaran dan situasi
pengajaran.
 Model ini adalah berpusatkan pelajar kerana objektif dan kaedah pengajaran
harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
 Mementingkan kecekapan guru dan bukannya keperibadiannya.
5. Stanford (1983) memberikan maksud pengurusan bilik darjah bukan sahaja
mendisiplinkan pelajar, tetapi meliputi semua perkara untuk mendapatkan
penglibatan pelajar dan kerjasama dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Namun
begitu, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang teratur dan selamat
serta menghasilkan pembelajaran yang optimum dalam kalangan pelajar adalah
sesuatu yang mencabar pada masa kini.

Hubungkaitkan strategi pendekatan kumpulan dalam pengurusan bilik darjah kepada


pembelajaran abad ke-21.

Contoh jawapan

 Guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina hubungan baik
dengan pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat dan boleh dipercayai.
 Hubungan guru-pelajar yang berkualiti mampu menyokong perkembangan
emosi pelajar dengan baik, membina sikap positif dan bermotivasi dalam
mencapai hasil akademik yang cemerlang.
 PAK ke-21 menerapkan lima standard asas iaitu kolaboratif, komunikasi,
kreativiti, nilai murni dan etika serta pemikiran kritis.
 Untuk menyokong PAK ke-21, guru perlu menyediakan keadaan persekitaran
bilik darjah yang sesuai untuk pelajar berkolaboratif dan berkomunikasi serta
mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis. Contohnya dari segi susunan
meja pelajar.
 Guru dan murid boleh bekerjasama dalam menghias kelas melalui susunan
meja yang teratur, papan kenyataan yang padat dengan maklumat terkini dan
penggunaan pelbagai media pengajaran interaktif.
 Pengetahuan serta pengalaman murid dapat dikembangkan dengan baik
kerana murid berpeluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis kerana
pelajar berperanan sebagai pembina ilmu dalam aktiviti kumpulan
 Untuk nilai murni dan etika pula, guru perlu menyediakan peraturan dan
norma bilik darjah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

Anda mungkin juga menyukai