Anda di halaman 1dari 8

NAMA : NURUL FATHINI BINTI MAT AKHIR

KUMP: KUMPULAN 4 (RBTS-M)

JAWAPAN TRANSKRIP TEMU BUAL EDUP 2082

JAWAPAN UNTUK SOALAN PEMBUKA

1. Waalaikumussalam w.b.t

2. Nama saya, Nurul Fathini Binti Mat Akhir, merupakan pelajar sem 1 satu untuk PDPP
Opsyen RBT (Men) dari Institusi Pendidikan Guru Kampus Teknik. Tujuan temu bual
ini adalah untuk mengetahui mengenai tingkah laku bermasalah dan bagaimana puan
membantu murid bermasalah pembelajaran terutama yang lemah dan tidak
bermotivasi.

JAWAPAN UNTUK SOALAN PENGENALAN

1. Saya dan mengajar hampir 4 tahun dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah
Seni Malaysia Kuala Lumpur.

2. Terima kasih kerana sudi untuk menemu bual saya pada harini. Terima kasih juga
kerana menunggu saya dari semalam untuk bertanyakan mengenai hal ini.

3. Pengalaman saya dalam UBK ini sudah lama, berdasarkan pengalaman saya, telah
banyak perkara yang saya sudah tempuhi berkenaan dengan permasalahan pelajar
dan juga tingkah laku mereka. Ada yang extream dan memerlukan bantuan luar dan
sebagainya.

4. Cara untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dimana, kita mempunyai prosedur
yang telah ditetapkan. Sekiranya permasalahan yang berlaku adalah berat dan
memerlukan bantuan luar seperti polis misalnya, perlu mempunyai keterangan dan
bukti yang kukuh untuk ditampilkan dan sekiranya permasalahan tersebut agak ringan
dan boleh diselesaikan di sekolah, sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling kita perlu
panggil pelajar untuk diberikan sesi kaunseling terlebih dahulu dan kita akan
bertanyakan soalan tertentu kepada mereka. Selain itu juga, kita boleh menasihati
mereka serta memanggil ibu bapa pelajar sebagai pengetahuan mereka. Kita tak
boleh terus memarahi pelajar tersebut, tapi sebagai guru perlu memahami dan
mencari sebab kenapa seorang pelajar boleh bertindak sebegitu terhadap
persekitaran mereka. Bukan itu sahaja, permasalahan yang sering saya terima adalah
pelajar kurang fokus dan berminat untuk kekal di dalam kelas, ini kerana terdapat
pelajar yang tidur, menghilang dan tidak masuk ke kelas sehingga habis waktu
pembelajaran. ini menunjukkan bahawa pelajar tiada minat langsung untuk belajar di
dalam kelas. Ini menunjukkan sebagai guru kita perlu mempunyai kemahiran atau
teknik untuk menarik perhatian pelajar. Tamsilnya, guru perlu berinovatif dan kreatif
dalam mempelbagaikan kemahiran untuk menarik minat pelajar untuk fokus di dalam
kelas. Selain itu juga, guru juga perlu mempunyai rangsangan yang efektif untuk
pelajar supaya pelajar tidak bosan dan sentiasa fokus apabila guru mengajar.

JAWAPAN SOALAN TRANSISI

1. Antara permasalahan yang berlaku, yang sering guru perkatakan adalah tingkah laku
mereka serta kekurangan dari segi fokus mereka di dalam kelas. tidak memberikan
tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas, sering tidur dan tidak aktif di dalam kelas.

2. Menjadi penyebab berlakunya permasalahan ini adalah kerana, bilik darjah yang tidak
kondusif untuk pelajar. Keadaan kelas yang kotor, bising dan panas menjadi faktor
utama pelajar hilang tumpuan. Kawalan kelas yang tidak sistematik di mana guru tidak
mampu mengawal kelas menyebabkan pelajar harus hilang tumpuan dan membuat
aktiviti sendiri. Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan tidak menarik atau
tidak dapat untuk mengambil hati pelajar tersebut. Selain itu, tiada aktiviti yang
menyeronokkan yang menjadi penyebab pelajar tidak berasa seronok dan pelajar juga
perlu diberikan cara hidup seperti pemakanan, waktu rehat mencukupi dan aktiviti
fizikal yang di lakukan hingga menjadi punca kepada masalah hilang fokus. Jika badan
terlalu penat atau tidak cukup rehat dan tidur, makan individu tidak dapat memberi
perhatian serta fokus kepada perkara yang di lakukan. Selain itu, kurang tumpuan di
dalam kelas adalah disebabkan pelajar melakukan aktiviti lain seperti membuat kerja
sekolah yang tidak disiapkan, berbual bersama rakan dan sebagainya. Terdapat juga
permasalahan yang lain seperti kurang memahami pelajaran yang diajar
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab peperiksaan dan ujian dengan baik serta
pelajar boleh mengalami perasaan takut untuk menduduki peperiksaan. Selain itu
juga, faktor -faktor pelajar hilang tumpuan apabila pelajar suka berangan dan tidak
berminat untuk belajar. Misalnya, kebanyakkan mereka akan tidur lewat malam untuk
bermain game menyebabkan mereka mengantuk di dalam kelas. Kurikulum yang tidak
menarik menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan lebih suka menyendiri daripada
mengambil bahagian ketika P&P dijalankan dan pengaruh kawan yang gemar
bercakap terutama pelajar di bahagian belakang menyebabkan penyampaian guru
tidak sampai kerana keadaan bising. Kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan
pelajar akan menjawab bahawa penggunaan bahan bantu mengajar sangat tidak
menarik minat mereka untuk terus kekal fokus di dalam kelas. Kemungkinan juga
kaedah yang digunakan tidak sesuai untuk pelajar dan tidak dapat fokus di dalam
kelas, guru seharusnya mempunyai alternatif untuk menukarkan kaedah lain yang
boleh diterima oleh pelajar.

3. Persepsi guru terhadap pelajar yang mempunyai masalah seperti membantu murid
lemah memerlukan kesabaran dan kemahiran tertentu. Pelbagai pedekatan boleh
diambil. Antaranya ialah, guru perlu memberi arahan yang jelas dengan memberikan
penjelasan satu persatu, perkataan demi perkataan. Guru juga boleh membantu
pelajar dari segi menunjukkan demostrasi/ contoh supaya pelajar yang bermasalah ini
akan nampak lebih jelas dan mudah faham. Guru perlu membantu pelajar bermasalah
ini dengan cara dan kaedah yang sesuai. Guru perlu tonjolkan sikap-sikap positif
pelajar seperti rajin mengulangkaji pelajaran dan guru menerangkan langkah-langkah
untuk menjadi pelajar yang berjaya, guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik
minat pelajar lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi
hadiah kepada pelajar contoh. Selain itu juga, guru hendaklah sentiasa memberi
galakan kepada pelajar supaya bersedia dalam pembelajaran.

4. persepsi pelajar lain terhadap pelajar yang bermasalah ini adalah mereka turut
membantu kawan mereka supaya mereka tidak ketinggalan akan suatu subjek
tersebut. Sentiasa membantu dan memberi semangat untuk berubah menjadi pelaajr
yang lebih baik.

5. Permasalahan yang berlaku, sedikit sebanyak ada mengganggu proses P&P di dalam
kelas tersebut, kerana kadang kala pelajar yang bermasalah ini sering membuat bising
atau bercakap tanpa henti ketika guru sedang menyampaikan ilmu kepada pelajar
yang lain. Ini menyebabkan gangguan emosi pelajar lain turut terganggu.

6. Kesan psikologi guru terhadap permasalahan ini boleh dikawal sekiranya guru bijak
untuk melaksanakan strategi untuk mencegah permasalahan yang berlaku dikalangan
pelajar. Analoginya, guru melaksanakan salah satu aktiviti pengukuhan dengan
memberi latihan mengikut tahap kefahaman pelajar tersebut, denga cara seperti ini
dapat mengurungkan rasa stress kepada guru untuk mengetahui tahap setiap pelajar
dan dapat melaksanakan aktiviti mengikut kesuaian kaedah di dalam kelas.
7. Cara atau kaedah yang untuk menangani masalah pelajar yang mempunyai masalah
tingkah laku ini adalah dengan mempelbagaikan corak pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam pelajaran dan seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik mereka supaya mereka menjadi pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, guru-guru di sekolah harian terutama yang
bertanggung jawab terhadap pelajar-pelajar lemah atau galus pula bertungkus lumus
mengawal disiplin pelajar dan cuba mempelbagaikan kaedah pengawalan disiplin.,
dengan harapan sekurang-kurangnya terdapat juga pelajar yang dapat menerima
pelajaran dan ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh guru . Bagi pelajar yang
bermasalah pula, didikan rohani lebih penting. Perubahan tingkah laku daripada
biadap kepada lebih bersopan, daripada malas kepada lebih rajin, daripada suka
bermain-main kepada lebih serius adalah perlu diutamakan daripada peningkatan
akademik. Lantaran, perubahan sikap akan pasti mempengaruhi perubahan dalam
pembelajaran dan seterusnya dalam pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Setiap
pelajar merupakan individu yang unik dan berbeza. Guru perlu lebih kreatif dan
menyesuaikan kaedah dengan situasi yang dihadapi. Guru juga perlu belajar daripada
kesilapan. Kaedah ‘try dan error’ juga kadang kala akan membantu guru cuma
resikonya tetap ada.

8. Teknik/teori yang digunakan untuk menangani masalah pelajar yang lemah dan
kurang motivasi ini adalah dengan Guru perlu kenal gaya pembelajaran muridnya
dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan
pelajar sekali gus mengelak perasaan malas dalam kalangan muridnya. Gaya
pembelajaran merujuk kepada bagaimana seseorang dapat memproses dan
mengamati sesuatu maklumat yang diperoleh dalam pelbagai cara mengikut kekuatan
persepsi dan sensorinya. Terdapat bermacam-macam instrumen yang dapat
digunakan oleh guru untuk mengenali gaya pembelajaran murid. Apabila memahami
gaya pembelajaran murid, guru dapat menjalankan aktiviti pembelajaran yang
bersesuaian dengan minat, kecenderungan dan kebolehan muridnya. Ini secara tidak
langsung mengelak perasaan malas dan tidak fokus murid semasa menjalani aktiviti
pembelajaran di dalam kelas. Pelbagaikan aktiviti pembelajaran dan wujudkan
suasana kondusif untuk pembelajaran, memberi bimbingan positif, penghargaan dan
pengiktirafan.

9. ada segilintir pelajar yang menerima dan ada yang tidak menerima. bergantung
kepada apa yang ditegur oleh guru mahupun cara guru itu menegur.
10. cara untuk menarik semangat dan memberi motivasi kepada pelajar adalah dengan
mengembangkan rasa motivasi yang lebih tinggi dalam diri pelajar adalah dengan
menentukan objektif yang jelas. Sebaik sahaja mereka memasuki kelas, objektif untuk
hari itu harus ditentukan dengan jelas. Pelajar boleh menjadi jengkel jika mereka tidak
diberi panduan yang harus selalu mereka kerjakan. Adalah menjadi tanggungjawab
guru untuk memperincikan tujuan pada awal tahun sehingga pelajar mempunyai tugas
yang mereka didorong untuk terus berusaha. Pembelajaran subjek secara berterusan
dalam persekitaran kelas boleh menjadi membosankan bagi pelajar setelah beberapa
waktu. Akibatnya, guru harus berusaha memasukkan perubahan dalam pemandangan
ketika menyusun rancangan pelajaran ini menjadikan bahan itu menyenangkan dan
mendesak pelajar untuk terus bermotivasi dan bersedia mempelajari bahan baru.
Contohnya ialah seperti mengikuti perjalanan sekolah, membawa tetamu untuk
bercakap dengan kelas, pergi ke perpustakaan untuk membuat penyelidikan, atau
melakukan pelajaran di luar. Ini menyegarkan otak dan dapat menambahkan percikan
yang banyak harus tetap termotivasi.

11. Sekiranya masalah ini berlarutan, pelajar akan dikenakan tindakan yang selanjutnya
oleh pihak sekolah.

JAWAPAN SOALAN KUNCI

1. Maksud pendidik unggul peneraju baharu pembelajaran bagi pendapat saya adalah
pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada berorientasikan perkembangan
dengan membina watak, membangun sahsiah (pemupukan Nilai & pendidikan Sivik).
selain itu juga, Perubahan pedagogi, pembangunan kapasiti guru, pengurusan
pendidikan dan cabaran dalam pencairan maklumat dan pemekatan mesej.

2. Untuk memastikan kelas dalam keadaan yang kondusif adalah memastikan kelas
dalam susunan yang baik, suasana persekitaran yang bersih dan selesa untuk pelajar
menuntut ilmu.
3. Masalah pelajar yang tidak dapat menumpukan pembelajaran di dalam kelas.

4. Tindakan yang di lakukan sebagai guru adalah dapat membimbing dan mendidik
pelajar sebaiknya.

5. halangan adalah pelajar itu sendiri apabila sukar untuk menerima teguran oleh guru
dan sering membalas dengan tingkah laku yang tidak bermoral.

JAWAPAN UNTUK PENUTUP

1. Pada pendapat saya ianya berkesan sekiranya terdapat sokongan yang padu
daripada ibu bapa pelajar, pihak sekolah dan juga guru itu sendiri. Ini kerana ia
membantu pelajar untuk berubah menjadi yang lebih baik dan berjaya di masa
hadapan kelak.
2. harapan saya adalah suatu masa nanti pelajar akan lebih fokus untuk menuntut ilmu
dan menjadi insan yang berjaya dunia akhirat
3. sama – sama and terima kasih sekali lagi 😊

Anda mungkin juga menyukai