Anda di halaman 1dari 10

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah diberi


peluang untuk membuat pemerhatian di dalam bilik darjah bagi memerhati
tingkah laku murid. Banyak pengalaman yang dapat saya perolehi melalui
pemerhatian dan juga kaji selidik yang telah dilakukan. Saya telah membuat
pemerhatian bagi setiap darjah di sekolah terbabit. Saya mendapati pelbagai
masalah tingkah laku pelajar dapat dikesan dan ia juga diakui oleh guru kelas
yang turut terlibat.
Terdapat beberapa masalah tingkah laku murid-murid yang dapat saya
perhatikan dengan jelas. Masalah tingkah laku yang pertama ialah tidak memberi
perhatian dalam kelas. Terdapat beberapa murid dalam kelas tidak dapat
menumpukan perhatian dalam kelas. Mereka kerap melakukan kerja mereka
sendiri. Mereka lebih suka bercakap dan berbual dengan rakan sebelah semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sedang dilakukan. Tidak menumpukan
perhatian dalam kelas akan menganggu pembelajaran mereka. Guru-guru juga
mengakui bahawa murid-murid ini sering kali hilang fokus dan apabila latihan
atau soalan diajukan kepada mereka, mereka sering kali tidak menjawab dan
hanya mendiamkan diri. Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan oleh
guru

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

dijalankan.

Apabila

tidak

menumpkan perhatian dalam kelas, keputusan pelajaran juga akan merosot.


Masalah ini sering kali dialami oleh murid dan dapat diperhatikan dengan jelas
semasa saya menjalankan PBS.
Ada juga dikalangan murid-murid ini tidak menumpukan perhatian dan
seterusnya menganggu rakan-rakan sekelas yang lain belajar. Ini hanya
memudaratkan keadaan pembelajaran yang dijalankan. Bergantung kepada
masalah tingkah laku ini, saya mendapati model pengurusan disiplin bilik darjah
yang terbaik ialah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Menurut Skinner,
pengukuhan adalah amat berkesan untuk mengajar tingkak laku baru yang wajar
serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar.ini bermaksud

PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 1

pengukuhan yang positif atau negatif diperlukan untul meningkat kebarangkalian


berlakunya tingkah laku positif.
Berdasarkan Modifikasi Tingkah laku Skinner, guru boleh membuat tiga pilihan
untuk menangani masalah tidak menumpukan perhatian ini. Pilihan yag pertama
ialah dengan menyediakan hadiah atau ganjaran kepada murid jika murid dapat
menjawab soalan yang disediakan. Kedua, tidak mengendahkan murid-murid
yang tidak menumupukan perhatian tersebut. Ketiga ialah dengan menghukum
murid-murid yang tidak memberi perhatian ini. Bagi pendapat saya, guru
sepatutnya menggunakan ketiga-tiga pilihan tersebut tetapi dengan cara yang
betul. Bagi menangani masalah

ini, pada mulanya

guru

boleh

tidak

mengendahkan murid yang tidak memberi tumpuan dan berharap bahawa murid
ini akan sedar apabila mereka gagal menjawab soalan atau latihan yang
diberikan. Jika murid tersebut masih tidak sedar, guru boleh menyediakan hadiah
atau ganjaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Hadiah boleh diberikan
sekiranya murid berjaya menjawa soalan yang disediakan. Ini membolehkan
murid berusaha menumpukan perhatian kepada pelajaran untuk mendapatkan
ganjaran.
Seterusnya, jika murid masih lagi gagal memberi tumpuan, guru boleh
mengenakan hukuman kepada murid tersebut seperti berdiri, memberi latih tubi
yang lebih banyak berbanding murid lain dan sebagainya. Modifikasi tingkah laku
Skinner ini sepatutnya dapat memberi peneguhan yang berkesan kepada murid
dan dapat mengubah tingkah laku negatif murid kepada sesuatu yang lebih
positif. Kesanya kita dapat lihat kepada peningkatan keputusan ujian murid itu
sendiri. Ini menunjukkan murid tersebut faham apa yang guru sampaikan di
dalam kelas dan murid memberi tumpuan kepada pelajaran. Murid juga akan
terdorong untuk memberi perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar.
Masalah tingkah laku murid yang kedua ialah membuat bising di dalam kelas.
Sepanjang

saya

menjalankan

Pengalaman

Berasaskan

Sekolah,

saya

mendapati hampir keseluruhan bilik darjah mengalami masalah ini. Menurut


guru-guru berkenaan, perkara ini merupakan perkara yang lazim terjadi di setiap
PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 2

kelas. Murid-murid akan membuat bising jika ada kelonggaran waktu semasa
guru mengajar seperti guru sedang fokus mengajar seorang murid, murid lain
akan mengambil kesempatan untuk bercakap dengan rakan di sebelah. Ini
seterusnya akan menganggu rakan-rakan lain di dalam kelas tersebut. Ada juga
murid-murid yang membuat bising seperti menjerit dan meraung di dalam kelas.
Ini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan,
tingkah laku ini juga menunjukkan sikap tidak hormat kepada guru yang sedang
mengajar.
Guru-guru di situ juga berpendapat bahawa sememangnya sifat semulajadi bagi
kanak-kanak untuk bercakap dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya, tidak
kira di mana mereka berada. Jadi guru memainkan peranan penting dalam
mengawal tingkah laku ini. Bagi menangani masalah ini, saya berpendapat
bahawa model pengurusan disiplin bilik darjah yang terbaik ialah Model Disiplin
Asertif. Model ini berpegang kepada beberapa premis asas diantaranya ialah
tingkah laku yang wajar hendaklah diberi pengukuhan, tanggung jawab adalah
nadi disiplin asertif, guru hendaklah bersifat asertif dan guru perlu merangka satu
sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid
mengenai masalah tingkah laku yang baik dan buruk serta penalti akan diberikan
kepada mereka yang terus melakukan kesalahan.
Berdasarkan model disiplin Asertif ini, guru pada mulanya perlu merancang
pelan dengan menggunakan model ini. Perancangan adalah komponen utama
dalam memastikan pengurusan bilik darjah adalah dalam keadaan terbaik.
Pembentukan pelan perlu dilakukan berdasarkan langkah-langkah yang
berdasarkan model disiplin Asertif. Langkah yang pertama ialah membina
jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa. Guru perlu sentiasa
berhubung dengan pihak pentadbir atau ibu bapa. Ini perlu apabila murid yang
tidak membuat bising dalam kelas serta berkelakuan baik, guru berkenaan dapat
memaklumkan kepada ibu bapa mereka, dengan ini murid tersebut akan berasa
dihargai dan terus bersikap positif untuk berkelakuan baik. Hubungan dengan
pihak pentadbir diperlukan apabila murid yang membuat bising tersebut terlibat
PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 3

dengan masalah tingkah laku yang lebih teruk seperti bergaduh. Murid ini perlu
terus di bawa berjumpa dengan guru besar.
Langkah yang kedua ialah dengan membentuk peraturan dalam bilik darjah. Bagi
membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan baik dan mengelakkan
murid-murid terus membuat bising di dalam kelas, guru boleh menggubal
peraturan yang boleh dijalankan di dalam kelas tersebut. Peraturan tersebut
mestilah spesifik dan jelas serta tidak bertentangan dengan peraturan sekolah.
Guru boleh menetapkan tidak boleh membuat bercakap semasa rakan lain
memberi pendapat, bertanyakan soalan dan ketika guru sedang mengajar.
Peraturan ini akan membolehkan murid lebih faham dengan perkara yang tidak
dibanarkan guru ketika di dalam kelas.
Langkah seterusnya ialah memberi pengukuhan positif. Guru boleh mewujudkan
persekitaran pembelajaran yag lebih positif. Sebagai contoh, guru menyediakan
sistem kupon, setiap kali murid senyap dan tidak membuat bising di dalam kelas,
guru akan memberi kupon tersebut kepada murid, kupon tersebut akan dikumpul
oleh murid dan seterusnya boleh di tebus sebagai ganjaran seperti hadiah dan
sebaginya. Ini akan membentuk tingkah laku murid ini supaya tidak membuat
bising pada waktu yang tidak sepatutnya dengan cara yang lebih positif.
Langkah yang terakhir ialah dengan membekalkan akibat yang setimpal dengan
pelanggaran peraturan bilik darjah. Apabila menetapkan peraturan yang
digunakan di dalam bilik darjah, guru perlu memastikan bahawa murid akan
patuh kepada peraturan tersebut. Bagi mengelakkan murid melanggar peraturan
tersebut, akibat yang setimpal seperti hukuman akan dijalankan. Sebagai contoh,
murid yang membuat bising pada kali pertama akan diberi amaran, sekiranya
murid yang sama masih membuat bising pada kali kedua, hukuman yang agak
ringan dijalankan seperti berdiri dan senyap, seterusnya jika murid tersebut
masih lagi ingkar, guru boleh mengenakan tahap hukuman yang lebih berat
seperti menyuruh membuat latihan tambahan serta melaporkan kepada ibu
bapa.

PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 4

Apabila guru menggunakan model ini, pengurusan bilik darjah akan menjadi
lebih terancang. Murid juga akan berasa lebih takut untuk membuat bising dan
lebih hormat kepada guru yang sedang mengajar. Tumpuan yang lebih juga
dapat diberikan oleh murid kerana tiada gangguan bunyi bising yang dilakukan
oleh rakan sekelas. Guru juga akan berasa lebih selesa untuk mengajar kerana
tiada gangguan daripada murid yang bising. Oleh itu, proses pengajaran dan
pembelajaran akan dijalankan dengan lebih berkesan.
Tidak membuat latihan yang disediakan merupakan salah satu masalah tingkah
laku yang dapat saya lihat semasa menjalankan pemerhatian di sekolah ini.
Kebanyakkan guru di sini mengatakan bahawa masih ramai murid yang
melakukan kesalahan ini kerana pelbagai faktor seperti tidak faham apa yang
diajar oleh guru, ibu bapa tidak mempedulikan anak-anak dan sebagainya. Ada
juga murid ini hanya bersikap malas untuk menyiapkan kerja yang diberikan.
Masalah tingkah laku ini boleh dikaitkan dengan Model Akibat Logikal Dreikurs.
Menurut pelopor model ini iaitu Dreikurs sendiri, masalah tingkah laku dalam bilik
darjah terdiri oleh motif-motif murid iaitu inginkan perhatian, menggunakan
kuasa, membalas dendam dan memaparkan kekurangan. Oleh itu, amat penting
bagi guru mengenal pasti motif murid tersebut dalam usaha membasmi tingkah
laku murid yang bermasalah.
Bagi masalah tidak menyiapkan latihan yang diberikan ini, saya mendapati murid
ini bermotifkan menggunakan kuasa. Ini bermaksud ada pergelutan kuasa antara
guru dan murid. Oleh itu, guru perlu kekalkan persekitaran pembelajaran yang
positif dan berusaha supaya murid berkenaan sedar dengan tingkah lakunya.
Guru juga perlu bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat
prihatin. Sebagai contoh, murid A gagal untuk menyiapkan kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Guru boleh memberi dua pilihan iaitu sama ada dia
menyiapkan kerja rumah serta latihan yang diberikan selepas ini atau menjadi
orang yang tercorot di dalam kelas nanti.

PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 5

Menggunakan model ini akan membolehkan murid-murid ini sedar dengan akibat
secara logik yang akan mereka hadapi jika terus melakukan masalah tingkah
laku yang sama berulang kali. Ini juga membolehkan murid-murid ini memupuk
sikap bertanggung jawab terhadap pelajaran dan pendidikan mereka sendiri.
Murid juga akan lebih berusaha untuk menyiapkan kerja atau latihan yang
diberikan oleh guru.
Masalah yang seterusnya ialah tidak melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
Semasa menjalankan Penglaman Berasaskan Sekolah, saya sempat melihat
beberapa orang murid yang tidak melibatkan diri mereka semasa akitiviti
dijalankan. Mereka hanya mendiamkan diri dan tidak memberi apa-apa
sumbangan kepada rakan-rakan lain semasa perbincangan kumpulan dilakukan.
Kadang kala mereka bermian-main seperti menconteng buku dan berbisik-bisik.
Tingkah laku ini sebenarnya akan menganggu rakan-rakan lain yang ingin
melakukan perbincanga dan juga menganggu proses pembelajaran.
Model pengurusan bilik darjah yang terbaik bagi masalah tingka laku ini ialah
model pengurusan kelompok Kounin. Kounin adalah seorang tokoh yang
terkenal dengan konsep kesan riak. Konsep ini menunjukkan reaksi murid
terhadap tingkah laku murid yang lain. Guru boleh menggunakan model ini
dengan menggalakan murid terbabit melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan dalam kumpulan. Sebagai contoh, Murid A tidak melibatkan diri dalam
melakukan aktiviti yang sedang dijalankan dalam kumpulan, Guru B boleh
menggunakan kesan riak keatas murid tersebut. Guru B berkata Saya dapati
semua murid dapat memberi banyak idea yang bernas dan bijak. Sambil
memandang ke arah murid A, guru B berkata Malangnya, masih ada murid
yang tidak menyumbang apa-apa idea yang boleh digunakan dan hanya
bergantung kepada orang lain. kesan riak akan disedari oleh murid yang
terlibat dan reaksi terhadap tingkah laku murid-murid lain di dalam kelas yang
banyak menyumbang idea akan menyebabkan murid tersebut akan cuba untuk
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 6

Jadi, dengan menggunakan model ini, guru dapat memastikan bahawa semua
murid dapat memberikan sepenuh perhatian dan penglibatan sepanjang aktiviti
dijalankan. Guru juga dapat memastikan pengurusan bilik darah menjadi lebih
mudah dan terurus dengan melibatkan kesemua murid secara aktif semasa
pembelajaran dan pengajaran dilakukan.
Masalah tingkah laku yang terakhir ialah meniru dalam peperiksaan atau ujian.
Terdapat beberapa kejadian di sekolah ini yang menunjukkan beberapa cubaan
murid untuk meniru dalam peperiksaan yang sedang dijalankan. Guru-guru juga
sempat berkongsi pengalaman mereka dengan saya, mereka menyatakan
bahawa terdapt beberapa murid yang suka meniru ketika ujian atau peperiksaan
dijalankan. Ada juga murid yang sudah beberapa kali ditangkap kerana meniru.
Guru-guru juga berpendapat bahawa ini merupakan masalah tingkah laku yang
agak berat dan perlu ditangani dengan segera.
Berdasarkan masalah tingkah laku ini, saya berpendapat bahawa model Terapi
Realiti Glasser adalah model pengurusan disiplin yang terbaik. Model ini
menggariskan satu pelan disiplin yang terdiri daripada 10 langkah. Langkah yang
pertama ialah guru berjumpa dengan murid bermasalah tersebut. Guru
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Ada kemungkinan
masalah adalah daripada guru sendiri. Langkah yang kedua, guru menggunakan
strategi yang lain apabila mendapati cara menangani yang sebelumnya tidak
berkesan. Contohnya, murid yang meniru tersebut pernah dinasihati sebelum ini,
sudah pasti cara nasihat adalah tidak berkesan dan guru harus memikirkan
strategi lain. Langkah yang ketiga ialah dengan memberikan pengajaran yang
lebih supaya murid tersebut faham dengan pelajarannya supaya dia tidak lagi
meniru dalam peperiksaan dan membina hubungan yang rapat dengan murid
tersebut. Langkah yang keempat ialah guru mempertingkat persoalan seperti
Apa yang awak lakukan. Ini membolehkan murid bermasalah ini menjelaskan
apa yang mereka telah lakukan dan juga secara tidak langsung berfikir tentang
tindakan mereka yang salah iaitu meniru.

PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 7

Langkah yang seterusnya ialah guru melakukan perbincangan dengan murid


tersebut. Guru boleh bertanya Adakah apa yang anda lakukan melanggar
peraturan? dan Apakah yang sepatutnya anda lakukan?. Ini membolehkan
murid ini sedar dengan kesalahan yang telah dilakukan iaitu meniru dan
memahami kesan daripada tingkah laku yang telah mereka lakukan. walaupun
mereka telah sedar dengan kesilapan, hukuman perlu dikenakan. Murid yang
meniru ini dikehendaki membuat satu pelan tindakan positif dengan bimbingan
guru, ini merupakan langkah yang seterusnya. Pelan tindakan ini akan
membolehkan menanamkan kesedaran untuk berubah. Langkah yang ketujuh,
jika murid masih lagi melakukan kesalahan meniru, guru boleh mengasingkan
murid tersebut dengan rakan-rakan lain dalam bilik darjah dan tidak dibenarkan
untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti kelas. Ini membolehkan mereka sedar dan
faham tentang kesan tingkah laku mereka dan juga merupakan satu bentuk
hukuman. Seterusnya,

seiranya masalah meniru ini masih berlanjutan guru

boleh menghantar mereka ke satu lokasi khas. Contohnya, mereka duduk di bilik
berlainan ketika pepeiksaan dijalankan. Ini boleh mengelakkan mereka terus
meniru. Langkah kesembilan ialah dengan melaporkan kepada ibu bapa untuk
tindakan selanjutnya seperti tukar sekolah dan sebagainya. Langkah yang
terakhir, jika masalah meniru ini semakin serius, pihak sekolah boleh merujuk
pihak berkuasa yang boleh memberi bantuan yang profesional.
Menggunakan model terapi realiti Glasser ini, murid yang suka meniru akan
diberi bnyak peluang, peringkat demi peringkat bagi membolehkan mereka
berubah. Murid akan mempunyai peluang untuk berubah dan sedar tentang
kesalahan yang telah mereka lakukan. Murid ini juga akan berfikir tentang kesan
daripada tingkah laku yang mereka sendiri lakukan.

PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 8

Bandingbeza cara pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dua orang guru
Jadual 1 : Bandingbeza cara pengurusan bilik darjah

Cara Pengurusan

Cikgu Anikah

1. Kawalan Kelas

Cikgu Azriq

Berjaya mengawal kelas


dengan

baik

dengan

Tidak

berjaya

mengawal

kelas

memastikan semua murid

dengan baik kerana

diam sebelum memulakan

murid

pelajaran

dan bercakap ketika

masih

bising

pembelajaran bermula
2. Teknik Pengajaran

Banyak
bahan

menggunakan
bantu

semasa

mengajar

mengajar

untuk

Hanya

bergantung

kepada

buku

teks

semata-mata

murid lebih faham


3. Susun atur bilik darjah

Menempatkan murid yang

Murid

duduk

bermasalah dihadapan dan

berpasangan

banyak

murid

membentuk

perbincangan

dalam

yang

dan
lemah

tidak diutamakan.

kumpulan
4. Persekitaran

Psiko-

sosial

Prihatin dengan masalah

guru dan murid. Tidak

perlu

prihatin dengan murid

serta

mewujudkan
yang

rapat

yang

dengan murid.

kelas

dalam

seperti

murid dan tegas apabila

hubungan

5. Peraturan

Hubungan

Mewujudkan

bermasalah

serta sentiasa tegas.


peraturan

Tiada peraturan yang

dalam kelas agar murid

ditetapkan di dalam

faham

kelas

apa

sepatutnya
dalam kelas.
PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

yang

tidak

dilakukan

dan

murid

bebas melakukan apa


sahaja.
Page 9

Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara Cikgu Anikah dan Cikgu Azriq. Ini jelas
menunjukkan Cikgu Anikah mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam
menguruskan kelas dengan baik. Pengurusun kelas yang baik dapat melatih
murid untuk bertingkah laku baik. Berbeza dengan Cikgu Azriq, amat ketara
bahawa beliau tidak mempunyai pengalaman serta pengetahuan untuk
menguruskan bilik darjah dengan baik.

Jadual 2 : Bandingbeza tingkah laku guru

Tingkah Laku Guru


1. Ketegasan

Cikgu Anikah

Cikgu Azriq

Tegas apabila perlu

Tegas

sepanjang

masa

di

hadapan

murid.
2. Ketepatan masa

Tepat

pada

masanya

apabila masuk ke kelas

Selalu lewat masuk ke


kelas

kerana

sibuk

dengan hal lain.


3. Sama rata

Tidak

pilih

kasih

dan

Pilih

kasih

kepada

bersikap sama rata dengan

sesetangah

murid

semua murid

yang disukai.

Jadual 2 menunjukkan perbezaan tingkah laku guru yang dapat saya perhatikan
sepanjang saya melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Kedua-dua guru
ini mengajar dengan cara yang berlainan. Pengaruh tingkah laku guru akan
memberi kesan yang dalam kepada murid-murid. Tingkah laku guru akan dinilai
oleh murid-murid dan mereka akan tentukan sama ada guru ini bagus atau tida.
Murid akan lebih berjaya dalam pelajaran jika guru bertingkah laku baik dan
memahami murid.
PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Page 10

Anda mungkin juga menyukai