Anda di halaman 1dari 18

1.

Definisi Keluarga Bahagia

Keluarga berasal dari bahasa sansekerta iaitu kuladanwarga yang bermaksud keluarga
atau anggota mahupun kelompok kerabat.Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang
yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu
yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka
hidupnya dalam satu rumah, berinteraksi satu sama lain dan di dalam peranan masing-masing
dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.
Keluarga adalah asas ke arah pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera.
Pembinaan keluarga bahagia mestilah menerapkan cara hidup yang positif berlandaskan ilmu dan
nilai-nilai yang baik. Dalam kehidupan, setiap insan mempunyai cara hidup tersendiri untuk
menentukan kebahagiaan. Islam menggalakkan perkahwinan. Lantaran itu, perkahwinan dalam
Islam tidak lain daripada bertujuan mengawal dan mengatur fitrah kehidupan manusia demi
faedah dan kebaikan manusia baik di dunia mahupun di akhirat.
Pembentukan keluarga bahagia mestilah berlandaskan ajaran Islam.Lantaran itu, Islam
mengajar bahawa keluarga yang bahagia dan sejahtera tidak dapat dibentuk dengan memusatkan
kehidupan pada prinsip buatan manusia.Keluarga bahagia dilihat dari pembinaan sebuah kelurga
itu hendaklah diasaskan kepada taqwa. Tanpa taqwa pembinaan sebuah kelurga yang bahagia itu
dikhuatiri tidak akan terbina menurut landasan yang sebenar. Pembentukan keluarga bahagia itu
juga mestilah berlandaskan kasih sayang. Tanpa kasih sayang maka sebuah keluarga itu akan
sentiasa terumbang ambing dan tidak kukuh.
Selain itu sesebuah keluarga perlu wujudkan pergaulan yang baik dan diredai oleh Allah,
jauhi dari sebarang kemungkaran, kemaksiatan, penganiaan dan kezaliman.Sikap bertolak ansur
juga perlu di terapkan dalam keluarga dan memperbanyakkan bersabar.Sebagai ketua rumah
tangga perlu menjalankan sikap amanah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab pula dipikul
dengan ringan hati serta saling hormat menghormati.

2.0

Objektif rumahtangga

Secara prinsipnya, objektif perkahwinan dalam islam bukanla secara mutlak untuk
memenuhi tuntutan seks semata-mata, sebaliknya ia merupakan tuntutan keagamaan yang perlu
ditunaikan oleh setiap insan. Justeru itu, pengetahuan yang kompeten tentang selok belok
pengurusan rumahtangga (organisasi keluarga) perlu difahami dan dihayati oleh setiap pasangan.
Jika ditinjau dalam lipatan sejarah tradisi masyarakat melayu, aspek kepimpinan
pengurusan dan ekonomi keluarga di bawah tanggungan suami.Metod kekeluargaan yang
diasaskan dalam sistem kekeluargaan masyarakat melayu telah terbukti keberkesanannya yang
telah dipraktikkan oleh nenek moyang sejak berabad-abad lamanya.
Sebagai tonggak dalam, keluarga, suami mempunyai obligasi penting iaitu bersiap sedia
menghadapi sebarang kemungkinan masalah kekeluargaan dan juga sebagai perisai untuk
melkindungi entiti di bawah jagaannya. Dengan lain perkataan suami bertanggungjawab menjaga
keseluruhan kebajikan ahli dan menyediakan keperluan asasi kepada ahli keluarganya seperti
tempat tinggal, makanan, minuman, dan pakaian. Di samping itu juga, ia berperanan
menyelesaikan kerumitan dan permasalahan yang timbul.
Bagi isteri pula, ia berperanan berkongsi tanggungjawab dalam menguruskan
rumahtangga dalam memastikan ikatan kekeluargaan yang dibina berasaskan kasih sayang.
Bersesuaian dengan fitrah semulajadi yang dicipta oleh Ilahi, kaum wanita memiliki sifat kasih
sayang yang tinggi, sifat lemah lembut dan memiliki sifat keibuan yang dominan.

3.0

Konsep rumahtangga bahagia

Ciri-ciri keluarga bahagia adalah keluarga yang selalu mempunyai rasa yang baik antara
sesama anggota keluarga, tidak saling curiga, saling bantu membantu, tidak mudah terpengaruh
dengan isu-isu luar yang boleh merosak keharmonian keluarga.
Keluarga bahagia, keluarga yang didalamnya terdapat berbagai persoalan dan masalah .
Tetapi itu semua dihadapi dengan tenang dan dengan komunikasi yang baik, antara sesama

anggota keluarga, isteri dengan suami, anak dengan ibu, anak dengan ayah, mertua dengan
menantu, dan anggota lain dalam keluarga tersebut.
Penuhilah keperluan keluarga secara bersama-sama, sehingga sesuatu yang diperlukan
dalam membangun keluarga bahagian kita dapatkan, sehingga dengan mudah kita bolehmembina
keluarga yang bahagia, untuk memenuhi itu jangan membezakan salah satu dari anggota
keluarga kita,bekerjasama dalam memenuhi keperluan tersebut.
Jangan saling menyalahkan antara anggota keluarga, walaupun kita tahu salah satu
anggota keluarga kita berbuat salah, beri mereka peluang untuk membela diri.Keluarkan
kemampuan optimal dalam membangun keluarga bahagia.Jangan terpaksa, beri dengan
keikhlasan yang baik.
Banyak lain yang perlu kita perhatikan dalam membina keluarga bahagia.Islam mengatur
hubungan suami isteri dengan undang-undang yang tertentu.Ia menegakkan sistem rumahtangga
di atas dasar lelaki sebagai penguasa kerana lelaki merupakan kongsi yang lebih kuat dan lebih
mempunyai kemampuan untuk menjadi penguasa rumahtangga. Langkah ini ialah untuk
mengelakkan berlakunya kacau bilau, kucar-kacir, dan pertelingkahan rumahtangga dan lain-lain
lagi dari berbagai-bagai jaminan dan peraturan untuk memelihara rumahtangga dari segi
kegoncangan selain dari nasihat-nasihat dan bimbingan-bimbingan untuk mengawal perasaan
dan menghubungkan hubungan itu dengan taqwa kepada Allah dan penguasaan-Nya.
Akan tetapi islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan islam merupakan
sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan
kediaman.Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan di antara hati-hati iaitu pertemuan
yang di tegakkan di atas lunas-lunas kasih mesra, saling simpati, saling lindungi, saling berbudi
juga di tegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri.Di bawah lindungan
rumahtangga juga lahirnya kanak-kanak dan suburkan muda mudi. Dan dari rumahtangga
memanjangkan tali hubungan kasih sayang dan hubungan saling bantu membantu.
Kerana itulah al-Quran menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan
lembut iaitu gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra.Itulah hubungan di
antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan
kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik.Islam memberi segala perhatian dan

jaminannya kepada rumahtangga ini sebagai sel atau tapak semaian atau tempat pertemuan
keluarga.Oleh itu banyak ayat-ayat al-Quran jika diteliti, jelas menghubungkan persoalan
keluarga itu secara langsung kepada Allah.Ini menggambarkan betapa besarnya kedudukan
keluarga dalam sistem Islam dan betapa tingginya nilai keluarga di sisi Allah swt.
Perhatian yang amat besar terhadap kedudukan keluarga adalah sesuai dengan kehendak
taqdir Ilahi yang sejak dari mula menegakkan kehidupan umat manusia di atas asas keluarga,
iaitu ketika taqdir Ilahi memutuskan bahawa sel pertama dari kewujudan bangsa manusia di alam
ini ialah keluarga Adam a.s dan isterinya, dan dari sel pertama inilah umat manusia berkembang
biak.Islam juga memberi perhatian yang sebegitu besar terhadap hubungan suami isteri dan
keluarga.
Oleh yang demikian,bagi memastikan pengurusan rumahtangga dalam suasana yang
harmoni, sikap toleransi dan saling memahami di antara suami dan isteri merupakan kunci utama
yang efektif. Suami tidak boleh lepas tangan dan hanya bergantung kepada isteri semata-mata
untuk mengurus hal ehwal dalam rumah.Mentality yang menggambarkan bahawa kerja-kerja di
rumah hanya akan merendahkan martabat lelaki perlu di kikis. Dalam memenuhi tuntutan
pengurusan kekeluargaan penyesuaian di antara rumah dan tempat kerja perlu di seimbangkan
dengan sebaiknya.
Begitu juga setiap pasangan sama ada suami dan isteri perlu mengiktiraf dan memahami
keperluan nafsu dan psikologi pasangan masing-masing serta berusaha untuk memenuhinya
dengan sebaik mungkin. Tambahan lagi institusi kekeluargaan pada zaman moden kini lebih
cenderung kepada bentuk pola keluarga asas berbanding dengan bentuk keluarga tradisi dahulu
berbentuk agak luas. Kebahagiaan yang di tuntut dalam rumahtangga muslim tidak hanya
berasaskan kepada keperluan material semata-mata. Sekiranya pasangan suami isteri merasa
bahagia di sebabkan keperluan material sudah mencukupi , namun keperluan rohaniah tidak di isi
sepenuhnya ini tidak bermakna keluarga tersebut telah mencapai hakikat kebahagiaan. Di
samping itu, rumahtangga yang ideal diibaratkan, seperti sebuah taman yang indah untuk suami.

4.0

Melaksanakan Hukum Agama

Aku terima nikahnya dengan si pulan binti si pulan dengan mas kahwin sebanyak sekiansekian". Sebaik saja ayat ini diungkapkan pengantin lelaki, secara automatik sudah bergelar
suami dan segala amanah dan tanggungjawab berkaitan si wanita yang dinikahi sebelum ini
dilaksanakan walinya itu dipindahkan ke atas bahu si suami.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa' ayat 43 bermaksud:


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka..." Justeru, suami wajib melaksanakan amanah
dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang baik terhadap isteri dengan didikan agama dan
pengajaran yang baik.
Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan.
Kejayaan suami hanya terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya selaku ketua
keluarga dengan baik dan bijak. Seperti firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat enam
bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). Dalam menafsirkan ayat
di atas, ulama bersepakat, suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan anggota
keluarganya daripada masuk neraka. Caranya melalui mendidik anggota keluarganya dengan
ilmu agama khususnya ilmu berkaitan fardu ain. Kewajipan suami menasihati isterinya dengan
penuh hikmah dan kasih sayang supaya isteri dan anak patuh dan taat pada perintah Allah SWT
termasuk dalam hal menutup aurat dan sebagainya.
Oleh kerana wanita diciptakan bersifat unik, baginda Rasulullah SAW mengingatkan kita
melalui sabda baginda bermaksud: "Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan
sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang
rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan
mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya.
Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)," (Riwayat Muslim).

Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah S.
W. T. Ini akan membahagikan hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila jiwa anak-anak telah
ditanam dengan taqwa dan keimanan Islam, maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud
dalam keluarga tersebut. Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak
mereka. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila
mereka telah tua atau pun telah meninggal dunia. Sabda Rasuluilah s. a. w yang bermaksud;
"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja
iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anakanak yang soleh".
Islam juga menganjurkan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu.
Sabda Rasullullah yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Nabi s. a. w bersabda lagi yang
bermaksud; "Yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulannya terhadap
keluarganya". Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka. lbu bapa
mestilah berlaku adil dalam melayani kerenah anak-anak mereka supaya terhindar perasaan
dengki, iri hati dan dendam. Anak-anak yang lebih kecil hendaklah rnenghormati abang yang
lebih tua. Manakala abang mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka.
Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak, tiadalah permusuhan dan
perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang dan menyayangi antara satu dengan lain.
Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut Islam amat mengambil berat dalam
membentuk keluarga yang penyayang. Hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling
tolong menolong antara satu sama lain. Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke
arah tersebut. Oleh itu membina keluarga yang penyayang dan harmoni maka kita mestilah
mengikuti landasan agama

5.0

Petua Dalam Rumah Tangga Bahagia

Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai
suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan
kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.
Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan
cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas
untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas
berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang. Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik
sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami
sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah
S.A.W.Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik
kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam.
Menjaga keluarga telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua.
Firman Allah S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras,
yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan. (Surah At-Tahrim: 6)
Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang
dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga
ini. Jika sejak dari mula perkahwinan mode Islam itu diaktifkan, keluarga akan lebih
cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain
seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.Kita bukan lahir dalam
keluarga alim ulama, bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan muftimufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa. Pun begitu, tidak mustahil
bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama dan orang-orang yang dekat
denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan
tanggungjawab dalam berkeluarga.
Selain itu, rumah tangga yang teguh, aman dan terus mesra, menjadi dambaan setiap
pasangan suami isteri. Sebenarnya, untuk memperoleh sebuah rumah tangga yang bahagia

bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pasangan berkenaan mengekalkan suasana


harmoni dalam hubungan mereka biar lama mana usia perkahwinan mereka. Hal-hal yang kecil
yang pada pandangan kita dianggap remeh adakalanya boleh meretakkan hubungan sekiranya
dibiarkan berlarutan. Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengketepikan sikap terlalu
emosi, selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan
kelebihan pasangan. Antaranya ialah,

1) Saling mempercayai dan menghargai


Saling percaya mempercayai adalah kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya
bulat-bulat atau mudah melenting sekiranya anda mendengar pasangan anda sebagai contoh
berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui, tanyakan sendiri
kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata.Sekiranya dia berkata
benar,belajarlah untuk mempercayai kata-katanya. Namun jangan terus percaya tanpa usulperiksa. Perhatikan gerak-gerinya. Sekiranya suami anda kelihatan berubah seolah-olah kemaruk
cinta seperti sentiasa kelihatan berseri-seri, suka berbohong dan menelefon secara sembunyisembunyi, mungkin ada sesuatu, tetapi jika tidak, anda tidak perlu hirau mengenainya.
Suami dan isteri sebenarnya harus selalu saling menghargai, memberi keyakinan dan
memberi galakan kepada pasangan. Usah jadikan segala perbezaan antara anda berdua penyebab
kepada masalah dalam rumah tangga. Apa yang penting selalu memaafkan setiap kesalahan yang
pasangan anda lakukan selagi dia tidak melakukan sesuatu yang amat berat untuk anda tanggung.

2) Belajar memaafkan dan berkongsi keadaan


Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji untuk tidak mengulanginya adalah
penting untuk mengekalkan hubungan. Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang
berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia
itu tidak sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan. Kemampuan untuk saling berkongsi
perkara dengan pasangan anda sama ada baik dalam keadaan suka dan duka adalah perkara yang
amat terpuji demi melihat kerukunan dalam rumah tangga. Jangan biarkan pasangan anda

menghadapi kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun.
Di sinilah peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menjadi pemberi semangat,
penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka.

3) Belajar terima kekurangan


Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan.Dia juga perlu melakukan perkara yang
sama. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada
anda, seharusnya perkara ini tidak membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang
rendah antara satu sama lain. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

4) Jangan terlalu mengongkong dan berfikiran positif


Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggkan dia terasa
terkongkong. Bersikap terbuka dengan pandangan anda sekiranya ada perkara yang perlu
diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya. Cuba berfikiran
positif mengenai apa yang pasangan anda lakukan. Jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran
yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan.

5) Semakin lama semakin mesra


Biarpun usia perkahwinan sudah semakin matang , kemesraan anda dengan pasangan perlu
dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak-anak menunjukkan
kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu
kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai. Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami
anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah
berubah. Maksudnya di sini adalah anda tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih.

6) Kejutan menggembirakan dan kotakan janji


Buatlah sesuatu kejutan yang menggembirakan pasangan pada sambutan majlis perkahwinan
atau kelahirannya. Hadiah tidak perlu yang mahal, tulisan kata-kata cinta memadai. Janji adalah
penting untuk ditepati, cubalah belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal,
membelikan hadiah dan sebagainya dan jangan mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat
mengotakan janji anda.

7- Pergi berbulan madu


Seterusnya pergilah berbulan madu berdua sahaja ke tempat yang paling romantis untuk
menjalinkan kembali ikatan cinta anda. Selepas pulang daripada berbulan madu pastinya
hubungan anda semakin intim dan mesra.
Kesimpulannya, perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas
perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi
kesejahteraan ummat. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan
pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping
tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh
Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Kehanisan berpoli gami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di
dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak
dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.Perancangan keluarga dalam
pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan
keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu
kesihatan dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang
bermoral, adalah wajib di dalam Islam.

6.0

Tokoh

7.0

Faktor

8.0

PERSEDIAAN MENUJU GERBANG PERKAHWINAN

Perkahwinan amat dituntut dalam Islam. Ia dapat mengembangkan institusi sosial, selain
merupakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa kasih sayang seorang individu kepada
individu lain yang berlainan jantina pada jalan yang dibenarkan syarak (Fadzilah Kamsah: 2011:
46). Firman Allah S.W.T:

Terjemahannya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa ia


menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Al-Rum: 30: 2)

Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi manusia, setiap orang akan berusaha
untuk mendapat pasangan hidup yang sesuai dengannya bagi menjamin keharmonian hidup
berkeluarga. Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari perkahwinan (Zulkifli Mohammed alBakri: 2010: 101).

Tujuan Perkahwinan

Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar ia adalah sunnah nabi
Muhammad s.a.w, di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama seperti pegangan
agama lain seperti kristian, Buddha dan lain-lain yang mana para pembesar ugamanya tidak
berkahwin kerana mereka percaya berkahwin bukan ibadat. Sedangkan berkahwin mempunyai
tujuan yang murni dan indah seperti menghindarkan diri dari berlaku maksiat zina, menuruti
fitrah melahirkan zuriat keturunan anak Adam sesuai dengan manusia sebagai khalifah di muka
bumi. Selain itu masalah penyakit seperti siflis, aids dan lain-lain dapat dihindari dengan ikatan
perkahwinan yang sah, kerana dengan perkahwinan ini dapat menyempurnakan tuntutan kelamin
(seks) mengikut hukum Islam (Badli Shah Alaudin: 2010: 75). Kehidupan keluarga yang aman
damai dapat dibentuk jika matlamat perkahwinan dapat dilaksana. Nabi s.a.w bersabda:

Terjemahannya: Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu berkuasa


berkemampuan menyediakan nafkah zahir dan batin maka hendaklah kamu berkahwin, maka
sesungguhnya perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari melakukan maksiat)
dan memelihara kehormatan dan mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa
kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi perisai baginya.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim,dan lain-lain.

Kebaikan Dari Perkahwinan

Perkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan perempuan, tali yang dapat
mempereratkan kasih sayang, cinta abadi, melahirkan perasaan bertimbang rasa dan
bertanggungjawab serta dapat membina sebuah mahligai rumah tangga yang aman damai dan
bahagia. Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan jahat dan curang serta
membanteras dan menghapuskan segala nafsu kehaiwanan dan persundalan penjenayah zina
disenaraikan sebagai penceroboh yang amat keji dan merbahaya yang mana amalan perzinaan
boleh membawa kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya boleh menjahanamkan
kehidupan masyarakat yang bermaruah (Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: 2010: 101).

Rumah tangga atau perkahwinan juga kerap digelar sebagai syurga dunia. Syurga itu
dinamakan al-jannah al-ajilah (syurga yang disegerakan) oleh ulama-ulama tasawuf (sufi)
Menurut mereka, sesiapa yang mendapat syurga di dunia ( al-jannah al-ajilah ), maka seseorang
itu akan dapat menikmati syurga yang hakiki dan abadi di akhirat kelak. Tetapi bagi sesiapa yang
tidak mendapat syurga di dunia (perkahwinan) dan menjaganya sebaik mungkin, maka di syurga
yang hakiki nanti mereka juga tidak akan memperoleh nikmat syurga tersebut. Ketenangan hati
di dunia itu amat penting dicapai sebagai jambatan untuk mendapat kejayaan di akhirat nanti
(Pahrol Mohamad Juoi: 2011: 16).

Hukum Kahwin

Hukum perkahwinan atau nikah asalnya menurut kebanyakkan ulama adalah sunat, namun
hukum tersebut boleh menjadi wajib, makruh, haram atau harus mengikut keadaan (maslahah)
seseorang (Wan Ali bin Wan Jusoh: 2012: 12).
a) Fardhu (wajib): Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang memuncak yang

mana sekiranya tidak berkahwin akan menjerumuskannya ke lembah maksiat zina.


b) Sunat: Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga dan mengawal dirinya dari
melakukan maksiat zina.
c) Makruh: Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak mampu dari segi

kewangan. Oleh hal yang demikian maka Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada
golongan ini supaya berpuasa.
d) Haram: Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi berkahwin dengan

tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat terhadap bakal isterinya.
e) Harus: Jika seseorang itu tidak terdesak oleh alasan-alasan yang mewajibkannya untuk
segera kahwin dan tiada alas an yang mengharamkannya, maka hukum perkahwinan
adalah harus.

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Seseorang yang akan berkahwin hendaklah terlebih dulu mengetahui tentang tugas dan
tanggungjawab sebagai suami atau isteri, bapa atau ibu. Perkara yang paling penting kepada
seseorang lelaki yang hendak berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal isterinya,
nafkah nafkah zahir dan batin. Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang
berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk, iddah dan sebagainya (Dato Siti Nor
Bahyah Mahamood: 2012: 86 ).

1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masingmasing seperti yang diterangkan sebelum ini. Bagi golongan lelaki Rasulullah s.a.w bersabda:

Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunanya, kerana
kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu yang mengutamakan yang
beragama, nescaya kamu berbahagia. Hadith riwayat Imam dan Muslim secara terang
Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai
isteri serta menjanjikan kebahagian berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula. Rasulullah s.a.w telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya
menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat
menjaga kebajikan wanita.

2. Memilih bakal isteri


Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal
wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk
memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang
harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah
diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta
dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami


Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W.
menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti beragama,
berakhlak mulia, beradab, mempunyai harta dan keturunan mulia. Diantara tujuan pemilihan
calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan
menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada
perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang
Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam
maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki

kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu
ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.
5. Mas kahwin
Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai
walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana
akad perkahwinan. Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:
a) Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar
musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:
i.
Mahar musamma al-Mua'jjal
Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan
segera.
ii.
Mahar musamma al-muajjal
Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.
b) Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil.
Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar
penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri.

9.0

10.0

PRIHATIN TERHADAP AHLI KELUARGA

Perkahwinan yang kemudiannya membuahkan anak pinak adalah asas terbentuknya


sebuah unit keluarga. Antara tujuan sebuah perkahwinan ialah untuk menyempurnakan
kehidupan seseorang tersebut untuk mempunyai pasangan. Dan ia mestilah dibina berlandaskan
kasih sayang.

Tanpa kasih sayang dan keprihatianan maka sebuah keluarga tersebut akan

terumabng ambing dan tidak kukuh.


Hubungan kekeluargaaan yang erat merupakan satu rahmat kepada kehidupan manusia.
Dalam Islam, ia menuntut umatnya supaya menunjukkan kasih sayang kepada setiap ahli
keluarganya. Kasih sayang kekeluragaan merupakan satu simbol kebahagiaan dalam rumah

tangga. Selain itu, jika setiap ahli keluarga memberi perhatian dan mengambil berat antara satu
sama lain, pasti hubungan kekeluaragaan dan juga rumah tangga akan bertambah erat.
Di dalam kehidupan seharian pula, peranan suami isteri atau ibu bapa sangat penting
kepada kanak-kanak. Kerana jika ibu bapa mempunyai masalah dalam rumah tangga, anak-anak
akan terabai dan ini menyebabkan anak tersebut boleh memberontak kerana ibu bapa tidak
prihati terhadap mereka. Maka timbullah gejala seperti anak lari dari rumah, terlibat dengan
aktivit yang tidak sihat dan juga perkara-perkara negatif yang lain.
Menurut Hasimah Abdul Razak, Unit Psikologi Kaunselor, Hopital Kuala Lumpur
(HKL), Anggota keluarga berkenaan juga sentiasa menerima sesuatu perkara tanpa syarat,
mengasihi tanpa syarat, tidak meletakkan harapan yang tinggi dan mendapat perhatian yang
sepenuhnya adalah keluarga yang bahagia. Sesetengah pula berpendapat, keluarga yang bahagia
ialah apabila mereka mempunyai anggota keluarga yang mencukupi seperti Ayah, Ibu, Kakak,
adik dan juga Abang yang sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, saling memberi
galakan, berkerjasama dan bertolak ansur.
Ibu bapa atau pasangan suami isteri perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anakanak. Kerana anak anak akan melihat setiap perbuatan ibu bapa mereka. Jika perbuatan
tersebut negatif contohnya selalu bertengkar maka ia akan memberi kesan yang negative kepada
anak-anak, dan jika sebaliknya anak-anak akan mencontohi sikap yang baik itu.

Jika setiap ahli keluarga yang memberi prihatin kepada ahli keluarganya, maka sebuah
keluarga tersebut dapat menghindari dari masalah yang boleh mendatangkan keruntuhan
keluarag tersebut. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan sikap tolak ansur diantara ahli keluarga.
Selepas mendirikan rumah tangga, kedua pasangan suami isteri hendaklah berbincang bagaimana
untuk membentuk keluarga yang bahagia pada masa akan datang. Ahli keluarga juga perlu
merancang bagaimana langkah-langkah yang mereka boleh ambil untuk mengelak daripada
masalah.
Tambahan pula, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk anak-anak dan memahami
masalah mereka disamping berusaha untuk menyelesaikannya. Ibu bapa bertanggungjawab untuk

mengambil berat terhadap setiap ahli keluarganya. Untuk mewujudkan keluarga yang prihatin,
anak-anak haruslah mentaati ajaran ibu bapa dan menghormati ibu bapa. Selain itu, setiap ahli
keluarga harus tahu peranan masing-masing dan perlu memainkan peranan masing-masing
dengan jujur dan ikhlas. Apabila semua dapat memahami dan dapat menjalani tanggungjawab
masing-masing, nescaya keluarga yang bahagia dapat dibentuk.
Rata-rata anak yang mempunyai masalah dari segi sosial, adalah anak-anak yang
mempunyai masalah ibu bapa yang tidak serasi lagi atau hidup dalam keadaan yang penuh
masalah. Hal ini terjadi disebabkan, apabila mereka tidak begitu diperhatikan atau tidak diberi
perhatian mereka akan mula mencari hiburan yang membuatkan mereka terjerumus ke gejala
yang negatif.
Untuk meningkatkan usaha mengekalkan keluarga yang prihatin perlu ada, perpaduan
iaitu setiap ahli keluarga mengambil berat diantara satu sama lain. Dan perpaduan juga
bermaksud saling bertolak ansur dalam perkara- perkara sedemikian. Yang kedua, sentiasa
berinteraksi dengan ahli keluarga, contonhnya sering meluangkan masa bercerita atau bertanya
perihal masalah yang dialami oleh ahli keluarga sendiri. Ini dapat membuktikan betapa
pentingnya keprihatinan seseorang tersebut kepada setiap ahli keluarganya.
Seterusnya ialah, sokongan emosi sangat penting kerana dengan ahli keluargalah kita
mendapat sokongan daripada segi emosi, perhatian dan juga yang paling penting ialah kasih
sayang. Tanpa itu semua, sebuah keluarga akan berpecah belah, tidak dapat membentuk satu
keluarga yang bahagia. Ini menyebabkan, kesemua ahli keluarga lebih suka untuk membuat hal
masing-masing tanpa menghiraukan perasaan orang disekeliling mereka.
Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membentuk satu keluarga yang bahagia,
antaranya ialah mengadakan gotong-rotong untuk membersihkan kediaman sekeliling rumah.
Melalui aktiviti bergotong-royong tersebut, ahli keluarga dapat memupuk sikap tolong menolong
dan berkerjasama. Kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat disiapkan dengan segera.
Disamping itu, ibu bapa perlu lebih prihati dan bertindak rasional dalam menangani masalah
anak-anak. Dan yang paling penting sekali ialah, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap
pelajaran anak-anaknya dan tidak terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Banyak manfaat yang diperolehi daripada prihatin dengan ahli keluarga , dan sudah
semestinya manfaat tersebut membawa kebaikan kepada setiap ahli keluarga tersebut. Dalam
masa yang sama, perpecahan, pertengkaran dan juga rumah tangga yang bergolak juga dapat
dielakkan jika setiap ahli keluarag memainkan peranan masing-masing tanpa perlu melakukan
perkara-perkara yang boleh merosakkan sesuatu perhubungan tersebut.
Dan kesimpulannya, untuk mengelakkan hubungan kekeluargaan tersebut menjadi
renggang, berkongsilah masalah yang dihadapi dan cubalah mencari jalan penyelesaian dengan
cara berbincang secara baik antara ahli keluarga. Jelaskan juga ketidakpuasan hati antara ahli
keluarga. Dengan cara ini, dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengelakkan berlakunya
konflik dalam sesebuah keluarga yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dalam
keluarga tersebut.

Anda mungkin juga menyukai