Anda di halaman 1dari 4

Falsafah Rumahtangga Bahagia menurut Islam

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan


ketenangan

dan

kebahagiaan,

sebagaimana

firman

Allah

yang

bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan
hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah
ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)
Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada
pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi
tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.
Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan,
berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan
onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan
keluarga sakinah mardatillah.
Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di
hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini.
Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu
keinginan

untuk

melakukan

hubungan

suami

isteri

yang

akan

melahirkan

dan

mengembangkan keturunan manusia.


Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring
dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan
perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah
Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan
berkenaan.
Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia

kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya
rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri
merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.
Pada masa ini mereka bukan lagi berfikir mengenai tongkat ali, Viagra dan ubat-ubat lain
bagi mengembalikan kekuatan tenaga batin tetapi yang mereka inginkan adalah mengisi
hari-hari akhir ini dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya
secara bersama-sama.
Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu
supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini.
Inilah hakikat rahmah itu.
Melihat kes yang terjadi di negara kita, di mana dilaporkan sudah banyak terjadi pasangan
tua yang berpisah kerana ingin bernikah dengan yang lebih muda, maka dapat dikatakan
bahawa terjadi krisis rahmah dalam perkahwinan hinggakan hubungan seks menjadi
matlamat.
Pada saat ini, seakan-akan Allah hanya memberikan kepada kita mawaddah tetapi mencabut
nikmat rahmah. Akibatnya, kes-kes seperti di atas semakin menjadi-jadi dan kebahagiaan
rumah tangga semakin jauh.
Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina
atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah
tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan
kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi
Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan.

Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka

lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan
nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan.

Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan
dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.

Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan
menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan.

Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana'ah, iaitu berasa cukup dengan yang
mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang
dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.

Agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana
keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang
paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa." Oleh itu, keluarga yang dibina
atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas.
Bagi mereka, hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi
sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal
untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai Allah dan berjuang untuk menegakkan agama
Allah dalam semua aspek kehidupan mereka.
Dalam keluarga Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar
memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi
atau zuriat yang soleh.

Keluarga yang soleh ini akan melahirkan masyarakat yang soleh dan akan menjadi asas bagi
negara yang soleh, bertamaddun dan berwawasan. Konsep pernikahan seperti inilah yang
membezakan

manusia

dengan

haiwan.

Salah satu cara terbaik ialah dengan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai
hakikat atau falsafah pernikahan dalam Islam sebagai alat mencipta keluarga sakinah, bukan
sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata.
Pengisian nilai-nilai agama sangat diperlukan dalam sebuah keluarga agar memiliki
matlamat yang jelas dalam mengisi sebuah perkahwinan .

Anda mungkin juga menyukai