Anda di halaman 1dari 2

Definisi viral

Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, setiap pemilik perniagaan sentiasa mencari kaedah
yang berbeza untuk mempromosikan perniagaan mereka di seluruh dunia. Salah satu strategi
pemasaran yang sedang digunakan secara meluas ialah pemasaran viral.

Konsep asas di sebalik pemasaran viral adalah promosi mulut ke mulut atau word-of-mouth, iaitu
penggunaan pengaruh kumpulan masyarakat tertentu untuk membuat promosi melalui perkataan
atau bahasa mudahnya, ‘gosip’ dan penyebaran foto atau video menggunakan media sosial.

Istilah pemasaran viral dicipta oleh usahawan kapitalis iaitu Steve Jurvetson pada tahun 1997
yang merujuk kepada konsep pemasaran eksklusif yang dihasilkan oleh servis emel
percumayang popular ketika itu iaitu Hotmail. Ada beberapa syarikat penyumberan luar
(outsourcing) di seluruh dunia yang menyedia dan menawarkan servis pemasaran viral.

Ia disebut sebagai viral kerana cara kerja teknik ini seperti virus, apabila seseorang
terkenainfeksi, ia akan merebak keseluruh badan dengan lebih meluas dan pantas.

Konsep asas
Untuk lebih memahami konsep pemasaran viral yang relatif dengan budaya pemasaran
perniagaan online di Malaysia, pembaca mungkin boleh imbas kembali penyebaran video,
Meme, gambar mahupun dialog-dialog yang diambil secara tangkapanskrin (screencapture)yang
pernah tular (viral) di media sosial. Contohnya seperti gambar Nasi Lemak Anak
Dara/Bujang/Duda/Janda yang dimuat naik pengguna media sosial, video pergaduhan antara
penganjur sebuah festival fesyen dan pesertanya yang berebut tapak reruai (booth) dan yang
terkini, adegan berebut meja di sebuah restoran.

Peranan pemasaran viral


Rakaman video dan gambar yang dimuatnaik dapat dikatakan viral apabila ia memiliki jumlah
perkongsian semula yang sangat banyak. Begitulah pemasaran viral memainkan peranannya.
Matlamat utamanya adalah untuk melihat sejauh mana video, gambar atau Meme yang
dimuatnaik akan mewujudkan topik yang menarik dikalangan pengguna atau netizen untuk
dikongsikan kembali melalui akaun peribadi media sosial masing-masing.

Aspek positif
 Info produk atau servis tersebar dengan pantas dalam skala besar.
 Mudah dilaksanakan
 Tidak memerlukan modal yang besar
 Pengguna lebih mudah dan cepat tepengaruh dengan apa yang dilihat, didengar atau
dikongsi oleh orang awam lain.
 Peningkatan jumlah trafik ke web atau laman media sosial rasmi produk tersebut.
Aspek negatif
 Jika info tentang produk tidak berjaya menarik minat pengguna, maka ia akan makan diri
(backfire), akibatnya, usahawan akan dikecam.
 Kredibiliti usahawan serta kualiti produk akan diragui pengguna apabila pemasaran viral
yang dilaksanakan menonjolkan aksi lakonan, testimoni atau maklumatberkaitan produk
secara berlebih-lebihan.
 Tiada validiti tentang tahap keberkesanan atau kualiti produk.
 Jumlah trafik pelawat boleh menurun dengan drastik apabila strategi pemasaran viral
bertentangan dengan kehendak dan ekspetasi pengguna.
 Bersifat bermusim (seasonal) dan sepintas lalu.
 Tidak memberikan impak berpanjangan dan konsisten.

Sebagai usahawan, anda harus belajar bagaimana memanfaatkan teknik ini dalam usaha
memajukan bisnes. Tidak ada batasan kreativiti dikalangan peniaga dan usahawan dalam
mengaplikasi teknik ini. Walaubagaimanapun, kejujuran dan integriti adalah antara perkarayang
harus di jaga dalam melaksanakan strategi ini. Jangan sampai bisnes online musnahkerana
pelanggan hilang kepercayaan kepada kita dan produk akibat strategi pemasaran yang jelas
kelihatan palsu dan berlebih-lebihan.

Anda mungkin juga menyukai