Anda di halaman 1dari 9

TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM

MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Idrul Hisham Ismail, Ph.D


idrulhisham@hotmail.com
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Keperluan dunia secara global terkini menunjukkan pemacuan kemunculan gelombang teknologi
baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian
Keempat (IR 4.0). Fenomena ini menyebabkan perkembangan semasa teknologi yang
meramalkan 50 billion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain.
Mendepani cabaran IR 4.0 ini, semua pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mempunyai
kesediaan untuk keluar dari kebiasaan bagi menghadapi keperluan suasana era baru.
Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan pelajar dari aspek
pengetahuan dalam menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0. Kajian ini melibatkan 286 pelajar
dari IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal
Abidin Terengganu. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS V21. Kajian ini dapat menjelaskan tahap
kesediaan pengetahuan pelajar di IPT berkenaan dalam mendepani keperluan globalisasi IR 4.0.
Dapatan kajian mendapati kesediaan para pelajar dari aspek ‘Pengetahuan’ dalam mendepani
cabaran Revolusi Industri 4.0 berada pada tahap tinggi. Penyelidik mencadangkan agar pihak
pengurusan IPT memperbanyakkan bilangan kursus atau seminar berkaitan cabaran IR 4.0
kepada para pelajar. Bagi menggalakkan pelajar IPT meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam melibatkan diri dengan sebarang aktiviti berkaitan Revolusi Industri 4.0 dan melakukan
inovasi bagi melaksanakan tugasan yang berkaitan Revolusi Industri 4.0 dengan cemerlang.
Semua pelajar tahun akhir mesti menghasilkan satu inovasi di samping penulisan tesis sebagai
syarat lulus pengajian.

Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Cabaran Industri, Pelajar IPT

PENGENALAN

Kemajuan teknologi telah mengubah wajah ekonomi, terutamanya dalam sektor perindustrian
dan perdagangan. Berdasarkan perkembangan sejarah Revolusi Perindustrian yang pertama
(1760 – 1830) adalah merujuk kepada kegunaan teknologi air atau wap yang berupaya
menggerakkan jentera. Perkembangan teknologi seterusnya membabitkan kuasa elektrik yang
mencetuskan Revolusi Perindustrian kedua pada sekitar (1870 – 1914). RP ketiga pula bermula
pada pengakhiran abad ke-20 melalui teknologi maklumat atau digital. Satu fasa penting dalam
pembangunan teknologi ialah kemunculan revolusi perindustrian gelombang ke-4, lebih dikenali
sebagai Revolusi Perindustrian 4.0. Keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) kini sedang
diperkatakan secara meluas di seluruh dunia. Revolusi Perindustrian Dunia kini dikatakan sudah
memasuki fasa keempat yang dilaksanakan melalui penambahbaikan teknologi dalam sektor
perkilangan, pencIPTan rangka kerja dasar strategik yang konsisten, dan penentuan keutamaan
tertentu dalam menghadapi persaingan global. Kemunculan gelombang teknologi baharu ini yang
dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat dan era
Ekonomi Digital yang menyebabkan semua pihak terus berusaha untuk menghadapi cabaran
globalisasi agar mampu terus bergerak maju bagi memantapkan perkembangan kemajuan
negara secara berterusan.

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak
pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi
pintar. IR 4.0 adalah tentang sistem fizikal siber dengan sistem yang boleh menghubungkan dunia
digital, sistem fizikal dan sistem biologi seperti manusia melalui internet. Menurut Sawal Hamid
Md Ali (2018) teknologi yang ada sekarang menukar cara konvensional kepada teknologi IR 4.0.
Oleh itu, golongan yang tidak mahu digugat dan dinyahkan oleh teknologi baharu perlu membuat
perubahan dengan bergerak pantas menguasai teknologi IR 4.0. Perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi IR 4.0 telah melahirkan teknologi informasi dan proses produksi yang
dikendalikan secara automatik. Mesin industri tidak lagi dikendalikan oleh tenaga manusia tetapi
menggunakan Programmable Logic Controller (PLC) atau sistem automatik berasaskan
komputer. Teknologi informasi juga semakin maju antaranya teknologi robotik, automobil,
perkomputeran dan kamera yang terintegrasi dengan telefon muda alih dan semakin berkembang
dalam industri seperti teknologi komunikasi, maklumat, seni kreatif dan muzik.

Sehubungan itu IPG KDRI telah bergerak seiring bersama institusi pengajian tinggi awam yang
lain di Pantai Timur seperti UMT dan UniSZA dalam mengatur langkah untuk mendepani
gelombang teknologi 4.0 . Pemerolehan pengetahuan teknologi IR 4.0 dalam kalangan pelajar
dijadikan satu agenda penting yang perlu disediakan oleh IPG agar seiring dengan matlamat
negara menuju pasaran digital global. Bagi memastikan matlamat negara dapat dicapai, maksud
IR 4.0 perlu diperjelaskan kepada semua pelajar. Dengan pengetahuan dan pemahaman yang
mantap barulah aktiviti berkaitan IR 4.0 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Dell (2018),
universiti-universiti perlu menawarkan kursus-kursus berbentuk teknologi yang memberi manfaat
jangka panjang dan boleh memperbaiki kualiti hidup para pelajar pada masa akan datang.
Kursus berbentuk aplikasi teknologi baharu seperti automasi, big data, simulasi, integrasi sistem,
robotik, cloud dan IoT amat diperlukan oleh pelajar IR 4.0. Di Malaysia, penggunaan teknologi
dalam bidang pendidikan telah berkembang dengan pesat dan mempengaruhi gaya hidup
manusia dari sehari ke sehari hinggakan mustahil untuk membayangkan dunia hari ini tanpa
pengaplikasian teknologi dalam kehidupan seharian. Aplikasi teknologi dalam pendidikan
bukanlah sesuatu yang baharu tetapi telah dilaksanakan sejak awal 60-an di Amerika Syarikat
dan Eropah. Seiring dengan itu, Malaysia juga turut membangun dan melaksanakan
pengaplikasian teknologi dalam pendidikan dan kini terus berkembang.

Kajian oleh Rozinah Jamaludin (2005) mendapati bahawa anjakan paradigma dalam masyarakat
telah mengubah sistem pendidikan negara. Pembangunan dan akses yang luas daripada Internet
dan Multimedia dapat membantu pelajar di IPT untuk lebih bersedia dengan gelombang Industri
4.0. Manakala Penprase (2019), menyarankan supaya kursus-kursus yang ditawarkan oleh
institusi pengajian tinggi perlu diperbaharui selaras dengan perkembangan teknologi IR 4.0 untuk
memenuhi keperluan pasaran kerja dunia digital masa kini. Ironinya revolusi industri 4.0 memberi
impak yang negatif terhadap peluang pekerjaan. Berdasarkan kepada kenyataan Dwikorita
Karnawati (2017), revolusi industri 4.0 dalam lima tahun akan datang dijangka akan menghapus
35 peratus jenis pekerjaan. Bahkan pada 10 tahun yang akan datang jenis pekerjaan yang akan
hilang bertambah menjadi 75 peratus. Hal ini disebabkan pekerjaan yang dikendalikan oleh
manusia setahap demi setahap digantikan dengan program teknologi digital. Ekoran dari itu,
proses produktiviti menjadi lebih cepat dan lebih mudah dikendalikan dengan penggunaan
tenaga manusia yang minimum.

Kesediaan pelajar dalam aspek pengetahuan bagi menempuh gelombang IR 4.0 adalah penting
bagi membolehkan para pensyarah melaksanakan strategi pembelajaran yang komprehensif
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam IR 4.0. Oleh itu, dapatan kajian
diperlukan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar dalam memahami teknologi IR 4.0. Kesediaan
pengetahuan dan kemahiran mereka terhadap IR 4.0. amat diperlukan untuk menggunakan
teknologi, memahami pedagogi dan mengintergrasi pengetahuan teknologi tersebut dalam
proses pembelajaran. Oleh itu satu kajian telah dibuat bertujuan mengenal pasti tahap
pengetahuan, pelajar tentang Revolusi Industri 4.0. Bagi tujuan ini, kerangka konseptual kajian
yang akan dijalankan adalah seperti Rajah 1. Kerangka kajian ini dibina berdasarkan Teori
Cognitive Information Processing (1991) yang diperkenalkan oleh Peterson, Sampson dan
Reardon.

Kesediaan Pelajar
Pengetahuan Menangani
Cabaran IR 4.0

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian


( Adaptasi: Peterson, Sampson dan Reardon (1991) )

Teori Cognitive Information Processing (CIP) telah dibangunkan melalui usaha sama penyelidik
di Florida State University (FSU) Career Centre. Teori ini menjelaskan bahawa individu terlibat
dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan dalam kerjaya. Teori ini
diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Peterson, Sampson, dan Reardon (Reardon, Lenz,
Sampson, & Peterson, 1996, 2006, 2012). Andaian asas teori ini berasaskan kepada teori kognitif
iaitu menekankan aspek penyelesaian masalah dan membuat keputusan kerjaya; memahami
kesan positif dan negatif ke atas meta kognitif dalam konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan kerjaya; dan konsep asas bagi reka bentuk interaksi untuk meningkatkan
kemahiran dalam menyelesaikan masalah kerjaya dan membuat keputusan. Teori kognitif adalah
berdasarkan satu kepercayaan terbentuk daripada pengalaman lepas dan boleh menjadi tidak
berfungsi jika rangsangan terganggu agar sesuai dengan pemikiran sistematik seseorang
(Peterson, Sampson, Reardon, & Lenz, 1996). Sistem kepercayaan yang dibentuk ini akan
diterjemahkan melalui perasaan dan tingkah laku. Teori ini beranggapan penyelesaian masalah
adalah satu proses yang rasional dalam konteks sosial-emosi. Uniknya teori ini berbanding teori
kerjaya lain adalah kerana teori ini memberi fokus kepada kognitif, emosi, pembelajaran,
membuat keputusan dan praktis (Reardon et al., 2011).

Persoalannya, apakah tahap pengetahuan pelajar IPTA tentang Revolusi Industri 4.0, apakah
aspek pengetahuan yang telah mencapai tahap kesediaan pelajar dalam mendepani cabaran
Revolusi Industri 4.0 dan apakah aspek pengetahuan yang tidak mencapai tahap kesediaan
pelajar dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Pengetahuan yang dimaksudkan adalah
merujuk kepada tahap pengetahuan dari aspek Revolusi Industri 4.0 dari segi automasi, big data,
simulasi, integrasi sistem, robotik, cloud dan internet of things (IOT). Sampel kajian terdiri dari
pelajar Tahun 3 dan 4 di ketiga- tiga IPT (IPGKDRI, UMT dan UniSZA). Seramai 300 orang pelajar
dipilih secara rawak mudah untuk dijadikan sampel kajian. Sampel kajian ini merupakan pelajar
tahun 3 dan tahun 4 di ketiga-tiga buah IPT yang mengikuti pelbagai kursus. Data kajian
berhubung dengan tahap pengetahuan para pelajar IPTA tentang Revolusi Industri 4.0 adalah
seperti berikut:
a) Tahap pengetahuan pelajar tentang Revolusi Industri 4.0
Jadual B1: Saya pernah mendengar berkenaan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)
Skala/Tahap Rendah Sederhana Tinggi Keseluruhan
Bil 28 66 176 270
% 10.4 24.4 65.2 100.0
Tahap Tinggi

Berdasarkan Jadual B1, item ‘Saya pernah mendengar berkenaan Revolusi Industri 4.0’ bagi
tahap rendah adalah 10.4% dengan bilangan responden seramai 28 orang. Manakala bagi tahap
sederhana adalah seramai 66 orang responden (24.4 peratus) dan tahap tinggi adalah seramai
176 orang (65.2 peratus). Secara keseluruhannya data kajian menunjukkan item ini berada di
tahap tinggi.

B2: Saya faham maksud Revolusi Industri 4.0

Skala/Tahap Rendah Sederhana Tinggi Keseluruhan


Bil 40 135 95 270
% 14.8 50.0 35.2 100.0
Tahap
Sederhana

Berdasarkan Jadual B2, item ‘Saya faham maksud Revolusi Industri 4.0’ mempunyai tahap
rendah adalah 14.8% dengan bilangan responden seramai 40 orang. Manakala tahap sederhana
adalah seramai 135 orang responden (50.0 peratus) dan tahap tinggi pula adalah seramai 95
orang (35.2 peratus). Secara keseluruhannya data kajian menunjukkan item ini berada di tahap
sederhana.
B3: Saya sangat memahami perkakasan (IR Tools) berkaitan Revolusi Industri 4.0.

Skala/Tahap Rendah Sederhana Tinggi Keseluruhan


Bil 64 141 65 270
% 23.7 52.2 24.1 100.0
Tahap
Sederhana

Berdasarkan Jadual B3, item ‘Saya sangat memahami perkakasan (IR Tools) Revolusi Industri
4.0’ mempunyai tahap rendah sebanyak 23.7% dengan bilangan responden seramai 64 orang.
Manakala tahap sederhana adalah seramai 141 orang responden (52.2 peratus) dan tahap tinggi
pula adalah seramai 65 orang (24.1 peratus). Secara keseluruhannya data kajian menunjukkan
item ini berada di tahap sederhana.

B4: Saya bersedia memberi maklumat terhadap sebarang pertanyaan berkaitan Revolusi Industri
4.0

Skala/Tahap Rendah Sederhana Tinggi Keseluruhan


Bil 51 143 76 270
% 18.9 53.0 28.1 100.0
Tahap Sederhana

Jadual B4 bagi item ‘Saya bersedia memberi maklumat terhadap sebarang pertanyaan berkaitan
Revolusi Industri 4.0’ menunjukkan tahap rendah sebanyak 18.9% dengan bilangan responden
seramai 51 orang. Manakala tahap sederhana adalah seramai 143 orang responden (53.0
peratus) dan tahap tinggi pula adalah seramai 76 orang (28.1 peratus). Secara keseluruhannya
data kajian menunjukkan item ini berada di tahap sederhana.

B5: Aktiviti tentang Revolusi Industri 4.0 amat perlu sentiasa disediakan bagi meningkatkan
pengetahuan saya.

Skala/Tahap Rendah Sederhana Tinggi Keseluruhan


Bil 17 91 162 270
% 6.3 33.7 60.0 100.0
Tahap Tinggi

Jadual B5 bagi item ‘Aktiviti tentang Revolusi Industri 4.0 amat perlu sentiasa disediakan bagi
meningkatkan pengetahuan saya’ menunjukkan tahap rendah sebanyak 6.3% dengan bilangan
responden seramai 17 orang. Manakala tahap sederhana adalah seramai 91 orang responden
(33.7 peratus) dan tahap tinggi pula adalah seramai 162 orang (60.0 peratus). Secara
keseluruhannya data kajian menunjukkan item ini berada di tahap tinggi.

B6: Saya bersedia menempuh era Revolusi Industri 4.0

Skala/Tahap Rendah Sederhana Tinggi Keseluruhan


Bil 16 116 138 270
% 5.9 43.0 51.1 100.0
Tahap Tinggi

Jadual B6 bagi item ‘Saya bersedia menempuh era Revolusi Industri 4.0’ mempunyai tahap
rendah sebanyak 5.9% dengan bilangan responden seramai 16 orang. Manakala tahap
sederhana adalah seramai 116 orang responden (43.0 peratus) dan tahap tinggi pula adalah
seramai 138 orang (51.1 peratus). Secara keseluruhannya data kajian menunjukkan item ini
berada di tahap tinggi.

Berdasarkan dapatan kajian terhadap pengetahuan para pelajar IPT dalam mendepani cabaran
Revolusi Industri 4.0, aspek ‘pengetahuan’ secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi.
Dapatan kajian ini juga menyokong dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Sharita Abd. Ghoni,
Norfidah Abdul Hamid dan Asmah Othman (2018) berhubung dengan tahap pengetahuan para
pelajar terhadap IR4.0 berada pada tahap sederhana pada beberapa aspek. Justeru seramai
58% pelajar IPT menyatakan aktiviti tentang Revolusi Industri 4.0 amat perlu sentiasa disediakan
bagi meningkatkan pengetahuan mereka berhubung dengan IR4.0. Nurul Syuhada Mohd Yunus
dan Md Yusoff Daud (2019) menyatakan bahawa dari peringkat awal kanak-kanak sehingga
pengajian tinggi keperluan pelajar-pelajar Malaysia didedahkan kepada Revolusi Industri 4.0 ini
adalah penting untuk pelajar bersedia mendepani cabaran pada masa depan. Justeru hasil
dapatan kajian berhubung dengan aspek ‘pengetahuan’ iaitu pemahaman pelajar terhadap
maksud IR4.0, pemahaman pelajar terhadap perkakasan berkaitan IR 4.0 dan kesediaan pelajar
dalam memberikan maklumat terhadap sebarang pertanyaan berhubung dengan IR 4.0 dapat
dipertingkatkan.

Dari segi persoalan kajian kedua iaitu aspek pengetahuan yang telah mencapai tahap kesediaan
pelajar mendepani Revolusi Industri 4.0, majoriti pelajar di IPT mengetahui dan pernah
mendengar berkenaan IR 4.0 dan bersetuju bahawa aktiviti IR 4.0 amat perlu sentiasa disediakan
bagi meningkatkan pengetahuan mereka. Kesediaan dan persiapan para pelajar IPT untuk
menempuh era IR 4.0 juga berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini menjelaskan
bahawa kesediaan pelajar IPT dari segi ‘pengetahuan’ bagi mendepani cabaran IR 4.0 berada
pada tahap yang tinggi.

Persoalan kajian ketiga merujuk kepada aspek pengetahuan yang tidak mencapai tahap
kesediaan pelajar dalam mendepani Revolusi Industri 4.0. Aspek-aspek ini perlu diberikan
tumpuan dan penambahbaikan bagi memastikan tahap kesediaan para pelajar IPT mendepani
cabaran IR 4.0 berada pada tahap yang tinggi. Di antara aspek tersebut ialah dari segi
‘pengetahuan’ pelajar dalam memahami maksud IR 4.0, memahami perkakasan berkaitan IR 4.0
dan kesediaan memberi maklumat terhadap sebarang pertanyaan berkaitan dengan IR 4.0.
CADANGAN

IPT bukan sahaja tempat para pelajar mendapat ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai medan
melengkapkan diri menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Oleh itu IPT perlu merangka
pelbagai aktiviti pendedahan kepada perubahan ini seperti seminar dan kursus yang berkaitan
bagi meningkatkan kesedaran dan kesediaan pelajar. Pemilihan projek semester akhir juga perlu
menjurus ke arah IR 4.0. Pelajar hendaklah didedahkan dengan konsep, cabaran, keperluan,
perkakasan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan kecerdasan emosi dalam
mendepani cabaran IR 4.0. Kita harus bertindak dengan cara komprehensif, melibatkan semua
pihak seluruh dunia, dari sektor awam dan swasta kepada akademik serta masyarakat
keseluruhannya.

Pada Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini, ramai pakar melihat tugas hakiki manusia
akan digantikan oleh tenaga robotik, jutaan manusia hilang kerja terutamanya di sektor
pengilangan. Justeru itu, semua pihak perlu bersedia dengan re-skill supaya graduan IPT terus
dapat memberi sumbangan kepada negara. Cabarannya juga dihimpit lagi apabila pada 2020
kelak, Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 bakal menghidangkan kepada kita
robotik termaju dan pengangkutan autonomi, kepintaran buatan, bahan termaju, bioteknologi dan
'genom' yang juga disebut menerusi sembilan tonggak iaitu robot automasi, simulasi, integrasi
sistem, Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan
tambahan, dunia realiti maya, analisis data besar, integrasi sistem menegak dan melintang. Bagi
menghadapi persekitaran yang semakin kompleks, graduan abad ke-21 mesti memperkukuh diri
dengan lima (5) perkara yang turut sepadan dengan beberapa ciri yang digariskan sebagai
kemahiran unggul oleh Forum Ekonomi Dunia:

a. Mahir menyelesaikan masalah yang kompleks


b. Mahir sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang berkesan
c. Mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis
d. Memiliki kepintaran emosi
e. Memiliki nilai integriti dan moral terpuji (Sharita, Norfidah & Asmah, 2018)

Sumber yang paling sukar dan paling berharga dalam era yang dipacu oleh teknologi digital
bukanlah modal biasa atau modal kapital sebaliknya ia merupakan satu sumber daya manusia
yang berinovasi, kritis, kreatif dan berdaya cIPT. Spekulasi awal tentang keadaan pekerjaan yang
menggunakan industri digital di seluruh dunia memerlukan pekerja mempelajari pelbagai
kemahiran baru dan senantiasa meningkatkan kemahiran sedia ada supaya kadar bayaran
pekerjaan meningkat. Sektor pekerja yang kerjayanya berulang-ulang akan menghadapi cabaran
dalam industri yang sedang berkembang. Namun keadaan ini mungkin akan susah buat pekerja
yang lebih berusia. Oleh itu, bentuk pendidikan yang berbeza mesti diperkenalkan agar keperluan
tenaga kerja mahir dan pakar dalam teknologi-teknologi baru dalam IR 4.0 ini seperti robot,
automasi, data raya, Internet of Things kekal relevan untuk masa depan dunia pekerjaan.
PENUTUP

Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada
penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik dan ketiga kepada penggunaan
teknologi maklumat. RI 4.0 juga menggantikan banyak pekerjaan dalam revolusi pertama, kedua
dan ketiga melalui proses automasi hasil bantuan perisian. Melalui Revolusi ini, kecekapan
pengurusan dan sistem penyampaian dapat dipertingkatkan kerana semua urusan dijalankan
secara digital. Alvin Toffler (1970), dalam bukunya Future Shock mengemukakan bahawa “Orang
buta huruf abad ke-21 tidak akan menjadi orang yang tidak dapat membaca dan menulis tetapi
mereka yang tidak dapat belajar, tidak belajar dan belajar semula”. Toffler tidak mencadangkan
bahawa membaca dan menulis menjadi tidak penting namun beliau menekankan perubahan
dalam masa yang tidak menentu membuatkan kemahiran yang paling berharga adalah belajar
cara untuk belajar daripada sekadar membaca sekumpulan fakta dan prosedur. IPT di era IR 4.0
ini harus memastikan pembelajaran sepanjang hayat, pelbagai kecerdasan, kecekapan,
kemahiran dan pemikiran komputasi merupakan asas untuk semua peringkat masyarakat
mendepani kehidupan era revolusi digital ini. Dunia sedang berubah ke arah kemajuan pelbagai
teknologi baru, teknologi Internet of Thing dan automasi sedang berleluasa digunakan dalam
industri, perniagaan dan juga pendidikan. Bagi menyediakan generasi masa hadapan yang
bermaklumat dan berinovasi, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu mengikut
perkembangan teknologi terkini. Gaya pembelajaran era revolusi digital ini terlihat seperti pelajar
sebagai guru dan guru sebagai panduan maklumat serta menjadikan web sebagai kurikulum.
Malaysia perlu menyediakan para pelajar dan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi serta mampu berdaya saing di era penuh cabaran bagi mendepani cabaran IR 4.0.
RUJUKAN
Afandi Ahmad, P. (2017). Industri 4.0 ubah cara kerja, hidup. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/node/291781
Bryan Edward Penprase. (2019). The Fourth Industrial Revolution and Higher Education in the
Era of the Fourth Industrial Revolution. Springer Nature Singapore Pte Ltd: Macmillan
George, D., & Mallery, P. (2003). SPSS for Windows step by step: A Simple guide and reference.
11.0 update (4th ed.) Boston: Allyn & Bacon.
Hussein Ahmad. 2012. Mission of Public Education in Malaysia: The Challenge of Transformation.
Kuala Lumpur: University of Malaya Press
Kamaruddin Ilias, Mubin Md Nor, Che Aleha Ladin, Suhaidah Tahir, Roshidah Abdul Rahman,
Fauziah Hanim Abdul Latif (2018). Knowledge of soft skills in industry revolution 4.0. IRCon
2018: International Research Conference. Jose Maria College, Davao City, Philippines
Klaus Schwab. 2016. The Fourth Industrial Revolution, Geneva : World Economic Forum. ISBN
1944835008
Kergroach, S. (2017). Industry 4.0: New challenges and opportunities for the labour market.
Foresight and STI Governance, vol. 11 (4), pp. 6–8. DOI: 10.17323/2500-2597.2017.4.6.8
https://foresightjournal.hse.ru /data/2018/01/09/1160538630/0-Kergroach-6-8.pdf
Mohd Azizuddin Mohd Sani, Sidang Kemuncak Kecemerlangan Penyelidikan Asia Pasifik di
Taiwan, Julai 2017
Malek Saat. 2011. Tahap kesediaan pembelajaran kendiri dan jenis gaya pembelajaran serta
hubungan dengan pencapaian akademik dalam kalangan guru pelatih IPG Zon Timur. Tesis
sarjana pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM (unpublished)
Mohd Fairuz Mohd Yusof. (2017). Revolusi Perindustrian Keempat / Industri 4.0 / Ir 4.0. Pusat
Data Negara dan Inovasi, Kuala Lumpur: Malaysia.
Mohd Izwan Mahmud, Sidek Mohd Noah, Jamaludin Ahmad, Wan Marzuki Wan Ahmad. 2016.
Modul Kesediaan Kerjaya Berdasarkan Teori Cognitive Information Processing (Cip). Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Julai 2016, Bil. 4, Isu 3
Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
PwC. 2017. Industry 4.0 : The Current State of Play in Flemish Manufacturing. Press Release
PwC March 31, 2017.
Rozinah Jamaludin. 2005. Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.
Sharita Abd. Ghoni, Norfidah Abdul Hamid, Asmah Binti Othman. 2018. Kajian Mengenai
Kesediaan Pelajar Semester Empat Polimas Dalam Mengharungi Cabaran Revolusi
Industri 4.0. Persidangan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition
(iCompEx’18).
Sharon Dell. (2018). Using 4IR Technology for the Greater Good. University World News
(Africa Edition).
Smith, A & Anderson J. (2014) AI, Robotics, and the Future of Jobs. Pew Research Center survey
reports, demographic studies and data-driven analysis.
http://www.pewinternet.org/2014/08/06/future-of-jobs/ World Economic Forum (2016). The
10 skills you need to thrive in the Fourth Industrial Revolution.
Htps://www.weforum.org/.../the-10-skills-you-need-to-thrive-in-the-fourth-industrial-

Anda mungkin juga menyukai