Anda di halaman 1dari 2

Prof. Dr.

Muhammad Naquib mendefinisikan pendidikan sebagai


menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan berlaku secara
langsung ataupun tidak langsung. Pendidikan merupakan elemen
yang penting bagi mengukur pembangunandan kemajuan dari aspek
ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Matlamat pendidikan di
Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang
disusun dalam DPK.

Rasional DPK dibuat kerana tidak tercapai matlamat pembangunan rakyat


disebabkan sistem pendidikan terpisah, orang Melayu bersekolah pondok
manakala Kaum Cina dan India mempunyai sekolah sendiri
menggunakan buku , ilmu dan guru yang dibawa dari negara masing-
masing. Oleh itu tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Sejarah pembentukan DPK bermula apabila wujud kesedaran tentang
kepentingan pembentukan suatu sitem pendidikan baru bgi menggantikan
sistem pendidikan penjajah yang tidak mempertimbangkan keperluan
pembangunan, pembinan identiti kebangsan dan perpaduan negara.
Melalui kesedaran ini lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961
melalui Penyata Razak 1956 dalam Ordinan Pelajaran 1957. Namun
Dasar Pendidikan telah disemak semula pada 1960 dan menghasilkan
laporan Rahman Talib yang termaktub dalam Aktra Pelajaran 1961.
Objektif DPK adalah untuk membentuk satu sistem pendidikan yang
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara. Selain itu DPK ingin
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan
tenaga kerja bgi keperluan ekonomi. DPK juga diharatpkan dapat
memenuhi keperluan keperluan tenaga rakyat, melahirkan masyarakat
berdisiplin, bersatupadu dan terlatih.
Strategi pelaksanan DPk antaranya menjadikan bahasa Kebangsaan
sebagi bahasa pengantar utama. Selain itu, mengadakan kurikulum yang
sama dan berorientasikan Malaysia di samping mewujudkan sistem
peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah serta mengadakan
pendidikan asas selama sembilan tahun.
Semenjak dilaksanakan, DPK masih tidak boleh dikatakan berjaya
mencapai objektif sepenuhnya. Walaupun selepas pelaksanaan DPK
ramai melahirkan lepasan universiti, namun keadaan ini bukan kejayaan
dalam erti kata sebenar. Walupun banyak sumber manusia digunakan
dalam pembangunan negara, namun terdapat sebilangannya masih gagal
menunjukkan nilai akhlak dan budi pekerti mulia. Terdapat sebilangnnya
cendekiawan terlibat dalam pelbagai masalah seperti jenayah kolar putih.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan DPK berjaya mengurangkan kadar
buta huruf dan memenuhi keperluan tenaga kerja.

Anda mungkin juga menyukai