Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM SARJANA KAUNSELING

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.


__________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 27 April 2016

Professor Dato’ Dr. See Ching Mey


Timbalan Naib Canselor
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Sains Malaysia

Y.Bhg. Prof. Dato’.

JEMPUTAN BAGI PROGRAM SEMINAR ISU-ISU PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


SERANTAU KALI KE-3 (2016)

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sarjana Kaunseling, Pusat Pengajian Ilmu


Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Program “Seminar Isu-Isu
Psikologi Dan Kaunseling Serantau” dengan kerjasama Universitas Muhammadiyah
Malang,Indonesia di peringkat Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Sehubungan dengan itu, saya
dengan hormatnya menjemput Y.Bhg. Prof. Dato’, sebagai tetamu kehormat bagi seminar
tersebut. Seminar tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 18 Mei 2016 (Khamis )


Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya USM

3. Kehadiran serta sokongan Y.Bhg. Prof. Dato’, dalam menjayakan seminar ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

4. Bersama-sama surat ini, saya sertakan program tentatif sebagai rujukan Y.Bhg. Prof.
Dato’. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak Y.Bhg. Prof. Dato’, boleh menghubungi Mohd Wafiy
Akmal bin Ahmad Khadri ( Pengarah projek) di talian 019-5003272 atau Nazurah binti
Mohd Noh (Setiausaha) di talian 013-5294033.

Segala kerjasama yang diberikan serta maklum balas positif berhubung perkara ini amat saya
hargai.

Sekian. Terima kasih.

"1USM,SAYA SAYANG USM"


"MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK"

(NAZURAH BINTI MOHD NOH)


Setiausaha
Seminar Isu-isu Psikologi Kaunseling Serantau Kali Ke-3 (2016)

Anda mungkin juga menyukai