Anda di halaman 1dari 4

Penilaian Sumatif

Secara umumnya terdapat tiga tujuan utama penilaian sesuatu pembangunan


produk itu dijalankan bergantung kepada tujuan penilaian dibuat.
(i) Kejayaan utama produk
(ii) Masalah dalam pembinaan produk
(iii) Maklumat yang diperlukan untuk perancangan dan pembangunan produk
Penilaian sumatif tertumpu kepada tujuan yang pertama pembangunan produk iaitu
mengenalpasti kejayaan atau kegagalan produk tersebut. Penilaian biasanya
dijalankan pada akhir sesuatu pembinaan produk. Pendekatan ini akan dapat
mengkaji matlamat dan objektif produk dibangunkan mengikut kehendak pihak-pihak
yang berkepentingan.
Laporan penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan mengenai
penyusunan semula produk ini, peruntukan sumber-sumber yang ada, dan
keputusan mengenai sama ada produk itu perlu diteruskan. Keputusan juga boleh
digunakan untuk membuat perbandingan dengan program-program alternatif yang
direka untuk mencapai matlamat dan objektif yang sama. (Bogdan & Biklen, 1992;
Rossi & Freeman, 1993).
Penilaian sumatif bertujuan membantu pembangun produk mengetahui sama ada
produk yang dibangunkan berjaya menepati keperluan yang telah ditetapkan. Selain
itu, penilaian sumatif juga berfungsi sebagai titik rujukan yang menjamin sesebuah
produk yang dibangunkan menepati matlamat dan objektif.
Penilaian sumatif dijalankan di penghujung proses pembangunan bertujuan supaya
penilaian secara menyeluruh dapat dilakukan. Pengubahsuaian produk akan
dilaksanakan pada versi yang akan datang.
Penilaian sumatif melibatkan dua jenis penilaian iaitu:
i) Penilaian Pakar
ii) Penilaian Pengguna
Penilaian pakar bertujuan memastikan perisian yang dibina memenuhi keperluan
teknikal dan teori bagi memenuhi matlamat dan objektif yang ditetapkan. Penilaian
pengguna pula bertujuan menentukan samaada produk yang digunakan dapat
memberi kesan atau tidak kepada pengguna.
Penilaian sumatif mengandungi instrumen penilaian item berkaitan dan
menyediakan penerimaan maklum balas daripada pengguna serta menilai hasil
pembelajaran pelajar. Proses pengumpulan data dilakukan berdasarkan proses
implementasi projek untuk menentukan keberkesanan dan kepuasan objektif
pengajaran.
Penilaian sumatif menyediakan analisis lengkap dan menyediakan maklum balas
pengguna. Ia akan mengukur tahap pengetahuan yang dipindah kepada pengguna,
mengetahui hasil pembelajaran pelajar, faktor kos dan sikap pengguna. Tujuan
proses ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna dan
memastikan keberkesanannya. Ia bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan dan
kekurangan yang terdapat dalam aplikasi yang telah siap dibina tersebut.
Kekurangan ini seterusnya akan diperbaiki supaya memenuhi kehendak pengguna.
Berikut merupakan beberapa persoalan yang sesuai ketika menjalankan penilaian
tersebut (Baharuddin et al, 2001).
Adakah objektif aplikasi tercapai?
Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran?
Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul?
Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?
Jadual di bawah menunjukkan contoh set penilaian sumatif yang digunakan untuk
menilai pembangunan sebuah perisian multimedia
Penilaian Instrumen Responden
Sumatif Soal selidik 20 orang peserta kursus
Sumatif Temu bual 3 pakar



Kajian Berkaitan Penilaian Pembangunan Produk Menggunakan Penilaian Sumatif
1) Tajuk Kajian:
Penilaian Keberkesanan Kit Pengajaran Transistor Bagi Aliran Vokasional

Penulis:
Haizum Hanim binti Ab. Halim, Lai Chee Sern, Fakulti Pendidikan Teknik dan
Vokasional, UTHM

Objektif / Matlamat Kajian:
Menghasilkan sebuah kit pengajaran transistor sebagai alat bahan bantu
mengajar (ABBM) untuk meningkatkan kefahaman pelajar bagi topik
transistor di Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Kit pengajaran ini
dijangka dapat digunakan oleh guru di sekolah menengah vokasional bagi
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar dalam topik transistor
bagi matapelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tingkatan
empat.

Kaedah Kajian:
Kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan pelajar tingkatan empat
yang mengambil kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pra-ujian dan
pasca-ujian akan direka dan dibangunkan untuk menilai tahap kefahaman
pelajar bagi topik transistor.
Pra-ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan akan diberikan untuk
memastikan keseragaman tahap pengetahuan responden yang mengambil
bahagian dalam kajian ini.
Pasca-ujian akan diberikan selepas rawatan dan hasil kajian akan
menunjukkan kesan pengajaran yang menggunakan ABBM terhadap
kefahaman pelajar.

Instrumen:
i) Pasca-ujian akan dijalankan selepas rawatan. Rawatan diberikan
kepada kumpulan pertama yang mana kit pengajaran transistor digunakan
sebagai ABBM untuk mengajar topik transistor. Manakala kumpulan kedua
pula diajar mengikut kaedah tradisional dengan menggunakan buku, papan
putih dan pen marker.

Selepas sesi rawatan, kedua-dua kumpulan responden akan diberikan
ujian penilaian mengenai topik transistor sekali lagi. Peratusan markah akan
diambil bagi kedua-dua ujian untuk menilai sejauh mana kefahaman pelajar
mengenai topik transistor berdasarkan teori pembelajaran yang digunakan.
Tujuan pra-ujian adalah untuk mendapatkan data berkenaan dengan
pencapaian akademik responden supaya satu perbandingan secara saintifik
dan empirikal dapat dijalankan bagi kedua-dua kumpulan tersebut.
ii) Soalan selidik juga akan digunakan untuk mendapatkan data bertujuan
sebagai penambahbaikan produk.

Responden:
60 orang pelajar dari 2 buah kelas di SMV Batu Pahat yang mengambil
kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Responden dari kelas pertama
akan dijadikan sebagai kumpulan rawatan manakala responden dari kelas
kedua akan dijadikan sebagai kumpulan kawalan.

2)

Rujukan:
Haizum Hanim Binti Ab. Halim, Lai Chee Sern, 2011.
Penilaian Keberkesanan Kit Pengajaran Transistor Bagi Aliran Vokasional,
Seminar Pasca Ijazah Yang Pertama 2011, Fakulti Pendidikan Teknik Dan
Vokasional, UTHM

Anda mungkin juga menyukai