Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN CERAMAH KERJAYA AUTOMATIF (2010)

1.0 PENGENALAN
Pemilihan sesuatu kerjaya oleh setiap pelajar bukanlah satu perkara yang
mudah. Pelajar memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di
peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia,
maka kertas mata pelajaran yang akan diduduki semasa peperiksaan akan menentukan
di fakulti yang akan pelajar berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.

Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding
pilihan universiti selepas tamat peperiksaan. Ini adalah kerana setelah menetapkan
kerjaya pilihan, barulah pelajar memilih universiti yang terbaik dan sesuai dengan
kerjaya pilihan berdasarkan pencapaian akademik. Adalah sangat perlu kepada para
pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti
kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Kerjaya yang tidak kurang penting dan membuka peluang kerjaya yang meluas
ialah bidang automotif. Automotif atau lebih khusus lagi automobil merupakan bidang
yang semakin penting dalam menentukan sejauh mana tahap kemajuan sesebuah
negara dalam bidang teknologi kejuruteraan. Kepentingan teknologi ini dapat dilihat
dengan usaha pelbagai syarikat automobil untuk menguasai pasaran negara yang kini
dikuasai oleh kereta nasional seperti Proton dan Perodua. Teknologi automotif adalah
teknologi yang berkaitan dengan kenderaan bermotor dan salah satu daripadanya ialah
pembuatan kereta atau automobil. Automobil membabitkan satu sejarah panjang kerana
ia berkaitan industri pembuatan kereta yang bukannya dihasilkan oleh seorang pereka.

Oleh itu program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar mengenali
kerjaya dalam bidang automatif. Ini adalah kerana bidang ini bukan hanya menawarkan
kerjaya sebagai mekanik sahaja tetapi banyak lagi. Selain itu program ini juga dapat
membantu para pelajar yang agak lemah dalam akademik mengetahui peluang-peluang
menyambung pelajaran dan menceburi bidang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan
mereka.

1
LAPORAN CERAMAH KERJAYA AUTOMATIF (2010)

2.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, diharapkan para pelajar akan dapat:


2.1. Mengetahui kerjaya di dalam bidang automatif
2.2. Memahami kepentingan kerjaya automotif lepada negara
2.3. Kefahaman dalam memilih kerjaya yang sesuai
2.4. Meningkatkan minat dengan kerjaya yang memerlukan kemahiran

3.0 SASARAN

Pelajar LelakiTingkatan 4

4.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 18/1/2010
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Aktiviti 1 : Ceramah Peluang Kerjaya Dalam Bidang Automatif
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Aktiviti 2 : Taklimat Penyelenggaraan Kereta

5.0 PERINCIAN PROGRAM

5.1 Ceramah Ceramah Peluang Kerjaya Dalam Bidang Automatif


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Kimia, SMK St Theresa
Penceramah : S.W. Lee PJK, PJM (SLC Auto Academy)
Tindakan : Pn. Nor Hayati bt Ahmed

Ceramah kerjaya pada hari ini telah disampaikan oleh En. S.W Lee yang
merupakan wakil dari SLC Auto Academy. Ceramah kerjaya ini melibatkan
pelajar lelaki daripada Tingkatan 4A, 4B dan 4C. Guru mata pelajaran semasa
daripada kelas 4A telah diminta membantu penceramah mengawal disiplin
pelajar. Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan dengan kerjaya-kerjaya

2
LAPORAN CERAMAH KERJAYA AUTOMATIF (2010)

yang terdapat di dalam bidang automatif, prospeks kerjaya automatif di Malaysia,


peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang automatif dan kelayakan yang
sesuai dengan sesuatu bidang pengajian atau kemahiran.yang ditawarkan oleh
SLC Auto Academy. Ceramah pada hari ini menarik kerana tayangan slaid
dipersembahkan untuk menambahkan lagi pemahaman relajar mengenai
automatif.

5.2 Taklimat Penyelenggaraan Kereta


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SMK St Theresa
Penceramah : Wakil Pengajar (SLC Auto Academy)
Tindakan : Pn. Nor Hayati bt Ahmed

Selepas tamat sesi ceramah kerjaya, pelajar telah dibahagikan kepada 6


kumpulan. Setiap kumpulan berpeluang mendengar dan melihat taklimat
berkaitan penyelenggaraan sebuah kereta yang telah dibawa oleh pihak SLC
Auto Academy secara bergilir. Pelajar berpeluang melihat komponen dalaman
sebuah kereta BMW seperti enjin. Pelajar juga berpeluang berada di dalam
kereta tersebut.

Selain itu pelajar juga dapat melihat peralatan berteknologi tinggi yang
boleh digunakan untuk memeriksa tahap keselamatan sesebuah kereta. Manakal
pelajar yang berada di dalam makmal pula mengikuti aktiviti soal jawab berkaitan
kerjaya automotif dengan penceramah jemputan.

6.0 ANALISA KEHADIRAN PELAJAR


KAUM
PERKARA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
L P L P L P L P L P
Bilangan
1 - 42 - 22 - - - 65 -
Pelajar

7.0 KEKUATAN PROGRAM

3
LAPORAN CERAMAH KERJAYA AUTOMATIF (2010)

Program yang dijalankan ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan sesuai
dengan objektif yang dirancangkan. Berikut ialah kekuatan yang ada berdasarkan aktiviti
yang dijalankan :-
1) Penceramah mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan tajuk
ceramah.
2) Perkhidmatan yang diberikan oleh penceramah adalah percuma.
3) Peralatan yang digunakan untuk taklimat berkaitan auto adalah bahan
maujud.
4) Penceramah dapat memahami dan menerima situasi pelajar yang
kurang memberi tumpuan
5) Pelajar menunjukkan minat untuk mengenali bahan pameran.

8.0 KELEMAHAN PROGRAM

Walaupun program ini terdapat kekuatannya tersendiri tetapi terdapat juga serba
sedikit kekurangan atau kelemahan program tersebut. Di antara kelemahan program
tersebut ialah :-
1) Pelajar kurang berdisiplin dan tidak memberikan kerjasama yang baik.
2) Kurang kawalan disiplin daripada guru mata pelajaran semasa.
3) Tempat kurang bersesuaian untuk menampung pelajar yang ramai.
4) Hasil paparan di layar skrin kurang jelas.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1) Guru-guru mata pelajaran mesti berada bersama pelajar kelas


masing-masing bagi mengawal disiplin pelajar.
2) Mutu paparan di layar skrin LCD perlu dibuat penambahbaikan.

10.0 PENUTUP

Diharapkan melalui pelaksanaan program kerjaya yang telah dirancang


berdasarkan keperluan pelajar masa kini dapat membuka mata pelajar untuk mendalami
kemahiran dalam bidang automatif. Selain itu diharapkan maklumat yang diperolehi
dapat menjadi panduan kepada para pelajar dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan

4
LAPORAN CERAMAH KERJAYA AUTOMATIF (2010)

minat dan kelayakan mereka serta dapat memilih pusat pengajian yang berkelayakan di
dalam semua bidang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………………

Disahkan oleh, Tarikh :…………………….

………………………………………………

5
LAPORAN CERAMAH KERJAYA AUTOMATIF (2010)

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM CERAMAH KERJAYA (2010)

Penceramah jemputan, En. S.W Lee dari Sebahagian relajar yang terlibat dengan
SLC Auto Academy program kerjaya.

Pelajar sedang mendengar penerangan berkaitan penggunaan peralatan berteknologi tinggi


sewaktu menyelenggara sesebuah kereta daripada wakil SLC Auto Academy.

Anda mungkin juga menyukai