Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN & PANDUAN PEMARKAHAN)

TAHUN AKADEMIK 2017

Program: PISMP Semester/ Tahun: Semester 1 Tahun 4

Nama Kursus: Penilaian Program Bimbingan dan Kaunseling Ambilan: Jun 2014

Kod: PBKK3243 Kumpulan: PISMP Bimbingan dan Kaunseling

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Jam Pembelajaran Pelajar


1. Penulisan Esei (60) 22 Jun 2017 20 Ogos 2017 8 jam

2. Pelaporan Projek(25) 22 Jun 2017 20 Ogos 2017 4 jam

3. Kuiz(15) 11 Oktober 2017 11 Oktober 2017 2 jam

Disediakan oleh Pensyarah / Penyelaras Kursus Disahkan oleh Ketua Jabatan


Nama: Laila Kasma Binti Haji Hussain Nama: Rosli bin Abdul Wahab

Tanda tangan: Tanda tangan:

Tarikh: Tarikh:
Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep asas dan kategori penilaian program bimbingan dan kaunseling (C2, A1, PLO1).
2. Melaksanakan penilaian program bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan instrumen penilaian program bimbingan dan kaunseling
mengikut kategori (C3, A4, PLO3, CTPS1).
3. Menganalisis model-model penilaian program bimbingan dan kaunseling berdasarkan sumber-sumber yang relevan (C4, A3, PLO3, PLO6,
LL1, CTPS2).
4. Menilai program bimbingan dan kaunseling menggunakan kaedah bersesuaian (C5, A3, PLO5, TS1).
5. Menghasilkan pelaporan penilaian program bimbingan dan kaunseling berdasarkan proses penilaian program secara berkumpulan (C6, A4,
PLO5, PLO8, TS1, EM2).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan konsep asas, teori, penggunaan instrumen, jenis penilaian program dan model-model penilaian program bimbingan dan
kaunseling.
2. Menggunakan instrumen penilaian program dan membincangkan secara kritis tentang kekuatan dan kelemahan instrumen tersebut
sepanjang pelaksanaan projek di sekolah.
3. Menganalisis secara kritis tentang keberkesanan dan kesesuaian model penilaian program yang dipilih untuk melaksanakan projek
berdasarkan sumber-sumber yang relevan.
4. Menghasilkan pelaporan projek yang telah dilaksanakan di sekolah mengikut format laporan penilaian program projek secara
berkumpulan.

TOPIK/ ASPEK / KRITERIA PENILAIAN


TUGASAN WAJARAN
SPESIFIKASI TUGASAN
1. Pengenalan Penilaian Program Bimbingan Penilaian merupakan proses global mensintesis Kemahiran insaniah :
dan Kaunseling maklumat individu bagi membolehkan kita CTPS2 – Kebolehan mengembang dan membaiki
menjelaskan dan memahami sesuatu dengan lebih kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan
2. Model Penilaian Program baik. Proses penilaian tidak terhad kepada prosedur 40% menilai dan menilai perbincangan.
pengukuran formal tetapi boleh meliputi kaedah- LL1 - Kebolehan untuk menerima idea baru dan
3. Jenis Penilaian Program kaedah lain (Sidek Mohd Noah, 2005). keupayaan untuk pembelajaran autonomi.

4. Instrumen Penilaian Program Tugasan 1: Penulisan Esei (40%)  Berjaya memilih model penilaian program yang sesuai
dan relevan.
5. Proses Penilaian Program 1. Sebagai guru bimbingan, anda dikehendaki  Berjaya menganalisis 3 keberkesanan penggunaan model
memilih satu model penilaian program bagi secara menyeluruh berdasarkan sumber yang relevan.
mengemukakan program kemahiran belajar yang  Berjaya menganalisis 3 kesesuaian penggunaan model
telah dilaksanakan di sekolah anda.. secara menyeluruh berdasarkan sumber yang relevan.
 Berjaya menganalisis 3 kekuatan penggunaan instrumen
2. Anda juga perlu menganalisis secara kritis penilaian program secara menyeluruh berdasarkan
tentang kekuatan dan kelemahan penggunaan sumber yang relevan.
instrumen penilaian program sepanjang  Berjaya menganalisis 3 kelemahan penggunaan
pelaksanaan program tersebut. instrumen penilaian program secara menyeluruh
berdasarkan sumber yang relevan.
 Berjaya mengemukakan hujah yang bernas dan relevan,
mematuhi struktur bahasa yang betul, ulasan yang jelas
dan berfokus serta penulisan mengikut gaya APA.
Tugasan 2: Penulisan pelaporan projek (20%) Kemahiran insaniah :
1. Instrumen Penilaian Program
Penyelidikan penilaian merupakan proses yang TS1 - Kebolehan untuk membina hubungan yang baik,
2. Jenis Penilaian Program
sistematik bagi mengumpul dan menganalisis data 20% berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif
untuk tujuan membuat keputusan sama ada bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
3. Proses Penilaian Program
sesuatu program berkaitan yang sedang EM2 - Kebolehan untuk menganalisis dan membuat
dilaksanakan atau yang telah selesai dijalankan keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika.
4. Pelaporan Penilaian Program
memberi kesan yang menguntungkan atau
Bimbingan dan Kaunseling
sebaliknya.  Berjaya menyediakan bahan pelaporan projek mengikut
format yang sesuai.
1. Anda dikehendaki menyediakan satu pelaporan  Berjaya menyediakan lampiran, rujukan dan dokumen
program Bimbingan yang telah dilaksanakan di sokongan yang relevan.
sekolah anda mengikut format laporan penilaian
program bimbingan dan kaunseling.
Tugasan 3: Kuiz (10%) 10%  Jawapan menepati seperti skema pemarkahan dan rubrik
1. Tempoh kuiz adalah 30 minit. yang disediakan.
JUMLAH 70%
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2017

Program: PISMP NamaPelajar:


Kod: PBKK3243 Semester/ Tahun: 1/4
Nama Kursus: Penilaian Program Bimbingan Ambilan: Jun 2014
dan Kaunseling Kumpulan: PISMP Bimbingan dan Kaunseling
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Esei 22 Jun 2017 20 Ogos 2017
2. Pelaporan Projek 22 Jun 2017 20 Ogos 2017
3. Kuiz 11 Oktober 2017 11 Oktober 2017

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep asas dan kategori penilaian program bimbingan dan kaunseling (C2, A1, PLO1).
2. Melaksanakan penilaian program bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan instrumen
penilaian program bimbingan dan kaunseling mengikut kategori (C3, A4, PLO3, CTPS1).
3. Menganalisis model-model penilaian program bimbingan dan kaunseling berdasarkan sumber-
sumber yang relevan (C4, A3, PLO3, PLO6, LL1, CTPS2).
4. Menilai program bimbingan dan kaunseling menggunakan kaedah bersesuaian (C5, A3, PLO5, TS1).
5. Menghasilkan pelaporan penilaian program bimbingan dan kaunseling berdasarkan proses penilaian
program secara berkumpulan (C6, A4, PLO5, PLO8, TS1, EM2).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat :

1. Menjelaskan konsep asas, teori, penggunaan instrumen, jenis penilaian program dan model-
model penilaian program bimbingan dan kaunseling.
2. Menggunakan instrumen penilaian program dan membincangkan secara kritis tentang kekuatan
dan kelemahan instrumen tersebut sepanjang pelaksanaan projek di sekolah.
3. Menganalisis secara kritis tentang keberkesanan dan kesesuaian model penilaian program yang
dipilih untuk melaksanakan projek berdasarkan sumber-sumber yang relevan.
4. Menghasilkan pelaporan projek yang telah dilaksanakan di sekolah mengikut format laporan
penilaian program projek secara berkumpulan.

Penilaian merupakan proses global mensintesis maklumat individu bagi membolehkan kita menjelaskan
dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Proses penilaian tidak terhad kepada prosedur pengukuran
formal tetapi boleh meliputi kaedah-kaedah lain (Sidek Mohd Noah, 2005).
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Esei (60%)

1. Sebagai guru bimbingan, anda dikehendaki memilih satu model penilaian program bagi
mengemukakan program kemahiran belajar yang telah dilaksanakan di sekolah anda. Analisis
keberkesanan dan kesesuaian model yang dipilih berdasarkan program yang dilaksanakan.

2. Anda juga perlu menganalisis secara kritis tentang kekuatan dan kelemahan penggunaan
instrumen penilaian program sepanjang pelaksanaan program tersebut.

3. Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan esei berkaitan tugasan di atas. Panjang esei
adalah 1800 patah perkataan.

Tugasan 2: Penulisan pelaporan projek (25%)

1. Anda dikehendaki menyediakan satu pelaporan program sekolah yang telah dilaksanakan di
sekolah anda mengikut format laporan penilaian program bimbingan dan kaunseling.

2. Panjang penulisan pelaporan 800 patah perkataan.

Tugasan 3: Kuiz (15%)

1. Anda dikehendaki menduduki kuiz bagi menilai kefahaman anda tentang konsep asas, teori,
penggunaan instrumen, jenis penilaian program dan model-model penilaian program bimbingan
dan kaunseling.

2. Tempoh kuiz adalah 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
2. Hasil kerja kursus mesti bertaip menggunakan langkah 1.5, font Arial dan saiz 11.
3. Sumber rujukan perlu dinyatakan mengikut format American Psychological Association (APA).
4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan.
a. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
b. Panjang tugasan individu tidak melebihi 6 muka surat.
c. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
d. Tempoh tugasan ialah 8 minggu.
e. Penulisan esei menggunakan bahasa Melayu standard dan struktur penulisan yang
mantap.
f. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Kerja Kursus (Projek/Amali) pada
helaian pertama.
g. Tugasan ini membawa markah 70%.
h. Bahagian kulit depan hendaklah dilengkapi:

i. Nama guru pelatih


ii. Angka giliran / No. Matrik
iii. Kumpulan / Unit
iv. Kod Kursus
v. Nama pensyarah pembimbing
vi. Tarikh serahan tugasan.

5. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

i. Isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


ii. Pengenalan yang menarik dan dapat menghuraikan dengan kritis dan matang.
iii. Integrasi bahan untuk menentu dan menyokong hujah-hujah spesifik.
iv. Organisasi persembahan topik dan subtopik diolah dengan koheren.
v. Perkembangan disusun mengikut kesesuaian berserta huraian, contoh dan bukti.
vi. Cadangan disediakan bagi menghurai penambahbaikan.
vii. Kreativiti dalam melaksanakan bahan tugasan.
viii. Menganalisis dan menilai secara menyeluruh.

6. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan
ejaan dan memperlihatkan kematangan berhujah.

7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh: SME

(LAILA KASMA BT HJ HUSSAIN)


Penyalaras Kursus PBKK3243
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
IPG Kampus Darulaman

Disahkan oleh:

(ROSLI BIN ABDUL WAHAB)


Ketua Jabatan
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
IPG Kampus Darulaman.

Anda mungkin juga menyukai