Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN MUARA TUANG

JLN DATO’ MOHD MUSA, 94300 KOTA SAMARAHAN

KERTAS KERJA
PROGRAM PASCA UPSR
PANITIA BAHASA INGGERIS
2014

PENGENALAN
PASCA UPSR adalah satu program yang berfaedah selepas UPSR. Disamping
merehatkan minda murid-murid setelah berusaha dalam persediaan menghadapi
UPSR. Akhirnya murid-murid diberi peluang untuk belajar dalam keadaan yang lebih
ceria dan bebas melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.
Setelah berbincang dengan guru-guru Bahasa Inggeris, khususnya Tahun 6 maka
dapatlah dilampirkan beberapa rancangan yang akan dijalankan.

RASIONAL
Murid-murid akan lebih memahami sesuatu perkara jika mereka sendiri mempunyai
pengalaman tersebut. Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Jawatan Kuasa
Program Pasca UPSR 2014 merancang mengadakan aktiviti tersebut demi
meningkatkan minat dan pemahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

MATLAMAT
Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di samping mengisi
masa terluang murid-murid dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

OBJEKTIF
 Memenuhi masa terluang murid dengan aktiviti berfaedah.
 Meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata ( vocabulary )
 Meningkatkan minat murid dalam penguasaan bahasa
 Menyediakan murid sebelum melangkah masuk ke Tingkatan Satu.
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT :
CIK WEE CHIN MIAW
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI 1
ENCIK SAMAT BIN HJ SALIM
PK KURIKULUM

TIMBALAN PENGERUSI 2
ENCIK BROWN SANG AK LAGAN
PK HAL EHWAL MURID

TIMBALAN PENGERUSI 3
ENCIK HUSSEIN BIN HJ AYOB
PK KO KURIKULUM

PENYELARAS:
PUAN NORLIZA BINTI YAHYA
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS

SETIAUSAHA :
PUAN ROSEMARY WEE TSE CHEN

AHLI JAWATANKUASA:

ENCIK CHUA KEE CHUAN


PUAN HIU GEOK KEE
PUAN TOLIN LORIE

SASARAN
Murid-murid Tahun 6 Arif, Bestari dan Cemerlang

PERLAKSANAAN
Tempat : Kelas Tahun 6 Arif, Bestari dan Cemerlang

Tempoh Masa : 13 Oktober – 17 Oktober 2014


AKTIVITI – AKTIVITI PASCA UPSR
1. CONTEMPORARY CHILDREN LITERATURE (Sastera Kanak-Kanak)

Topic: 1. The Case of Missing Math Teacher


2. Shorty

Dijalankan untuk semua murid tahun 6. Contemporary Children Literature adalah


satu daripada kandungan sukatan untuk murid-murid Tahun 6. Dijalankan
sehingga guru-guru menghabiskan kedua-dua buah buku tersebut. Soalan
latihan akan diberikan untuk menguji pemahaman murid-murid terhadap cerita.

2. TAYANGAN VIDEO

Murid-murid diberi tayangan video cerita Bahasa Inggeris untuk mendedahkan


murid kepada kemahiran berkomunikasi dan mendengar. Murid-murid,
kemudiannya akan menceritakan semula tayangan yang telah mereka tonton
(retell the story).

3. PROJEK BUKU SKRAP

Murid akan menyiapkan buku skrap menggunakan tajuk-tajuk yang berkaitan


dengan topic-topik yang terkandung di dalam buku teks. Aktiviti ini bertujuan
menambahkan pengetahuan Bahasa Inggeris dalam perbendaharaan kata
(vocabulary). Murid-murid juga digalakkan menerapkan teknik peta pemikiran
atau I-think.

4. MELUKIS POSTER

Aktiviti ini bermatlamat untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid mengenai seni
poster di samping memberi peluang untuk mereka mempamerkan idea dan kreativiti
masing- masing

5. ‘SPELL IT RIGHT’, SCRABBLE or MISSING LETTERS

Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid menggunakan Bahasa


Inggeris di mana jua. Ia juga bertujuan mencungkil bakat-bakat baru murid dalam
menguasai perbendaharaan kata (vocabulary) dan mampu mengejanya
mengikut cara yang bersesuaian.
JADUAL PROGRAM
Tarikh / Hari Aktiviti
ISNIN
Children Litreture Contemporary
13 Oktober 2014
SELASA
Scrabble
14 Oktober 2014
RABU
Projek Buku Skrap
15 Oktober 2014
KHAMIS
Melukis Poster
16 Oktober 2014
JUMAAT
Crossword puzzle or Spell It Right
17 Oktober 2014

PENUTUP
Pihak Jawatankuasa Program mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama
dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak. Semoga program yang dirancang,
berjalan dengan lancar.Harapan agar murid-murid dapat menggunakan masa dengan
sebaik-baiknya.

Disediakan oleh:

________________________
NORLIZA BINTI YAHYA
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Jalan Muara Tuang

Tarikh: 13 NOVEMBER 2014


LAPORAN AKTIVITI PASCA UPSR 2014
Sepanjang minggu PASCA UPSR, Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan
beberapa aktiviti mengikut perancangan yang telah dipersetujui.

Pada 13 Oktober 2014 telah dijalankan aktiviti Program Bacaan Sastera Kanak-
kanak. Setiap kelas telah menjayakan program ini dengan sebaiknya.

Pada 14 Oktober 2014 Pertandingan Scrabble telah diadakan di dalam kelas


masing-masing dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pada 15 Oktober 2014 pula telah dijalankan Projek Buku Skrap. Projek ini
dijalankan sebagai lanjutan kepada ‘Children Litreture Contemporary Programme’.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang guru sediakan, murid membuat buku skrap
mengenai salah satu buku sastera yang digunakan iaitu ‘SHORTY’.

Pada 16 Oktober 2014 telah diadakan Pertandingan Melukis Poster.


Sambutannya agak menggalakkan dan diluar jangkaan.

Pada 17 Oktober 2014 murid-murid diuji dengan Pertandingan Silang Kata yang
memerlukan kecekapan dan kebijaksaan minda dalam menyusun jawapan yang betul.

Sepanjang program PASCA UPSR ini aktiviti berjalan dengan lancar mengikut
jadual yang ditetapkan. Murid-murid yang mengambil bahagian didalam aktiviti yang
dijalankan diberi hadiah sebagai motivasi mereka untuk datang ke sekolah walaupun
telah selesai menduduki UPSR.

Kesimpulannya, program PASCA UPSR ini bukan sahaja dapat mengisi masa
lapang murid malah juga dapat membentuk sahsiah dan kepimpinan di dalam diri
murid-murid.

Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………. …………………………….
(NORLIZA BINTI YAHYA) (SAMAT BIN HJ SALIM)
KP BAHASA INGGERIS PK KURIKULUM
SK JALAN MUARA TUANG SK JALAN MUARA TUANG
PASCA UPSR 2014
DATE : 17 OKTOBER 2014
YEAR : 6 BESTARI
ACTIVITY : CROSSWORD PUZZLE
PASCA UPSR 2014
DATE : 15 OKTOBER 2014
YEAR : 6 BESTARI
ACTIVITY : POSTER COMPETITION

YEAR : 6 CEMERLANG
ACTIVITY : POSTER COMPETITION
PASCA UPSR 2014
DATE : 13 OKTOBER 2014
YEAR : 6 BESTARI
ACTIVITY : CHILDREN CONTEMPORARY LITRETURE
PASCA UPSR 2014
DATE : 14 OKTOBER 2014
YEAR : 6 BIJAK
ACTIVITY : SCRABBLE COMPETITION

DATE : 15 OKTOBER 2014


ACTIVITY : QUIZ

Anda mungkin juga menyukai