Anda di halaman 1dari 10

SENARAI KANDUNGAN

APLIKASI TEORI PERSONALITI PSIKOANALISIS ............................................................................. 1


ANALISIS TEORI AL GHAZALI ............................................................................................................... 5
KESIMPULAN ............................................................................................................................................. 8
RUJUKAN.................................................................................................................................................... 8

0
APLIKASI TEORI PERSONALITI PSIKOANALISIS

KONSEP

Berdasarkan Freud (1936) dalam Sapora dan Ruhaya (2013), individu normal adalah
mereka yang dapat menikmati kehidupannya dengan kasih sayang dan bekerja. Hank di lihat
sebagai seorang individu yang cuba untuk menikmati kehidupan normal apabila Hank mencari
cinta seorang wanita kerana dirinya sudah mempunyai nikmat kehidupan bekerja. Alam
pekerjaannya menunjukkan peningkatan yang baik kerana dirinya berupaya untuk menjadi
rujukan kepada orang lain dalam bidang komputer.

Capuzzi & Gross (2009), personaliti dewasa telah di bentuk sejak seseorang tersebut
lahir. Pembentukan tingkah laku ini akan mempengaruhi kehidupannya sikap dan tingkah laku
secara keseluruhan dalam hidupnya. Ini bermula dari peringkat Hank masih bayi apabila ibunya
memberikan susu dan makanan secara berlebihan ketika Hank menangis. Ini menyebabkan
dirinya menerima lebihan ketika di peringkat mulut dan memberi kesan kepada sikapnya yang
sering menyakitkan hati melalui kata-katanya.

PRINSIP

Untuk memahami konflik, Freud telah menyatakan 3 sistem dalam minda manusia iaitu
id, ego dan superego. Gladding (2005), menjelaskan id sebagai aspek personaliti yang asal, ia
beroperasi berdasarkan prinsip keseronokan. Aspek keseronokkan dapat di lihat apabila Hank
suka makan dan merokok bagi membolehkannya mendapatkan keseronokkan di bahagian
mulutnya. Tindakan ini yang memberi kesan kepada dirinya sehingga menyebabkan dirinya
menghadapi konflik. Azlina Abu Bakar (2005), menyatakan ego sebagai operasi yang
beroperasi berdasarkan prinsip realiti yang berkembang untuk memenuhi kehendak id dan
memeriksa desakan id sehingga objek yang sesuai ditemui. Hank menunjukkan tinkah laku ego.
Ego tersebut dapat di lihat apabila Hank hadir berjumpa terapis apabila Hank mengetahui
dirinya mempunyai masalah berat badan dan putus cinta. Jadi, tindakan Hank ini merupakan
ego yang ada dalam dirinya. Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin. (1993),
superego lebih bersifat sosial dan bermoral. Ini kerana ia bertanggungjawab terhadap sebarang
tindakan sama ada yang baik atau buruk. Superego dalam diri Hank ini di lihat apabila Hank
sedar bahawa dirinya mempunyai masalah kesihatan dalam dirinya. Kesempurnaan ini di lihat
dari aspek sebenar tanpa mementingkan keseronokan.

1
Menurut Corey (2009), menyatakan alam sedar ini merupakan tahap manusia
mempunyai kesedaran dan mengetahui apa-apa peristiwa yang berlaku dan telah berlaku di
persekitarannya. Berdasarkan kajian kes ini, Hank mempunyai kesedaran berkaitan dirinya
yang tidak mempunyai kawan dalam perhubungannya dengan persekitaran. Jadi, kesedaran
perkara ini menyebabkan Hank berusaha untuk mencari kelebihan yang lain kerana Hank
merasakan kelebihan tersebut mampu untuk mewujudkan perhubungan dengan orang lain. Di
samping itu, Gladding (2005) menyatakan aalam prasedar ini juga timbul kerana manusia
sesungguhnya tidak sedar dan tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya kecuali
apabila diberikan perhatian. Hank mempunyai alam pra sedar apabila Hank meneruskan aktiviti
makan apabila berada dalam keadaan yang tertekan sehingga menyebabkan berat badannya
bertambah dan menjadi penyakit kepada dirinya. Sebelum Hank berjumpa dengan doktor, tidak
sedar berkaitan masalah berat badannya. Selain itu, tahap alam tidak sedar ini merupakan
tahap seseorang individu sememangnya tidak sedar langsung apa yang berlaku di
sekelilingnya. Misalnya, Hank tidak menyedari bahawa kata-kata yang dikeluarkan olehnya
menyebabkan individu di sekelilingnya terasa hati dan merasakan tindakan tersebut sebagai
kata-kata yang jujur dari dirinya tanpa mempedulikan perasaan orang lain.

HELAH BELA DIRI

Terdapat 3 jenis helah bela diri yang telah digunakan oleh Hank ini seperti, penyaluran,
pampasan dan rasionalisasi. Helah bela diri penyaluran telah digunakan oleh dengan bertindak
memarahi pelayaran restoran tersebut. Sapora dan Ruhaya (2013), menjelaskan penyaluran
sebagai mekanisma untuk melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih
selamat. Pada peringkat awal temu janji tersebut, Hank mempunyai masalah dengan pekerjaan
Sally kerana Hank beranggapan bahawa pekerjaan tersebut mengambil kesempatan kepada
individu yang tidak memerlukan insurans tersebut. Hank tidak boleh memarahi Sally kerana
ketika itu merupakan temu janji pertama Hank dan Sally. Jika Hank memarahi Sally
berkemungkinan Sally tidak akan menerima cinta Hank. Malahan, Hank juga amat berharap
untuk memperolehi cinta seorang wanita untuk membolehkan dirinya merasakan semua
masalah mampu untuk diselesaikan. Oleh sebab itu, Hank telah menyalurkan kemarahannya
kepada pelayan restoran tersebut supaya dia berasa selamat dengan tidak memarahi Sally.

Selain itu, Hank juga menggunakan helah belah diri pampasan. Menurut Amir Awang
(1987), pampasan ialah usaha untuk mengimbangi satu kelemahan yang ada pada diri
seseorang individu. Helah bela digunakan oleh Hank apabila Hank mempunyai kelemahan diri

2
untuk bergaul dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakannya tetapi Hank
telah belajar menggunakan komputer sehingga menjadikan dirinya orang yang mahir dalam
bidang komputer. Melalui helah belah diri ini, Hank berharap orang lain akan berkawan
dengannya apabila dia mempunyai kelebihan yang berbeza dengan orang lain. Tindakan ini
menunjukkan Hank menggunakan helah bela diri pampasan dan mengimbangi dengan mencari
sesuatu yang membolehkan dirinya menjadi pakar dalam bidang lain untuk membolehkan
kawan-kawannya bergaul dengannya.

Helah belah diri rasionalisasi juga telah digunakan oleh Hank dalam kehidupannya.
Menurut Azlina Abu Bakar (2005), rasionalisasi merupakan perbuatan mempertahankan
kelakuan dengan memberi alasan yang tidak benar tetapi munasabah. Helah bela diri dapat
dilihat dari pada sikap Hank yang menyatakan bahawa sebab utama Sally meninggalkan dirinya
ialah disebabkan masalah berat badannya dan mengganggap Sally seperti wanita yang lain
yang hanya mahu untuk bercinta dengan orang yang mempunyai rupa tanpa menilai
personalitinya. Alasan ini kerap kali digunakan oleh Hank sedangkan Sally meninggalkan
dirinya keran sikapnya yang sering kali negatif dari aspek tingkah laku dan pertuturannya. Hank
mempertahankan dirinya dengan menggunakan alasan yang munasabah kerana dirinya
mempunyai masalah berat badan tersebut.

PROSES PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKKAN PERSONALITI

Setiap peringkat perkembangan yang dijelaskan oleh Freud menunjukkan ciri-ciri yang
yang tertentu. Berdasarkan kajian kes Hank ini, tahap kelekatan pada peringkat perkembangan
personaliti telah berlaku pada dirinya. Freud (1967) dalam Gerald dan Gerald (1998), peringkat
ini merupakan peringkat Mulut atau Oral Stage yang bermula sejak individu dilahirkan sehingga
mencapai umur setahun. Hal ini kerana pada peringkat ini bayi memerlukan perhatian dan
mulut merupakan zon untuk mendapatkan kepuasan dan keseronokkan. Jadi, kelekatan
peringkat ini menyebabkan terbentuk personaliti bermula dari bayi sehingga di peringkat
dewasa. Pada temu janji Hank dan Sally yang pertama, Hank menunjukkan sikap yang suka
menyindir dan mengeluarkan komen yang menyakitkan hati Sally. Contohnya, ketika temu janji
tersebut, Hank telah menyatakan bahawa pekerjaan Sally sebagai juru jual insurans merupakan
pekerjaan yang mengambil kesempatan ke atas individu yang mempunyai kebimbangan dan
menjual insurans yang tidak diperlukan oleh orang lain.

Hank mempunyai kelekatan pada peringkat Oral Incorporative. Menurut Maznah Baba
dan Zainal Madon (2007), tindakan penyusuan yang banyak dilakukan oleh bayi kerana ia akan

3
memberikan mereka kepuasan. Kelekatan ini berlaku disebabkan sikap ibunya yang
menguruskan Hank dengan memberikan susu dan biskut apabila Hank menangis .Jadi, apabila
dewasa, Hank telah melakukan tindakan menggunakan makanan dan merokok untuk
mengurangkan tekanan yang berlaku pada dirinya. Pada peringkat bayi sepatutnya ibu Hank
perlu bertanggungjawab untuk memberi keperluan kepuasan penyusuan kepada Hank agar
tidak berlakunya kelekatan pada peringkat ini. Selain itu, Hank juga menunjukkan personaliti
kelekatan pada tindakan menyusu iaitu oral aggressive. Amir Awang (1987), oral aggressive ini
merupakan peringkat bayi memerlukan kasih sayang dalam dirinya. Kelekatan ini menyebabkan
adanya sikap mempertikaikan sesuatu dan menyindir dalam diri Hank. Contohnya, Hank
mempertikai berkaitan dengan jurujual perisian yang lebih baik dan tindakan verbalnya
melampaui norma masyarakat sekelilingnya dengan tingkah laku semasa temu janji bersama
Sally, semasa bekerja dan dalam kehidupan sehariannya.

4
APLIKASI TEORI AL GHAZALI
KONSEP

Berdasarkan teori AL Ghazali ini, penekanan di berikan kepada aspek dalaman manusia iaitu
hati, akal dan jiwa. Tingkah laku yang positif bermula dengan menerima rangsangan yang
positif dan sebaliknya berlaku apabila menerima rangsangan negatif. Konsep manusia menurut
Imam Ghazali dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri daripada qalb, roh, nafs dan
aql.

Menurut Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Ninggal (2008), al qalb (hati) dari segi fizikal,
ia merupakan seketul darah beku (jantung) yang terletak di sebelah kiri dada yang menjadi
pusat pertemuan saraf dari seluruh badan manakala dari segi rohaninya, ia merupakan satu
gejala yang lembut, halus (latifah) dan bersifat ketuhanan. Imam al-Ghazali mensifatkan hati
sebagai raja kepada seluruh anggota manusia di mana semua anggota telah bernaluri untuk
tunduk kepada hati. Kepatuhan anggota-anggota dan pancaindera kepada hati menyerupai
kepatuhan dan ketaatan para malaikat kepada Allah s.w.t. Al Ghazali lebih menekankan hati
kerana ia adalah perantara kepada orang lain. Jika kita perhatikan Hank mempunyai
permasalahan dalam aspek hatinya kerana dari sikap yang di tunjukkan tidak mencerminkan
sikap yang baik. Misalnya, Hank sering menyindir orang lain tetapi merasakan tindakannya
tersebut tidak salah. Hal ini kerana hatinya sudah menjadi biasa dengan perkara-perkara yang
sering dilakukan sehingga tidak lagi mementingkan perasaan orang lain walaupun itu
merupakan perjumpaan pertama Hank dengan Sally. Ini bersesuaian dengan hadis Bukhari
dalam Wan Hussain Azmi Abdul Kadir.(1994) yang menjelaskan:

Sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik
maka baiklah seluruh jasad tetapi jika ia rosak, maka rosaklah juga jasad. Daging yang
dimaksudkan itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari)

Masalah hidup manusia berpunca daripada dorongan hati dalam pengertiannya yang
halus atau non-physical ke arah yang bercanggah dengan peraturan-peraturan Allah ataupun
sifat-sifat kenabian. Hank mempunyai masalah kerana sering membuat perasaan individu lain
tersinggung tanpa kesedarannya.

Hairunnaja Najmuddin (2002), perbuatan-perbuatan yang keji oleh hati dan anggota-
anggota tubuh itu akan menentukan gelap atau hitamnya hati kerana tindakan seseorang akan
mencerminkan hatinya. Jadi, disebabkan tingkah lakunya berulang dan menjadi sebahagian
daripada hidupnya maka perbuatan ini menyebabkan Hank berterusan melakukan kesilapan.

5
Selain itu, Imam Al-Ghazali dalam Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Ninggal (2008)
telah menjelaskan berkaitan dengan peringkat-peringkat nafsu. Nafsu bertindak untuk
mengurus dan mentadbir tubuh bagi membekalkan daya pendorong dan tempat fokus daya
syahwat dan amarah. Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Ninggal (2008), nafsu al-Ammarah
ialah nafsu yang sedikit pun tidak mempunyai unsur-unsur kebaikan dan sentiasa cenderung
kepada kejahatan. Nafsu ini tidak mengambil kira perhitungan akal dan bersifat mendesak
untuk melepaskan kehendaknya. Desakan-desakan ini berupaya menundukkan manusia
mengikut kemahuannya. Bagi pemilik nafsu ini, mereka tidak akan dapat membezakan antara
kejahatan dan kebaikan malah timbul rasa bangga di atas tindakan jahatnya. Berdasarkan
kajian kes ini, Hank menunjukkan bahawa dirinya mempunyai nafsu al-ammarah kerana Hank
telah memarahi pelayan restoran dan pekerja di kedai komputer. Sikap marahnya ini sukar
untuk di kawal di sebabkan sikapnya tidak dapat membezakan dirinya berkaitan dengan
sesuatu perkara yang di tutur olehnya. Misalnya, sikap Hank yang sentiasa makan dan sentiasa
menyindir menyebabkan nafsu al-ammarah ini banyak menguasai dirinya. Sikapnya yang yang
hanya memudaratkan kesihatannya dengan amalan pemakanan sehingga dikesan mempunyai
penyakit oleh doktor menunjukkan dirinya banyak mengikut nafsu ammarah ini. Menurut Mizan,
Wan dan Hanit (2012), Allah SWT telah berfirman:

Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong melakukan kejahatan

Justeru, jika nafsu ini ada di dalam jiwa manusia, maka manusia itu akan menjadi
seorang yang zalim, penjenayah, pemabuk, penzina, penjudi, memusnahkan diri sebagainya
kerana ia sentiasa tunduk dan patuh menurut kehendah nafsu syahwat dan hasutan syaitan.
Contohnya, Hank memusnahkan dirinya dengan melakukan melakukan tindakan merokok.
Merokok ini akan merosakkan organ badan manusia sehingga menyebabkan datangnya
penyakit kepada diri Hank.

Imam al-Ghazali dalam Mizan, Wan dan Hanit (2012) menjelaskan, manusia secara
fitrahnya cenderung untuk menyukai dan tidak menyukai atau membenci sesuatu. Oleh yang
demikian, sifat al-ammarah tidak boleh dielakkan dengan mendorong akal untuk menjadi lebih
baik dan positif kepada diri sendiri. Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Ninggal (2008), akal
merupakan satu keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan tentang hakikat segala hal. Ia
mempunyai daya kekuatan untuk menimbang sesuatu itu, sama ada kebaikan atau keburukan
dan melaksanakan titah perintah hati (al-Qalb) sama ada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan.
Oleh sebab itu, akal sebagai tenaga untuk berfikir tentang kebaikan perlu mendorong hafsu

6
supaya sentiasa melakukan perkara yang baik dan perubahan keadaan sehingga mampu untuk
memberi manfaat kepada Hank. Akal yang bermanfaat ini dapat dilihat melalui tindakan Hank
yang sedar berkaitan dengan sakitnya ketika berjumpa doktor. Akal ini juga perlu sentiasa peka
dan mengawasi nafsu al-lawwamah kerana nafsu ini akan menyebabkan Hank akan bertindak
untuk mengikut nafsu al ammarah. Contohnya, tindakan Hank yang datang berjumpa terapis
untuk berbincang berkaitan dengan permasalahannya. Hal ini menunjukkan Hank mempunyai
nafsu al-lawwamah untuk berubah dan telah mempunyai kesedaran kebaikan untuk
mendapatkan nasihat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Menurut Salasiah (2012), keberkesanan akal untuk mendorong nafsu ini akan
menyebabkan nafsu ini bertindak ke arah nafsu al muthmainnah yang membolehkannya
menjadi lebih baik dan sentiasa tenang seterusnya tidak akan berada dalam kebimbangan.
Nafsu ini dapat di lihat dalam diri Hank melalui kerja yang di lakukan oleh dirinya sebagai orang
yang pakar dalam bidang komputer. Nafsu ini membolehkannya bekerja dengan bersungguh-
sungguh tanpa mengharapkan kesusahan kepada dirinya dan memberi kesan yang buruk.
Tindakan ini disebabkan oleh akal Hank mampu untuk memberikan cahaya ke arah kebaikan
untuk membantu orang lain yang bermasalah dalam bidang ini. Oleh itu., akal yang baik ini
telah memupuk nafsu muthmainnah yang sempurna dalam kerjanya.

Justeru itu, hati merupakan elemen yang mempunyai peranan yang besar dalam
kehidupan manusia. Hatilah yang banyak mempengaruhi tingkah laku dan melalui hati, manusia
mampu mendekati melahirkan tingkah laku yang baik. Hati yang baik akan membersihkan jiwa,
akal seterusnya mampu untuk mendidik nafsu agar nafsu al-ammarah tidak menguasai diri
sehingga membinasakan diri. Pendidikan hati ini perlu diberikan dengan mendidiknya melalui
zikir, selawat dan memperingati Allah sebagai tuhan yang Esa. Kesilapan mendidik hati akan
menyebabkan nafsu menguasai diri sehingga menyukarkan tugas akal untuk mengawal nafsu
yang semakin memberontak dalam diri untuk dipuaskan dengan keseronokkan diri. Oleh itu,
setiap manusia bertanggungjawab terhadap diri masing-masing dalam urusan mendidik jiwa
menjadi tenang.

Peringkat perkembangan individu merupakan proses pembentukan tingkah laku dalam


diri individu. Menurut Che Zarrina dan Tamkin (2006), peringkat kanak-kanak (al-tifl), iaitu
peringkat yang bermula pada usia sebulan sehingga usia tujuh tahun. Pada saat ini, peranan
wanita dalam menerapkan akidah (pegangan) terhadap sikap anak-anak menjadi penting.
Berdasarkan kes Hank, ibunya perlu bertanggungjawab untuk pembentukkan dirinya dan

7
mengajar diri Hank untuk melakukan sesuatu yang bersesuaian dengan norma kehidupan yang
mulia. Hal ini kerana kanak-kanak peringkat ini belum mampu membezakan antara yang baik
dengan yang buruk serta tidak dapat memahami kesan atau akibat bagi sesuatu perbuatan
tersebut. Jadi, Hank meneruskan tingkah laku tersebut di sebabkan sikap ibunya yang tidak
memberikan pendidikan awal yang betul. Oleh itu, sikap ibunya ketika mendidik anaknya di
peringkat bayi memainkan peranan yang penting untuk mengajar bercakap, bertingkah laku dan
bergaul dengan baik.

KESIMPULAN
Personaliti manusia akan di bentuk seawal usianya di peringkat bayi untuk menjadi
individu yang baik ataupun sebaliknya. Pengaruh sekeliling dan sokongan daripada ibubapa
dalam memberikan pendidikan seawal usia seseorang akan mempengaruhi tingkah lakunya
dan personaliti di alam dewasa. Personaliti atau sahsiah yang dibentuk melambangkan ciri ciri
keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang
manusia dengan manusia yang lain. Jadi, jelas bahawa tingkah laku manusia dalam mencorak
kehidupan adalah dipengaruhi dari awal . Freud menyatakan perkembangan individu oerlu
sempurna tanpa perlu adanya kelekatan kerana akan memperngaruhi alam dewasa manakala
Al Ghazali mementingkan pendidikan untuk hati mengenal Allah sebagai permulaan kepada
personaliti individu yang baik untuk mengawal dirinya sendiri.

RUJUKAN
Amir Awang. (1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

Azlina Abu Bakar (2005). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam : Karisma Publication Sdn.
Bhd.

Capuzzi.D. & Gross, D.R.(2009). Introduction to the counseling profesion (5th ed). Needhma
Heights : MA. Allyn and Bacon.

Che Zarrina binti Sa'ari Joni Tamkin bin Borhan (2006). Peranan wanita dalam pengukuhan
akidah umat islam. Dilihat dari laman sesawang
http://umijms.um.edu.my/filebank/published_article/8126/Jurnal.Usuluddin.23-
24.03.Zarrina.Wanita.pdf

Gerald, D dan Gerald, K. (1998). Basic personal counseling. Australia : Pearson Education.

8
Gladding (2005). Counseoling theories : essential concepts and applications . New Jersey :
Pearson Education.

Hairunnaja Najmuddin. (2002). Psikologi ketenangan hati. Pahang: PTS Publication &
Distributors Sdn.Bhd.

Maznah Baba dan Zainal Madon. (2007). Kaunseling Individu. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar. (2006). Kaunseling Individu.
Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Hanit Osman. (2012).
Kaunseling dalam Islam. Negeri Sembilan : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin. (1993). Pengantar Kaunseling. Selangor
: Dewan bahasa dan Pustaka.

Salasiah binti Hanin Hamjah. (2010). Kaedah mengatasi kebimbangan dalam kaunseling:
Analisis dari perspektif al-Ghazali. Jurnal Hadhari 3 (1): 41-57 di lihat dari laman
sesawang http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v3n12011/makalah-v3n1-n3.pdf pada 20
November 2016.

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. (2013). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Negeri Sembilan :
Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Wan Hussain Azmi Abdul Kadir.(1994). Kaunseling dan psikologi menurut Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Ninggal (2008). Teori kuanseling AL Ghazali. Selangor : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai