Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

“BENGKEL AKIL BALIGH”

DISEDIAKAN OLEH :

ALWANI BT ABU BAKAR


1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan seseorang individu bukan bermula apabila dari usia bayi ataupun kanak-
kanak, namun ia bermula sejak dalam kandungan lagi, bahkan ia bermula dari seorang ibu
yang bergelar isteri. Namun begitu tidak ramai yang menyedari perkara ini. Banyak
perkara yang perlu dipelajari oleh seorang wanita agar mereka lebih menghargai diri
sendiri.

Bengkel Akil Baligh ini bertujan memberi pendedahan awal berkaitan darah wanita
dari segi syariat. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam bengkel ini ialah bagaimana
untuk mengenalpasti darah yang dimaksudkan sebagai darah haid.

Pelajar juga akan belajar cara untuk mencatat, mengira darah haid demgan betul.
Selain itu penekanan kaedah bersuci, qada solat dan beberapa lagi perkara penting yang
lain.

Oleh itu, kami ingin menggunakan kesempatan ini untuk membantu anak-anak yang
meningkat remaja dengan memberi pengetahuan yang sewajarnya kepada mereka. Moga,
melalui program ini, peserta akan memperoleh pelbagai manfaat agar mereka lebih
menghargai diri sendiri dan menjadi wanita yang mampu mendidik anak-anak pada masa akan
datang.

“ Kerana Dirimu Begitu Bernilai”


2.0 OBJEKTIF

 Memberi pengetahuan kepada pelajar perempuan berkaitan pengurusan haid yang


betul mengikut syarak .
 Memberi peluang kepada pelajar untuk berketerampilan sebagai seorang muslimah.
 Memberi motivasi kepada pelajar untuk menghargai diri sendiri.

3.0 KUMPULAN SASARAN

 Remaja berumur 10-12 tahun.

4.0 TEMPOH / WAKTU

 3 jam

5.0 KONSEP & MODUL

 Bersifat interaktif dan menyeronokkan


 Modul :-

bil Modul utama Sub modul


1. PENGURUSAN HAID
-MENGENAL DARAH
HAID

-CARA MENYUCIKAN
DARAH HAID

-RISIKO APABILA
SESEORANG WANITA
TELAH DIDATANGI
HAID.

-MENJAGA
KEBERSIHAN DIRI
2 MENCATAT DARAH WANITA KAEDAH MENCATAT
DAN MENGIRA DARAH
HAID DENGAN BETUL

QADHA SOLAT

3 MANDI WAJIB -CARA MENGANGKAT


HADAS BESAR DAN
CARA MENENTUKAN
WAKTU SUCI

6.0 KESIMPULAN

Semoga penerapan nilai kebersihan diri dan pengetahuan sebagai seorang wanita
akan membantu para pelajar untuk menghargai diri sendiri dan tampil sebagai wanita
yang bernilai untuk agama, bangsa dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai