Anda di halaman 1dari 6

Faq

ADMINISTRATOR APDM 1. Apa website Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ? Sila ke url http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia

2. Bagaimana saya sebagai Administrator APDM sekolah mahu login ke dalam sistem APDM? Sila masukkan A. Id Pengguna : kod sekolah (huruf besar tanpa spacebar. Contoh : ABC1234). B. KataLaluan : ####### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu Tukar Katalaluan sebagai langkah keselamatan data.

3. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sediada ? A. Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas. B. Klik menu Tambah Kelas sekiranya kelas masih belum wujud. C. Klik menu Kemaskini di kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini / menukar guru kelas sediada. D. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu Kemaskini Maklumat Kelas untuk simpan maklumat

4. Bagaimana mahu mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada ? A. Administrator APDM sekolah boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas. B. Klik menu Tambah Kelas sekiranya kelas masih belum wujud. C. Klik menu Kemaskini di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini nama kelas tersebut. D. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu Kemaskini Maklumat Kelas untuk simpan maklumat.

5. Bagaimana mahu padam/buang kelas sediada ? A. Administrator APDM sekolah boleh padam/buang kelas sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas. B. Klik menu Padam di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu padam/buang kelas tersebut.

C. Sila pastikan kelas yang hendak di padam/buang tiada murid di dalam kelas tersebut kerana apabila kelas dipadam/buang, murid dalam kelas tersebut juga akan turut terpadam/buang. Oleh itu sila kemaskini kelas pelajar-pelajar ini melalui guru kelas menu Data Murid dan Kemaskini Kelas. Kemudian baru padam/buang kelas tersebut.

6. Bagaimana Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid ? A. Administrator APDM perlu menyemak beberapa perkara sebelum membuat pengesahan data murid. - Memastikan jumlah murid keseluruhan dan bilangan murid mengikut kelas adalah betul dan tepat termasuk mengikut jantina dengan klik menu Data Murid. Skrin yang dipaparkan adalah mengikut tingkatan/tahun (paparan mengikut kelas dapat dipaparkan dengan klik pada nama tingkatan/tahun yang berkenaan) dan diagihkan mengikut jantina. - Menyemak data murid yang telah dikemaskini oleh guru kelas dengan klik menu Data Murid. Kemudian letakkan courser di perkataan Kelas. Semua kelas mengikut tingkatan/tahun akan dipaparkan. Klik pada nama kelas yang berkenaan. Senarai murid akan dipaparkan. Klik nama murid untuk menyemak maklumat murid dan ibubapa murid tersebut. Sekiranya pendapatan ibubapa murid hendak disemak, klik kotak bertulis Paparan pendapatan penjaga pertama dan penjaga kedua di bahagian atas skrin senarai murid. B. Administrator APDM sekolah boleh mengesahkan semua data murid sekolah beliau dangan klik menu Data Murid. Sila klik kotak di bahagian bawah skrin yang bertulis Semua data murid seperti yang di atas telah dikemaskini. Makluman ini akan memberitahu kepada semua pihak yang berkenaan seperti PPD, JPN dan KPM bahawa data murid sekolah tersebut telah disahkan oleh pentabiran / pengurusan sekolah.

7. Bila Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid ? Dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam APDM adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.

8. Dimana pihak sekolah perlu membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas ? A. Administrator APDM sekolah boleh membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas atau mengemaskini maklumat sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas. B. Klik menu Tambah Kelas sekiranya kelas masih belum wujud. C. Klik menu Kemaskini di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini laporan MBMMBI kelas tersebut. D. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu Kemaskini Maklumat Kelas untuk simpan maklumat.

9. Bagaimana sekiranya Admin APDM lupa katalaluan? Sila hubungi PPD sekolah tersebut dan minta Admin APDM PPD reset katalaluan.

10. Bagaimana sekiranya guru kelas lupa katalaluan ?

Sila hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta beliau reset katalaluan guru itu. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu Pendaftaran Kelas dan klik Reset Katalaluan di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sediada kepada default password.

11. Bagaimana maklumat sekolah boleh dikemaskini ? A. Administrator APDM sekolah boleh membuat mengemaskini maklumat sekolah. B. Klik menu Kemaskini di laman utama aplikasi. C. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu Kemaskini Maklumat Sekolah untuk simpan maklumat.

12. Bolehkan Admin APDM mendapatkan data murid sekolah saya ? Ya boleh. Klik menu Data Murid. Kemudahan muat turun boleh didapati mengikut tahun / tingkatan. Sila klik Muat Turun Excel di hujung nama tahun / tingkatan berkenaan. Data murid dan ibubapa akan dimuat turun kepada anda dalam format excel.

GURU KELAS 1. Apa website Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ? Sila ke url http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia

2. Bagaimana saya sebagai guru kelas mahu login ke dalam sistem APDM? Sila masukkan Pastikan guru kelas telah didaftarkan oleh Aministrator APDM terlebih dahulu. Sila gunakan: Id Pengguna : nokp guru (tanpa simbol sengkang @ dash. Contoh : 123456989123). KataLaluan : #### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu Tukar Katalaluan sebagai langkah keselamatan data.

3. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sediada ? Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas.

4. Bagaimana mahu mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada ?

Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas.

5. Bagaimana mahu padam/buang kelas sediada ? Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh padam/buang kelas sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas.

6. Dimana guru kelas perlu membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi kelas beliau ? Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas atau mengemaskini maklumat sediada dengan menggunakan menu Pendaftaran Kelas

7. Bagaimana sekiranya guru kelas lupa katalaluan? Sila hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta beliau reset katalaluan guru itu. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu Pendaftaran Kelas dan klik Reset Katalaluan di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sediada kepada default password.

8. Bagaimana mahu mendaftar murid / tambah rekod murid kerana berpindah masuk atau rekod belum wujud? Murid boleh didafatarkan melaui guru kelas masing-masing melalui menu Data Murid. A. Semak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini. B. Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik Daftar Murid dan masukkan identiti murid samada nokp, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen. C. Klik Kemaskini Maklumat apabila selesai mengemaskini maklumat.

9. Bagaimana mahu mengemaskini maklumat murid ? Murid boleh didafatarkan melaui guru kelas masing-masing melalui menu Data Murid. A. Sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini. B. Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik Daftar Murid dan masukkan identiti murid samada nokp, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen. C. Klik Kemaskini Maklumat apabila selesai mengemaskini maklumat.

10. Bolehkan guru kelas mendapatkan data murid kelas saya ?

Ya boleh. Klik menu Data Murid. Kemudian sila klik Muat Turun Excel di penjuru kanan atas skrin. Data murid dan ibubapa akan dimuat turun kepada anda dalam format excel.

11. Bagaimana mahu buang / padam rekod murid, kerana berpindah keluar atau rekod bertindih ? Rekod murid boleh buang / padam dari APDM melalui guru kelas masing-masing melalui menu Data Murid. A. Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik Padam di hujung nama murid tersebut. B. Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda. C. Apabila selesai memilih sebab padam, klik Padam Murid untuk memadam rekod tersebut.

12. Bagaimana mahu tukar kelas murid kerana menyusunan semula kelas ? Kelas murid boleh dikemaskini / ditukar melalui guru kelas masing-masing melalui menu Data Murid. A. Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik Kemaskini Kelas di hujung nama murid tersebut. B. Pilih kelas terkini murid tersebut dari pilihan kelas yang dipaparkan. C. Apabila selesai memilih kelas, klik Kemaskini untuk tukar kelas murid dan Batal untuk batalkan pilihan. 13. Bagaimana Pengetua / Guru Besar / PK2 hendak membuat pengesahan permohonan sekolah Kawalan ? A. Admin APDM sekolah perlu mendaftarkan Pengetua / Guru Besar / PK2 di dalam APDM melalui menu 'Pentadbir Sekolah'.

B. Pengetua / Guru Besar / PK2 login ke dalam APDM menggunakan login (nokp Pengetua / Guru Besar / PK2 ) dan katalaluan yang telah dimaklumkan oleh Admin APDM sekolah.

C. Admin APDM sekolah boleh semak katalaluan default (yg telah ditentukan oleh sistem) atau reset kataluan Pengetua / Guru Besar / PK2 sekiranya mereka terlupa katalaluan pada menu 'Pentadbir Sekolah'. D. Apabila masuk ke dalam APDM Pengetua / Guru Besar / PK2 klik menu 'Sekolah Kawalan'. Hanya permohonan yang berstatus "Menunggu Pengesahan Guru Besar" yang bermaksud permohonan sedang menunggu pengesahan oleh Pengetua / guru besar / pk2 dibenarkan dibuat pengesahan dengan klik butang 'Sahkan Permohonan'. E. Pengetua / Guru Besar / PK2 akan dipaparkan permohonan tersebut terlebih dahulu untuk diteliti dan sila klik kotak checkbox 'Saya mengesahkan permohonan ini'. F. Bagi status "Permohonan Belum Diserahkan" bermaksud, permohonan belum diserah dan cicetak oleh pemohon / guru kelas. G. Bagi status "Menunggu Kemasukan Data Akademik" bermaksud guru kelas belum membuat pengisian markah akademik bagi permohonan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai