Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK DISIPLIN

“PROGRAM K3”
SK MINDA TALONG, DUNGUN TERENGGANU

PENDAHULUAN
Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk
kejayaan setiap murid.Disiplin merupakan jantung serta kunci sesebuah
kejayaan bagi murid.Murid tanpa mengira warna kulit dan latar belakang
keluarga telah dipilih bagi membentuk golongan murid yang bebas masalah
disiplin dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sama ada di dalam
atau luar sekolah.
Dalam pembentukan disipilin murid, penerimaan dan pematuhan arahan
merupakan perkara yang perlu diambil kira. Dengan adanya program K3 yang
dirancang ini diharap mampu untuk membina akhlak murid yang patuh dan peka
kepada arahan yang diberi. Pematuhan arahan bermula dari tahun 1 hingga 6 ini
diharap mampu menambah nilai aktiviti badan disiplin sekolah untuk lebih
mapan.

RASIONAL
Murid sekolah adalah nadi kehidupan sesebuah Negara. Utuhnya
sahsiah murid-murid bermaksud utuhnya Negara. Ini kerana mereka adalah
pemimpin pada masa akan datang.Sehubungan itu,Unit Disiplin dengan
Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling buat julung kalinya merasakan amat
perlu pelajar di SK Minda Talong diberi pendedahan dan peluang untuk
membina sahsiah diri.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti dari setiap sudut sama ada dari segi sahsiah, akademik, dan
sebagainya, maka Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Unit bimbingan &
Kaunseling SK Minda Talong mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus
Kecemerlangan sahsiah diri kepada murid-murid.
Melalui kursus ini pelbagai aktiviti akan dijalankan dan berfokus kepada
pembinaan amalan disiplin yang mantap dalam diri murid. Ini kerana, tanpa
amalan disiplin yang mantap, murid-murid tidak mampu menangkis anasir-
anasir yang kurang sihat dan sekaligus membantutkan hasrat kerajaan
melahirkan modal insan berkualiti.
Justeru, kami merancang untuk mengadakan program amalan terbaik
displin ini supaya ia menjadi ‘trademark’ SK Minda Talong dalam dan luar
sekolah. Kami percaya, pembinaan modal insan ini akan terus ada
kesinambungan dan tidak terhenti di sini sahaja. Semua guru akan bekerjasama
untuk membawa kecemerlangan disiplin dan akhirnya membuahkan hasil dalam
akademik.

MATLAMAT
Melalui amalan terbaik disiplin ini di harap dapat membawa murid ke
arah pematuhan arahan dan seterusnya menjadi murid yang berkomitmen dan
berdisiplin tinggi. Ia juga di harap agar semua guru mengaplikasikan program
K3 ini dengan jayanya dan murid akan menjadikan K3 ini amalan yang terbaik
untuk mengawal disiplin tanpa kaedah yang keras dan berisiko.
OBJEKTIF
Melalui program K3 yang dilaksanakan ini, di harap dapat ;
a) Melatih murid untuk patuh kepada arahan yang diberi samaada di dalam
kelas atau luar kelas.
b) Mendidik murid supaya lebih berdisiplin dan menghormatiorang lain.
c) Memberi tambah nilai kepada badan disiplin sekolah untuk lebih
terkehadapan.
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh dan Masa : Sepanjang Tahun
Tempat : Kawasan Sekolah
Bilangan Peserta : Semua murid Tahun 1 hingga 6 (81 orang)
Pelaksanaan : - semua guru harus menguasai kod 1, 2 dan 3
- Berlangsung dalam semua majlis rasmi dan
program-program khas sekolah.
- Menunjukkan gambar simulasi kepada warga
sekolah

ATURCARA PROGRAM K3
BIL JANGKA PRORAM CATATAN
MASA
1 Jan hingga Nov - Pelaksanaan 3K di dalam kelas dan Semua guru
program-program khas sekolah. Semua
- Berlangsung dalam perhimpunan mingguan murid
dan mana-mana perhimpunan murid.
2 Januari - Pelancaran program 3K di sekolah Semua guru
- Latihan simulasi dan pembudayaan di
sekolah Semua
- Menggalakkan guru menggunakan di dalam murid
PDPC.
JAWATANKUASA PELAKSANA

 
‫سكوله كبعسأن ميندا تالوع‬
SEKOLAH KEBANGSAAN MINDA TALONG
23000 DUNGUN, TERENGGANU.

PENGERUSI
EN ALIAS BIN
MUHAMMAD
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI
EN ZAMRI BIN MAT BIDIN
PK HEM

PENYELARAS
EN FAWWAZ RAMADONA BIN CHE WIL
KETUA GURU DISIPLIN

SETIAUSAHA
EN ROKIT BIN IBRAHIM
GURU UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

AHLI JAWATANKUASA
EN AZMI BIN MAT SAMAN AHLI JAWATANKUASA
GURU KELAS TAHUN 1 EN ROKIT BIN IBRAHIM
AHLI JAWATANKUASA GURU KELAS TAHUN 5
CIK MAHANOR BINTI MAMAT
GURU KELAS TAHUN 3
AHLI JAWATANKUASA
PN FARHANA BINTI OTHMAN
GURU KELAS TAHUN 2 AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
EN ZAMMARRI BIN ARRIPPIN EN HANIB BIN ADAM
GURU KELAS TAHUN 4 GURU KELAS TAHUN 6
BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA CATATAN


(RM)
1 Bunting 3 90.00
(2’ x 4’)
2 Kain rentang 1 120.00
(6’ x 3’)
JUMLAH 210.00

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru akan beri arahan kod kepada semua murid.
2. Kod 1 kedua-dua tangan ke hadapan.
3. Kod 2 kedua tangan mendakap ke dada.
4. Kod 3 tangan kanan membuat isyarat senyap.

Kod 1
Kod 2

Kod 3

PENUTUP/KESIMPULAN
Diharap warga SK Minda Talong dapat mempraktikkan amalan terbaik
disiplin K3 dengan jayanya. Kesemua warga SEMINTA dapat memahami dan
menjadikan amalan ini satu budaya sekolah bagi memantapkan disipilin murid.

IMPAK
Setelah program ini berlangsung, murid-murid di harap agar ;
1. Murid menjadi lebih peka kepada arahan.
2. Murid menjadi lebih berdisplin dan bertatasusila.
3. Minda murid ini menjadi lebih aktif dan cerdas.
4. Murid menjadi lebih berdisiplin dan mantap.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Fawwaz Ramadona Bin Che Wil) (Mohd Zamri Mat Bidin)

Guru Disiplin SK Minda Talong PK HEM SK Minda Talong

Disahkan oleh,

(En. Alias Bin Muhammad)

Guru Besar SK Minda Talong

Anda mungkin juga menyukai