Anda di halaman 1dari 10

PANDUAN PENGISIAN DAN PENGEMASKINIAN

APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)


MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) NEGERI PERAK

A. PENGENALAN

Panduan ini dikeluarkan bagi memberi panduan kepada pihak sekolah yang mempunyai
MBK berdaftar di sekolah masing-masing. Panduan ini bagi memastikan pengisian
maklumat adalah betul dan mengatasi ralat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM) Murid Berkeperluan Khas (MBK) negeri Perak.

B. PENDAFTARAN KELAS PPKI/SPK

1. Administrator (PK HEM) sekolah perlu mendaftarkan kelas dan pengguna (guru kelas)
mengikut bilangan kelas PPKI atau SPK. Bagi pendaftaran kelas dan pengguna proses
pendaftaran adalah sama seperti yang terkandung dalam Menu Pengguna Portal
Pangkalan Data Murid.

Paparan 1: Manual Pengguna Portal Pangkalan Data Murid

2. Pengguna bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pengurusan serta


pengemaskinian data dalam Pangkalan Data Murid.

3. Administrator sekolah akan mendaftarkan maklumat berikut bagi kelas PPKI dan
SPK :
i. Tingkatan / Tahun :
• sila pilih - kelas khas – bagi kelas PPKI rendah dan
menengah untuk semua program (pembelajaran,
pendengaran atau penglihatan)
• sila pilih - kelas khas bagi kelas pembelajaran atau tahun
pilihan (Tahun 1-6) bagi kelas pendengaran di SPK
ii. Nama Kelas : diisi nama kelas dengan huruf besar (mengikut tahun
dan kurikulum PPKI sekolah rendah atau sekolah menengah). Rujuk
tatacara pendaftaran nama kelas khas dengan PKPK atau
penyelaras PPKI.
iii. Nama Guru Kelas : nama penuh guru mengikut kad pengenalan
dengan huruf besar
iv. No. KP Guru Kelas : nombor kad pengenalan guru mengikut kad
pengenalan tanpa sempang (-)
1
C. LOG MASUK PENGGUNA DALAM APDM

1. Pengguna yang telah didaftarkan, akan mempunyai ID Pengguna dan Kata Laluan.

Paparan 2: Log Masuk Pengguna dalam Aplikasi Portal Pangkalan Data Murid (APDM)

2. Pengguna yang telah daftar masuk akan mengisi dan mengemaskini maklumat murid
yang didaftarkan dalam kelas tersebut.

Paparan 3: Menu pengguna dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

2
3. Senarai nama murid dalam kelas akan dipaparkan dalam menu Data Murid.

Paparan 4: Senarai nama murid berdaftar dalam kelas pengguna

4. Pengguna perlu memastikan semua murid yang berada dalam kelas telah didaftarkan
dalam APDM.

5. Pengguna perlu mengisi dan mengemaskini maklumat setiap murid dalam kelas
berkenaaan. Maklumat-maklumat tersebut ialah:

i. Murid
ii. Bapa
iii. Ibu
iv. Penjaga Utama
v. Penjaga Kedua
vi. Subjek

D. PENGISIAN MAKLUMAT MBK DALAM APDM

1. Pengguna boleh merujuk tatacara melengkapkan maklumat MBK seperti panduan yang
berikut.

Paparan 5: Maklumat murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

3
2. Pengguna perlu tick ( ⁄ ) Murid Berkeperluan Khas (OKU) bagi murid yang berdaftar
sebagai MBK di kelas AP, PPKI dan SPK berdasarkan maklumat dalam BORANG
PERMOHONAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA – (BPOKU) yang
dikeluarkan oleh JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT dan DISAHKAN oleh
pengamal perubatan.

Paparan 6: Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (BPOKU)

3. Maklumat-maklumat berkaitan status OKU murid akan dipaparkan seperti paparan


berikut.

Paparan 7: Maklumat (OKU) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)


4
4. Bagi menu Program, pengguna perlu memilih Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) bagi murid yang berdaftar di bawah kelas PPKI sama ada pembelajaran,
pendengaran atau penglihatan.

5. Sekiranya murid PPKI tersebut adalah murid Program Pendidikan Inklusif (PPI),
pengguna perlu klik pada menu separa.

6. Bagi MBK yang berdaftar dibawah kelas perdana/akademik, keterangan program yang
perlu dipilih adalah Program Pendidikan Inklusif (Penuh)

7. Murid PPKI yang mengikuti kurikulum arus perdana sepenuh masa, nama murid perlu
didaftarkan dalam kelas perdana/akademik. (nama murid bukan lagi di bawah PPKI)

8. Seterusnya bagi pengisian maklumat kad OKU, klik ada sekiranya murid telah
mempunyai kad OKU. Isikan maklumat No. Kad OKU dan Tarikh Daftar OKU.

9. Bagi murid yang TIDAK atau BELUM mempunyai kad OKU, pengguna perlu kilk tiada
dan isikan tarikh pengesahan MBK oleh pengamal perubatan berdasarkan borang
BPOKU.

10. Pengguna perlu mengisi Kategori Kurang Upaya dan Jenis Kurang Upaya tanpa gagal
berdasarkan pengesahan pengamal perubatan dalam borang BPOKU.

11. Isikan maklumat Bantuan Teknologi 1 dan Bantuan Teknologi 2 berdasarkan pilihan
sekiranya berkaitan.

12. Isikan maklumat bank dan no akaun serta pengesahan sekiranya ada ahli keluarga
yang mempunyai masalah yang sama.

13. Pengguna perlu klik kemaskini setelah maklumat selesai diisi.

E. PENGISIAN MAKLUMAT BAPA DALAM APDM

1. Pengisian maklumat bapa dalah berdasarkan maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara.


Pengguna perlu mendapatkan maklumat berkaitan status bapa untuk pengisian maklumat
seterusnya.

2. Pilih Status Bapa dan Status Adalah untuk pengisian maklumat penjaga seperti paparan
berikut.

5
Paparan 8: Maklumat Bapa dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

F. PENGISIAN MAKLUMAT IBU DALAM APDM

1. Pengisian maklumat ibu dalah berdasarkan maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara.


Pengguna perlu mendapatkan maklumat berkaitan status ibu untuk pengisian maklumat
seterusnya.

2. Pilih Status Ibu dan Status Adalah untuk pengisian maklumat penjaga seperti paparan
di bawah.

Paparan 9: Maklumat Ibu dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

6
G. PENGISIAN MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DALAM APDM

1. Pengguna perlu mengisi maklumat Penjaga Utama sama ada bapa, ibu atau lain-lain
yang berkaitan dengan status penjagaan murid.

2. Penjaga Utama bermaksud penjaga pertama (semasa) murid berkenaan.

3. Semua maklumat yang terdapat dalam penjaga utama perlu diisi dan dikemaskini
mengikut keperluan.

4. Paparan di bawah merupakan maklumat-maklumat yang perlu diisi oleh pengguna yang
berkaitan dengan penjaga utama.

Paparan 10: Maklumat Penjaga Utama dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

7
H. PENGISIAN MAKLUMAT PENJAGA KEDUA DALAM APDM

1. Pengguna perlu mengisi maklumat Penjaga Kedua sama ada ibu atau lain-lain yang
berkaitan dengan status penjagaan murid.

2. Penjaga Kedua bermaksud penjaga kedua (semasa) murid berkenaan.

3. Semua maklumat yang terdapat dalam penjaga kedua perlu diisi dan dikemaskini
mengikut keperluan.

4. Paparan di bawah merupakan maklumat-maklumat yang perlu diisi oleh pengguna yang
berkaitan dengan penjaga kedua.

Paparan 11: Maklumat Penjaga Kedua dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

8
I. PENGISIAN MAKLUMAT SUBJEK DALAM APDM

1. Maklumat dalam bahagian subjek perlu diisi oleh Administrator (PK Pentadbiran).

2. Maklumat Aliran adalah Khas bagi PPKI di sekolah rendah dan menengah serta SPK.

3. Bagi MBK aliran perdana sekolah rendah, aliran adalah perdana/akademik.

4. Bagi MBK aliran perdana sekolah menengah, aliran adalah mengikut pilihan yang
terdapat di sekolah berkenaan seperti perdana/akademik, agama, MPV dan sebagainya.

5. Kelas adalah merujuk kepada nama kelas berdasarkan tahap murid di sekolah rendah
atau sekolah menengah.

6. Jenis Bidang bagi PPKI adalah pembelajaran, pendengaran atau penglihatan.

7. Bagi SPK Jenis Bidang adalah bidang yang terdapat di sekolah berkenaan
(pembelajaran/pendengaran).

8. Bagi MBK arus perdana Jenis Bidang adalah bidang yang diikuti oleh murid seperti
kemanusiaan, sains (sekolah menengah) dan lain-lain.

9. Paparan di bawah merupakan maklumat-maklumat yang perlu diisi oleh pengguna yang
berkaitan dengan Subjek.

Paparan 12: Maklumat Subjek dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

9
J. PENUTUP

Panduan pengisian maklumat MBK ini adalah diharapkan dapat dijadikan panduan kepada
semua sekolah, PPKI dan SPK dalam memastikan pengisian maklumat MBK dalam APDM
adalah betul. Pihak sekolah dimohon untuk memastikan data APDM MBK sentiasa
dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada keciciran maklumat MBK.

10

Anda mungkin juga menyukai