Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JERANGAU BARAT

21820 AJIL, HULU TERENGGANU

KERTAS KERJA CADANGAN

KURSUS KESEDARAN PELAJAR PEREMPUAN


SK FELDA JERANGAU BARAT
SEDERAP SEHASRAT SATU MATLAMAT

TEMPAT

sk felda jerangau barat


21820 ajil,terengganu

TARIKH

20 mei 2010

Bilangan peserta
120 ORANG

PENYELARAS PROJEK

PN ZAINAB BT. SULONG


TAJUK : KERTAS KERJA CADANGAN

1.0 NAMA PROGRAM :


“KURSUS KESEDARAN PELAJAR PEREMPUAN SKFJB”

2.0 PENGENALAN :

Menyedari tentang kesan buruk pelbagai gejala sosial di kalangan pelajar


dewasa ini, maka unit bimbingan dan kaunseling SKFJB dengan kerjasama
badan disiplin dan pengawas sekolah telah merancang untuk melaksanakan
satu kursus kesedaran di kalangan pelajar perempuan . Kursus ini bertujuan
untuk menerangkan kepada mereka tentang perubahan biasa seorang
perempuan apabila tiba masanya, mendidik dan menyedarkan mereka tentang
batas pergaulan seorang pelajar perempuan yang harus mereka amalkan
seterusnya mengelakkan diri dari pergaulan bebas dan unsur negatif dalam
pergaulan sehari-hari.

3.0 RASIONAL PROGRAM INI

i) Mendidik pelajar perempuan untuk lebih mengenali diri mereka sendiri dan
segala perubahan biasa yang berlaku dan akan berlaku kepada mereka apabila
tiba masanya supaya mereka lebih bersedia.

ii) Menanam kesedaran di kalangan pelajar perempuan tentang perlunya mereka


menjaga dan mengawal diri dari melibatkan diri kedalam gejala sosial yang tidak
sihat dan tidak bermoral kerana kesannya sangatlah buruk kepada mereka
disamping mendidik mereka agar sentiasa menjaga tatasusila sebagai seorang
perempuan walau dimana sahaja mereka berada.
4.0 OBJEKTIF:

4.1 Menerangkan tentang segala perubahan fizikal seorang wanita apabila


tiba masanya dan kaedah menjaga kebersihan diri.
4.2 Mendidik pelajar perempuan tentang perlunya menjaga batas susila
ketika bergaul.
4.3 Memberikan tip-tip keselamatan yang perlu diambil jika mendapat
gangguan atau serangan yang tidak diduga.
4.4 Menjalinkan hubungan yang erat diantara guru dan pelajar perempuan.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tempat : SK Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu.


Tarikh : 20 Mei 2010. ( Khamis )
Masa : 11.00 - 1.00 tengahari.

6.0 SASARAN
Seramai 120 orang pelajar perempuan Tahun 3,4,5 dan 6 SK FJB.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Penasihat : Encik Zubir bin Harun ( Guru Besar )


Pengerusi : Pn. Engku Norani bt. Syed Abdullah ( PK HEM )
Naib Pengerusi 1 : Encik Musa Khan bin Kanna ( PK 1 )
Naib Pengerusi 2 : Encik Suhaimi bin Shaari ( PK Koko )
Setiausaha : Pn. Zainab bt. Sulong
Bendahari : Pn. Norazlinda bt. Tajudin
JAWATAN KUASA KECIL :

1. AJK Makanan / Minuman : Pn. Zainon bt. Ngah


Pn. Che Esah bt. Md. Nor
Encik Mohd. Basri bin Harun.
Encik Amran bin Arif.
Pn. Siti Norfaeza bt. Azhari.
Pn. Nazimah bt. Muda
Pn. Rokiah bt. Awang

2. AJK Persediaan Tempat : En. Nik Aziz bin Nik Mahmud.


Pn. Wan Rosmuhaizan bt. Wan Abdullah.
Pn. Siti Zumika bt. Sabari
Pn. Rosyatimah bt. Ali

3. AJK Kawalan : Pn. Farizan bt. Ayub


Pn. Noriana bt. Mat Noor
Pn. Zarma bt. Wahab
Encik Yusri bin Mustafa.
Encik Jamaludin bin Mohamad
Encik Yusof bin Ahmad

4. AJK Dokumentasi : En. Abdul Ghani bin Ibrahim.


Cik Muharini bt. Rozab

5. AJK Pengendali Program / Pengacara : Pn. Zainab bt Sulong


Pn. Nooriza bt. Ibrahim @ Jusoh

6. AJK Siaraya : Encik Aziz bin Mamat


Encik Rozdi bin Abdullah
8.0 TENTATIF PROGRAM.

11.00 pagi : Murid beratur ke dewan sekolah.


Taklimat ringkas berkenaan program.
Murid beratur mengikut kelas ke makmal komputer.
11.30 pagi : Murid berkumpul di makmal komputer.
Penerangan secara terpeinci tentang masaalah perempuan.
Sessi Soal Jawab
Soalan Kuiz / hadiah saguhati
1.00 tgh : Makan tengahari
1.30 : Bersurai.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

Bil . Peserta Hadiah saguhati / Kuiz Makan/ Minum

120 orang murid Hadiah – 10 x RM2.00 Nasi Ayam – 120 x RM3.50


Air Sirap - 120 x RM0.50
(120 peserta x RM4.00 )

Jumlah RM20.00 RM 480.00

JUMLAH BESAR RM 500.00


10.0 SUMBER KEWANGAN

Sewa Kantin Sekolah - RM 500.00

11.0 : PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan dapat menyedarkan pelajar perempuan


tentang perubahan biasa seorang perempuan apabila tiba masanya, menanam
kesedaran di kalangan mereka tentang pentingnya menjaga diri dan memelihara
tata susila ketika bergaul , seterusnya menjauhkan mereka dari pengaruh
negatif dalam pergaulan sehari-hari. Juga diharapkan hal ini akan dapat
seterusnya melahirkan pelajar perempuan yang berhemah tinggi, mempunyai
adab pergaulan yang baik, sentiasa menjaga tingkahlaku dan sedar tentang
kesan pengaruh gejala sosial yang tidak sihat kepada diri, keluarga, sekolah dan
masyarakat.

Di sediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………. ………………………..
( Zainab bt. Sulong ) ( Engku Norani Syed Abdullah )
Penyelaras, Guru Penolong Kanan HEM,
Program Kesedaran Pelajar Perempuan. SK Felda Jerangau Barat.

Disahkan oleh;

……………………………….
( EN. ZUBIR BIN HARUN)
Guru Besar,
SK Felda Jerangau Barat,
Ajil, Hulu Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai