Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI
DAN DISIPLIN MURID
(PPSDM)

FOKUS :
MURID SALAH LAKU KURANG SOPAN
PROSEDUR PELAKSANAAN PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH
( FOKUS KESOPANAN )

Tentatif Program

TARIKH/MASA AKTIVITI TEMPAT PERSONALIA

8.00 pagi Ketibaan peserta disambut dengan Dewan/Foyer GBKSM


mesra
- Bersalam dengan mesra
- Peserta disematkan tag
kumpulan
- Peserta disajikan minuman
- Peserta dibawa ke dewan

8.30 pagi LDK 1 : Lerai Bedungan Dewan GBKSM

Modul Budi Bahasa Budaya Kita

9.00 pagi
LDK 2 : Dewan GBKSM

Modul Photo Shop

10.30 pagi Minum Pagi Kafetaria

Dewan GBKSM
11.00 pagi LDK 3:

Modul My Style

1.00 tgh Makan tengahari/ Kafetaria

1.30 tgh Solat Zohor Surau/ Dewan GBKSM


Tazkirah
Aktiviti Cahaya Insan
(Bukan Muslim)
2.00 ptg LDK 3 Dewan GBKSM
Modul My Planet

PENUTUP

4.30 ptg Bersurai


LDK 1: Lerai Bendungan

Tajuk : Budi Bahasa Budaya Kita

Objektif:

Di akhir aktiviti peserta dapat:

1. Mengenali di antara satu sama lain.


2. Menerapkan nilai kerja sama antara satu sama lain.
3. Dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan peserta
4. Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Sasaran : Murid-murid yang terlibat dengan salah laku kurang sopan

Masa : 30 minit

Bahan :

1. Lirik Lagu Budi Bahasa Budaya Kita,

2. Video Klip Lagu Budi Bahasa Budaya Kita

3. Polistrin / kad manila

4. Gambar yang ditampal pada polistrin / kad manila yang digunting mengikut

bilangan murid

Langkah:

Aktiviti 1 :

1. Fasilitator memperdengarkan lagu dan menunjukkan gaya dalam kumpulan besar.

2. Peserta menyanyikan lagu bersama-sama beserta dengan gaya yang telah ditunjukkan
oleh fasilitator.

3. Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan (A dan B) secara spontan.

4. Kumpulan A menyanyi dan menggayakan, sementara Kumpulan B memerhati dan


memberi tepukan.

5. Ulang aktiviti no.4 untuk Kumpulan B.


Aktiviti 2 :

1. Peserta diminta berada dalam bulatan besar.

2. Fasilitator mengambil keratan gambar dan meletakkan di tengah bulatan.

3. Peserta diarahkan mengambil setiap keratan gambar tersebut.

4. Peserta diminta berkumpul mengikut warna pada keratan gambar tersebut.

5. Dalam kumpulan kecil peserta mencantumkan keratan gambar yang ada pada setiap
ahli kumpulan membentuk gambaran bermakna.

6. Fasilitator meminta wakil peserta menjelaskan gambar yang dihasilkan.

7. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.

Falsafah:

1. Berjalanlah mengikut laluan yang betul walaupun kadangkala terpaksa menyongsang


arus.

2. Pastikan adab dan nilai sentiasa dijunjung.


Lampiran A

GAMBAR BESAR
BERKAITAN
AKTIVITI KESOPANAN
DAN DIGUNTING
MENJADI
PUZZLE
MENGIKUT JUMLAH PESERTA YANG HADIR
Lampiran B

Tajuk Lagu : Budi Bahasa Budaya Kita

Nyanyian : Datuk Siti Norhaliza

Ibu bapa dan kaum keluarga

Saudara terdekat jiran tetangga

Sayang menyayangi bertegur sapa

Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah

Turut mewarnai kehidupan kita

Ilmu ditimba pengalaman bertambah

Pergaulan sihat peribadi ceria

c/o

Bangsa Malaysia berhemah tinggi

Ramah dan mesra elok pekerti

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi

Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas

Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita


LDK 2

Tajuk : Photo Shop

Objektif : Di akhir aktiviti ini peserta dapat ;

1) Mengenali adab yang baik dengan ibubapa, guru dan rakan-rakan.

2) Membantu peserta berkongsi pengalaman tingkahlaku yang beradab

3) Mempraktikkan adab-adab yang baik ketika berinteraksi dengan dengan warga

sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat.

Sasaran : Murid-murid terlibat dengan salah laku kurang sopan

Masa : 90 minit

Bahan : Gambar : 4 keping

Ketika berhadapan ibu bapa sebelum ke sekolah


Ketika sampai di sekolah
Ketika dalam kelas waktu PDP
Ketika balik dari sekolah (berdoa / bersalaman dengan guru)

Langkah :

Aktiviti1 : Taaruf dalam kumpulan kecil

Aktiviti2 :

1. Peserta berkumpul dalam kumpulan kecil

2. Fasilitator mengedarkan gambar-gambar mengikut situasi di sekolah


(rujuk bahan)

3. Fasilitator meminta para peserta menyatakan adab yang sepatutnya perlu


dilakukan oleh peserta.

4. Fasilitator membuat rumusan keseluruhan tentang aktiviti yang telah


dijalankan.

Falsafah :

Adab sopan teras akhlak sempurna.

Murid berbudi, hidup menjadi.


LDK 3

TAJUK : MY STYLE

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti peserta dapat :

1. Dapat mengetahui adab-adab berpakaian yang sesuai dengan situasi.

2. Dapat memahami keperluan berpakaian berlandaskan kefahaman agama masing-

masing.

3. Memahami etika kesopanan dalam berfesyen.

Sasaran : Murid-murid terlibat dengan salah laku kurang sopan

Masa : 1 jam 30minit

Bahan : kertas mahjung @ kertas suratkhabar, Stapler,

tisu gulung, selotep, marker pen ( 3 warna)

Lampiran Etika Berpakaian

Langkah :

1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil

2. Fasilitator mengedarkan bahan-bahan untuk ahli.

3. Fasilitator meminta seorang ahli kumpulan untuk menjadi model.

4. Fasilitator memberi arahan kepada semua peserta untuk merekacipta fesyen pakaian
yang terkini mengikut idea ahli kumpulan dalam tempoh masa 30 minit.

5. Fasilitator meminta model memperagakan fesyen dalam kumpulan.

6. Fasilitator menggalakkan setiap ahli memberi pandangan/pendapat tentang fesyen


yang telah dihasilkan.

7. Fasilitator membuat rumusan tentang etika dan keperluan berpakaian yang


bersesuaian dengan aktiviti harian. (RujukLampiran)
Falsafah :

Berpakaian mengikut kesesuaian aktiviti/majlis.

Pakaian mencerminkan keperibadian.

Suitable and fashionable

Lampiran

1. Gambar berpakaian seragam sekolah

2. Gambar berpakaian sukan semasa aktiviti sukan

3. Gambar berpakaian solat untuk aktiviti kerohanian

4. Gambar pakaian untuk aktiviti santai

5. Gambar pakaian untuk menerima hadiah dalam majlis rasmi

* Boleh memilih atau menambah gambar yang sesuai mengikut suasana bagi
mengambarkan kesopanan
LDK 4 :

TAJUK: MY PLANET

Objektif : Di akhir aktiviti ini pesertadapat:

1. Memperolehi informasi tentang definisi kesopanan

2. Membezakan antara tingkahlaku sopan dan kurang sopan.

3. Menyedarkan murid bahawa kehidupan yang beradab sopan lebih

sejahtera.

4 Kesedaran bahawa kesopanan penting dalam kehidupan

Sasaran : Murid yang terlibat dengan tingkahlaku kurang sopan.

Masa : 90 minit

Bahan : i. Kertas Mahjong yang dipotong bulat .

ii. kad skrip

iii. Bakul / balang untuk kad skrip

Langkah :

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (10 orang satu kumpulan)

2. Peserta berada di dalam bentuk bulatan. Ditengah bulatan peserta tersebut diletakkan
dua kad bulatan yang dibuat daripada kertas mahjong dengan bakul A berisi skrip
lakonan ringkas tentang adab sopan dan bakul B berisi skrip lakonan tentang perkara
yang tidak sopan.

3. Setiap orang perlu mendapatkan kad skrip di dalam bakul dan melakonkan skrip
tersebut dengan berdiri di atas planet (kertas mahjong bentuk bulat)

4. Selepas lakonan, fasilitator akan bersoaljawab kepada peserta adakah tingkah laku
tersebut merupakan tingkahlaku yang sopan atau sebaliknya.

PLANET SOPAN PLANET

KURANG SOPAN
5. Perbincangan dan penerangan tentang definisi dan perbuatan
sopan dan kurang sopan

6. Perbincangan dan rumusan tentang tata cara adab kelakuan / berbudi bahasa
(mengikut situasi dan konteks kaum / agama ) bersama ibubapa, guru, masyarakat,
rakanrakan dan kesannya terhadap diri sendiri dan orang lain jika tidak berkelakuan
sopan.

7. Rumusan keseluruhan oleh peserta-peserta dan fasilitator.

FALSAFAH

Kesopanan untuk kehidupan yang sejahtera

PENUTUP

Nyanyian lagu adaptasi dari laguTegar


LAMPIRAN A

KAD SKRIP

KAD PLANET TIDAK SOPAN PLANET SOPAN


1
Anda diminta untuk menutup televisyen dan belajar oleh ibu anda

Anda membentak dan merajuk serta Anda mematuhi dengan baik


mengeluarkan perkataan yang kurang permintaan ibu anda
manis didengar menyebabkan ibu anda
berkecil hati.

Anda meminta untuk meminjam sejumlah wang dari rakan anda. Dia
2 menyatakan dia hanya ada jumlah mencukupi untuk berbelanja di kantin waktu
rehat nanti lagipun dia belum bersarapan hari itu. Dia meminta maaf kerana
tidak dapat membantu anda.

Anda terus mengasarinya dengan Anda memahami keadaanya dan


mengeluarkan kata-kata yang kesat dan memaafkan dia
menolak-nolak tubuhnya.
3
Anda tidak menyiapkan kerja rumah yang disuruh oleh guru. Guru anda
bertanya mengapa keadaan itu belaku.

Anda terus naik berang dan menjawab Anda memberikan alasan dan
dengan kata-kata yang kesat kepada guru apabila tidak diterima, anda
berkenaan. Apabila guru anda cuba memohon maaf dan menyatakan
menenangkankan keadaan, anda menjadi tidak akan mengulangi perbuatan itu
semakin marah dan cuba untuk lagi
menumbuk guru anda

4 Anda berlari ke bilik air untuk buang air. Tukang sapu sekolah tidak
membenarkan anda masuk ke tandas kerana tandas sedang dibersihkan.

Anda menengking dan tidak Anda memahami keadaan


mempedulikan permintaan tukang sapu berkedaan dan berlalu dari situ
berkenaan dan masuk juga walaupun dengan baik.
tidak dibenarkan.

5 Anda rasa kurang sihat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari itu
KAD PLANET TIDAK SOPAN PLANET SOPAN
dan berniat untuk pulang. Setibanya di pondok pengawal,anda tidak dibenarkan
berbuat demikian. Anda dinasihatkan oleh pengawal keselamatan supaya
mendapatkan kebenaran guru terlebih dahulu

Anda tidak mempedulikan nasihat Anda mematuhi nasihat pengawal


pengawal keselamatan berkenaan malah berkenaan
menengking dan memahami pengawal
berkenaan. Anda mengambil tindakan
memanjat pagar untuk pulang
Lampiran B

Lain Dulu Lain Sekarang

(adaptasi lagu Tegar)

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang


Dulu dibenci sekarangku di sayang
Dulu,dulu dulu ku mengada-ngada
Sekarang aku berbudi bahasa

Cita-citaku menjadi orang sopan


Dulu terpinggir sekarang Alhamdulillah
Bersyukur kepada yang maha kuasa
Memberi jalan untuk ku semua

Hidupku dulunya tiada keruan


Bertutur menyakitkan hati orang
Hingga rakan mula menjadi renggang
Hidupku menderita

Di sekolah dulu ku tak punya impian


Tingkahlaku ku yang tiada beradab
Guru-guru selaluku sakiti
Sekarangku kesali

Ku bersyukur..aku mula menyedari


Beradab sopan aku mula disayangi
Semoga aku tidak terpinggir lagi
Sekarang ku bahagia..
RUMUSAN :

Diakhir program :

1. Fasilitator membuat rumusan tentang program yang dijalankan.

2. Fasilitator mengedarkan borang Transformasi Diri ( lampiran ) untuk diisi oleh peserta.

4. Fasilitator memaklumkan kepada peserta, borang Transformasi hendaklah diserahkan


kepada guru bimbingan dan kaunseling sekolah masing-masing untuk tindakan susulan.

4. Ketua Fasilitator meminta peserta memberi pendapat tentang program yang diadakan.

3. Peserta melafazkan azam yang akan dilaksanakan selepas program.

4. Ketua fasilitator membuat rumusan tenatng program yang diadakan.

5. Ketua fasilitator menamatkan program dengan meminta semua peserta bersalam-salaman.


BORANG TRANSFORMASI DIRI

NAMA :

SEKOLAH :

SEBELUM INI

HARI INI

SELEPAS INI

Tandatangan peserta: Tandatangan saksi :


PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURID

FOKUS : KESOPANAN

UJIAN PRA / UJIAN POS*

NAMA :

SEKOLAH :

TARIKH :

Sila jawab dengan jujur kenyataan di bawah.

1- Sangat setuju
2- Setuju
3- Kurang pasti
4- Tidak bersetuju
5- Sangat tidak bersetuju

BIL KENYATAAN SKALA SKOR


1. Saya sedar bahawa adab sopan adalah amalan mulia 1 2 3 4 5
2. Saya suka kepada mereka yang beradab. 1 2 3 4 5
3. Saya adalah insan yang bersahsiah tinggi. 1 2 3 4 5
4. Saya amalkan tingkahlaku beradab sepanjang masa. 1 2 3 4 5
5. Saya bersedia menerima teguran. 1 2 3 4 5
6. Saya hargai kasih sayang berterusan daripada keluarga. 1 2 3 4 5
7. Saya sentiasa damping kawan-kawan yang beradab. 1 2 3 4 5
8. Saya bersopan santun dengan jiran. 1 2 3 4 5
9. Saya risau jika dilabel tidak beradab. 1 2 3 4 5
10. Saya adalah insan yang bersopan-santun. 1 2 3 4 5
Saya menolak ajakan rakan untuk bertingkahlaku yang
11. 1 2 3 4 5
tidak bersopan.
Saya faham bahawa berbudi bahasa boleh membentuk
12. 1 2 3 4 5
peribadi saya.

* potong yang mana tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai