Anda di halaman 1dari 57

KRB 1013 Prinsip Pengajaran Bacaan Hj.

A bu Bakar Bin Yusuf


bkaq@upsi.edu.my 6033 T3-B11 Bangunan IPSI

1.0

Teori pembacaan

1.1 Definisi 1.2 Membaca dari pelbagai sudut 1.3 Model pembacaan (teori proses membaca)

1.0 Definisi bacaan


Tidak ada satu pun pengertian yang tepat bagi menerangkan konsep bacaan.
Secara umumnya apabila mendefinisi bacaan ia akan membincangkan tentang proses membaca itu sendiri.

Definisi bacaan
Dalam Raminah (1985: ms136) Venezkey terjemahan daripada tulisan kepada suatu bentuk bahasa di mana pembaca sudah boleh menimbulkan makna daripadanya

Definisi bacaan
Lado satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.

Definisi bacaan
Bamberger satu proses mengubah simbol-simbol grafik kepada konsepkonsep intelektual

Definisi bacaan
Punfrey membaca adalah satu proses pemikiran yang konstruktif.

Definisi bacaan
Aton Long melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna yang disampaikan oleh tulisan itu.

Definisi bacaan
Safiah Osman - baca adalah proses mendapatkan makna dan memahami teks yang dibaca.

Definisi bacaan
Goodman (1973) mendefinisikan bacaan sebagai proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan.

1.2 Membaca dari pelbagai

sudut
Teori Psikologi Teori Kognitif Teori Linguistik

Teori Psikologi
Aliran behaviouris Pembelajaran melibatkan pembentukan tabiat melalui hubungan antara ransangan dan tindak balas.

Teori Psikologi
Tumpuan kepada tindak balas yang nampak sahaja seperti tingkah laku reflektif, pembentukan tabiat, pengulangan dan latih tubi untuk mendapatkan pembelajaran.

Teori Psikologi
Ahli bahaviouris Parlov (1927), Skiner (1966) dan Watson (1913) sependapat proses pembelajaran berlaku melalui pelaziman.

Teori Psikologi
Aplikasi Teori Psikologi dalam proses membaca: Untuk menguasai kemahiran membaca seseorang itu perlu berlatih membaca daripada mengecam huruf kepada mengecam perkataan. Selain itu, mendapatkan makna daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca.

Teori Psikologi
Kebolehan membaca akan bertambah baik jika kemahiran berkaitan dengannya dibuat berulang kali.

Teori Lingustik
Membaca sebagai proses psikolinguistik di mana makna diperoleh melalui hubungan media linguistik.

Teori Lingustik
Membaca sebenarnya proses mendapatkan makna pada tahap dalaman kerana kita mengingati makna keseluruhan teks yang dibaca dan tidak makna tiap-tiap perkataan yang dibaca.

Teori Linguistik
Pada awalnya ahli teori ini berpendapat makna diperoleh dengan memberi tumpuan kepada huruf, bunyi dan makna secara automatik Bloomfield

Teori Lingustik
Seterusnya mereka berpendapat proses mendapatkan makna bergantung kepada intonasi, perkataan susunan ayat, nahu serta fungsi perkataan tertentu - Lefevre

Teori Linguistik
Goodman pula berpendapat membaca adalah a psycholinguistic guessing game di mana pembaca mendapatkan makna daripada teks yang dibaca dengan melibatkan banyak kiu.

Teori Lingustik
Beliau juga berpendapat dengan membuat generalisasi, pembaca boleh mentafsir maklumat dengan tepat.

Teori Linguistik
Teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks yang dibaca tetapi di dalam diri pembaca itu sendiri. Makna lebih penting daripada perkataan. Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaktik dan semantik. Berpendapat fonik tidak perlu diajar.

Teori Lingustik
Makna lebih penting daripada perkataan. Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaktik dan semantik. Berpendapat fonik tidak perlu diajar

Teori Linguistik
Membaca proses aktif untuk memproleh makna. Perkataan perlu dikenalkan dalam konteks kerana makna bergantung kepada konteks.

Teori Kognitif
Aliran Kognitif Membaca sebagai mengumpul, memproses serta mengguna maklumat dan tidak hanya bertindakbalas terhadap bahan bacaan.

Teori Kognitif
Menolak anggapan kemahiran berbahasa boleh diperoleh melalui pembentukan kebiasaan

Teori Kognitif
Berpendapat pembaca mendapatkan makna daripada bahan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.

Teori Kognitif
Ahli kognitif Piaget (1970) memperkenalkan konsep accomodation dan konsep assimilation .

Teori Kognitif
Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru yang tidak selaras dengan struktur kognitifnya yang sedia ada, beliau akan cuba menyesuaikan sesuatu yang baru dengan struktur kognitif yang sedia ada padanya.

Teori Kognitif
Guru boleh membantu murid menggunakan pelbagai strategi yang berfaedah ketika , sebelum dan selepas membaca.

Teori Kognitif
Paris (1987) berpendapat murid boleh digalakkan membaca teks seolah-olah mereka adalah reading detectives dengan meneliti teks untuk mencari klu untuk menghasilkan pembacaan yang baik.

1.3 Model Pembacaan


Hasil daripada teori membaca mengikut aliran yang berbeza maka wujud model pembacaan Model pembacaan juga dikenali sebagai teori proses membaca

1.3 Model Pembacaan


Terdapat 4 model utama dalam membaca teks: 1. Model Bawah ke Atas (Bottom-Up Model) 2. Model Atas ke Bawah (Top-Down Model) 3. Model Interaktif (Interactive Model) 4. Model Transaksional (Transactional Model)

Model Bawah ke Atas (Bottom-up)


Proses membaca bergerak secara linear iaitu dimulai dengan memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks. Sangat berguna untuk bacaan pada peringkat awal.

Model Bawah ke Atas (Bottom-up)


Pemahaman Teks
Membaca teks penuh

Membaca perenggan
Membaca ayat

Membaca perkataan
Membaca huruf

Model Bawah ke Atas (Bottom-up)


Prinsip pendekatan mengajar model ini ialah: Mengenal pasti ciri huruf Menghubung ciri bagi memilih huruf Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan

Model Bawah ke Atas (Bottom-up)


Menghubungkait pola ejaan bagi memilih perkataan Menimbulkan proses membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks

Model Bawah ke Atas (Bottom-up)


Pendekatan yang menggunakan prinsip model Bawah ke Atas: Pendekatan Binaan Pendekatan ini mendahulukan unsur yang terkecil dahulu

Model Bawah ke Atas (Bottom-up)


Terdapat tiga kaedah dalam pendekatan binaan: 1. Kaedah abjad 2. Kaedah suku kata 3. Kaedah fonik

Model Atas ke Bawah(Top Down)


Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan kepada bahasa lisan Membaca tidak melibatkan proses setiap huruf dan setiap kata Membaca adalah membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks bacaan

Model Atas ke Bawah(Top Down)


Pengalaman dan pengetahuan sedia ada

Tujuan bacaan

Pemahaman teks

Model Atas ke Bawah(Top Down)


Prinsip pendekatan mengajar model ini ialah: Memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca Menggunakan makna dan isyarat tatabahasa mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali

Model Atas ke Bawah(Top Down)


Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan. Perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh ketika membaca

Model Atas ke Bawah(Top Down)


Pendekatan yang menggunakan prinsip model Atas ke Bawah: Pendekatan Cerakinan Pendekatan ini mendahulukan unsur yang terbesar dahulu

Model Atas ke Bawah(Top Down)


Terdapat dua kaedah dalam pendekatan cerakinan: 1. Kaedah perkataan 2. Kaedah ayat dan cerita

Model Interaktif (Interactive)


Membaca sebagai proses aktif bagi membentuk makna melalui interaktif antara pembaca dengan teks

Model Interaktif (Interactive)


Proses membaca bermula dengan rakaman maklumat grafik dalam dalam bentuk visual dan alat pencerakin menginterpretasikan maklumat yang diperoleh

Model Interaktif (Interactive)


Pemahaman teks bergantung kepada pemboleh ubah pembaca berinteraktif dengan pemboleh ubah teks

Model Interaktif (Interactive)


Pemboleh ubah pembaca minat, tujuan membaca, pengetahuan mengenai topik, kecekapan bahasa, kesedaran proses membaca Pemboleh ubah teks jenis teks, struktur, sintaksis, perbendaharaan kata

Model Interaktif (Interactive)


Pengalaman dan pengetahuan sedia ada Tujuan bacaan Pemahaman teks Membaca teks penuh Membaca perenggan Membaca ayat Membaca perkataan Membaca huruf

Model Interaktif (Interactive)


Prinsip pendekatan mengajar model ini ialah: Menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put Membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak bergantung kepada pemboleh ubah pembaca dan pemboleh ubah teks

Model Interaktif (Interactive)


Pendekatan yang menggunakan prinsip model interaktif ialah: Pendekatan eklektik Pendekatan ini memandang berat aspek sifat-sifat ejaan bahasa Melayu yang fonemik, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan.

Model Transaksional (Transsactional Model)


Model yang dikembangkan dari model interaktif Menekankan konteks sosial Kesan hubungan dalam bentuk kitaran

Model Transaksional (Transsactional Model)


Respon pembaca terhadap bahan bergantung kepada tujuan mereka membaca teks Percaya konteks mempengaruhi pengalaman membaca

Model Transaksional (Transactional Model)


Pengalaman dan pengetahuan sedia ada Tujuan bacaan Pemahaman teks konteks Membaca teks penuh Membaca perenggan Membaca ayat Membaca perkataan Membaca huruf konteks

Bacaan tambahan
Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. KL:DBP. (ms : 156) Juriah Long, Raminah Sabran & Sofiah Hamid. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. (1990). KL:DBP. (ms: 146) Yahya Othman. (2003) Mengajar MembacaPTS. (ms: 1 37)

Anda mungkin juga menyukai