Anda di halaman 1dari 2

Definisi Kreativiti

Definisi Kreatif

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat
perbezaan tanggapan pada pengertian kreatif itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam
dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat
mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin
ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Websters (1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to
bring something new existence. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan
mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam,
dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali,
iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan
kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu
masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan
dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapatmenghasilkan sesuatu yang
tidak pernah wujud sebelumnya, kerana iamemperlihatkan kemampuan manusia mencipta sesuatu
daripada tiada kepada ada. Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah
kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat
menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); Only God could create, and
whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh
manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif
dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994);
Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin creare yang bermaksud membuat (to
make). Manakala dalam bahasa Greek pula, Krainein yang membawa makna memenuhi. Dalam
bahasa Inggeris create atau cipta dalam bahasa Melayu.
To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray
and give character to a role or part creation: An original product of human invention or
imagination.
A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements,
disharmonies and so on; identifying thedifficult; searching for solutions, making guesses or
formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly
modifying and retesting them and finally communicating theresults. (Torrance, 1974)
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigidberdasarkan ruang, tempat dan
masa. Malah, konsep kreativiti bolehdilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang
seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik

dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan;
People who copy concepts and ideas, sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif
dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep
kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama
atau the patternof sameness.3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.4. Melihat
sesuatu daripada perspektif baru.5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea
baru.6. Membuka minda dengan idea-idea baru.7. Mencabar andaian.8. Mencipta sesuatu yang
baru.9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea
kecil.11. Berfikir secara fleksibel.12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli
(novel).13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaituberlawanan dengan pemikiran kritis
yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadangkadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala
pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang
dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan
dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990)
sebagai, Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.

Anda mungkin juga menyukai