Anda di halaman 1dari 14

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

NUR AZWIN BINTI ROSLAN SITI NURATIQAH BINTI ABU BAKAR SOH TOH WAN LIN SYARIFAH NURSOLLEHAH BINTI SYED MOHAMAD KHER

PENDEKATAN BOTTOM-UP
Definisi
membaca dari bawah ke atas. proses yang melibatkan ketepatan, butiran dan rangkaian persepsi serta identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan dan unit bahasa. Menurut pendekatan ini, petikan yang menentukan pemahaman seseorang.

Gough (1972,1985) menggariskan, proses membaca bergerak secara liner, iaitu dimulai dengan membaca huruf, membuat kod pada tahap fonem, menangkap perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Berdasarkan teknik ini pembaca mulai dari unit terkecil seperti: 1. Mengenal huruf. 2. Memahami perkataan. 3. Memahami kalimat. 4 . Mencari makna yang tersirat dan tersurat dari kalimat.

PENEKANAN BOTTOM-UP
Antara inti pati yang terkandung dalam model ini adalah: a. Memberikan penegasan pada teks bertulis. b. Membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari makna. c. Timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks.

Model ini dapat dirumuskan menurut pandanganpandangan seperti yang dihuraikan seperti di bawah: a. Membaca adalah proses yang bersiri. Analisis visual huruf demi huruf, membawa kepada mengenal pasti secara positif setiap perkataan melalui pengekodan fonemik. b. Peraturan yang leksikal, sintaksis dan semantik diaplikasikan pada penghasilan fonemik yang dinyatakan dalam bentuk cetakan. c. Tujuan pertama membaca adalah mempelajari kod atau prinsip abjad.

d. Makna teks diharapkan hadir secara semula jadi yang diasaskan pada pengetahuan lalu pembaca berkaitan perkataan, makna dan pola sintaksis bahasa itu. e. Menulis hanya bagi merekodkan pertuturan. f. Teks bertulis diorganisasikan secara berhierarki iaitu pada tahap grafemik, fonemik, suku kata, morfem, kata dan ayat. g. Pembaca memproses unit linguistik yang terkecil dahulu dan beransur-ansur menyusun unit terkecil bagi memahami unit yang lebih besar iaitu binaan ayat

h. Pembaca mesti belajar mengubah daripada simbol auditori kepada isyarat bahasa. i. Pembaca mesti belajar menguasai secara automatik tindak balas ke atas pola-pola visual teks. j. Belajar membaca bertujuan memperkembangkan jarak tindak balas secara kebiasaan pada pola yang lebih khusus dalam bentuk grafik.

AMALAN PENDEKATAN
Daripada segi pendekatan mengajar, pendukung model ini percaya pembaca perlu: a. Mengenal pasti ciri huruf. b. Menghubungkan ciri ini bagi memilih huruf. c. Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan. d. Menghubungkan pola ejaan bagi memilih perkataan. e. Menimbulkan proses membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks

PENEKANAN TOP-DOWN
Model atas-ke-bawah (Top-down model) Model bacaan ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967,1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memfokuskan peranan pembaca dan bacaannya yang bersifat linear tetapi bergerak daripada atas ke bawah. Pembaca memainkan peranan utama semasa memahami teks yang dibaca. Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi meramalkan teks dan mengurangkan kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi bahasa

Kaedah Top Down


Pendekatan ini berkaitan dengan kemahiran membaca yang menjadi sebahagian daripada proses skema seseorang iaitu
membaca secara terus-menerus untuk menguji sama ada untuk menerima atau menolak hipotesis yang dibuat semasa proses membaca.

Maklumat grafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang makna.

Pembaca tidak hanya memerlukan maklumat grafik daripada bacaan kerana mereka telah memiliki model bacaan sendiri untuk memahami bacaan.

Berdasarkan pendekatan ini, sebelum membaca seseorang itu membuat ramalan ataupun hipotesis berkaitan dengan apa yang mungkin ada dalam bahan bacaan dengan bermodalkan pengetahuan tentang isi dan bahasa yang dimilikinya

Kaedah Top Down


Berdasarkan model tersebut, pendekatan mengajar membaca berdasarkan prinsip berikut: a. Pembaca dapat memahami bahan daripada teks yang dibaca walaupun tidak mengenali setiap perkataan yang dibaca.

b. Pembaca perlu menggunakan makna dan isyarat tatabahasa bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali.
c. Membaca bagi tujuan mendapatkan makna adalah objektif utama dan lebih baik daripada menguasai huruf, hubungan bunyi dan perkataan. d. Membaca memerlukan penggunaan aktiviti mencari makna lebih daripada menguasai kemahiran mengenali perkataan sahaja.

e. Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan. f. Perkara penting berhubung membaca adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh melalui pembacaan.

Kaedah Top Down


Rumusan model ini adalah: a. Menegaskan perkara yang dimiliki oleh pembaca seperti pengetahuan terdahulu dan pengalaman pada teks yang dibaca bagi tujuan pemahaman. b. Menyatakan yang kefahaman bermula dalam minda pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea mengenai makna teks yang dibaca

c. Makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil.

CARA PENDEKATAN TOP DOWN MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA


Pembaca yang sudah lancar pada umumnya meramalkan apa yang dibacanya dan kemudian menguatkan atau menolak ramalannya berdasarkan kepada apa yang terdapat dalam bacaan . Orang yang membaca telah mempunyai pengetahuan sedia ada, pengalaman serta kemahiran dalam sesuatu perkara yang terdapat dalam bahan bacaan
Contoh : Telah mengetahui cerita Sang Kura-kura keseluruhannya berdasarkan gambar yang terdapat dalam teks yang disediakan

Anda mungkin juga menyukai