Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Pada semester ini, kami telah diperkenalkan dengan kursus baru iaitu Guru dan Cabaran Semasa. Kursus ini memfokuskan tentang isu-isu dan cabarancabaran terkini yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Sebagai seorang guru pelatih, kami perlu bersiap sedia untuk berhadapan dan menghadapi cabarancabaran yang bakal temui secara positif. Kursus ini mengandungi enam topik yang membincangkan tentang cabaran pendidikan semasa yang bakal dihadapi oleh setiap guru prelatih pada masa akan datang. Topik pertama yang kami telah pelajari adalah Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa yang mberkaitan dengan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial. Topik ini telah memberi banyak maklumat tentang perkara-perkara yang berhubung isu-isu perpaduan dan integrasi nasional serta kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan diuruskan oleh pihak guru. Di samping itu, saya juga telah menyedar tentang peranan saya sebagai seorang guru dalam pendemograsian pendidikan yang memberikan peluang mengajar kepada semua kanak-kanak tanpa sempadan daerah dan kedudukan. Selain itu, saya dapat menyedar diri tentang pelbagai gejala sosial yang melanda generasi muda terutama dengan ledakan teknologi maklumat. Topik ini memberi input yang secukupnya di mana menyedarkan saya dengan tanggungjawab yang perlu saya pikul setelah menjawat jawatan guru. Daripada topik ini, saya dapat beberapa pengetahuan baru tentang isu dan cabaran pendidikan semasa. Saya sebagai seorang guru pelatih, saya haruslah meningkatkan pembacaan kerana seorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ke tahap yang tinggi. Selain itu, seorang guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kami telah didedahkan dengan peraturan-peraturan pegawai awam yang melibatkan kelakuan dan tatatertib 1993 serta pindaan pada 2002 dan akta pendidikan 1996. Sebagai seorang penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturanperaturan tatakelakuan dan tatatertib. Daripada pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah pun menyedar bahawa pematuhan dan penghayatan tatakelakuan akan mewujudkaan perkhidmatan keguruan menjadi Bersih, Cekap dan Amanah dan tidak akan berlaku penyelewengan. Topik ini sangat menarik kerana ia diberi penjelasan tentang tindakan-tindakan yang boleh dikenakan sekiranya seseorang guru melanggar peraturan tatakelakuan atau tatatertib sepertimana yang diperuntukkan. Semua guru di negara ini perlu mematuhi Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindahan 2002). Sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab ke atas semua tugas yang dipertanggungjawabkan sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Saya juga dapat mengenali beberapa peraturan yang amat berguna bagi sewaktu menjadi guru biasa pada tahun hadapan. Guru tidak boleh menggunakan peralatan atau barang-barang sekolah untuk hal-hal peribadi. Guru juga dilarang sama sekali melakukan gangguan seksual sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Guru dilarang melakukan kerjakerja luar kecuali mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah. Guru juga perlu mematuhi peraturan berpakaian. Ia amat berfaedah dan berguna untuk menjadi seorang guru yang profesional. Saya akan mematuhi semua peraturan bagi menjamin profesion keguruan. Kami juga turut mempelajari tekanan emosi dalam kalangan murid. Dengan mempelajari topik ini, saya dapat mengetahui tanda-tanda awal gangguan emosi dan langkah-langkah menangani gangguan emosi tersebut. Saya berharap hal ini akan membantu saya pada masa akan datang untuk menangani murid yang mempunyai masalah gangguan emosi dari awal sebelum ia menjadi lebih teruk. Sebagai seorang guru, saya akan membantu murid-murid saya daripada menghadapi masalah gangguan emosi. Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah mereka dengan cara-cara yang berfaedah. Di samping itu, saya akan menjaga hak kanak-kanak dijamin dan dihormati. Selain itu, saya akan berusaha untuk menjaga kanak-kanak daripada diskriminasi oleh murid-murid lain. Ini adalah suatu tanggungjawab saya untuk menjaga hak kanak-kanak.

Selain gangguan emosi dalam kalangan murid, kami juga mempelajari tekanan emosi di kalangan guru. Selepas mempelajari, saya dapat tahu tentang tekanan emosi dengan mendalam. Ini berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain daripada tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Selain itu, topik ini juga telah memberi banyak panduan untuk mengelakkan tekanan emosi tersebut. Seterusnya, kami juga didedahkan dengan cabaran terkini bagi berhadapan dengan agenda pendidikan negara, iaitu inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Topik ini memberi banyak input tentang pelbagai perkara seperti strategi pengajaran inovatif, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, perkembangan persekitaran pembelajaran, reka bentuk resos dan reka bentuk penaksiran dan penilaian. Selepas mempelajari topik ini, saya mendapat tahu bahawa setiap guru perlu berubah pemikiran dari lama kepada yang kreatif dan inovatif serta perlu menambahkan dimensi baharu dalam pengajaran. Topik yang akhir sekali kami belajar adalah pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan. Perubahan pendidikan berlaku dari semasa ke semasa bergantung pada keperluan sesebuah negara dan kerajaan yang memerintah di samping menyesuaikan keadaan dengan agenda dunia pada peringkat antarabangsa. Saya juga mendapat input tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem kualiti pendidikan malaysia di mana ia memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. Selain daripada pengajaran topik-topik, kami juga telah mengadakan forumforum tentang isu dan cabaran pendidikan semasa. Daripada forum tersebut, kami mempelajari banyak perkara-perkara semasa tentang pendidikan dan dapat mengemaskinikan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Di samping itu, kami juga dapat meningkatkan kemahiran bercakap di hadapan kelas dan dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh rakan sekelas dan pensyarah kami. Tambahan lagi, kami juga menyediakan portfolio guru dan cabaran semasa. Bagi mengemaskinikan portfolio, kami telah mencari ISL bagi setiap minggu daripada pelbagai sumber, membuat tutorial dan juga telah membuat nota ringkas untuk setiap tajuk yang telah dipelajari dalam kelas. Penyediaan portfolio amat

membantu kami memahami dengan mendalam isi kandungan kursus guru dan cabaran semasa. Kami juga dapat mengemaskinikan ilmu pengetahuan yang sedia ada dari pencarian ISL. Di samping itu, kami juga telah mendapat peluang untuk membuat penilaian diri sendiri tentang perkembangan pembelajaran dari semasa ke semasa. Dengan menyediakan portfolio sebagai tugasan kami, kami menjadi seorang yang berdikari dan bertanggungjawab untuk menyiapkannya. Daripada ini, saya dapat menunjukkan perwatakan seorang guru yang bertanggungjawab dan profesional. Saya berharap portfolio adalah sesuatu yang berfaedah bagi setiap pelajar di institut. Walaupun ia adalah sesuatu yang membebankan para pelatih, tetapi ia akan membantu mereka sewaktu mengulangkaji untuk peperiksaan akhir kursus. Daripada pengalaman saya, portfolio adalah sangat penting bagi saya sewaktu perbincangan kumpulan sebelum peperiksaan kerana saya dan tiga orang kawan saya membuat perbincangan kumpulan untuk mengulangkaji pelajaran bagi mengelakkan kekeliruan. Ini dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam dan dapat berkongsi idea dan juga mendapatkan jawapan bagi setiap kekeliruan yang dihadapi. Kursus Guru dan Cabaran Semasa sangat membantu saya untuk menjadi guru yang sempurna dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Kesimpulannya, profesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu, peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Tetapi kini ia telah pun berubah, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.