Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MURAL

SMK METHODIST TELOK DATOK


2015
PENGENALAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga
sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah
adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran
yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.
Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses
pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat murid untuk hadir
ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah
terhadap para murid, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk
mengadakan program keceriaan sekolah dengan melukis mural. Program
keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan
mengindahkan kawasan sekitar sekolah.
MATLAMAT
Matlamat program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah.
Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif
menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang
diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan
sekolah dan para murid.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan
persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum
supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan
kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui
pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung melalui
lukisan mural, para murid akan dapat meningkatkan motivasi diri mereka.
OBJEKTIF
Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan
sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi
sekolah.
Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan
kakitangan.
Hasil kerja guru sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila
meninggalkan sekolah kelak.
.

KONSEP MURAL
Mural ini bercorakkan abstrak. Lukisan mural yang berwarna-warni ini akan
membangkitkan semangat dalam diri para murid di samping memberi satu
suasana baru yang ceria dan menjadi sumber inspirasi kepada murid.

PERLAKSANAAN
Tarikh : 20 Ogos 2015 30 Sept 2015
Masa :

830 pagi hingga 1030 pagi

Tempat : Tangga dan Dinding blok Pusat Sumber dan Tangga tingkat satu
blok C

SUMBER KEWANGAN
Peruntukkan dari Panitia Sivik dan Kewarganegaraan
BAHAN YANG DIPERLUKAN
BIL
1

PERKARA

KUANTITI

Alatan dan Bahan


(berus, warna mural
dan thinner)

JUMLAH

200

Cat air dan

3 tin x RM 35

cat minyak

3 tin x Rm 20

Kertas warna, plastic


laminat, A4 paper dan
alatan tulis

165

135
Jumlah

500

PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga program menceriakan sekolah ini dapat
meningkatkan motivasi diri para murid disamping mengindahkan lagi
kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih

Disediakan oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh

Pn Suzana @ Latifah bt Kamary


Setiausaha 3K dan Panitia Sivik

Kertas kerja keceriaan sekolah

DEFINISI
Projek ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid serta
pengalaman baru kepada mereka tentang keceriaan sekolah dan
kepentingannya serta memfokuskan kepada program membina taman yang
dipanggil Astana Sivik.
MATLAMAT
Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, cantik dan tenteram
amat perlu bagi meningkatkan keselesaan murid bagi melahirkan insan yang
seimbang
dari
segi
emosi,
rohani
dan
intelek.
OBJEKTIF
Memupuk murid bagi mewujudkan kawasan yang lebih ceria dan harmonis.
Mendidik murid bagi memupuk sikap bertanggungjawab terhadap sekolah.
Memupuk murid mewujudkan sikap kerjasama di antara warga sekolah.
Mendidik murid menjadikan sekolah selesa.
KUMPULAN
Pelajar tingkatan 1 dan 2
TEMPOH
Tarikh
:
25
Masa : 5.00 petang
Tempat : Kawasan Sekolah

SASARAN

Julai
6.00

petang,

5
waktu

PERLAKSANAAN
Ogos
2012
rehat, waktu P&P

PENUTUP
Semoga projek yang dijalankan ini akan dapat memberi kesedaran kepada
pelajar tentang kepentingan keceriaan sekolah bagi meningkatkan mutu
pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang tenang, ceria dan
selesa.Adalah menjadi harapan kami agar projek Astana Sivik ini diterima
dan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga rancangan ini dapat
membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan Sekolahku,
rumahku.

Kertas kerja latihan kebakaran


PENDAHULUAN
Memandangkan aspek keselamatan merupakan elemen yang terpenting dalam semua institusi, pihak
sekolah di bawah Unit Keselamatan mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang berbentuk
peningkatan dan keselamatan murid. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga
sekolah betapa pentingnya isu keselamatan diambil berat oleh semua pihak. Program ini telah
dirancang dalam dua siri bagi melengkapkan semua yang terlibat dengan pengetahuan keselamatan
yang secukupnya. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberikan impak yang besar
kepada tahap keselamatan sekolah kita InsyaAllah.
RASIONAL
Memupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap keselamatan sekolah pada setiap masa dan ketika.
OBJEKTIF
Menanam perasaan cintakan sekolah.
Sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.
Mengajak murid kearah kesedaran keselamatan.
Menambah pengetahuan berkaitan keselamatan kepada murid-murid.
Memupuk keprihatinan untuk menjaga keselamatan.
MATLAMAT
Memertingkatkan penghayatan tentang keselamatan.
Melahirkan murid yang prihatin.
Melahirkan insan yang berpelajaran dan berpendidikan luas.
Mempertingkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalaman dikalangan guru

dan murid.
Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

SASARAN
Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan semua warga Sekolah Kebangsaan Ringlet.
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 13 Julai 2012
Hari: Jumaat
Masa: 09.00 pagi 12.00 tengahari
Tempat: Tapak perhimpunan
AKTIVITI
Latihan kebakaran atau latihan pengosongan bangunan
Taklimat keselamatan
Demontrasi memadam kebakaran
Pameran

Anda mungkin juga menyukai