Anda di halaman 1dari 54

PENGGUNAAN TEKNIK KFA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN

PENGGUNAAN KATA HUBUNG GABUNGAN DALAM AYAT MAJMUK


BAGI MURID TAHUN 3 AMAL

PEREIRA SABIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


2016

PENGGUNAAN TEKNIK KFA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN


PENGGUNAAN KATA HUBUNG GABUNGAN DALAM AYAT MAJMUK

BAGI MURID TAHUN 3 AMAL

PEREIRA SABIN

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Pendidikan Bahasa Melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

DISEMBER 2016

PENGESAHAN

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Tandatangan

: _____________________________________

Nama Penyelia

: _____________________________________

Tarikh

: _____________________________________

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ______________________________________

Nama Penyelidik

: ______________________________________

Tarikh

: ______________________________________

DEDIKASI

Untuk ayah, bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga Sekolah
Kebangsaan Langit ( bukan nama sebenar) , rakan-rakan seperjuangan serta
saudara-mara

terdekat

yang

sentiasa

memberi

sokongan

dan

dorongan

sepenuhnya. yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala
ilmu yang telah dikongsi bersama.

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan
ini saya berjaya menyiapkan kajian tindakan ini. Saya juga mengambil peluang ini
untuk merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada penyelia
saya Encik Fihat Bin Salleh atas bimbingan dan tunjuk ajar semasa menjalankan
kajian sehinggalah terhasilnya laporan ini. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan
kepada Sekolah Kebangsaan langit ( bukan nama sebenar) atas kerjasama yang
diberikan sepanjang masa praktikum dan intership dijalankan di sekolah tersebut..
Tanpa bantuan mereka sudah pasti

saya tidak dapat melaksanakan kajian ini

dengan jayanya. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
yang membantu saya sehingga terhasilnya buku laporan ini. Semoga Allah sahaja
yang dapat membalasnya.

SENARAI JADUAL

Jadual

Halaman

Rumusan markah lembaran kerja

Markah lembaran kerja sebelum tindakan

21

Markah lembaran kerja selepas tindakan

22

Jadual keputusan ujian awal

23

Jadual markah ujian akhir

Aspek pemerhatian terhadap murid

25

27

SENARAI RAJAH

RAJAH

HALAMAN

Peratusan Markah lembaran kerja murid

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis&McTaggart)

Analisis markah data lembaran kerja (sebelum tindakan

12

21

Markah lembaran kerja selepas tindakan

22

Peratusan markah ujian awal

24

Peratusan markah ujian akhir

25

Perbandingan markah lembaran kerja

30

perbandingan markah ujian awal dan akhir

31

Jumlah peserta kajian mengenai lima jenis kata hubung

33

10

Jumlah peserta mengetahui cara penggunaan kata hubung

34

SENARAI SINGKATAN

Singkatan

Halaman

K.F.A

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan kata hubung gabungan
dalam ayat majmuk menggunakan Teknik KFA. Teknik KFA merupakan akronim kepada
Kenal , Faham, Aplikasi. Empat peserta kajian terdiri daripada kelas tahun Tiga Amal
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan berdasarkan ujian diagnostik
untuk memilih peserta kajian.

Hasil tinjauan mendapati peserta kajian tidak dapat

menggunakan kata hubung gabungan yang betul mengikut konteks dalam ayat majmuk
serta mereka mempunyai pengetahuan yang lemah mengenai kata hubung gabungan. Oleh
itu, lima jenis kata hubung gabungan dipilih dalam Teknik KFA ini, iaitu dan,atau,tetapi,
sambil dan

lalu.

Kajian ini dijalankan menggunakan analisis kuantitatif dengan

berpandukan model Kemmis & McTaggart (1988). Teknik KFA telah dihasilkan sebagai
tindakan dengan gabungan dua bahan bantu mengajar iaitu peta pemikiran pokok serta
gambar tunggal untuk meningkatkan penguasaan kata hubung gabungan dalam ayat
majmuk. Data dikumpul melalui hasil lembaran kerja dan ujian awal dan akhir serta borang
senarai semak.

Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian memperlihatkan

peningkatan ketara. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Teknik KFA
dapat membantu murid meningkatkan penguasaan penggunaan kata hubung gabungan
dalam ayat majmuk.

Kata Kunci : Teknik KFA, Kata hubung gabungan, ayat majmuk, Model Kemmis dan
Mctaggart (1988).

ABSTRACT

This study was conducted to improve the use of the combined use of conjunctions in
compound sentences using KFA technique. KFA technique is an acronym to 'know' (Kenal),
'Understand'(faham), 'Applications'(aplikasi). A total of four pupils who are weak in the use of
combined conjunctions were made as research participants.

The initial review was

conducted based diagnostic test to select the research participants. The findings of the study
cannot use a combination of appropriate conjunctions in compound sentences and they have
a poor knowledge of conjunctions combination. Thus, five types of conjunctions combination
selected in this KFA techniques, namely 'and', 'or', 'but', 'while' and 'then'. The study was
conducted using quantitative analysis based of model Kemmis & McTaggart (1988). KFA
technique was developed as a joint action by two teaching aids that tree map thinking and a
single image to increase its combined conjunctions in compound sentences. Data collected
through the worksheet and initial and final test and checklist. The findings showed that all
research participants showed significant improvement. Results of this study indicate that the
use of techniques K.F.A can help students improve their use of conjunctions in compound
sentences combined.

Keywords: KFA teachique, combined conjunctions, compound sent, Model Kemmis &
McTaggart (1988).

KANDUNGAN

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

II

DEDIKASI

III

PENGHARGAAN

IV

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

VI

SENARAI LAMPIRAN

VII

ABSTRAK

VIII

ABSTRACT

VIV

PENDAHULUAN
Pengenalan

Konteks

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

FOKUS KAJIAN
Pemilihan Fokus Kajian

Pengumpulan data awal

Tindakan

11

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

16

PESERTA KAJIAN

16

PELAKSANAAN KAJIAN
Langkah-langkah tindakan

17

Kaedah mengumpul data

18

Analisis data

20

Cara menyemak data

29

DAPATAN KAJIAN

30

REFLEKSI

36

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

38

RUJUKAN

40

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran tatabahasa merupakan pengajaran yang melibatkan hukum-hukum dan


peraturan sesuatu bahasa.

Pemahaman yang baik tentang struktur dan sistem

bahasa yang dipelajari membolehkan seseorang menguasai dan menggunakan


bahasa dengan betul, cekap dan berkesan. Oleh itu, pengajaran tatabahasa ini
telah diterapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam
pengajaran bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk melihat penguasaan murid akan
kemahiran

berbahasa

menggunakan

nahu

tatabahasa

yang

betul

selain

mempelajari kemahiran-kemahiran bahasa Melayu yang lain seperti dengar tutur,


membaca dan menulis.
Kata hubung merupakan salah satu komponen dalam tatabahasa yang
digunakan dalam membina ayat majmuk.

Kata hubung merupakan kata yang

dikategorikan sebagai kata tugas untuk menyambungkan ayat (Nik Safiah Karim et
al,1996: 238).

Hasmidar Hassan ( 2011) menyatakan bahawa kata hubung

sebenarnya mempunyai peranan dan fungsi yang penting dalam sesuatu ayat atau
ujaran. Kata hubung berfungsi menghubungkan perkataan dengan perkataan, frasa
dengan frasa dan klausa dengan klausa ( Abdullah Hassan, 2011) kata hubung
terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan dan pancangan. Kata hubung
gabungan ialah jenis kata hubung yang mencantumkan dua klausa atau ayat yang
sama tara sifatnya. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, sambil
dan lalu. Penggunaan kata hubung ini akan membentuk dua ayat tunggal yang
setara menjadi ayat majmuk. Kata hubung pancangan pula atau dikenali sebagai
kata hubung tak setara berfungsi untuk menghubungkan dua unsur yang tidak
setara, iaitu satu klausa induk dan yang lain berfungsi sebagai klausa kecil. Kata

hubung pancangan menggunakan kata hubung seperti yang,bahawa,apabila, untuk,


supaya,walaupun dan hingga.
Menurut Abdullah Hassan, Seri Lanang, Razali Ayob dan Zulkifli ( 2007)
menyatakan kata hubung gabungan yang membentuk ayat majmuk gabungan
terbahagi kepada tiga jenis gabungan iaitu gabungan berurutan, gabungan
bertentangan dan gabungan berpasangan.

Ayat majmuk gabungan berurutan

merupakan ayat majmuk yang disusun secara berurutan satu demi satu. Klausaklausa yang digabungkan itu menggunakan kata hubung dan, lalu, dan sambil. Ayat
majmuk gabungan bertentangan pula merupakan ayat majmuk yang mempunyai
dua klausa yang dipertentangkan oleh kata hubung tetapi.

Seterusnya, ayat

majmuk berpasangan merupakan ayat majmuk yang terbentuk daripada dua klausa
yang menjadi berpasangan apabila menggunakan kata hubung berpasangan seperti
atau.
Edward M. Anthony ( 1963) mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Menurut

Arbak Othman (1985), terdapat beberapa teknik mengajar tatabahasa yang


dianggap sesuai untuk dipratikkan. Antara teknik-teknik yang disyorkan ialah teknik
penerangan, teknik keperihalan, teknik perbandingan, teknik binaan dan teknik
analisis.

Apabila murid mengetahui sesuatu unsur tatabahasa tersebut, maka

pemahaman akan peraturan-peraturan bahasa itu berdasarkan bentuk, fungsi,


makna dan pola-pola sebutan aspek tertentu dalam tatabahasa akan menjadi
mudah. Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (2004) pula mengupas teknik
sebagai pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

Adenan Ayob dan

Khairuddin Mohammad ( 2012) menyatakan teknik merupakan alat yang digunakan

oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah
dipilih.
Justeru, pelaksanaan kajian tindakan ini telah dijalankan menggunakan
Teknik KFA

Nama teknik ini dihasilkan daripada akronim perkataan Kenal,

Faham, Aplikasi. Teknik ini menggunakan dua bahan pengajaran iaitu penggunaan
peta pemikiran pokok dan gambar. sesuai dan praktikal terutama sekali bagi muridmurid tahun tiga.

Dalam teknik ini, murid hanya perlu menghafal formula,

memahami konsep kata hubung gabungan dan mengaplikasikan penggunaan kata


hubung gabungan dalam penulisan ayat majmuk.

1.2 Konteks
Saya merupakan guru pelatih yang menjalani sesi praktikum fasa tiga di
sebuah sekolah sekitar Sungai Petani, Kedah.

Sesi praktikum pada kali ini

dijalankan selama tiga bulan iaitu bermula pada 25 Januari 2016 sehingga 28 April
2016.

Bagi mata pelajaran bahasa Melayu, saya telah diamanahkan untuk

mengajar kelas tahun 3 Amal. Kelas ini terdiri daripada 16 murid lelaki dan 25 murid
perempuan.

Tahap penguasaan kemahiran berbahasa yang merangkumi

kemahiran lisan (dengar tutur), membaca dan menulis berada dalam tahap yang
baik dan sederhana.
Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa Melayu.

Mata pelajaran ini

mempunyai lima modul, iaitu Modul mendengar dan bertutur, Modul membaca,
Modul menulis, Modul seni bahasa dan Modul Tatabahasa.

Tiga modul yang

pertama merangkumi empat kemahiran berbahasa iaitu, kemahiran mendengar,


kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Modul seni

bahasa dan tatabahasa pula digunakan untuk menyokong modul-modul tersebut


untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid serta memastikan penggunaan

bahasa yang betul, tepat dan indah dalam kalangan murid. Kesemua modul ini
diajar mengikut Standard kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Seterusnya, sekolah tempat saya telah menjalani kajian tindakan ini
merupakan sekolah yang terletak di luar bandar Sungai Petani. Sekolah ini baru
beroperasi selama enam tahun. Sekolah ini mempunyai 43 orang guru, 7 orang staf
sokongan dan

orang murid. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan.

Rata-rata murid di sekolah ini berbangsa Melayu dan beragama Islam tetapi terdiri
daripada status ekonomi keluarga yang berbeza.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Mengimbas kembali pengalaman mengajar saya sebelum ini, saya
mendapati murid saya mengalami masalah dalam kemahiran menulis ayat majmuk
gabungan. Ayat majmuk gabungan merupakan ayat yang terdiri daripada dua atau
lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat menggunakan kata
hubung gabungan seperti dan, atau, serta, tetapi, sambil,lalu, dan kemudian.
Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati mereka mampu menulis ayat
majmuk

namun

penggunaan

kata

hubung

tidak

diaplikasikan

sehingga

menyebabkan penulisan ayat majmuk mereka menjadi tidak gramatis. Masalah ini
dikenal pasti semasa saya mengajar kemahiran menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk kepada murid-murid 3 Amal ini.

Pada asasnya, mereka memahami

maksud ayat majmuk namun begitu, mereka mempunyai masalah untuk


menyambungkan dua ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk.
Zamri (2012) menyatakan bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam
sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya guru masih
mengamalkan kaedah tradisional dalam pengajaran. Menyedari hakikat ini, saya
sentiasa merancang aktiviti berkumpulan dalam kelas.

Menurut Rubiah Aksah

(2005) dalam kajiannya menyatakan, pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri


daripada tiga hingga lima orang ahli cukup baik untuk mengelakkan lencongan
objektif perbincangan. Namun begitu, sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan saya
mendapati murid-murid pasif dan tidak dapat mengeluarkan idea atau pernyataan
mengenai tajuk yang dibincangkan. Menyelami masalah amalan pengajaran saya
ini, saya mendapati walaupun murid melakukan pembelajaran secara berkumpulan,
mereka tetap berasa bosan dan perbincangan dalam kumpulan tidak menarik minat
mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, saya mencari inisiatif bagi memastikan

sesuatu pembelajaran itu berkesan.

Oleh itu, saya mengabungkan beberapa

kaedah pengajaran bagi memastikan pengajaran yang saya sampaikan berkesan.


Tatabahasa merupakan satu aspek yang perlu dikenali dan difahami dengan baik,
kemudian barulah boleh diaplikasikan dalam penulisan sesuatu ayat majmuk. Oleh
itu, saya menggunakan gabungan beberapa teknik sebagai interversi saya dalam
meningkatkan pemahaman murid mengenai penggunaan kata hubung dalam
penulisan ayat majmuk. Antara gabungan teknik yang saya telah gunakan ialah
dalam proses Kenal dan faham saya menggunakan peta pemikiran pokok. Peta
pemikiran pokok ini akan memudahkan murid menghafal kata hubung gabungan
dan prinsip kata hubung gabungan. Seterusnya, bagi proses Aplikasi saya
menggunakan kad gambar sebagai bahan ransangan kepada murid untuk
membentuk ayat majmuk menggunakan kata hubung.
Dalam Teknik KFA ini, penggunaan peta pokok digunakan untuk memberi
pengenalan kepada murid jenis-jenis kata hubung gabungan. Penggunaan peta
minda juga dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya
ingatan, dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh
dihuraikan dengan baik (Abdul Rahim, 2000). Gambar atau grafik merupakan salah
satu bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru untuk merangsang murid
bertutur, mengeja, membaca dan menulis.

Yahya Othman (2005) menyatakan

penguasaan kemahiran menulis bukan bergantung kepada bakat semata-mata


tetapi dipengaruhi dengan bahan ransangan.

Oleh itu, saya akan menggunakan

gambar sebagai bahan ransangan bagi membolehkan murid mengaplikasikan kata


hubung gabungan dalam penulisan ayat majmuk.
Saya berharap gabungan dua bahan ini sebagai tindakan dalam kajian
tindakan saya dapat membantu murid meningkatkan pemahaman kata hubung
gabungan.

Diharapkan juga tindakan ini dapat membantu murid meningkatkan

kemahiran menulis ayat majmuk nanti.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian


Kata hubung merupakan unsur utama dalam penulisan ayat majmuk. Penggunaan
kata hubung yang tepat akan menghasil satu ayat majmuk yang baik. Ayat majmuk
yang baik akan membantu kepada penulisan karangan yang tepat. Kata hubung
tergolong dalam golongan kata tugas dan menjadi salah satu elemen tatabahasa
Bahasa Melayu. Ia sangat penting untuk dikuasai oleh seseorang jika ingin menjadi
penutur yang baik ( Mokthar Rais,2006). Merujuk kepada refleksi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dihuraikan, sememangnya tidak dapat dinafikan timbul
beberapa masalah dalam pengajaran saya. Antaranya ialah masalah penggunaan
huruf besar dan huruf kecil, penggunaan tanda baca yang betul dan penggunaan
kata hubung gabungan.

Namun, saya lebih memfokuskan kepada masalah

penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat majmuk. Hal ini kerana saya ingin
membantu murid saya agar dapat menulis ayat majmuk dengan menggunakan kata
hubung yang tepat. Kata hubung memainkan peranan yang sangat penting dalam
menghidupkan frasa, klausa, ayat, perkataan dan dalam proses pemerengganan
sesuatu esei. Pelbagai jenis kata hubung juga berfungsi bagi menggabungkan ayat,
kata, klausa atau frasa bagi menyampaikan sesuatu mesej.
Dua kaedah pengumpulan data awal dijalankan bagi mengenal pasti
masalah murid. Antaranya, analisis dokumen dan pemerhatian. Analisis dokumen
digunakan dalam pengumpulan data ini dengan melihat pada buku latihan murid,
refleksi rancangan pengajaran harian sewaktu praktikum dijalankan serta lembaran
kerja yang diberikan.
menyokong

Tujuan analisis dokumen ini digunakan adalah untuk

dapatan yang sedia ada ( Rosinah Edinin, 2011).

Semakan buku

latihan setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan bertujuan untuk

mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
mengenal pasti murid yang bermasalah. Selain semakan buku latihan, saya juga
menyemak lembaran-lembaran kerja yang diberikan. Hasil semakan ini dijadikan
sebagai data awal yang dikumpul untuk mengenal pasti murid-murid yang
bermasalah. Kepelbagaian data yang diperoleh ini menunjukkan keprihatinan saya
dalam membantu murid mengatasi masalah mereka dalam penggunaan kata
hubung yang salah.
2.2 Pengumpulan Data Awal
Kajian yang diutarakan tidak akan bermakna tanpa bukti yang kukuh. Oleh itu, satu
tinjauan masalah telah dilaksanakan bagi memastikan kajian yang dicadangkan
bertepatan dengan menggunakan beberapat alat kajian.

Masalah pemahaman

penggunaan kata hubung gabungan ini menjadi isu kajian berdasarkan kepada
tinjauan masalah yang telah dijalankan berpandukan alat kajian seperti analisis
dokumen yang diambil daripada latihan murid serta lembaran kerja dan pemerhatian
dalam kelas.
i)

Analisis Dokumen
Analisis adalah salah satu bahagian terpenting dalam penyelidikan kerana
hasilnya

akan mencerminkan sebahagian

daripada

objektif sesuatu

penyelidikan ( Dr.Hasan Bahrom, 2004). Analisis dokumen merupakan alat


saintifik yang melibatkan prosedur khusus. Kebaikan analisis dokumen ini
ialah ia membenarkan pengkaji menganalisis nilai dan mengesan apa yang
diperolehi dalam suatu dokumen.

Tujuan analisis dokumen digunakan

adalah untuk menyokong dapatan sedia ada

( Rosinah Edinin, 2011)

Dalam kajian ini, saya menemukan masalah penggunaan kata hubung


gabungan dalam ayat majmuk berdasarkan pada analisis buku latihan murid,
refleksi buku rancangan Pengajaran Harian serta lembaran kerja yang

diberikan (lihat lampiran 1 ) . Lembaran kerja tersebut saya jadikan sebagai


penilaian

kepada murid untuk mengenal pasti murid yang mempunyai

masalah dalam penggunaan kata hubung gabungan dalam penulisan ayat


majmuk. Berikut merupakan analisis markah lembaran kerja murid 3 Amal :
Jadual 1
Rumusan markah lembaran kerja
Markah

Jumlah murid

Peratus

8-10

24

58%

7-6

13

32%

4-5

5%

2-3

2%

0-1

2%

Markah lembaran kerja


8-10 Markah

6-7 markah
2%

4-5 markah

2-3 markah

0-1 markah

5% 2%

32%
59%

Rajah 1. Peratusan Markah lembaran kerja murid sebelum tindakan


diberikan

Jadual 1 menunjukkan rumusan markah lembaran kerja yang diperolehi oleh semua
murid Tahun Tiga Amal. Lembaran kerja ini diberikan sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran. Idea memberikan lembaran kerja ini muncul ketika melakukan
pemerhatian di dalam kelas.

Hal ini kerana, sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran sebelum ini, saya telah mengajar ayat majmuk gabungan kepada
murid-murid dan mendapati ada masalah penggunaan kata hubung gabungan
semasa murid membina ayat secara verbal.
Melalui jadual di atas, saya mendapati sebanyak 27 orang murid tiga Amal
yang dapat menjawab soalan sebanyak lapan soalan ke atas bersamaan dengan 58
peratus. Manakala seramai 13 orang yang mendapat enam hingga tujuh markah
bersamaan dengan 32 peratus. Bagi markah yang rendah iaitu empat hingga lima
markah, seramai dua orang memperolehi markah tersebut dan menjadikan
peratusan bagi bilangan tersebut ialah lima peratus.

Akhir sekali, bagi markah

kosong hingga tiga markah masing-masing terdapat seorang murid menjadikan


gabungan peratusan kedua-dua markah ialah empat peratus..

Melalui rumusan

jadual dan carta pai ini, ia menunjukkan terdapat empat orang murid yang kurang
menguasai penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat majmuk gabungan.
ii)

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang penting.

Kaedah ini

terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct observation)


dan pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah
pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara langsung
seperti pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah.

Teknik ini

biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia ( Kamarul Azmi,


2012). Pemerhatian yang saya lakukan semasa di dalam kelas ialah
melihat penggunaan kata hubung gabungan semasa pembinaan ayat
majmuk gabungan secara verbal. Berdasarkan pemerhatian yang saya
lakukan, saya mendapati murid-murid yang bermasalah ini mengenali a

kata hubung gabungan tetapi tidak tahu cara penggunaan yang betul.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengaplikasikan penggunaan
kata hubung gabungan dalam penulisan ayat majmuk.

Selain itu,

penerangan secara verbal juga tidak dapat membantu mereka. Mereka


memerlukan sesuatu penerangan menggunakan alat atau bahan. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat mengaplikasikan penggunaan kata
hubung gabungan dalam penulisan ayat majmuk.
2.3 Tindakan
Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan.

Kajian ini dilaksanakan bagi

memperbaiki amalan saya sebagai seorang guru dan meningkatkan mutu


pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Sebagai kajian
tindakan, kajian ini haruslah berteraskan model-model kajian tindakan yang
bersesuaian.

Oleh itu, dalam kajian tindakan ini saya telah menggunakan Model

Kemmis dan McTaggart 1988 (seperti yang dinyatakan dalam Buku Manual Kajian
Tindakan Edisi Ketiga, 2008) sebagai panduan pelaksanaan penyelidikan.

Model Kemmis dan McTaggart (1988)


Kajian tindakan ini dijalankan berpandukan kepada Teori Penyelidikan Kemmis dan
McTaggart (1988). Model Kemmis dan McTaggart menyarankan empat langkah
kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:
i. Merancang (Plan)
ii. Bertindak (Action)
iii. Memerhati (Observe)
iv. Mereflek (Reflect)

Langkah-langkah tersebut boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.

Rajah 2: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)


Merancang
Setelah mengenal pasti masalah, maka saya pun mula merancang untuk
memastikan masalah ini dapat diatasi. Pertamanya, saya menetapkan objektif dan
soalan kajian sebagai garis panduan untuk mengumpul data serta maklumat yang
diperlukan bagi membuktikan isu dan masalah yang diutarakan. Seterusnya, saya
juga telah merancang beberapa langkah untuk membantu murid mengatasi masalah
penggunaan kata hubung dalam penulisan ayat majmuk yang dihadapi oleh murid
tahun 3. Perancangan ini akan membantu saya untuk mencapai objektif kajian yag

dijalankan.

Saya telah merancang menggunakan teknik K.F.A (Kenal, Faham,

Aplikasi).

Teknik ini merupakan gabungan beberapa teknik lain dalam

menyampaikan Kata hubung gabungan kepada murid. Saya menggunakan Peta


pemikiran pokok bagi aktiviti Kenal dan Faham

manakala Aplikasi pula saya

menggunakan gambar agar murid dapat meningkatkan penggunaan kata hubung


gabungan dalam penulisan ayat majmuk.
Tindakan
Melalui perancangan yang dibuat, maka tibalah fasa tindakan. Dalam fasa ini, saya
telah melaksanakan segala perancangan yang telah dibuat. Pelaksanaan tindakan
ini bertujuan untuk membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi. Tindakan
ini telah dijalankan selama empat minggu dengan menggunakan teknik K.F.A.
Pelaksanaan tindakan ini sangat penting untuk memastikan keberkesanan teknik
yang digunakan. Pelaksanaan tindakan ini dijalankan selamat empat minggu dan
dimulakan dengan penerangan teknik K.F.A kepada murid.

Seterusnya, murid

mengaplikasikan teknik tersebut dalam tindakan dan latih tubi yang telah dijalankan.
Memerhati
Dalam fasa ini, pelaksanaan tindakan ini akan diperhati untuk mendapatkan hasil
tindakan. Dalam proses ini juga, aspek pencapaian murid dalam ujian akhir telah
diperhatikan dan dibandingkan dengan ujian awal yang telah dijalankan dahulu.
Dapatan ini dapat dilihat melalui data-data yang diperoleh berdasarkan alat-alat
kajian yang telah digunakan. Data telah dikumpul dan dianalisis bagi melihat
peningkatan penggunaan kata hubung gabungan dalam kalangan murid.
Mereflek (Reflect)
Pada peringkat akhir model ini, model ini menyarankan untuk membuat refleksi
terhadap hasil tindakan yang dilakukan. refleksi merupakan suatu aktiviti kognitif
yang memerlukan penglibatan aktif individu hasil daripada cetusan sesuatu

pengalaman yang amat memberi kesan kepada dirinya dengan melibatkan


pengujian tindak balas, kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan
integrasi antara pemahaman baru dengan pengalaman yang telah dilalui (Nor
Hasniza Ibrahim et al, 2012).

Hasil daripada tindakan yang dilakukan saya

mendapati murid dapat memahami setiap satu fungsi kata hubung gabungan
dengan penggunaan teknik K.F.A.

Penggunaan peta pemikiran pokok berjaya

membuat murid faham akan perbezaan penggunaan kata hubung gabungan dalam
ayat majmuk.

Namun begitu, saya mendapati dalam bahagian aplikasi yang

menggunakan gambar tunggal, murid masih sukar membina ayat berpandukan


gambar. Berdasarkan permasalahan ini, saya kemudian merancang semula namun
masih menggunakan perancangan, tindakan dan pemerhatian yang sama. Saya
hanya mengubah bahagian aplikasi dengan memberikan gambar yang diletakkan
nombor ( rujuk lampiran 3). Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, mereka dapat
menggunakan kata hubung gabungan dalam ayat majmuk.
tindakan

Setelah beberapa

dijalankan, saya menukar semula gambar bernombor kepada gambar

tunggal tanpa nombor dan mereka dapat memahami gambar tersebut serta dapat
menghasilkan ayat majmuk gabungan.
Pelaksanaan Teknik KFA menggunakan peta pemikiran pokok dan gambar.
Berdasarkan pemerhatian awal serta analisis dokumen yang dijalankan, murid
ternyata lemah menggunakan kata hubung gabungan dalam penulisan ayat
majmuk. Hal ini kerana mereka tidak diberikan pendedahan mengenai kata hubung
gabungan.

Oleh itu, saya telah mengambil langkah menggunakan Teknik KFA

agar murid dapat mengenal dan memahami penggunaan kata hubung gabungan
dalam sesuatu ayat dengan mudah. Hal ini kerana Teknik KFA menggunakan
bahan bantu mengajar seperti peta pemikiran pokok dan gambar.
Melalui teknik ini, murid dibimbing untuk mengenal dan memahami kata
hubung menggunakan peta pokok. Kemudian, pengaplikasian akan berlaku apabila

murid diberikan gambar untuk membina ayat menggunakan kata hubung yang telah
dipelajari.
Penggunaan teknik K.F.A ini dapat membantu murid mengenal dan
memahami penggunaan kata hubung dalam ayat majmuk. Saya melihat para guru
dapat menggunakan teknik ini untuk membantu membina ayat menggunakan kata
hubung dengan mudah. Hal ini kerana penggunaan kata hubung sering digunakan
dalam membina ayat majmuk.

Pengaplikasian teknik yang menggunakan dua

bahan ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


1. Menghuraikan cara murid Tiga Amal menguasai penggunaan kata hubung
gabungan dalam ayat majmuk menggunakan teknik K.F.A

1. Bagaimanakah murid dapat menguasai penggunaan kata hubung gabungan


dalam ayat majmuk gabungan menggunakan Teknik K.F.A ?

4.0 PESERTA KAJIAN


Kajian ini melibatkan empat orang murid daripada kelas 3 Amal di sekolah
kebangsaan sekitar Bandar Sungai Petani, Kedah. Seramai dua orang perempuan
dan dua orang lelaki telah dipilih menjadi peserta kajian saya. Kesemua peserta
kajian ini merupakan kaum Melayu.

Rata-rata mereka agak lemah dalam

pembinaan ayat serta kurang menumpukan perhatian sewaktu proses pengajaran


dan pembelajaran dijalankan. Pemilihan mereka sebagai peserta kajian dipilih
berdasarkan analisis dokumen serta pemerhatian yang dijalankan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Kajian


Pada peringkat pelaksanaan ini, beberapa langkah telah diambil bagi memastikan
hasil kajian dapat diperolehi.

Pada peringkat ini, saya telah melaksanakan

beberapa langkah yang telah dirancang untuk membantu murid menggunakan kata
hubung gabungan dengan betul dalam penulisan ayat majmuk gabungan. Selain
itu, langkah-langkah yang telah dibuat ini dapat membantu mencapai objektif kajian
yang dijalankan. Dalam kajian ini saya telah melakukan tiga fasa pelaksanaan.
Tindakan 1 (Kenal)
Objektif tindakan ini adalah untuk membantu peserta kajian mengenal pasti lima
jenis kata hubung gabungan. Proses tindakan 1 ini bermula dengan penerangan
lima jenis kata hubung gabungan menggunakan peta pemikiran pokok. Setelah itu,
lembaran kerja yang ayat majmuk diedarkan. Peserta kajian membulatkan kata
hubung gabungan yang terdapat dalam lembaran kerja.( lihat lampiran 2).
Tindakan 2 (Faham)
Objektif tindakan ini adalah untuk membantu peserta kajian menggabungkan ayat
tunggal menjadi ayat majmuk menggunakan kata hubung gabungan.

Peta

pemikiran pokok dipamerkan di hadapan kelas sebagai rujukan peserta kajian.


Peserta kajian secara spontan perlu membina ayat majmuk menggunakan kata
hubung gabungan yang telah dipelajari pada tindakan 1 berdasarkan dua ayat
tunggal yang diberikan.

Setelah itu, peserta kajian menjawab lembaran kerja

mengenai kata hubung gabungan yang telah dipelajari.(lihat lampiran 3)

Tindakan 3 (Aplikasi)
Objektif tindakan ini adalah untuk membantu peserta kajian mengaplikasikan
penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat majmuk berdasarkan gambar
tunggal.

Peserta kajian membina ayat majmuk menggunakan kata hubung

gabungan berdasarkan dua gambar tunggal yang diberikan.

5.2 Kaedah Mengumpul Data


Kajian tindakan

memerlukan pelbagai cara mengutip data bagi mendapatkan

maklumat. Bentuk-bentuk data yang dikumpul boleh berbentuk data kuantitatif dan
kualititatif. Oleh itu perancangan proses pengumpulan data perlu dibuat dengan
teliti dan rapi agar data yang dikumpul sahih dan tepat. Hopkins (1985) menyatakan
terdapat banyak cara untuk mengumpul data, antaranya penggunaan taksonomi
penggumpulan data. Contohnya, penggunaan nota lapangan, rakaman pita Audio,
Diari pelajar, soal selidik dan temu bual. Dalam pelaksanaan kajian ini, Saya telah
menggunakan dua kaedah pengumpulan data. Dalam pelaporan kajian tindakan ini
saya menggunakan analisis dokumen serta pemerhatian.

i)

Analisis Dokumen
Analisis

dokumen

ialah

pecahan kaedah

pengumpulan

data

penyelidikan daripada analisis kandungan yang merupakan huraian


objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau
digambarkan (Kamarul Azmi Jasmi, 2012). Analisis dokumen akan
digunakan untuk mengumpul data dalam pelaporan kajian tindakan
ini. Tujuan analisis dokumen ini digunakan ialah pengumpulan data
melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang

paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan


telah sedia ada dan sukar untuk menipu. Buku latihan murid, markah
ujian diagnostik (lihat lampiran 4) dan lembaran kerja yang diberikan
telah dianalisis untuk dijadikan bukti bahan data.
Ujian awal
Ujian awal (rujuk lampiran 5) telah diberikan kepada murid sebelum
Teknik KFA

digunakan bagi menilai pemahaman murid akan

penggunaan kata hubung gabungan dalam penulisan ayat majmuk.


Ujian ini mempunyai sepuluh soalan dan murid perlu menjawab
dalam tempoh 20 minit Hasil daripada ujian tersebut, saya memilih
empat orang murid yang mendapat pencapaian terendah. Kemudian,
keempat-empat

murid ini dijadikan sebagai peserta kajian bagi

menilai keberkesanan Teknik KFA yang dijalankan.


Ujian akhir
Ujian akhir ini telah diberikan sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan selepas tindakan dijalankan.

Murid akan

menjawab sepuluh soalan selama 20 minit tanpa berbincang dengan


rakan sekelas.

Perbandingan skor murid sebelum dan selepas

tindakan diberikan dibuat menggunakan peratusan dan graf bar.

ii)

Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah digunakan ialah kaedah pemerhatian
berstruktur. Kaedah pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian
secara lansung seperti pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah dan
kaedah ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia ( Kamarul

Azmi Jasni, 2012). Dalam kaedah ini, saya telah melakukan pemerhatian
daripada aspek pengetahuan murid menggunakan kata hubung gabungan
dalam ayat majmuk secara verbal dan tulisan selepas tindakan dijalankan.
Melalui pemerhatian ini, saya telah melakukan pemerhatian sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mengumpul data menggunakan
borang senarai semak yang saya sediakan.

Penganalisisan data dibuat

berdasarkan borang pemerhatian yang telah disediakan.


5.3 Analisis Data
Data yang dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diurus dengan baik
bagi membentuk satu kerangka analisis yang baik. Analisis data merupakan proses
yang kompleks yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan
konsep abstrak, antara penaakulan induktif dan deduktif, antara deskripsi dan
interprestasi ( Merriam, 2001). Dalam kajian tindakan ini, saya telah menggunakan
analisis data statistik untuk memahami data dan maklumat daripada kajian yang
dijalankan (Rosinah Edinin. 2011).

Data-data hasil analisis dokumen disusun

menggunakan jadual agar lebih tersusun. Manakala, data hasil ujian awal dan akhir
dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti peratusan.

Hasil analisis ini

diterjemahkan dalam bentuk graf untuk membezakan dan membandingkan markah


ujian sebelum Teknik K.F.A digunakan serta selepas tindakan dijalankan.
Seterusnya, data pemerhatian dianalisis mengunakan peratusan kemudian akan
diterjemahkan dalam bentuk carta pai.
i)

Analisis Dokumen

Analisisi dokumen merupakan salah satu instrumen yang digunakan


untuk mengumpul data berkaitan kajian tindakan yang dijalankan.
Kaedah ini menggunakan data atau maklumat daripada dokumendokumen yang dikaji.

Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk

menyokong dan menambah bukti data-data lain berdasarkan kaedah

lain. Analisis data melalui dokumen dilihat berdasarkan lembaran kerja


yang diberikan sebelum dan sewaktu tindakan dijalankan.

Jadual 2
Markah lembaran kerja sebelum tindakan
Bil

Peserta kajian

Markah

Peratus

PK 1

3/10

30%

PK 2

0/10

0%

Pk 3

5/10

50%

PK 4

4/10

40%

Markah Lembaran Kerja


50%
45%
40%
35%
30%
Markah Lembaran Kerja

25%
20%

15%
10%
5%
0%
PK 1

Pk 2

Pk 3

Pk 4

Rajah 3. Analisis markah data lembaran kerja (sebelum tindakan)

Rajah 3 merupakan analisis data bagi lembaran kerja yang diberikan kepada murid
sebelum tindakan dijalankan. Lembaran kerja setelah tindakan dibuat dianalisis
dan seperti dalam jadual 3 dan rajah 5.
Jadual 3

Markah lembaran kerja selepas tindakan


Bil

Peserta kajian

Markah

Peratus

PK 1

8/10

80%

PK 2

6/10

60%

Pk 3

10/10

100%

PK 4

9/10

90%

Markah lembaran kerja


120%
100%
80%
60%

Markah lembaran kerja

40%

20%
0%
PK 1

PK 2

PK 3

PK 4

Rajah 5. Markah lembaran kerja selepas tindakan


Ujian awal dan akhir
Kajian yang dijalankan ini melibatkan satu data kuantitatif.

Data kuantitatif ini

diperolehi daripada ujian awal dan ujian akhir. Oleh itu, berdasarkan data yang
telah dikumpul, data dianalisis untuk melihat

sejauh mana pencapaian dan

peningkatan yang diperolehi oleh murid-murid. Selain itu ujian akhir telah dijalankan
untuk melihat keberkesanan teknik K.F.A yang telah dijalankan.

Saya telah menjalankan satu ujian ke atas murid-murid bagi mengetahui


tahap penguasaan murid terhadap penggunaan kata hubung gabungan. Keputusan
ujian ini telah direkodkan sebagai ujian 1.

Jumlah bagi setiap soalan ialah 10

soalan. Markah empat orang yang dipilih direkodkan. Data telah diproses secara
manual dan menggunakan peratusan. Dapatan analisis dipamerkan dalam bentuk
jadual dan graf.
Jadual 4
Analisis keputusan murid bagi ujian awal
BIL

MURID

MARKAH

PERATUS

PK 1

4/10

40 %

Pk 2

3/10

30 %

PK 3

6/10

60 %

Pk 4

4/10

30 %

Ujian Awal
60%
50%
40%
Ujian Awal

30%
20%
10%
0%
PK 1

PK 2

PK 3

PK 4

Rajah 5. Peratusan markah ujian awal

Rajah 5 menunjukkan, PK 2
sebanyak

telah mendapat markah yang paling sedikit iaitu

30 % daripada ujian awal yang dijalankan.

Manakala dan PK 1

memperoleh markah sebanyak 40 % dan PK 4 memperoleh

markah yang

sebanyak iaitu 40% dan markah yang tertinggi ialah 60% yang diperoleh oleh PK
3. Berdasarkan analisis markah ujian ini dapat dilihat bahawa murid-murid masih
belum menguasai kemahiran penggunaan kata hubung gabungan.

Setelah ujian awal dijalankan dan menganalisis markah yang telah


diperoleh, saya mendapati penguasaan murid-murid akan penggunaan kata hubung
gabungan masih lemah. Justeru, saya telah mengambil tindakan untuk membantu
murid menguasai penggunaan kata hubungan gabungan menggunakan teknik
K.F.A. Setelah tindakan dijalankan, maka satu ujian lagi diberikan kepada murid
untuk melihat peningkatan mereka akan penggunaan kata hubung gabungan. Ujian
ini dinamakan ujian akhir dan soalannya sama seperti ujian awal namun susunan
nombor soalan telah ditukar.
direkodkan.

Markah empat orang murid iyang dipilih telah

Keempat-empat markah mereka ini direkodkan dalam bentuk

peratusan dan digambarkan dalam bentuk jadual serta graf.

Jadual 5

Analisis markah ujian akhir

Bil

Murid

markah

peratusan

Murid 1

8/10

80%

Murid 2

7/10

70%

Murid 3

10/10

100%

Murid 4

9/10

90%

Ujian Akhir
100%
90%
80%
70%
60%
Ujian Akhir

50%
40%
30%
20%
10%
0%
PK 1

PK 2

PK 3

PK 4

Rajah 6. Peratusan markah ujian akhir

Rajah 6 menunjukkan markah murid dalam ujian akhir. PK 1 mempunyai markah


sebanyak iaitu 90 peratus.

Manakala Pk 3 memperoleh markah sebanyak 100

peratus dan merupakan markah yang tertinggi. Pk 2 pula memperolehi markah


sebanyak 70 peratus dan PK 4 mempunyai markah sebanyak 90%.

Ternyata

murid-murid telah dapat menguasai penggunaan kata hubung selepas tindakan


teknik K.F.A dijalankan.
Seterusnya, saya telah menganalisis markah ujian awal dan ujian akhir.
Perbandingan markah dan peratusan markah ujian awal dan akhir, saya gambarkan
dalam bentuk jadual dan graf.

ii)

Pemerhatian

Menurut Choong (2011) dalam Ting Len Siong et al (2013), kaedah


pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang biasa digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan.

Tujuan

kaedah pemerhatian digunakan untuk menerokan fenomena yang wujud


secara semula jadi dengan memberi perhatian terhadap sebab dan akibat
atau hubungan yang saling berkait.

Pemerhatian

yang

saya

gunakan

ialah

pemerhatian

berstruktur.

Penggunaan pemerhatian jenis ini lebih berstruktur dan sistematik. Hal ini
kerana item yang hendak diperhatikan telah dibina dan dikawal oleh jadual
pemerhatian. Saya telah menjalankan pemerhatian penuh semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Saya juga telah membimbing murid
dalam penggunaan Teknik K.F.A ini. Dapatan daripada pemerhatian dapat
dilihat dalam jadual 7.

Jadual 7
Aspek pemerhatian ke atas murid (sebelum dan selepas tindakan)
Aspek
Bil

Tindakan murid

pemerhatian

( menguasai (/) tidak menguasai (x)


Sebelum

Murid
mengenal kata
hubung dan

selepas

M1

M2

M3

M4

M1 M2
/

M3

M4

Murid

mengenal kata
hubung atau

Murid
mengenal kata
hubung tetapi

Murid
mengenal kata
hubung sambil

Murid
mengenal kata
hubung lalu

Murid tahu
penggunaan
kata hubung
dan

Murid tahu

penggunaan
kata hubung
atau

Murid tahu
penggunaan
kata hubung
tetapi

Murid tahu
penggunaan
kata hubung
sambil

10.

Murid tahu
penggunaan
kata hubung
lalu.

Berdasarkan jadual 7, terdapat 10 aspek yang dijadikan item dalam senarai semak
pemerhatian. Setiap aspek tersebut diperhatikan sebelum dan selepas tindakan
teknik K.F.A dilaksanakan. Data yang diperoleh direkod dalam bentuk jadual seperti
jadual 7 di atas. Jadual ini menjadi bukti penguasaan murid akan penggunaan kata
hubung gabungan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Melalui jadual ini,
sepuluh aspek itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian murid mengenal
kata hubung gabungan yang diperkenalkan dan kedua murid mengetahui
penggunaan kata hubung gabungan yang diperkenalkan

5.4 Cara menyemak Data


Ghazali (2012) menyatakan bahawa kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
amat penting bagi mempertahankan kejituan instrument daripada terdedah kepada
kecacatan.

Menurut Othman Lebar (2014) menyatakan bahawa kesahan dan

kebolehpercayaan sesuatu kajian menunjukkan sejauh manakah dapatan kajian


menggambarkan dunia yang dikaji atau diteroka dalam kajian dengan tekal dan
tepat.
Othman Lebar (2014) juga mengariskan tujuh cara untuk menyemak data
bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data.

Antaranya, triangulasi,

refleksitiviti penyelidik, pemeriksaan oleh rakan, kolaborasi, jejak audit, deskripsi


yang tebal dan terperinci dan taklimat rakan sekerja. Dalam kajian ini, saya hanya
menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaiti analisis dokumen dan
pemerhatian.

Data-data

yang

diperoleh

disemak

semula

kesahan

dan

kebolehpercayaannya.
Dalam kajian ini saya menggunakan pemeriksaan oleh rakan. Lincoln dan
Guba (1985) menyatakan bahawa prosedur pemeriksaan oleh rakan merupakan
teknik yang paling penting dalam membina kredbiliti data dan dapatan kajian.
Prosedur ini melibatkan data dan interprestasi dirujuk semula kepada rakan untuk
dikaji dan diperiksa semula bagi membolehkan mereka mengesahkan ketepatan
dan kebenaran maklumat dan laporan kajian.
Saya meminta rakan saya meneliti semula data mentah yang saya peroleh
daripada analisis data dokumen serta pemerhatian. Setelah penelitian dibuat, saya
meminta rakan saya memberi komen tentang ketepatan data yang dianalisis.
Sepanjang proses ini, saya telah meminta rakan saya untuk memastikan data-data
yang saya peroleh berfokus kepada kajian saya dan menentukan sama ada
keseluruhan laporan realistik dan tepat.

6.0 DAPATAN KAJIAN


6.1 Dapatan analisis data dokumen

markah lembaran kerja sebelum dan


selpas tindakan
LK 1

100%

80%
30%

LK 2

60%

30%

0%
PK 1

PK 2

90%

50%

PK 3

PK 4

Rajah 7. perbandingan markah lembaran kerja (sebelum dan selepas tindakan)


Berdasarkan rajah 7, markah lembaran kerja yang diberikan sebelum dan selepas
tindakan mempunyai perbezaan. Di dalam rajah ini, PK 1 pada awalnya sebelum
menjalani tindakan, markah lembaran kerjanya ialah sebanyak 30 peratus namun
setelah tindakan dijalankan markahnya telah meningkat sebanyak 50 peratus
dengan memperoleh markah sebanyak 80 peratus dalam lembaran kerja setelah
tindakan dijalankan. PK 2 menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 60
peratus. Hal ini dapat dilihat dalam rajah. Graf bar PK 2 menunjukkan sebelum
tindakan

mendapat markah sebanyak kosong peratus dan selepas tindakan

dijalankan markah lembaran kerjanya meningkat kepada 60 peratus.

PK 3

menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus apabila graf barnya menunjukkan


lembaran kerja sebelum tindakan memperolehi 50 peratus dan lembaran kerjanya
meningkat kepada 100 peratus. Dalam rajah ini, PK 4 peningkatan yang sangat 40
peratus. Sebelum itindakan dijalankan, PK 4 memperoleh markah sebanyak 40
markah dalam pada lembaran kerja sebelum tindakan namun meningkat kepada 90
markah dalam lembaran kerja setelah tindakan dijalankan.

Melalui analisis

dokumen ini, dapat dilihat bahawa peserta-peserta kajian mempunyai peningkatan


selepas teknik K.F.A dijalankan.
6.2 Dapatan Analisis data ujian awal dan akhir
Dua jenis ujian telah digunakan untuk melihat pencapaian murid sebelum
dan selepas tindakan dijalankan. Selain itu, data ini juga memperlihatkan
penguasaan murid akan penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat
majmuk. ujian yang telah dijalankan iaitu ujian awal ( pra) dan ujian akhir
( pasca).

perbandingan jumlah markah ujian awal dan akhir


Ujian Awal

Ujian Akhir
100%

80%

40%

PK 1

70%

60%

40%

30%

PK2

90%

PK 3

PK 4

Rajah 8. Perbandingan jumlah markah ujian awal dan ujian akhir


Berdasarkan rajah 6, Pk 1 telah mendapat markah sebanyak 40 peratus daripada
ujian awal yang telah dijalankan manakala dalam ujian akhir, PK 1 telah mendapat
markah sebanyak 80 peratus menjadikan peningkatan sebanyak 40 peratus. PK
2 pula memperolehi markah sebanyak 30 peratus dalam ujian awal.

Manakala

dalam ujian akhir pula, PK 2 telah memperolehi markah sebanyak 70 peratus.


Maka, peningkatan markah bagi Pk 2 ialah sebanyak 40 peratus.
Dalam ujian awal, PK 3 telah memperolehi markah sebanyak 60 peratus.
Dalam ujian akhir pula, PK 3 telah mendapat markah sebanyak 100 peratus iaitu
markah yang tertinggi lalu menjadikan PK 3 memperolehi peningkatan sebanyak 40

peratus.

Manakala PK 4 pul,dDalam ujian awal telah memperolehi markah

sebanyak 40 peratus. Dalam ujian akhir pula, PK 4 telah memperoleh markah


sebanyak 90 peratus menjadikan peningkatan yang diperolehi oleh PK 4 ialah 50
peratus.
Saya mendapati berlaku peningkatan yang memberangsangkan antara
markah ujian awal dan ujian akhir. Kesimpulannya, dapat dibuat rumusan bahawa
peserta kajian yang telah menjalani proses tindakan menggunakan teknik K.F.A
dapat menguasai penggunaan kata hubung gabungan.

6.3 Dapatan analisis data pemerhatian

Jumlah peserta kajian mengenal lima jenis kata hubung


gabungan
4
3.5
3
2.5

Sebelum Tindakan

selepas tindakan

1.5
1
0.5
0
Dan

Atau

tetapi

sambil

lalu

Rajah 9. Jumlah peserta kajian mengenal lima jenis kata hubung gabungan.
Rajah 9 menunjukkan data pemerhatian akan pengetahuan murid mengenai lima
kata hubung gabungan yang digunakan dan cara penggunaannya sebelum dan
selepas tindakan. Melalui rajah 9 , data pemerhatian menunjukkan peserta kajian
mengenali kata hubung gabungan yang digunakan dalam tindakan walaupun
tindakan belum dijalankan.

Namun begitu, peserta kajian kurang menguasai

penggunaan lima kata hubung tersebut dalam pembentukan sesuatu ayat majmuk.
Pada peringkat sebelum tindakan dijalankan, dua orang peserta kajian
mengenal kata hubung dan, manakala bagi kata hubung atau , tetapi sambil
dan lalu hanya seorang peserta kajian yang mengenal

kata hubung tersebut .

Namun begitu selepas tindakan dijalankan semua murid dapat mengenal kelimalima jenis kata hubung gabungan yang diperkenalkan.

jumlah peserta kajian yang tahu cara penggunaan lima jenis


kata hubung gabungan.
4
3
Sebelum Tindakan

Selepas Tindakan
1
0
Dan

atau

tetapi

sambil

lalu

Rajah 10. Jumlah peserta kajian yang tahu cara penggunaan lima jenis kata hubung
gabungan.
Rajah 10 merupakan dapatan analisis bagi bahagian kedua dalam data
pemerhatian , iaitu pengetahuan murid akan kegunaan kata hubung gabungan yang
diperkenalkan.

Pengetahuan penggunaan kata hubung dan serta atau hanya 2

orang peserta kajian yang mengetahui cara penggunaannya dalam ayat majmuk.
Manakala bagi kata hubung gabungan tetapi, sambil dan lalu tidak seorang pun
yang Namun setelah tindakan dijalankan murid dapat menguasai akan pengetahuan
kegunaan kata hubung gabungan. Bagi kata hubung dan serta atau semua murid
dapat menguasainya, manakala sambil hanya tiga orang dapat menguasainya dan
tetapi serta lalu hanya dua orang yang menguasainya.

1.5 Persoalan Kajian


1. Bagaimanakah Teknik K.F.A dapat meningkatkan kemahiran murid akan
penggunaan kata hubung gabungan dalam penulisan ayat majmuk?

Persoalan kajian ini telah dijawab melalui data-data yang diperoleh daripada tiga
kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu analisis dokumen yang
menggunakan ujian diagnostik dan lembaran kerja.

Berdasarkan data ujian

diagnostik, peserta-peserta kajian mempunyai masalah akan penggunaan kata


hubung gabungan dalam pembinaan ayat majmuk. Data ini turut disokong oleh
kajian yang dijalankan oleh Mohd Kamarulzaman Ismail ( 2012) yang mendapati
murid-murid masih lemah menghubungkan ayat ayat disebabkan oleh kegagalan
menggunakan kata hubung yang betul sewaktu membina ayat. Oleh pendekatan
teknik K.F.A telah dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid
menguasai penggunaan kata hubung gabungan mereka menggunakan lima kata
hubung gabungan yang dipelajari dalam penulisan ayat majmuk. Selepas tindakan
dijalankan, peningkatan murid akan

penggunaan kata hubung gabungan dalam

ayat majmuk meningkat pada aras pencapaian yang cemerlang.

Hal ini dapat

dilihat melalui markah lembaran kerja yang diperoleh selepas tindakan dijalankan.
Data ujian awal dan akhir juga menunjukkan peningkatan yang ketara. PK 1
dan PK 2 berlaku peningkatan sebanyak 20 % manakala PK 3 dan PK 4
memperoleh 40%.

Purata peratusan markah ujian awal iaiah 57.5 peratus

manakala purata markah ujian akhir ialah 87.5 peratus Maka peningkatan markah
yang berlaku ialah 30 %. Data pemerhatian juga menunjukkan bahawa walaupun
murid kenal akan lima kata hubung gabungan yang digunakan pada pelaksanaan
tindakan tetapi murid tidak tahu cara penggunaannya dalam pembinaan ayat

majmuk.

Namun begitu, selepas penggunaan teknik K.F.A murid dapat

mengaplikasikan kata hubung gabungan dalam pembinaan ayat majmuk.


Lantaran itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik K.F.A yang
menggunakan bahan seperti peta pemikiran pokok dan gambar memang dapat
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran penggunaan kata hubung
gabungan dalam pembinaan ayat majmuk.
Kesimpulannya, persoalan kajian dapat dijawab dengan menggunakan data
yang diperoleh oleh instrumen pengumpulan data.
dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kajian ini telah berjaya

6.0 REFLEKSI
Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan, saya menyedari bahawa
seseorang guru perlu kreatif dan berfikiran terbuka dalam membina satu rancangan
pengajaran yang berkesan dan bermakna. Dalam teknik K.F.A ini, integrasi bahan
telah digunakan. Bahan yang digunakan ialah penggunaan peta pemikiran pokok
dan gambar tunggal. Azizah Abdullah (2000) menyatakan bahawa penggunaan
peta konsep dapat memudahkan pemikiran pelajar dalam mengukuhkan daya
ingatan dan mengingati fakta-fakta yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan
baik.

Kajian yang dibuat oleh Zalekha Binti Haji Elle (2005) memperlihatkan

peningkatan murid-murid dalam menghuraikan isi-isi penting menggunakan peta


minda. Zahratulnadirah Binti Ibrahim (2012) dalam kajiannya menggunakan gambar
tunggal sebagai bahan rangsangan kepada murid-muridnya untuk membina ayat.
Apabila saya menggabungkan kedua-dua bahan ini dalam pengajaran saya, saya
mendapati cara ini dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran. Oleh itu,
perkara ini memberikan saya keyakinan bahawa gabungan dua bahan dalam teknik
K.F.A mampu memberikan kesan positif dalam pengajaran.
Saya berharap hasil kajian ini dapat dimanfaatkan kepada guru-guru,
individu serta diri sendiri kelak untuk memperbaiki mutu keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Semoga kajian ini dapat dijadikan
rujukan dan panduan kerana teknik K.F.A ini telah membuktikan bahawa
penggunaan teknik ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan kata hubung
gabungan dalam pembinaan ayat majmuk.
Saya berpendapat teknik K.F.A ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis
pengajaran bahasa dan peringkat umur.

Hal ini kerana teknik K.F.A boleh

dipelbagaikan mengikut kreativiti guru. Guru boleh menggunakan pelbagai peta


pemikiran untuk mengajar murid dalam konteks yang berlainan. Sebelum tindakan

dijalankan, saya menggunakan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan


pembelajaran, namun

saya mendapati murid-murid

tidak

dapat mengikuti

pengajaran dan menganggap pengajaran di dalam kelas sangat membosankan.


Setelah itu, saya menggantikan kaedah tradisional kepada kaedah koperatif.
Namun permasalahan muncul apabila murid-murid lebih banyak bercerita dan
melakukan kerja sendiri tanpa melaksanakan tugas yang diberikan. Oleh itu, saya
memikirkan sesuatu teknik yang menggunakan bahan bagi memastikan murid dapat
menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran.

Setelah teknik K.F.A

digunakan untuk mengajar kemahiran penggunaan kata hubung, murid-murid lebih


aktif dan dapat memberikan respons positif terhadap bahan pengajaran yang telah
dibuat. Sebagai contoh, murid dapat memahami penggunaan lima kata hubung
gabungan dengan menggunakan peta pemikiran pokok.
Kesimpulannya, banyak perkara yang saya pelajari dan perlu perbaiki dalam
melaksanakan teknik ini. Saya berpendapat teknik ini memerlukan daya kreativiti
dalam mempelbagaikan corak pengajaran dengan menggunakan teknik ini dalam
pengajaran bahasa.

Saya tidak boleh menarik nafas lega setelah menjalankan

kajian sebaliknya perlu melakukan lebih banyak penyelidikan dan pembacaan


dalam meningkatkan mutu pengajaran saya secara berterusan.

Hal ini selari

dengan Nurul Shamimi (2010) yang menyatakan bahawa individu yang bergelar
guru adalah life long learning person. Guru harus terus belajar dan berusaha
memperbaiki mutu pengajaran agar mampu melahirkan murid yang berilmu dan
berwawasan.

7.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Keberkesanan penggunaan teknik K.F.A menunjukkan bukti yang kukuh melalui
data-data yang ditunjukkan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran
murid akan penggunaan kata hubung gabungan dalam pembinaan ayat majmuk
setelah tindakan dijalankan. Namun, saya berpendapat penggunaan gambar bersiri
boleh dimasukkan dalam teknik ini. .Hal ini kerana penggunaan gambar tunggal
sahaja tidak cukup untuk murid. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak
berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu atau tidak memahami akan sesuatu
proses pengajaran dan guru tidak berusaha menarik minat mereka, maka muridmurid itu akan hilang semangat belajar.
Oleh itu, saya bercadang supaya dalam kajian yang berikutnya saya dapat
menggunakan gambar siri bagi meningkatkan lagi penguasaan mereka akan
penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat majmuk. Cadangan saya yang
kedua ialah mempelbagaikan lagi intergrasi bahan dalam teknik K.F.A. .
Kepelbagaian bahan dalam sesuatu teknik akan membolehkan murid bergiat lebih
aktif lagi dan dapat memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2011). MORFOLOGI siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu. Kuala Lumpur. PTS Professional Sdn Bhd.
Abdul Rahim. (2000). Wawasan dan agenda pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur :Utusan Publication & Distributors.
Anthonv, E. (1963). APPROACH, METHOD, TE; CHNIQUE. English language
teaching, 63-7.
Arbak Othman. (1985). Mengajar kata hubung. Perak. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Ghazali Darusalam. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif
dan kuantitatif. Diperolehi daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/
ghazali.pdf.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif
in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 2829 Mac

2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru,


Negeri Johor Darul Ta'zim.
Lincoln, Y., & Guba, E (1985). Naturalistic Inquiry. Beverley Hills, CA: Sage
Merriam, S. B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in
Education. San Francisco: Jossey-Bass Pub
Mokthar Rais. (2006). Mengajar Kata Hubung. Perak. Universiti Pendidikan Sultan
Idris

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam pendidikan : Teori dan Amalan.
TanjungMalim,

Perak,

Malaysia

Penerbitan

Universiti

Pendidikan

Sultan Idris.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan : Kaedah dan penulisan (Edisi ke-2)
Kuala Lumpur, Malaysia: Freemind Horizons.
Rubiah Aksah & Ong Yea Jing. (2005). Belajar cara belajar. Kuala Lumpur : Alaf 21
Sdn Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Pahang :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Zamri Mahamod. (2012). Inovatif P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung
Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai