Anda di halaman 1dari 3

2.

0 FOKUS KAJIAN

2.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Terdapat pelbagai masalah yang dikenalpasti dalam refleksi pengajaran dan


pembelajaran yang lalu. Namun, pengkaji hanya akan memfokuskan kajian ke arah
penyelesaian masalah yang melibatkan kemahiran mengira perimeter. Berdasarkan tinjauan
awal, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa kesilapan murid dalam mengira
perimeter berpunca daripada kurangnya penguasaan terhadap konsep perimeter. Perimeter
dapat ditakrifkan sebagai ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah
(Kamus Pelajar Edisi Kedua). Setiap murid harus menguasai konsep perimeter agar mereka
dapat mengira perimeter sesuatu bentuk dengan betul. Berikut merupakan beberapa contoh
kesilapan yang sering dilakukan oleh murid :

Rajah 1. Mengira perimeter tanpa mendapatkan ukuran setiap sisi

Rajah 1 jelas menunjukkan bahawa murid melakukan kesilapan semasa mengira perimeter
dengan terus menulis jawapan tanpa mendapatkan ukuran untuk setiap sisi. Hal ini demikian
kerana, pemahaman murid adalah rendah tentang ciri-ciri bentuk segiempat sama yang
mempunyai setiap sisi sama panjang.

Rajah 2. Mengira perimeter menggunakan operasi pendaraban

Rajah 2 pula jelas menunjukkan bahawa kesilapan murid ialah menggunakan operasi
pendaraban untuk mengira perimeter. Hal ini demikian kerana, murid keliru antara konsep
perimeter dan luas.
Oleh itu, pengkaji memfokuskan kajian untuk membantu meningkatkan kemahiran
murid dalam mengira perimeter dengan menggunakan intervensi yang dikenali sebagai
multimedia interaktif Superhero Cilik. Intervensi ini amat diharapkan dapat membantu murid
yang lemah konsep perimeter dengan menyediakan bahan visual yang dapat memudahkan
murid memahami konsep perimeter. Malah, murid juga diharapkan dapat mengikuti langkah
yang betul dalam mengira perimeter selepas penggunaan intervensi.

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Terdapat beberapa kriteria yang menyebabkan pengkaji memilih isu tersebut sebagai fokus
kajian antaranya ialah aspek kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan,
kolaborasi dan kerelevanan kepada sekolah.

Kebolehtadbiran

Multimedia interaktif Superhero Cilik adalah mudah untuk diuruskan kerana ia adalah
berasaskan cakera padat. Ini menunjukkan bahawa Multimedia interaktif Superhero Cilik
mudah untuk disediakan dan memerlukan penggunaan kos yang minimum. Dengan
kelebihan multimedia interaktif Superhero Cilik yang ringan dan mudah dibawa ke mana-
mana, ia memudahkan urusan pengkaji untuk mentadbir multimedia interaktif Superhero
Cilik kepada peserta kajian.

Kepentingan

Kajian tindakan ini penting bagi meningkatkan tahap kemahiran murid dalam mengira
perimeter. Murid harus menguasai kemahiran mengira perimeter kerana topik perimeter
akan dipelajari sehingga Tahun 6. Jika murid tidak mahir mengira perimeter ketika Tahun 4,
murid akan sukar mempelajari perimeter di Tahun 5 dan Tahun 6. Maka, bagi membantu
dan memudahkan murid menguasai kemahiran mengira perimeter, pelbagai alternatif
termasuklah multimedia interaktif Superhero Cilik perlu diperkenalkan kepada murid.
Sekiranya maklum balas positif dihasilkan melalui kajian ini, maka intervensi yang
dilaksanakan boleh dikemukakan kepada guru-guru Matematik di sekolah tersebut untuk
diaplikasikan dalam pengajaran topik perimeter. Malah, pengkaji juga dapat
mengimplemestasikan intervensi ini dalam PdP setelah pengkaji bergelar seorang guru
kelak.
Kebolehgunaan

Selain dapat meningkatkan kemahiran mengira perimeter, intervensi ini juga dapat
digunakan untuk membantu murid mengenal ciri-ciri bentuk seperti segi empat sama, segi
empat tepat, segi tiga, pentagon, heksagon dan bentuk poligon yang lain.

Kawalan

Dari segi kawalan peserta kajian, mereka dipilih daripada kelas yang diajar oleh pengkaji.
Oleh kerana pengkaji telah mengenali sikap peserta kajian, maka lebih mudah untuk
pengkaji mengawal disiplin peserta kajian sepanjang pelaksanaan proses kajian. Dari segi
kawalan tempoh pelaksanaan kajian, pengkaji boleh menggunakan waktu PdP untuk
melaksanakan intervensi kerana topik perimeter merupakan antara topik yang diajar semasa
pengkaji melalui praktikum. Seandainya tempoh PdP tidak mengizinkan, maka pengkaji
boleh menggunakan waktu rehat peserta kajian untuk melaksanakan intervensi. Kawalan
masa yang efektif dapat memastikan pengkaji menjalankan kajian tanpa mengganggu waktu
subjek lain.

Kolaboratif

Kolaborasi dijalankan antara pengkaji, pihak sekolah dan penyelia. Kolaborasi dengan pihak
sekolah yang dimaksudkan di sini adalah melibatkan pihak pentadbir, guru kelas, guru
matapelajaran dan guru-guru lain. Kolaborasi bersama pihak sekolah adalah sangat penting
semasa menjalankan kajian agar kajian dapat dilaksanakan dengan lancar. Memandangkan
kajian ini dijalankan pada waktu persekolahan, maka kebenaran untuk menjalankan kajian
dimaklumkan pada sesi pertemuan hari pertama bersama pihak pentadbir. Kolaborasi
bersama penyelia pula memberi ruang kepada pengkaji untuk mendapatkan pandangan
individu yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam melaksanakan kajian
tindakan. Berdasarkan pendapat yang diberikan oleh penyelia, pengkaji dapat melakukan
beberapa penambahbaikan ke atas kajian.

Kerelevanan kepada sekolah

Kerelevanan multimedia interaktif Superhero Cilik dapat dibuktikan melalui lembaran kerja
dan buku latihan murid. Masalah berkaitan kemahiran mengira perimeter dapat diatasi
sekiranya kajian ini memberikan hasil yang positif. Pihak sekolah akan mendapat manfaat
yang besar jika kajian ini berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengira perimeter.

Anda mungkin juga menyukai