Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

Pelan pembangunan kerjaya adalah satu strategi praktikal yang membolehkan anda
menentukan kemahiran serta minat dalam merancang tindakan untuk mencapai matlamat
kerjaya.

Sediakan satu Pelan Pembangunan Diri berdasarkan kepada template pembangunan


kerjaya dalam rangka membangunkan profesionalisme anda sebagai guru dalam 1000
pp.

PENGENALAN

Berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri Bil. 7 (2013), visi Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) telah dinyatakan iaitu “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera. Manakala, misi KPM adalah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Guru
merupakan pelaksana serta tunjang kepada sistem pendidikan. Maka, bagi
merealisasikan visi dan misi KPM, sebahagian besar usaha adalah terletak pada guru.
Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang cemerlang, seseorang guru perlu
bersiap siaga dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi membuktikan
daya usaha yang tinggi dalam mewujudkan murid yang berkualiti dan berpotensi dengan
pelbagai bidang.

Untuk merangka strategi praktikal yang membolehkan saya menentukan


kemahiran bagi mencapai matlamat kerjaya saya iaitu menjadi seorang guru yang
cemerlang, saya telah merangka satu Pelan Pembangunan Diri. Perancangan yang saya
telah lakukan bermula dari tahun pertama perkhidmatan sehingga tahun yang ketiga.
Jadual Pelan Pembangunan Diri saya adalah seperti berikut:-

Bil Perancangan Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 - 5

1. Amalan  Melaksanakan  Menghasilkan  Menghasilkan


Pedagogi PdPc bersama inovasi peringkat inovasi peringkat
murid daerah kebangsaan
 Merancang dan  Menjadi guru  Guru
menghasilkan BBM pembimbing murid pembimbing
& inovasi peringkat untuk ke murid ke
sekolah (alat muzik pertandingan pertandingan
improvisasi) inovasi peringkat inovasi peringkat
daerah kebangsaan
2. Pengetahuan  Menguasai  Ketua  Penyelidikan
Kandungan kandungan DSKP penyelidikan tindakan
 Pentaksiran tindakan peringkat peringkat daerah
 Penyelidikan sekolah
tindakan (ahli dalam
penyelidikan)
3. Profesionalism  Pentaksiran DSKP  Bengkel inovasi  Memohon
e  Kaedah pedagogi (tujuan melanjutkan
pentaksiran/ pertandingan) pelajaran
pentadbiran  Perincian
(keperluan kursus) pertandingan
 Kaedah anekdot
(school based)
 JSU bloom
 Pentaksiran Bilik
Darjah (abad ke-21)
4. Kokurikulum  Menjadi guru  Jurulatih peringkat  Jurulatih
penasihat Unit daerah peringkat
beruniform, Kelab  Menghadiri kem kebangsaan
dan persatuan kursus  Mengiring murid
(muzik, inovasi kejurulatihan ke pertandingan
dalam muzik)  Guru pengiring ensembel kibod
 Kumpulan murid ke peringkat
ensembel kibod pertandingan kebangsaan.
murid ensembel kibod  Guru pengiring
 Pertandingan peringkat daerah. murid ke kem
ensembel rekoder,  Guru pengiring ke peringkat
kibod peringkat kem muzik kebangsaan
sekolah. peringkat daerah
 Guru pengiring
murid ke kem muzik
Pada tahun perkhidmatan yang pertama, saya akan ditempatkan ke sebuah
sekolah kebangsaan mengikut penempatan yang ditetapkan. Saya akan mencuba sebaik
mungkin untuk menyesuaikan diri di sekolah baharu serta menjalinkan hubungan yang
baik antara pihak sekolah, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, para guru, serta anak-
anak murid.

Dari segi amalan pedagogi, saya akan melaksanakan pengajaran dan


pemudahcaraan (PdPc) kepada murid mengikut strategi pengajaran abad ke-21. Oleh itu,
saya perlu menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersesuaian bagi membantu
proses PdPc berlangsung dengan kondusif dan bermakna. Dalam masa yang sama, saya
akan cuba untuk menganalisis isu yang bakal timbul semasa proses PdPc yang
dijalankan dan menghasilkan satu inovasi untuk dijadikan BBM dalam subjek Pendidikan
Muzik. Menurut Rosenfeld (2012), inovasi merupakan satu transformasi pengetahuan
kepada produk, proses, jasa baru serta suatu tindakan yang menggunakan sesuatu yang
baharu. Untuk menghasilkan inovasi ini, saya akan berkolaborasi dengan guru-guru
sekolah serta rakan seperjuangan untuk berkongsi idea dan sumber yang diperlukan.

Pada tahun kedua pula, saya akan meneruskan usaha saya untuk menghasilkan
inovasi dan menyertai pertandingan inovasi pada peringkat daerah. Saya juga akan
membimbing serta murid untuk menghasilkan inovasi dan menyertai pertandingan inovasi
peringkat daerah. Seterusnya, pada tahun ketiga hingga kelima, saya akan menghasilkan
inovasi pedagogi pada peringkat kebangsaan. Begitu juga dengan murid-murid, jika
mereka berjaya melaksanakan inovasi yang cemerlang, saya akan menjadi guru
pembimbing dan mengiringi mereka untuk menyertai pertandingan inovasi peringkat
kebangsaan.

Dalam pada itu, dari segi pengetahuan kandungan, saya akan menguasai
kandungan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) bagi subjek Pendidikan
Muzik. DSKP adalah satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran ().
Dalam intipati DSKP, saya akan meneliti Standard Kandungan (SK), Standard
Pembelajaran (SP) serta Standard Prestasi (SPi) supaya objektif pembelajaran dapat
dicapai serta memudahkan saya melaksanakan pentaksiran dalam proses PdPc. Saya
juga akan menghadiri bengkel dan kursus berkenaan kaedah pentaksiran bagi
meningkatkan pengetahuan tentang pentaksiran yang perlu dilakukan kepada murid.

• Kaedah anekdot (school based)

• JSU bloom

• -Pentaksiran Bilik Darjah (abad ke-21)


Saya juga akan mengkaji dan menganalisis isu yang bakal timbul dalam kalangan
murid dan menjadi salah satu ahli dalam penyelidikan tindakan bagi mengatasi isu
tersebut. Kajian tindakan Menurut Dr. Soon Seng Thah (2007), kajian tindakan
merupakan salah satu usaha yang boleh menjadikan profesion perguruan disanjung
tinggi. Dengan ini, saya dapat meningkatkan mutu profesionalisme saya sebagai seorang
pendidik malah dapat membantu murid dalam mewujudkan pembelajaran yang
bermakna. Segala pengalaman dan kursus berkaitan dengan penyelidikan perlu saya
hadiri. Pada tahun kedua, saya akan menjadi ketua bagi penyelidikan tindakan di
peringkat sekolah. Manakala pada tahun ketiga hingga kelima, saya akan terus terlibat
dengan penyelidikan dan menjadi ketua penyelidikan tindakan di peringkat daerah.

Dari aspek kokurikulum, pada tahun pertama, saya akan menjadi guru penasihat
bagi unit beruniform yang diamanahkan. Saya juga akan melibatkan diri secara aktif
dalam kelab dan persatuan yang melibatkan Kelab Kebudayaan atau Muzik bagi
memupuk minat dan kemahiran murid terhadap aktiviti muzikal. Antara aktiviti muzikal
yang saya dapat mengajar ialah memainkan alat muzik seperti rekoder, kibod, gitar serta
ukulele. Antara alat muzik yang biasa diperuntukkan di sekolah ialah rekoder dan kibod.
Oleh itu, saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk melatih murid-murid dalam
permainan rekoder dan kibod dan melahirkan kumpulan ensembel kibod dan rekoder.

Dalam pada itu,

Pertandingan ensembel rekoder, kibod peringkat sekolah

• Guru pengiring

Anda mungkin juga menyukai