Anda di halaman 1dari 6

Masa Cue Ann Catatan

8.00 pagi Apabila Pengarah Mengumumkan ketibaan Encik Abdul Muhaimin bin Osman, Pengarah IPG Hadirin perlu bersedia dan
tiba di pintu utama. Kampus Perlis, Cik Ahnizah binti Arshad, Timbalan Pengarah IPG Kampus berdiri bagi menghormati
Perlis dan Encik Saifol Azhar, Ketua Jabatan Pengajian Bahasa Melayu. VIP.

8.10 pagi Nyanyian lagu Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan Lagu Negeri Perlis, Hadirin perlu bersedia dan
Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu Pendidikan Teras Kemajuan. berdiri tegak.

Seterusnya, marilah kita sama-sama menyanyikan dan menghayati pula Lagu


Tema Bulan Bahasa Kebangsaan, Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
Kalungan terima kasih buat semua.

Hadirin dipersilakan duduk.


8.30 pagi Protokol majlis. Mencari timba si anak dara, Apabila VIP bersedia.
Menyatakan Di bawah sarang burung tempua,
kesyukuran Salam sembah pembuka bicara,
terhadap majlis Selamat datang untuk semua.
yang diadakan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang dihormati, Encik Abdul Muhaimin bin Osman, Pengarah IPG Kampus
Perlis, Cik Ahnizah binti Arshad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perlis, Encik
Saifol Azhar, Ketua Jabatan Pengajian Bahasa Melayu, ketua-ketua Jabatan,
pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah, staf-staf dan para pelajar IPG
Kampus Perlis.

Hadirin yang dikasihi,


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,
Tuhan yang Maha Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta
kehendakNya jua maka kita diberikan keluangan waktu dan kesempatan untuk
kita sama-sama berkumpul di Dewan Indera Kayangan ini bagi Majlis
Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPG Kampus Perlis bagi
Tahun 2018.

8.40 pagi Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Saudara Affan bin Nazri
Dahan terikat tali perkasa, perlu bersedia.
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput saudara
Affan bin Nazri untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

(Setelah selesai bacaan doa)

Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

8.50 pagi Tayangan video Sidang dewan yang mulia, sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPG AJK Dokumentasi harus
Bulan Bahasa Kampus Perlis, pelbagai pertandingan yang telah diadakan. Antaranya ialah bersedia.
Kebangsaan Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Pidato, Pertandingan Menulis
Peringkat IPG Cerpen dan Kuiz Bahasa.
Kampus Perlis
Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPG Kampus
Perlis melalui tayangan video yang telah disediakan.
(Tayangan video)

9.10 pagi Ucapan Ketua Hadirin yang dikasihi,


Jabatan Pengajian
Bahasa Melayu Bagi memartabatkan Bahasa Melayu, pelbagai aktiviti telah dirancang dan
IPG Kampus dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Bahasa Melayu IPG Kampus Perlis. Bak
Perlis. kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan
datang melayang.

Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan daripada Ketua Jabatan
Pengajian Bahasa Melayu IPG Kampus Perlis, Encik Saifol Azhar. Beliau
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan memastikan
segala aktiviti Bulan Bahasa mampu mencapai matlamat dalam
memartabatkan Bahasa Melayu di kalangan warga IPG Kampus Perlis.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Encik Saifol Azhar, untuk
memberikan ucapannya.

Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

(Setelah selesai ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan Encik Saifol sebentar tadi.

9.40 pagi Persembahan Riuh nelayan memunggah pelata, Saudara Adam Naufal dan
sajak dan syair. Beli seraga dibawa pulang, saudari Anisah Nadzir
Bahasa kebangsaan jiwa kita, perlu bersedia.
Jati diri warga cemerlang.

Sidang hadirin sekalian, sekarang marilah kita menyaksikan persembahan


sajak daripada saudara Adam Naufal yang bertajuk “Bahasa Pertiwiku”.

(Setelah persembahan sajak selesai)

Seterusnya dipersilakan pula saudari Anisah Nadzir untuk mempersembahkan


sebuah syair yang bertajuk “Bahasa Negaraku”.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada saudara Adam Naufal dan saudari
Anisah Nadzir di atas persembahan yang memukau sebentar tadi.

10.00 pagi Ucapan Pengarah Kalau tuan pikat kenari,


dan Perasmian Jangan patahkan batang jerami,
Majlis Penutupan Kepada tuan sembah diberi,
Bulan Kebangsaan Mohon rasmikan majlis kami.
Peringkat IPG
Kampus Perlis Hadirin,
Bagi menyempurnakan majlis, saya mempersilakan Encik Abdul Muhaimin bin
Osman, Pengarah IPG Kampus Perlis untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat IPG
Kampus Perlis.
Dipersilakan.
(Encik Abdul Muhaimin berucap)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Muhaimin.

Penyampaian Adat nan baharu berubah-ubah, AJK Hadiah harus


Hadiah Adat manusia mengandung salah, bersedia.
Keputusan pertandingan diketahui sudah, Para peserta yang
Ada yang menang ada yang kalah. memenangi pertandingan
juga harus bersedia di tepi
Bagi acara penyampaian hadiah, dijemput Encik Abdul Muhaimin untuk pentas.
menyampaikan hadiah kepada para pemenang, diiringi oleh Encik Saifol Azhar.

(Rujuk keputusan pertandingan)


Bagi Pertandingan Deklamasi Sajak, tempat ketiga jatuh kepada ......, tempat
kedua jatuh kepada ...... dan tempat pertama jatuh kepada .....

(Rujuk keputusan pertandingan)


Seterusnya, bagi Pertandingan Pidato, tempat ketiga jatuh kepada ......, tempat
kedua jatuh kepada ...... dan tempat pertama jatuh kepada .....

(Rujuk keputusan pertandingan)


Seterusnya, bagi Pertandingan Menulis Cerpen, tempat ketiga jatuh
kepada ......, tempat kedua jatuh kepada ...... dan tempat pertama jatuh
kepada .....

(Rujuk keputusan pertandingan)


Bagi Pertandingan Kuiz Bahasa, tempat ketiga jatuh kepada ......, tempat kedua
jatuh kepada ...... dan tempat pertama jatuh kepada .....

Hadirin,
Marilah kita beri tepukan yang gemuruh kepada para pemenang.
11.40 pagi Penyampaian Tahniah diucapkan kepada para pemenang. AJK Hadiah perlu
cenderahati Majlis turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Muhamin bersedia.
kepada Pengarah kerana sudi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
IPG Kampus Perlis
Sekarang, dijemput Encik Saifol Azhar untuk memberikan sedikit cenderahati
kepada Encik Abdul Muhaimin di atas kesudian beliau untuk merasmikan pada
hari ini dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
(Encik Saifol Azhar memberikan cenderahati kepada Encik Abdul Muhaimin)

12.00 tengahari Majlis bersurai Yang kurik itu kendi, AJK Sambutan perlu
Yang merah itu saga, bersedia untuk mengiringi
Yang molek itu budi, VIP keluar dari dewan.
Yang indah itu bahasa.

Hadirin,
Selesainya acara penyampaian cenderahati kepada Tuan Pengarah IPG
Kampus Perlis, maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Penutupan Bulan
Bahasa Kebangsaan Peringkat IPG Kampus Perlis bagi Tahun 2018 ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Berakhir sudah majlis kita,


Moga bersua tahun hadapan,
Andai ada tersasul kata,
Salah silap mohon dimaafkan.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai