Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2019

AGENDA CATATAN
7:30 pagi Mohon perhatian.
Giliran :
Majlis akan bermula sebentar lagi.
( )
Mohon semua siswa guru mengambil tempat di dalam
dewan.

Semua pensyarah diminta untuk mengambil tempat duduk


yang telah disediakan.
7:45 pagi Mohon perhatian sekali lagi.
Giliran :
Mohon kerjasama hadirin sekalian
( )
Agar dapat mengambil tempat di dalam dewan kerana
majlis akan bermula sebentar lagi.

7:55 pagi Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Giliran :
Pengumuman 1
( )
Diingatkan sekali lagi agar para pensyarah dan staf
sokongan untuk mengambil tempat duduk yang disediakan.

Pengumuman 2

Mohon kerjasama daripada semua tetamu untuk


mematikan atau menukar mod telefon bimbit kepada mod
senyap, kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Pengumuman 3

Diingatkan para hadirin untuk menghormati majlis dengan


tidak menggunakan telefon bimbit sepanjang majlis
berlansung.

Pengumuman 4

Mohon semua berada di dewan sehingga majlis selesai.


Sekian terima kasih.

8:00 pagi Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, encik zulkifli bin


mahayuddin, ketua jabatan ilmu pendidkan IPG Kampus
Perarakan Ipoh,
masuk
Diiringi oleh pensyarah-pensyarah jabatan ilmu pendidikan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Giliran :

( ) Masuk ke dalam dewan.

8:05 pagi Hadirin yang dihormati,


Giliran :

( ) Marilah sama-sama kita nyanyikan


Lagu Negaraku,
Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan,
Terima kasih atas kesudian para hadirin atas kesudian nyian
sebentar tadi.
Para pensyarah dipersilakan duduk

8:15 Pagi Seterusnya, lafaz ikrar Rukun Negara.


Bacaan Ikrar
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
Rukun Negara

Giliran .
( ) untuk memimpin lafaz ikrar perkhidmatan awam;

Majlis mempersilakan.

(PAUSE)

Majlis Mengucapkan terima kasih kepada


.atas kesudian memimpin lafaz ikrar perkhidmatan awam
sebentar tadi.
Para pensyarah dan staf dipersilakan duduk.
8.20 Pagi Mega berarak indah berbalam,
Aluan Dipuput bayu ke pohon ara;
pengacaraan
Pemanis kalam selamat malam,
Majlis
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim,

Assalammualaikum, salam sejahtera, dan Salam Malaysia


Baharu

Yang Berusaha, encik zulkifi bin mahayuddin,ketua jabatan


ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Yang Berusaha

Para Pensyarah jabatan ilmu pendidikan, Staf sokongan,

Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan dan Perayaan Khas;

Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diketuai oleh


Serman Raur YDP JPP IPG Kampus Ipoh 2019/2020,

Siswa guru Unit V15, Siswa-siswi guru dan,

Hadirin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan


izin dan limpah kurnianya kita diberikan kesihatan dan
kesempatan untuk bersama-sama menjayakan
Perhimpunan Jabatan Ilmu Pendidikan Bulan Julai 2019.

8.25 Pagi

Garam ada kicap pun ada,


Bacaan Doa Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Giliran: Sayang tiada berdoa lagi.
( )
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Agar majlis pada pagi ini memperoleh keberkatan daripada
Ilahi, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
muhammad khairul iman bin razif
Muhammad syazmie bin zaharuddin
, siswa guru dari unit V15 untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar


tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,

Salah seorang pensyarah daripada jabatan ilmu Pendidikan


ipg kampus ipoh bakal menjawat jawatan sebagai timbalan
pengarah di ipgm.

Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan

Sudilah tuan tampilkan diri

Bersama madah ucapan perpisahan.

Majlis menjemput Dr. anuar bin Abdullah untuk


menyampaikan ucapan dan kata-kata perpisahan. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang penuh manfaat, nasihat dan


hikmah. Semoga mampu menjadi panduan buat kami disini.
Hadirin yang dikasihi sekalian, Jika ada

Majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara


Ganesh ,wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Ganesh.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan ucapan

. .

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.


Hadirin dan hadirat sekalian,

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan

Encik zulkifli bin mahayuddin, ketua jabatan ilmu


pendidikan untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang


berusaha encik zulkifli bin mahayuddin atas ucapan yang
bermanfaat sebentar tadi.
Bagi mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini,

Marilah sama-sama kita menyanyikan

Lagu Guru Malaysia dan lagu IPGM.

Hadirin diminta berdiri.


Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka
berakhirlah perhimpunan kita pada hari ini.

Majlis merakam ribuan terima kasih kepada semua hadirin


yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan perhimpunan
jabatan ilmu Pendidikan pada hari in.

Sekiranya terdapat salah dan silap, tersalah tutur bicara


sepanjang pengendalian majlis pada hari ini kami rendah
hati memohon beribu kemaafn dan keampunan.
Sesungguhnya yang baik itu dari allah swt dan yang buruk
itu dari diri kami sendiri.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan ini selesai sudah tugas saya,

Shahrul amin bin mohd zamri

Nurul izzah binti che yong

Selaku pengacara majlis anda

Sekian. Wabillahi....
Di sini ada satu pengumuman,

Anda mungkin juga menyukai