Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 2 (individu) :

Isu mengenai generasi hari ini semakin terkikis kesantunan berbahasa


khususnya dari segi peraturan berbahasa semakin ketara pada hari ini.
Begitu juga kelancangan berbahasa dalam kalangan remaja pada hari ini
menunjukkan betapa isu kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi
hari ini perlu diberi perhatian. Jika tidak ada tindakan dilakukan, akhirnya ia
akan melambangan kesantunan berbahasa masyarakat pada hari ini. Oleh
itu, pihak-pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah yang kreatif
dalam menangani isu kesantunan berbahasa tersebut.

Pilih mana-mana satu isu kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja pada hari
ini dan bincangkan isu-isu kesantunan berbahasa dari segi peraturan berbahasa
dengan kritis. Jika anda adalah orang yang bertanggungjawab menangani isu
kesantunan tersebut, bincangkan langkah-langkah yang akan anda ambil bagi
menangani isu kesantunan berbahasa tersebut dengan kreatif.
1.0 Pengenalan

Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, isu-isu kesantunan
dalam masyarakat Malaysia semakin berleluasa dan membimbangkan. Sifat positif dalam
diri masyarakat Malaysia semakin hari semakin luntur, ketidakprihatinan yang ditunjukkan,
masyarakat menjadi lebih biadab kerana kesantunan dalam berbahasa semakin rapuh dan
ampuh. Pelbagai isu negatif yang timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Isu-isu ini
sudah pasti disebabkan oleh arus globalisasi yang deras sehingga membuatkan masyarakat
yang hanyut dibawanya. Antara isu yang bangkit adalah berkaitan dengan amalan
kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebelum pergi lebih dalam
lagi, ayuh memahami kesantunan berbahasa.

Menurut Kamus Dewan (1984), Kesantunan bahasa meliputi amalan berbudi


bahasa, nilai sopan santun, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap
yang memancarkan budi pekerti mulia. Penutur yang menggunakan strategi kesantunan
dalam pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, penggunaan ganti nama,
kata gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya serta pemilihan perkataan yang betul,
tepat. Kata-kata yang diucapkan tidak mempunyai maksud sindirann atau ejekan sebaliknya
mengandungi unsur kejujuran, serta menggunakan bahasa yang tidak menyinggung
perasaan orang lain yang mendengarnya. Berikut adalah antara isu-isi hangat yang
berkaitan dengan kesantunan berbahasa dari segi peraturan berbahasa dan cara-cara
menangani.

2.0 Isu dalam Mengamalkan Kesantunan Berbahsa

Apakah remaja dewasa ini menggunakan bahasa yang sopan? Isu ini banyak diperkatakan
dalam masyarakat hari ini. Penggunaan bahasa dalam kalangan remaja masa kini
menimbulkan keresahan banyak pihak. Bahasa merupakan medium untuk mengungkapkan
pemikiran dan menyampaikan perasaan penuturnya. Lebih daripada itu, bahasa juga akan
menggambarkan keperibadian, latar belakang dan tahap pendidikan seseorang itu. Hal ini
disebabkan pengaruh dalam kehidupan sekeliling menyebabkan seseorang itu cenderung
untuk bersikap biadap dan tidak mengamalkan sifat kesantunan berbahasa dalam
kehidupan harian.

Para remaja tidak menghormati orang tua mereka dengan tidak memanggil mereka
dengan panggilan yang sepatutnya. Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu terdedah
dengan gejala sosial. Selain itu, teknologi maklumat juga memainkan peranan yang penting
mempengaruhi orang ramai melupakan budaya sendiri. Generasi kini banyak menggunakan
bahasa singkatan dalam komunikasi. Fenomena gejala sosial dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan perkataan singkat dengan
meluas. Sebagai contoh penggunaan “awk tgh wt pe” disamping “awak sedang membuat
apa”. Hal ini banyak mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi. Tambahan pula,
penggunaan bahasa pasar juga banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Contohnya “dia
punya rumah” walhal “rumah itu kepunyaan dia”. Hal ini demikian, mempengaruhi pengguna
kesantunan bahasa.

Selain daripada itu, Bahasa pasar merupakan bahasa campuran antara bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti India dan Cina. Variasi bahasa pasar tidak
mempunyai penutur asli, iaitu tiada penutur yang menggunakannya sebagai bahasa ibunda.
Misalnya, penutur Cina menyebut perkataan ‘mari’ sebagai ‘mali’, ‘orang’ sebagai ‘olang’,
‘sudah’ sebagai ;sudat’ dan sebagainya. Bahasa pasar biasanya berlaku dalam beberapa
situasi, antaranya ialah orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu menuturkan
bahasa Melayu; orang Melayu bertutur dengan orang bukan Melayu; dan orang bukan
Melayu yang berlainan bangsa dan bahasa menuturkan bahasa Melayu

Contoh dialog Pengguna bahasa pasar mudah menyamatarafkan semua orang


dengan tarafnya sendiri.
Pelayan: You nak makan apa? You pilihlah makan dari meja tu, you ambiklah apa
you nak. Kemudian you bawak kat I, I kira bagi kat you.

Pelanggan: Cik puan, panggillah pelanggan ‘cik’ ... ‘encik’ dan ‘puan.’ Itu panggilan
hormat.

Pelayan: You tak suka tak pa ...we all tak pernah dengar orang komplen pun ....

3.0 Peraturan Berbahasa

Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan-peraturan yang tertentu itu secara


tidak langsung dia telah mangamalkan santun bahasa. Peraturan sosiolinguistik ialah
peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
Ia menitikberatkan hubungan atau interaksi sosial dalam konteks komunikasi lisan (antara
pembicara dengan pendengar) dan komunikasi tulisan (antara penulis dengan pembaca).
Seseorang hendaklah penggunaan kata sapaan yang betul ketika berkomunikasi dalam
sesuatu keadaan. Contohnya, penggunaan kata sapaan yang melibatkan kata ganti nama
diri sendiri dan orang lain, panggilan hormat yang telah ditetapkan mengikut sistem
panggilan dalam masyarakat seperti “tuan” dan “puan” semasa urusan rasmi. “Pak cik” dan
“mak cik” ialah kata panggilan yang melibatkan sistem kekeluargaan yang betul sebagai
tanda hormat. Kesantunan berkendala secara tidak rasmi juga penting demi mengekalkan
hubungan baik antara kaum keluarga, sahabat handai dan kejiranan demi menjamin
masyarakat yang hidup makmur dan sejahtera. Dalam semua aspek dan konteks yang
dikaji, kesantunan berkendala didapati sangat penting dan wajar digunakan dalam usaha
mengelakkan konflik, peperangan, prasangka dan bertindak selaku kriteria diplomasi tinggi
antara negara, organisasi sosial dan individu. Maka itu, kesedaran sedia ada perihal
persekitaran sosial menjadi ujian utama bagi sesiapa sahaja yang ingin mengaplikasikan
pendekatan tersebut.

4.0 Langkah-langkah menangani isu kesantunan berbahasa

Langkah-langkah untuk menangani isu gejala sosial berkaitan dengan kesantunan


masyarakat Malaysia antaranya ialah melalui peranan ibu bapa dan keluarga. Ibu Bapa
perlu menggunakan bahasa yang sopan dan teratur dengan anak supaya kesantunan
bahasa dapat dikekalkan. Ibu bapa juga perlu tegas dalam mendidik anak-anak agar
generasi masa kini tidak secara terus meneruskan melakukan perkara yang boleh
merosakkan kesantunan bahasa. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih
sayang serta meluangkan masa bersama anak-anak remaja. Hal ini menyebabkan anak-
anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka dan tidak
tededah dengan gejala sosial. Tegaslah, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa
amat penting dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.

Sesungguhnya, pihak masyarakat setempat perlu juga perlu memainkan peranan


yang signifikan dalam menangani masalah ini. Masyarakat harus menjadi mata dan telinga
dalam membentuk tingkah laku remaja. Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah
masalah vandalisme. Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh
menegur para remaja yang melakukan masalah tersebut dengan berhemah dengan
harapan remaja akan lembut hati dan makan nasihat .Bertepatanlah dengan kata-kata
mutiara iaitu tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Di peringkat sekolah pula, pihak sekolah perlu menyedarkan para pelajar tentang
pentingnya penggunaan bahasa agar mereka tidak menyalahgunakan bahasa dari segi
pertuturan dan penulisan sama ada ketika formal atau tidak formal. Tambahan pula, pihak
sekolah boleh menganjurkan kempen-kempen serta pertandingan yang berkaitan dengan
bahasa agar dapat menarik minat pelajar, seterusnya dapat mereka menerapkan dalam
kehidupan seharian.
5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya dengan mengamalkan kesantunan berbahasa, kita akan


digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif,
mengamalkan sikap bertoleransi, bersopan santun, jujur, bermoral dan baik hati.
Penggunaan bahasa yang santun diikatkan dengan tanggapan dan konsep “ reti bahasa ”.
Kata pepatah melayu, “yang tua dihormati, yang muda disayangi ”. Jadi, kita mengharapkan
agar menjelang tahun 2050, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar
sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar
dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.

(1050 PP)
Sumber Rujukan

Buku :
Ahmad Khair Mohd. Nor dan Rohaida Abdul Gani. (2005). “Budi Bahasa di Bilik Darjah”.
Dewan Bahasa.
Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran
dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azizi Yahaya. (2012). Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. Shah
Alam: PTS Litera Utama
Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang:
PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Marlyna Maros. (2012). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. DBP
Rusli Murni. (1990). Salah Satu Penyakit Sosial. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jurnal :
Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud. (2005). Nilai-nilai
murni dan pendidikan bersepadu: ke arah kemanusiaan sejagat. Jurnal Pendidikan
Islam Jilid 4. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Marlyna Maros, Aslinda John dan Mohd Baharim Mydin. (2010). Pola Sapaan Pelajar
Lelaki dan Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Akedemik. 2, 25-
38.
Zainol Abidin Kasim dan Jaafar Jambi. (2006). Strategi dan Ciri Kesantunan Berbahasa
Jepun. Jurnal Bahasa. 6, 314-417.

Internet :
Demolish Wolf. (2015). Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia. Ambil daripada:
https://www.slideshare.net/microwong/gsb-isu-kesantunan-masyarakat
malaysia .Akses pada 29 Ogos 2017.
Muhamad Hanafi. (2016). Kempen Mengatasi Masalah Gejala Sosial. Ambil daripada:
https://www.scribd.com/doc/34926386/MAKSUD-GEJALA-SOSIAL . Akses pada 29
Ogos 2017.

Anda mungkin juga menyukai