Anda di halaman 1dari 8

Punca

Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu mempengaruhi diri dan terus melakukannya
tanpa memikirkan akibat atau kesan terhadapnya. Biasanya mereka gemar mencuba
sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka.

Selain itu juga, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut dengan
gaya, cara hidup lain daripada orang lain. Jika tidak kena pada caranya, masalah seperti
hamil luar nikah mudah terjadi. Sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti
sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah di kalangan remaja. Ini
membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik dan
buruknya serta akibat yang bakal diterima. Perkara sedemikian hanya mengundang pada
keruntuhan akhlaknya sendiri.Remaja kita melihat budaya luar terutama dari Barat itu
sebagai sesuatu yang moden dan mengikut peredaran zaman.

Insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotornya.
Ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan
kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang
mulia dan tinggi, berbanding dengan individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara
yang negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

Percampuran pergaulan denagn golongan yang kurang adab dan tidak membawa kebaikan membuatkan mereka
menjadi lebih liar dan turut kurang akhlak dalam dirinya.

Keluarga
bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau
penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau
kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.

Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan


dan keharmoniaan yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja
yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan
bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan sesebuah akhlak dalam institusi kekeluargaan akan
memberi kesan yang besar ke atas kebahagiaan dan keharmonian sesuatu institusi
kekeluargaan itu. Akibat daripada itu, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlaku
penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara.
Seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja.

Pengaruh Negatif Media Massa


Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media
massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba
ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya.
Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui
media massa.

Sekolah’

Remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah


kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di
sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya
menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi
akademik.

Masyarakat
Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan
personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja
yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk
menolong orang lain.

Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta


benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa
mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan
menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri,
mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan
penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat
dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa
kepada masalah penyalahgunaan dadah.
Teknologi Maklumat

Jenayah Siber

Maksud jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan dengan menggunakan sistem
komputer untuk mencuri maklumat atau wang. Jenayah komputer ini terdiri daripada unsur
penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian
maklumat, penggodaman dan lain-lain. Internet pula merupakan satu wadah dan saluran
komunikasi yang terkenal di seantero dunia terutama dalam aspek penyebaran pelbagai
variasi maklumat di dunia siber. Dasar ‘langit terbuka’ membolehkan pelbagai maklumat
disampaikan yang bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk maklumat yang sahih semata-
mata malah maklumat yang berunsurkan penipuan ataupun lebih dikenali dengan maklumat
palsu juga sering tersebar luas.

PUNCA JENAYAH SIBER


Jenayah siber merupakan jenayah yang boleh menyebabkan individu yang menjadi mangsa
siber mengalami kerugian dan penderitaan. Selaras dengan kepesatan teknologi maklumat
dan komunikasi pada masa kini, kemunculan internet sebagai alat komunikasi yang
signifikan kepada manusia menjadi punca berlakunya jenayah siber. Pelbagai jenis
maklumat dipaparkan dan disebarkan melalui berjuta-juta laman web yang dihidupkan
sehingga saluran komunikasi serta maklumat itu sukar untuk dikawal. Terdapat maklumat
yang sahih dan juga maklumat palsu yang disebarkan malah kewujudan internet telah
memudahkan lagi para penjenayah siber untuk melakukan pencurian dan pemalsuan data,
penyebaran virus, judi siber, pengubahsuaian data komputer, penggodaman serta jenayah-
jenayah siber yang lain.

Menerusi sumber ‘Sinar Telus & Tulus Online,’ sikap lalai antara punca jenayah siber
berlaku. Jenayah siber yang melibatkan pemilik kad ATM, telefon bimbit, e-mel dan laman
sosial adalah disebabkan sikap suka berkongsi nombor pin dan kata laluan. Ini berlaku
berikutan kecuaian dan kurang tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat. Kebanyakkan
penjenayah siber yang merupakan golongan berpengetahuan ataupun profesional dalam
pengendalian komputer akan mengambil kesempatan kepada orang ramai yang hanya
mempunyai pengetahuan cetek dalam penggunaan komputer kerana kebanyakkannya
mudah ditipu. Tambahan pula, sikap lalai masyarakat yang mudah terpedaya untuk
berkongsi maklumat peribadi akan memudahkan perlakuan jenayah siber.
Masalah jenayah siber juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang ‘acuh tak acuh’ dalam
mengawasi dan mendidik anak-anak untuk menggunakan komputer serta kemudahan
internet dengan sebaiknya.

LANGKAH UNTUK MENCEGAH DAN MENANGANI ISU JENAYAH SIBER


Jenayah siber yang kian berleluasa pada era globalisasi kini, perlu dicegah dan ditangani.
Antara langkah berkesan yang boleh dilakukan adalah dengan mendedahkan
pengetahuan mengenai jenayah siber kepada masyarakat. Didikan dan pendedahan
mengenai jenayah siber harus dimulakan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini boleh
dikaitkan dengan eforisme ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Pendedahan awal yang
diberikan akan mengelakkan kanak-kanak daripada terlibat mahupun menjadi mangsa
jenayah siber.

Ibu bapa sepatutnya lebih bersikap prihatin dan meluangkan masa untuk menemani anak-
anak ketika melayari internet agar anak-anak tidak terdedah dengan bahaya dalam talian
seperti jenayah buli siber, laman web yang mengandungi kandungan yang tidak bersesuaian
seperti pornografi dan sebagainya. Sikap ibu bapa yang suka membiarkan anak-anak
melayari internet tanpa kawalan perlu ditepis. Dalam dunia digital ini, pengawasan terhadap
penggunaan internet oleh anak-anak perlu dititikberatkan agar keselamatan mereka
terjamin.

Seterusnya, pengetahuan dan kesedaran mengenai jenayah siber juga boleh disampaikan
melalui media massa serta media elektronik. Maklumat mengenai jenayah ini dapat
mewujudkan satu kesedaran kepada masyarakat untuk lebih celik dalam menggunakan
teknologi maklumat agar tidak menjadi mangsa jenayah ini. Bahan pendidikan dan
bermaklumat perlu disediakan kepada orang ramai untuk memberi kesedaran tentang risiko
pelbagai jenis jenayah siber.

Pengaplikasian teknologi forensik dalam dunia teknologi pengkomputeran digital harus


dimantapkan lagi bagi mencegah dan menangani isu jenayah siber. Aktiviti pencerobohan
dan penggodaman komputer, kecurian maklumat, serangan virus perosak komputer dan
sebagainya merupakan tindakan jenayah yang kerap terjadi dalam dunia siber pada masa
kini. Oleh hal yang demikian, teknologi forensik komputer yang lebih mantap akan lebih
banyak membantu dalam penyiasatan, analisis dan mendapatkan bukti-bukti dalam
penyiasatan jenayah komputer untuk dikemukakan kepada undang-undang. Langkah ini
menjadi satu inisiatif yang berkesan untuk menjejaki penjenayah-penjenayah siber yang
cuba untuk menyembunyikan maklumat mahupun jejak-jejak perbuatan jahat mereka.
SEKSUALITI

ROGOL
‘Rogol’ didefinisikan sebagai perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan
perempuan. Perbuatan sumbang seperti ini merupakan satu kesalahan jenayah yang serius
kerana melibatkan serangan seksual iaitu mangsa dipaksa untuk melakukan hubungan
seksual tanpa persetujuan atau kerelaan.

PUNCA BERLAKUNYA KES ROGOL


Serangan seksual atau lebih dikenali dengan jenayah rogol berpunca daripada kurangnya
didikan dan penerapan nilai-nilai keagamaan dalam diri individu. Kerapuhan pegangan
agama menyebabkan individu hanyut dalam hawa nafsu yang serakah sehingga sanggup
melakukan jenayah ini kepada orang yang tidak bersalah. Individu yang kurang didikan
agama akan lebih cenderung melakukan jenayah ini semata-mata untuk memuaskan hawa
nafsu. Didikan dan penerapan nilai-nilai keagamaan akan menjadi benteng yang kukuh
kepada individu agar tidak terjebak dalam jenayah ini. Tambahan pula, ia mewujudkan satu
kesedaran untuk tidak melakukan hal mahupun perbuatan yang melanggar ajaran agama.

Seterusnya, kejadian rogol juga berpunca daripada pengaruh media massa.


Dasawarsa kini, media massa yang merupakan saluran penyampaian maklumat telah
disalahgunakan dengan memaparkan dan menyebarkan pelbagai jenis video mahupun
komik yang berunsurkan seks atau pornografi. Siasatan yang telah dijalankan mendapati
bahawa punca utama penjenayah terlibat dalam kes rogol ialah disebabkan oleh pengaruh
media sosial Facebook dan laman-laman sesawang yang memaparkan video dan bahan-
bahan lucah di internet.

Selain itu, kes rogol juga disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Kebanyakkan
remaja yang belum matang pemikirannya dan yang masih mempunyai pendirian diri yang
rapuh seringkali tersilap langkah ketika membuat sesuatu keputusan. Rakan sebaya yang
cenderung memberikan pengaruh yang buruk seperti melakukan jenayah akan
menyebabkan seorang remaja terjebak dalam kes-kes jenayah termasuklah juga jenayah
rogol. Kebiasaannya rakan sebaya suka mencabar atau menyuruh melakukan perbuatan
yang berbahaya sebagai tanda atau bukti kehebatan diri. Dalam masa yang sama, remaja
cenderung untuk melakukan hal-hal baru yang belum pernah dilakukan. Oleh itu, mereka
mudah terjebak dalam kancah jenayah.
LANGKAH MENCEGAH DAN MENANGANI JENAYAH ROGOL
Jenayah rogol perlu dicegah dan ditangani dengan memberikan didikan dan penerapan nilai-
nilai keagamaan kepada masyarakat. Langkah ini perlu dimulakan dan diberikan kepada
anak-anak sejak dari kecil agar mereka terdidik untuk menjadi insan yang bermoral dan tidak
menyimpang daripada ajaran agama. Didikan agama mampu membentuk individu yang
berkeperibadian mulia dan akan menjadi benteng yang kukuh agar individu tidak terjebak
dalam perbuatan jenayah termasuklah jenayah rogol yang disebabkan oleh keserakahan
hawa nafsu yang tidak terkawal. Penerapan nilai-nilai keagamaan dapat memberikan
kesedaran yang mendalam akan kepentingan untuk menjaga adab dan perlakuan dalam
kehidupan seharian.

Seterusnya, pencegahan jenayah rogol juga boleh dilakukan dengan memberikan


pendedahan kepada masyarakat mengenai seni pertahankan diri. Seni pertahankan diri
atau seni bela diri merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu
mempertahankan diri. Antara jenis seni bela diri yang popular ialah silat, taekwondo, judo,
wushu dan sebagainya. Melalui langkah ini, masyarakat dapat mempelajari cara untuk
melindungi diri dan tubuh badan agar tidak menjadi mangsa terhadap jenayah ini. Di
samping itu, pembelajaran seni bela diri dapat mewujudkan kesedaran dalam diri
masyarakat akan kepentingan untuk menghargai dan melindungi diri daripada bahaya.

Selain itu, jenayah ini juga boleh dicegah dan ditangani dengan memberikan
hukuman yang lebih berat kepada penjenayah rogol. Pihak yang berkuasa perlu
memberikan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam melakukan jenayah
rogol.

Media massa yang merupakan alat saluran maklumat harus memainkan peranan
penting dalam mencegah dan menangani kes rogol agar tidak berleluasa. Program, video
mahupun filem yang berunsurkan seks tidak seharusnya didedahkan atau ditayangkan di
media massa. Hal ini kerana, segala maklumat atau bahan yang ditayangkan dalam media
massa akan menjadi tontonan umum kepada masyarakat sekaligus boleh mempengaruhi
pemikiran dan perbuatan mereka. Oleh hal yang demikian, penapisan maklumat atau
bahan yang dipaparkan di media massa harus dilakukan dengan lebih kerap untuk
mengenal pasti sama ada bahan tersebut bersesuaian atau tidak untuk menjadi tontonan
umum.
PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Setiap pencemaran alam sekitar yang berlaku adalah berpunca daripada tabiat atau sikap
manusia yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran alam sekitar ini tidak akan datang
dengan sendiri sekiranya manusia lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar ini
daripada musnah, akan tetapi masing-masing manusia pada masa kini sibuk mengejar cita-
cita mereka sendiri sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar untuk mendapatkan
keuntungan.

Bagi pencemaran air, ia berpunca daripada pembuangan sisa-sisa toksik, air kumbahan dan
sampah sarap yang dibuang oleh manusia sendiri. Kilang-kilang seperti kilang makanan,
kilang plastik dan sebagainya biasanya dibina berhampiran dengan sungai untuk
memudahkan sisa yang dihasilkan oleh kilang tersebut di buang terus ke dalam sungai. Hal
ini mengakibatkan hidupan-hidupan di dalam sungai dan juga laut musnah. Contohnya, ikan
di sungai dan laut mati dan juga mengalami krisis kepupusan. Selain itu, melalui
pencemaran air juga, manusia sendiri menerima akibatnya dengan kebersihan air yang
kurang memberangsangkan dan seterusnya membawa kepada penyakit taun, cirit-birit dan
sebagainya.

Seterusnya, pencemaran udara adalah berpunca daripada asap-asap yang dikeluarkan


oleh kenderaan-kenderaan seperti kereta, lori dan juga daripada asap kilang. Asap-asap ini
akan menghakis lapisan ozon bumi dan seterusnya berlakunya kesan rumah hijau, dan juga
hujan asid yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu, asap hasil daripada pembakaran
hutan dan sampah juga antara faktor utama berlakunya jerebu yang seterusnya
mengundang kepada kesesakan nafas. Pembakaran terbuka bukan sahaja menyumbang
kepada pencemaran udara yang serius. Punca pencemaran udara ini bukan sahaja memberi
kesan kepada kesihatan namun kesan kepada ekonomi negara iaitu penutupan sekolah-
sekolah bagi kawasan yang mempunyai bacaan jerebu yang tinggi, para pelancong juga
akan berkurangan.

Selain itu juga, bagi pencemaran tanah yang berpunca daripada pembalakan hutan.
Pembalakan haram ini menyebabkan berlakunya tanah runtuh malah menyebabkan banjir
kilat. Sering kali kita melihat dalam berita harian apabila hujan lebat turun pasti akan
berlakunya banjir kilat atau tanah runtuh sesuatu kawasan. Banjir kilat atau tanah runtuh
yang berlaku ini boleh membabitkan nyawa manusia selain daripada kerosakan harta benda.
LANGKAH MENCEGAH DAN MENANGANI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dengan mengadakan kempen alam sekitar, masyarakat akan lebih peka terhadap isu-isu
yang berkaitan dengan alam sekitar. Dengan cara ini juga, masyarakt tidak lagi membuang
sampah sarap sesuka hati mereka kerana mereka sudah menyedari akan kesan yang bakal
berlaku jika mereka membuang sampah di merata-rata tempat. Pada peringkat sekolah pula,
para pelajar dididik untuk sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan luar sekolah
seterusnya di rumah mereka masing-masing.

Selain itu juga, dalam usaha mengurangkan pencemaran udara, masyarakat digalakan
untuk menggunakan kenderaan awam seperti bas mini, LRT, atau berkongsi kereta dengan
rakan sekerja lain untuk mengurangkan pelepasan asap kereta dan seterusnya
mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya yang dasyat. Bagi kilang-kilang pula,
pengusaha kilang tersebut hendaklah menggunakan penapis yang dikhaskan untuk
memastikan bahan toksik ditapis sebelum dilepaskan ke udara atau ke dalam sungai.

Seterusnya, menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan haruslah menguatkuasakan


undang-undang dengan lebih ketat lagi terutamanya dalam isu pencemaran alam sekitar ini.
Contohnya, untuk para pembalak haram, pihak berkuasa boleh menangkap mereka dan
seterusnya menarik lesen pembalakan mereka. Selain itu, pihak kilang yang masih berdegil
melepaskan sisa-sisa toksik ke dalam sungai juga harus di beri tindakan dengan lebih berat
lagi termasuk menarik balik lesen perkilangan.

Anda mungkin juga menyukai