Anda di halaman 1dari 7

Gejala Melepak Dalam Kalangan Remaja 9APR Semakin dunia ini maju membangun semakin banyak masalah yang

diharungi oleh dunia. Bukan sahaja di Malaysia, malahan di rata-rata dunia mengalami masalah yang sama. Dunia mengharapkan golongan muda iaitu golongan remaja bagi membangunkankan lagi negara ke arah yang lebih maju.

gambar hiasan Di zaman era-globalisasi ini, remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lainlain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup. Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah, antaranya seperti kes penculikan, kes kecurian, kes lari daripada rumah dan banyak lagi. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.

Salah satu gejala sosial yang menjadi senario di negara kita adalah gejala melepak. Banyak tempat yang dijadikan untuk mereka melepak, antaranya seperti bustop, supermarket, tandas dan sebagainya. Gejala social ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor, yang mana semuanya datang daripada diri mereka sendiri. Menurut Kvreceus, W. C. (1945), menyatakan seseorang individu mempunyai pelbagai tingkah laku adalah hasil daripada masalah psikologi. Melihat kepada teori ini, masalah melepak adalah berpunca daripada diri mereka sendiri. Tiada kesedaran dalam diri menyebabkan mereka tidak mencari inisiatif untuk mencegah gejala melepak dalam kalangan remaja. Antara faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca berlakunya gejala melepak adalah seperti sikap ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Peribahasa juga ada menyebut bagaimana acuan begitulah kuihnya yang mana mengibaratkan eloknya ibu bapa itu, maka eloklah anaknya. Ibu bapa adalah individu yang bertanggungjawab ke atas anak-anak, jika mereka gagal dalam mendidik anak-anak maka gagallah mereka untuk bertanggungjawab. Remaja sebenarnya lebih selesa jika mereka disayangi dan ambil berat tentang diri mereka, ibu bapa perlu membahagikan masa yang secukupnya dalam mendidik anak-anak. Tambahan lagi, jika ibu bapa mengalami masalah peribadi seperti pergaduhan, penceraian, kesibukan bekerja dan sebagainya, masalah ini juga menyebabkan mereka tertekan dan terjadinya gejala melepak. Masalah ibu bapa yang banyak menyebabkan anak-anak terjerumus kearah melakukan perkara yang tidak baik. Selain itu, suasana di rumah juga menjadikan remaja suka melepak di luar. Remaja suka kepada keseronokan, jika mereka kurang seronok di rumah maka berlakunya gejala melepak di luar sana. Contohnya, jika kita lihat senario melepak di kedai mamak, rata-rata pengunjung kedai adalah daripada golongan remaja. Persekitaran rumah juga penting dan diambilberatkan agar mengurangkan gejala melepak di luar. Kadang-kadang remaja ini memerlukan internet, astro, televisyen skrin besar (LCD) dan lainlain untuk keseronokan mereka. Dengan adanya keselesaan kepada mereka mungkin dapat mengurangkan gejala melepak dalam kalangan remaja di negara ini. Faktor lain adalah seperti pengaruh rakan sebaya. Ramai masyarakat kita menyalahkan rakan sebaya kerana berlakunya gejala melepak ini. Sudah menjadi trend masa kini kawan ikut kawan, yang mana masing-masing memikirkan keseronokan duniawi semata-semata. Kadangkadang kawan membawa kita kepada keburukan tetapi kadang-kadang kawan juga yang membawa kita kepada kebaikan. Remaja suka mengikut kawan kerana ingin mencuba sesuatu, pada mulanya mereka dicabar oleh kawan-kawan tetapi apabila mereka terbiasa melakukan sesuatu perkara itu mereka menjadi ketagih untuk melakukannya lagi. Hari ini negara kita sudah dipenuhi dengan pelbagai budaya asing, ada yang buruk dan baiknya. Jika kita pandai menggunakannya maka baiklah jadinya, tetapi jika kita salah menggunakannya maka buruklah jadinya. Budaya barat yang dibawa oleh anak remaja kita menjadi satu faktor berlakunya gejala melepak dalam kalangan remaja.

Mereka berpendapat bahawa melepak bukanlah suatu perkara yang buruk atau negatif kepada diri mereka atau masyarakat. Sebenarnya budaya melepak inilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial yang lain. Melepak ini bukan sahaja membuang masa, malah mencemarkan persekitaran negara kita. Dari Thalhah r.a. katanya: Pada suatu ketika, kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan. Rasulullah SAW mendatangi kami seraya bersabda, Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan.Jawab kami, Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap.Sabda baginda, Kalau begitu, bayar hak jalanan iaitu picingkan mata, jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik) (Hadis Riwayat Muslim). Islam juga melarang kita untuk berlepak, kerana melepak itu hanyalah membuang masa dan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Banyak pihak yang perlu bertanggungjawab bagi mencegah gejala melepak ini tetapi individu itu sendiri perlu ada kesedaran dalam diri bagi mencegah gejala sosial yang sedang menular di negara kita. Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya

merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan hiburan yang melampau.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini. Remaja suka mencari keseronokan yang luar biasa, contohnya, apabila remaja itu jemu dengan hiburan Malaysia, maka mereka mahu mencuba hiburan daribarat seperti kpop, psy, harlem shake yang lebih menghairahkan, kata Siti Raudhah Mohamad, guru Pendidikan Islam, SMK Kulai Besar, Johor Bharu. Menurut beliau lagi, masalah keluarga juga merupakan punca remaja memilih hiburan yang melampau seperti video songsang, lagu yang melalaikan, pergaulan bebas, budaya lepak dan banyak lagi untuk menghilangkan tekanan perasaan yang dialaminya.Contoh yang kerap berlaku ialah ibu bapa bercerai, berlaku pergaduhan dikalangan adik-beradik dan taraf kehidupan yang berpendapatan rendah. Selain itu, remaja yang sukakan kebebasan kerana kurang mendapat didikan agama dan perhatian penuh daripada ibu bapa juga boleh menyebabkan mereka terjerumus ke arah hiburan yang melampau dan melalaikan, tambahnya. Jika diajukan soalan, Salahkah jika seseorang itu mahu berhibur?Ya, sudah tentu jawapannya tidak salah untuk seseorang itu berhibur, kerana lumrah kehidupan perlukan hiburan.Tetapi hiburan yang bagaimana? Dengan cara apa? Melalui apa? Dengan siapa?Itu sudah semestinya perlu diukur dengan teliti mengikut aspek hiburan yang berteraskan nilai-nilai murni dan memberi kesan positif. Hiburan yang dimaksudkan adalah berhibur dengan cara yang betul dan tidak menjejaskan reputasi juga imej sebagai seorang remaja yang berakhlak dan bermoral.Seperti mendengar lagu yang berfaedah, menonton rancangan yang bermoral, bersosial dengan pergaulan yang terbatas dan sebagainya. Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan

dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah.Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Berdasarkan statistik gejala social di atas, dapat dilihat bahawa ianya berpunca daripada remaja-remaja yang melibatkan diri mereka dengan pelbagai hiburan yang melampau, menghabiskan masa pada perkara yang tidak berfaedah dan ini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak serta moral dalam diri mereka. Justeru, Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat atau hiburan dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan Allah SWT. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama para ulama dan orang yang arif tentang agama. 2. ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.Disamping tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 3. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif. 4. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik. 5. Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani ke arah keimanan kepada Allah SWT. 6. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 7. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajarpelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 8. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 9. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi.

Kesimpulan, setiap invividu itu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi diri yang bermoral dan berakhlak mulia.Tanggungjawab bersama dalam melahirkan masyarakat harmoni dan beretika serta berdisiplin perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan seharian. Wirdatul Jannah Mohamad Universiti Sains Islam Malaysia

Anda mungkin juga menyukai