Anda di halaman 1dari 3

Kesantunan Verbal

Kesantunan dapat dibahagikan kepada kesantunan verbal dan


kesantunan bukan verbal. Kesantunan verbal bermaksud lisan. Kesantunan
verbal juga bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa semasa
berkomunikasi secara lisan. Kesantunan verbal ini sangat penting kerana ini
akan digunakan semasa kita bercakap dengan orang lain. Kesantunan
bahasa verbal ini merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. 

Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana


bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur
dan masyarakat bahasa tersebut.Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu
apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan
sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang
lain
   Faktor kelunturan kesantunan dalam kalangan remaja

Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara


pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa akan
hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa ini.
Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini
bersikap pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang
masih belum terjamin, begitulah sebaliknya. Tidak dinafikan,
remaja samakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan
bahasa-bahasa yang kesat dalam perbualan seharian. Oleh itu, di
sini saya ada beberapa faktor yang menyumbang kepada
lunturnya kesantunan dalam kalangan remaja kini.

Pertama, faktor lunturnya kesantunan dalam kalangan remaja


adalah pengaruh media massa. Pengaruh media massa terhadap
para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Pelbagai
program juga sering disiarkan melalui media massa terutamanya
penyiaran budaya luar yang mempengaruhi minda remaja dan
seterusnya menyebabkan remaja meninggalkan budi bahasa yang
menjadi pegangan mereka. Remaja juga cenderung untuk
melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa
kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya
sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan
semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Contahnya,
perkataan-perkataan yang tidak sopan selalu ditayangkan di
televisyan, internet, dan lain. Akhirnya, remaja akan terikut-ikut
dengan amalan yang tidak bersopan ini dan secara tidak langsung
akan menyebabkan kesantunan dalam diri mereka semakin luntur.
Oleh itu, remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu
perkara yang diperolehi melalui media massa.

Masalah institusi keluarga juga merupakan faktor kelunturan


kesantunan dalam kalangan remaja. Keluarga merupakan benteng
pertahanan remaja sama ada dari segi mental mahupun dari segi
fizikal. Maka, ibu bapa berperanan penting dalam menyerap nilai
murni ke dalam sanubari anak. Namun, kini kebanyakan ibu bapa
mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembentuk
keperibadian dan sahsiah remaja kerana sibuk untuk kejayaan.
Dengan ini, remaja akan kehausan kasih sayang ibu bapa dan
berasa tersisih dan seterusnya menyebabkan mereka mencari
kasih sayang yang hilang itu di luar rumah. Apabila di luar rumah,
peratus untuk mereka bergaul dengan orang yang bersikap negatif
sangat tinggi dan ini memudahkan mereka kehilangan
kesantunan.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong


remaja terlibat dalam gejala sosial. Hal ini kerana, remaja mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya memandangkan takat usia
yang sama serta mudah berkongsi minta yang sama.Rakan
sebaya juga mengambil alih tanggungjawab ibu bapa ketika di
luar. Rakan yang berpengaruh positif mampu membentuk sahsiah
yang mahmudah dalam diri remaja. Namun, rakan yang bersikap
negatif akan mengundang kemudaratan kepada kehidupan kita
seperti api yang mampu membinasakan kehidupan. Sebagai
contah, disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja
cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan
dan kegembiraan. Walau bagaimanapun,sebahagian
daripada rakan sebaya ini pula adalah mempunyai perangai
negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap
rakan sebaya mereka yang negetif itu. Apabila bersama rakan
sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak
berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan
mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan dan lain. Remaja
seperti ini juga biasanya mengeluarkan bahasa-bahasa yang tidak
bersopan apabila mereka bertemu dengan orang. Dengan ini sudah
ringkasnya bahawa kesantunan dalam kalangan remaja semakin
meluntur kerana terpengaruh rakan sebaya yang bersikap negetif.

Anda mungkin juga menyukai