Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan kepentingan bahasa sebagai alat komunikasi dalam kalangan

masyarakat moden kini. Panjang jawapan anda hendaklah tidak


melebihi 150 patah perkataan .

Kepentingan bahasa sebagai alat komunikasi dalam kalangan


masyarakat moden ialah dapat menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum yang berada dalam negara ini . Hal ini dikatakan demikian kerana
bahasa merupakan alat komunikasi dalam kehidupan seharian . Sebagai
contohnya , rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Melayu untuk
bertanya khabar dan memulakan perbualan antara satu sama lain .
Sebagai kesannya , perpaduan dapat dibentuk dalam kalangan
masyarakat.
Selain itu , silaturrahim dapat dieratkan . Hal ini dikatakan demikian
kerana penggunaan bahasa dalam percakapan memerlukan penglibatan
semua pihak . Sebagai contohnya , masyarakat berkongsi pendapat
tentang situasi semasa yang hangat disebarkan . Kesannya , masyarakat
dapat beramah mesra antara satu sama lain .
Akhir sekali , kelangsungan penggunaan bahasa dapat dikekalkan .
Masyarakat sentiasa menggunakan bahasa ibunda mereka semasa
bergaul . Sebagai contoh , penduduk Malaysia sentiasa bertutur dalam
Bahasa Melayu . Oleh itu , penggunaan bahasa akan semakin
berkembang .

Anda mungkin juga menyukai